Saturday, June 27, 2015

PERKEMBANGAN TERKINI PLKN DARI DATUK EHSANUDDIN


Selepas menganjurkan Hari Terbuka Transformasi PLKN pada April lalu dengan anjuran Kementerian Pertahanan dengan kerjasama PEMANDU dari Jabatan Perdana Menteri, nampaknya beberapa penambahbaikan telah dilakukan. Tujuan Hari Terbuka tersebut adalah bertujuan agar rakyat dapat dimaklumkan mengenai hasil Makmal Transformasi PLKN dan seterusnya memberi maklum balas, input serta idea terhadap perancangan transformasi PLKN sebelum ia dilaksanakan.

Dalam laporan Bernama bertajuk "Pelatih PLKN Bakal Ikuti Latihan Kemahiran Teknikal, Vokasional Lanjutan", Datuk Ehsanuddin selaku Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara telah memberi perkembangan terkini PLKN. Ini termasuk beberapa kandungan modul program baru yang lebih mantap dan memenuhi kehendak semasa serta pasaran pekerjaan.

Diringkaskan di antara kandungan temubual Bernama pada Jumaat lepas;

1. Mengekalkan pendekatan kesedaran kenegaraan dengan penambahan kursus lanjutan dalam kemahiran teknikal dan vokasional.

2. Jangkamasa latihan program selama lapan bulan dan tambahan 2 atau 3 bulan untuk kursus lanjutan.

3. Kemahiran yang ditawakan adalah mekanikal, minyak dan gas, automotif.

4. Inisiatif yang tercetus melalui Makmal Transformasi PLKN mampu menepati keperluan semasa dan menarik minat belia.

5. Perubahan modul program PLKN dibuat untuk penambahbaikan setiap 5 tahun.

6. Elemen ketenteraan bukan saja mempersiapkan pelatih dengan kekuatan fizikal tetapi mampu menerapkan tahap disiplin dan jati diri.

7. Pengambilan pelatih adalah terhad, maka hanya yang pernah mengikuti latihan khidmat negara ini saja yang tahu kebaikan dan impak program ini terutama dalam soal perpaduan kaum.

8. Akan datang, cara pengambilan pelatih adalah secara rawak dan sukarela.

9. Penangguhan PLKN yang telah diumumkan Januari lepas dijangka akan bermula pada tahun hadapan.
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama)
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kini dalam peringkat kajian semula akan mewujudkan elemen-elemen yang mampu meningkatkan kemahiran insaniah dan kemahiran lahiriah para pelatihnya.

Menerusi transformasi PLKN itu, para pelatih turut akan diperkenalkan dengan modul kemahiran teknikal dan vokasional, di samping penekanan terhadap aspek-aspek kenegaraan, pembinaan karakter, semangat kesukarelaan dan patriotisme.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrasshid berkata latihan kemahiran dan vokasional ini akan dilaksanakan sepanjang program selama lapan bulan diikuti kursus lanjutan lebih kurang dua atau tiga bulan.

"Antara kemahiran yang akan ditawarkan adalah mekanikal, minyak dan gas, automotif. Selepas tamat program latihan, pelatih akan mengikuti kursus lanjutan di pusat-pusat latihan kemahiran seperti Institut Kemahiran Belia Negara," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Jumaat.

Katanya inisiatif itu masih di peringkat perancangan dan akan dimuktamadkan sebelum sesi baharu program itu bermula, yang dijangka tahun hadapan.

Noor Ehsanuddin berkata terdapat 21 inisiatif yang tercetus melalui Makmal Transformasi PLKN dan masih di peringkat perancangan dalam usaha mentransformasikan PLKN untuk memastikan modul-modul program kekal bersifat dinamik, terkini dan menepati keperluan semasa di samping menarik minat belia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober tahun lepas mengumumkan bahawa PLKN yang telah mengeluarkan lebih 800,000 pelatih sejak diperkenalkan pada 16 Feb 2004, akan dikaji semula, selain memperkenalkan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.

Najib, dalam Perutusan Khas Perkembangan Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara pada Januari lepas mengumumkan penangguhan PLKN tahun ini untuk membolehkan penjimatan RM400 juta selain membolehkan program itu dikaji semula dengan penambahbaikan.

Noor Ehsanuddin berkata perubahan modul program latihan dengan menyerapkan elemen-elemen baharu bukanlah kali pertama dibuat dan ia sebenarnya dilakukan setiap lima tahun cuma pada kali ini transformasi dan perubahan yang akan dilakukan itu lebih ketara dari segi struktur.

Mengulas cadangan pembatalan modul penggunaan senjata api M16 dalam PLKN, Noor Ehsanuddin berkata ia akan dilihat semula dan belum dimuktamadkan lagi.

"Apabila kita cakap tentang modul-modul kursus untuk memupuk semangat patriotisme, tidaklah tertumpu khusus kepada penggunaan senjata sebaliknya lebih kepada kefahaman mengenai sejarah dan sebagainya.

"Dari sudut penglibatan tentera kita mahukan kepakaran tentera dalam melatih para pelatih ini untuk diterapkan dengan disiplin melalui kawad, pembinaan jati diri, kekuatan mental dan fizikal serta elemen-elemen lasak yang lain," katanya.

Noor Ehsanuddin turut menafikan dakwaan kononnya modul PLKN sebelum ini gagal mencapai objektif khususnya dalam soal perpaduan kaum sebaliknya menegaskan pelatih-pelatih PLKN yang pernah menjalani latihan rata-ratanya mempunyai hubungan perpaduan yang baik.

"Cuma mungkin peluang yang dapat pergi itu tidak ramai, contohnya kalau setahun seramai 500,000 pelajar menamatkan persekolahan tetapi yang dapat mengikuti program hanya 90,000, tentulah yang dapat ikuti program sahaja yang tahu kebaikan dan impaknya," katanya.

Mengenai cara pengambilan pelatih bagi sesi latihan akan datang, katanya cara pengambilan adalah secara rawak dan sukarela.

"Kami ambil secara rawak dan sukarela, tidak timbul isu kami ambil pelajar yang lemah akademik... dan kami rancang dalam tahun 2020 pengambilan akan dibuat secara sukarela tetapi belum dimuktamadkan lagi," katanya.


Friday, June 26, 2015

MESEJ PRESIDEN DI AGM BAHAGIAN-BAHAGIAN MCA

Di sepanjang bulan Jun ini, nampaknya MCA bahagian di seluruh Malaysia sedang mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka. Justeru di kesempatan ini, Presiden MCA Datuk Sri Liow Tiong Lai telah merasmikan beberapa bahagian dan menyampaikan amanat beliau.
 

Berlainan pula di Bahagian Bentong, MCA telah menyambut ulang tahun parti yang ke 66 bersama-sama semua sayap parti dan ahli-ahli veteran. Di dalam menyambut kemeriahan ini, Datuk Liow sempat mengingatkan ahli-ahli MCA untuk sentiasa melindungi kepentingan masyarakat Cina. Beliau juga menyeru kepada masyarakat Cina untuk membuat perubahan yang lebih baik dan mengajak pengkritik-pengkritik di luar parti untuk menyertai MCA dan lihat sendiri transformasi parti yang sedang dilaksanakan.

Liow telah mengingatkan ahli agar menghargai parti dan tidak mudah dipengaruhi hasutan-hasutan pembangkang.

Di antara amanat Datuk Liow ketika berucap di Mesyuarat Agong Tahunan MCA bahagian-bahagian terdiri daripada;
 

MCA Subang
Pada 24 Jun di MCA Subang, di antaranya mengingatkan ahli tentang kenyataan-kenyataan negatif di internet yang di tahap membimbangkan seperti gambaran Malaysia tidak lagi sesuai didiami dan seolah-olah satu-satunya penyelesaian hanyalah dengan berhijrah ke negara-negara lain. Datuk Liow menegaskan bahawa selagi kita di landasan yang benar, pasti orang di sekeliling akan merasai keikhlasan kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk didiami.


AGM Tanjung Karang

Di Tanjung Karang pula, Datuk Liow mengimbas kembali sejarah jatuh bangun MCA sejak 1969. MCA tidak pernah putus asa walaupun pernah mengalami kekalahan. MCA telah menubuhkan Kolej TAR dan hari ini telah menjadi sebuah Kolej Universiti. Sejak penubuhannya, Kolej Universiti TAR telah melahirkan lebih daripada 200,000 graduan dan ia merupakan penyumbang yang besar kepada negara.

Amanat Datuk Liow seterusnya adalah kepada ahli-ahli MCA di Tanjung Karang, di mana ahli-ahli disarankan untuk menghargai parti MCA, mengekalkan sikap positif, berpegang kepada landasan yang membina, dimantapkan dengan semangat positif bagi manfaat masyarakat setempat.
 
AGM Cheras

Ketika memberi ucapannya di Bahagian Cheras, Datuk Liow berkongsi pengharaannya terhadap jawatankuasa bahagian yang berusaha untuk penambahan ahli parti. Usaha ini mampu menggalakkan ahli-ahli yang lain kekal optimistik, positif and berdaya maju untuk meyakinkan masyarakat Malaysia terutama bangsa Cina, MCA adalah parti politik yang masih mampu mempertahankan hak serta kepentingan rakyat.
 
AGM Serdang

AGM Ampang


Manakala di bahagian Serdang dan Ampang pula, ahli-ahli MCA diberi peringatan bahawa Pakatan Rakyat yang diwakili 3 parti pembangkang adalah Pakatan yang tidak pernah didaftarkan. Pakatan ini tidak mempunyai matlamat yang sama tetapi mengejar kepentingan-kepenting sendiri. Apa yang mereka mampu hasilkan hanyalah menghuru-harakan politik tanahair. Walaupun pada dasar nampak seperti mereka bersatu, namun yang penting bagi mereka hanyalah untuk mendapatkan undi dan bukan untuk berkhidmat.

Walaupun selepas perpecahan Pakatan Pembangkang ini untuk sekian kalinya, dan wujudnya gabungan yang baru selepas ini, ia hanyalah semata-mata untuk memancing undi.

Tiba masanya MCA perlu belajar dan bangkit dengan segera dari kesilapan lalu, bersungguh-sungguh melaksanakan perubahan dalam mempertahan kepentingan kaum Cina, justeru menguatkan lagi kuasa politik.

Wednesday, June 24, 2015

3 HARI SAJA LAGI UNTUK MENANG PERADUAN #GoKLNow

#GoKLNow

Setelah memperkenalkan 20 bas baru GO-KL pada awal bulan Jun ini bagi laluan merah dan biru agar wargakota dapat bergerak dengan lebih lancar di sekitar Kuala Lumpr ketika waktu puncak, kini satu lagi siri kempen bagi menggalakkan wargakota menaikki bas percuma GO-KL, satu bentuk pertandingan telah dilancarkan sejak 1 Jun ini dan bakal berakhir pada 26 Jun nanti.


Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, namun kepada yang berminat masih boleh menyertainya dan maklumat peraduan boleh didapati ... DI SINI
 
Ringkasnya, apa yang perlu anda lakukan hanyalah menaiki mana-mana bas GO-KL,  anda hanya perlu ambil gambar atau video secara paling menarik dan kreatif di dalam bas, kemudian muat naik terus ke akaun Instagram atau di FB GO-KL. Jangan lupa hashtag #GoKLNow. Seperkara lagi, lengkapkan juga slogannya seperti berikut; "Saya pilih bas Go KL kerana....."

Hadiah menarik sedang menanti anda denga 30 pemenang diberi RM300 setiap seorang.

Bagi yang terlepas peluang untuk berhibur dengan artis-artis tempatan, gambar-gambar dan video mereka telah dimuatnaik ... DI SINI





Setakat hari ini, telah banyak penyertaan diterima dan peserta-peserta nampaknya agak kreatif. Lihat saja di antaranya yang telah dimuatnaik di Facebook;

Sebelum menyertai pertandingan menarik ini, luangkan sedikit masa untuk baca terma dan syaratnya... DI SINI


Inilah juga peluang untuk anda mendapat duit raya hanya dengan bakat kreatif terpendam sambil bersiar-siar dengan bas percuma Go KL. Selamat Mencuba!



Tuesday, June 23, 2015

RM23.1 JUTA ZAKAT PERNIAGAAN DARI FELDA. APA TANDANYA?


Zakat hakikatnya membersihkan harta daripada elemen haram (kerana percampuran hak manusia lain di dalam harta tersebut) dan pada masa yang sama adalah pembersihan jiwa dan juga penyuburan rohani untuk lebih dekat dengan Allah SWT.

Firman Allah SWT: Ada pun orang yang memberikan apa yang ada padanya pada jalan kebaikan dan bertakwa, serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, serta dia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya Kami (Allah) akan memudahkannya untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. (al-Lail: 5-10)

Sahabat Nabi SAW menyatakan: "Dahulu Nabi Muhammad SAW memerintahkan kepada kami untuk mengeluarkan zakat terhadap harta kekayaan yang disiapkan untuk dijual". (riwayat Abu Daud dan Baihaqi)
Berdasarkan ayal Al Quran dan hadis di atas, maka apabila sesuatu perniaggan itu mendapat keuntungan selepas harta atau modalnya masih lagi berada di atas paras nisab, maka perniagaan itu wajib dizakatkan. Sekiranya keseluruhan harta perniagaan itu mencapai atau melebihi nisab semasa, maka perlu dikeluarkan zakatnya sebanyak 2.5 peratus.

Maka, apabila Felda telah sempurnakan zakat perniagaannya sebanyak RM23.1 juta ini dengan jelas menunjukkan Felda membuat keuntungan dalam perniagaannya.

Perdana Menteri Najib Razak telah pun menyampaikan zakat Kumpulan Felda  yang terdiri daripada; 

Felda Global Ventures Holdings sebanyak RM18,334,60; 
Koperasi Permodalan Felda (KPF) sebanyak RM4,100,000; 
Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhada (FELKOP) sebanyak RM121,476.98; dan 

Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (KOGUNA) sebanyak RM39,357.72.


Seperti kata Perdana Menteri Najib Razak ketika menyampaikan zakat Kumpulan Felda kepada 14 pusat zakat negeri di dalam majis berbuka puasa bersama menteri-menteri Kabinet, wakil kedutaan, wakil majlis agama negeri, wakil syarikat milik kerajaan (GLC), Pengurusan Kumpulan Felda dan ketua-ketua peneroka Wilayah Felda;

"Perkembangan berterusan perniagaan Kumpulan Felda membolehkan ia membayar zakat, sekaligus memberikannya peluang untuk membantu lebih ramai golongan masyarakat Islam yang memerlukan."

Berikut pula adalah pecahan zakat perniagaan Felda kepada setiap negeri;



Dengan ini, jelaslah Felda tidak bankrap dan keuntungan urusniaga Kumpulannya membuktikan ia mampu mengeluarkan zakat!

MCA : PENGECUALIAN VISA UNTUK PELANCONG CHINA MAMPU BERI FAKTOR 'WOW'

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 8.6 peratus dalam bilangan ketibaan pelancong pada suku pertama tahun ini berbanding tahun lepas untuk tempoh yang sama daripada 7.091 juta kepada 6.482 juta.

Dalam peratusan, pelancong Finland telah menurun pada 30.1 peratus, berikutan dengan pelancong dari Sri Lanka pada 28 peratus, China penurunan sebanyak 27.1 dan Australia turun kepada 22.7 peratus. Pelancong dari China merupakan jumlah yang terbanyak walaupun telah merosot daripada 520,466 kepada 379,265.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelancongan di Parlimen dan antara lain telah membincangkan cadangan strategi 'QUICK WINS' untuk menangani dan mengatasi penurunan dalam ketibaan pelancong dan juga kepada prestasi pelaksanaan 'Tahun Malaysia Perayaan 2015 (MyFEST 2015).

Di antara intipati cadangan adalah pengecualian visa bagi pelancong China dan pada yang sama, Kementerian Dalam Negeri telah memulakan percubaan visa percuma untuk tempoh pelancong dari negara China.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyokong sepenuhnya inisiatif ini memandangkan perkara yang mampu menghalang minat pelancong China ke Malaysia adalah kerana proses permohonan visa yang memakan masa.

Dengan inisiatif yang telah diluluskan kabinet, maka ia mampu memberikan faktor 'wow' untuk menarik mereka ke Malaysia sebelum negara-negara lain mencuri perhatiankepada mereka.

Datuk Liow juga berpandangan seandainya Malaysia boleh membuka pintu baru dan memudahkan pelancong dari negara China ini, beliau yakin jumlah ketibaan akan mampu ditingkatkan.

Dari maklumat yang terkumpul telah menunjukkan pelancung negara China sangat suka melawat Malaysia kerana pemandangan dan pantainya dan juga kawasan-kawasan membeli-belah.

Pada pandangan Datuk Liow, inisiatif pengecualian visa ini juga akan dipertimbangkan untuk pelancong dari negara-negara Asia yang lain di masa akan datang, namun sambutan dari negara China perlu dilihat mampu meningkatkan jumlah pelancongnya terlebih dahulu.

Thursday, June 18, 2015

KEPUTUSAN PM MELANJUTKAN KHIDMAT SYED HAMID ADALAH TEPAT


Untuk kali ke2, YAB Perdana Menteri DS Najib Razak telah memilih dan seterusnya melanjutkan tempoh perkhidmatan Tan Sri Syed Hamid sebagai Pengerusi SPAD. Tan Sri Syed Hamid telah menerajui SPAD sejak penubuhannya pada tahun 2010.

Amat jelas sekali apabila kepercayaan dari DS Najib terhadap Tan Sri agar menerajui plan pembangunan dan rancangan strategik transformasi pengangkutan awam darat dapat diteruskan dan direalisasikan.

Namun, sepanjang perkhidmatan Tan Sri menerajui SPAD, beberapa rancangan kerajaan terutama meningkatkan mod pilihan rakyat dalam pengangkutan awam terutamanya warga kota telah ditingkatkan dari setahun ke setahun di mana mentaliti rakyat telah berjaya diyakini.

Kejayaan seseorang itu pada lazimnya akan diukur pada pencapaian angka ataupun berapa banyak keuntungan yang telah diperolehi. Namun, kejayaan pencapaian Tan Sri di dalam menerajui SPAD bukan sahaja diukur dari pencapaian SPAD seperti permit teksi individu dan TEKS1M, MRT, LRT, operasi penguatkuasa SPAD.

Era perubahan yang melanda negara hari ini adalah menangani isu dan persepsi rakyat. Perubahan demi perubahan telah dibawa SPAD dalam industri pengangkutan awam darat serta ketegasan mereka dalam menangani isu-isu yang telah lama bersarang selama ini seperti menangani ulat tiket, kegiatan lori haram, kedegilan pemandu teksi melanggar undang-undang, protes dari kesatuan-kesatuan sekerja dan juga masalah-masalah bas sekolah.

Ini belum lagi campurtangan politik terutamanya dari pihak pembangkang yang sering mencari populariti dari setiap perubahan yang ingin diperkenalkan.

Pihak mantra telah mengikuti perkembangan SPAD sejak 2013, ingin berkongsi beberapa isu-isu kritikal yang telah berjaya ditangani serta pencapaiannya;

TIKET BERSEPADU DIPERKENAL UNTUK DI MANA SAJA DAN BILA-BILA MASA...  http://mantra-indeeptots.blogspot.com/2013/07/tiket-bersepadu-diperkenal-untuk-di.html



PROJEK PERINTIS PERKHIDMATAN BAS KONTRAK... PENYELESAIAN KEKAL ... http://mantra-indeeptots.blogspot.com/2013/12/spad-projek-perintis-perkhidmatan-bas.html

Terlalu banyak perubahan yang telah berjaya dibawa SPAD sejak penubuhannya dan sepanjang penubuhannya, Tan Sri Syed Hamid adalah Pengerusinya.



Maka benarlah seperti pepatah Melayu menyebut bahawa benih yang baik bila di campak ke laut menjadi pulau. Maka, keputusan Perdana Menteri untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Tan Sri Syed Hamid adalah sangat tepat dan bersesuaian.

Wednesday, June 17, 2015

JAWAPAN MENTERI PENGANGKUTAN KE ATAS UGUTAN NUFAM

NUFAM atau Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia telah memberi tempoh 48 jam kepada MAB untuk menarik balik surat penamatan khidmat 6,000 pekerja MAS atau mereka bakal berdepan tindakan mogok besar-besaran setelah pengumuman pada 1Jun lalu.

Syarikat penerbangan MAS telah mengalami kerugian dan Khazanah Nasional Berhad sebagai pemegang saham terbesar dalam MAS, telah pun mengumumkan 12 langkah dalam pelan penyusunan semula MAS. Salah satu langkah adalah menamatkan perkhidmatan 6,000 kakitangan dari pelbagai peringkat manakala 14,000 lagi telah ditawarkan pekerjaan di sebuah entiti baru, Malaysia Airlines Bhd (MAB) pada bermula 1 Jun.

Khazanah Nasional Bhd juga telah memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan kedudukan MAS menerusi suntikan dana yang dilakukan.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini telah mendedahkan siapa NUFAM sebenarnya. Rupanya NUFAM bukanlah persatuan yang diiktiraf MAS, dan presiden kesatuan itu telah dipecat pada 2013 dan bukan lagi merupakan kakitangan MAS.

Maka perbincangan di antara MAS dan NUFAM tidak akan diadakan. Malahan pihak MAS telah membuat satu aduan kepada PDRM dengan pengumuman NUFAM mengadakan mogok secara besar-besaran.

Lebih kurang lapan persatuan yang diiktiraf MAS seperti Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) sedang bekrjasama bagi menyalurkan masalah pekerja yang diberhentikan dan ada di antara pekerja ini telah pun merujuk kepada Kementerian Sumber Manusia.

Bagi pihak kerajaan pula, Datuk Liow akan memastikan operasi MAS berjalan lancar dan tidak terjejas apabila proses penstrukturan semula syarikat itu bermula. Malahan kakitangan MAS telah menunjukkan komitmen tinggi  dalam memastikan operasi MAS berjalan baik dan licin dalam memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat memandangkan ia merupakan operasi yang amat penting buat negara.

Kementerian Pengangkutan pula akan turut membantu MAS dengan mencari lebih banyak laluan penerbangan baharu.

Kakitangan MAS yang diberhentikan atau persatuan yang mewakili mereka perlu menyalurkan masalah atau pertanyaan mereka kepada saluran yang betul untuk berbincang. Malah pihak MAS sebenarnya telah menawarkan pakej penamatan perkhidmatan yang baik sekali. Proses penamatan perkhidmatan mereka adalah proses yang mengikut lunas undang-undang.

Monday, June 15, 2015

DALAM MASA SEMINGGU, FELDA DAN FGV AGGRESIF BERURUSNIAGA



Hasrat sesetengah pihak untuk membuat spekulasi saham FGV dikeluarkan dari Bursa Malaysia ternyata tinggal spekulasi saja namun FGV masih mengorak langkah ke hadapan mengukuhkan perniagaan mereka.

Dalam masa seminggu, beberapa pengumuman urusniaga telah dibuat FGV dan seterusnya FELDA di samping mengambil langkah pro-aktif di dalam perniagaan utama mereka dalam industri perladangan.

Pada 4 Jun, Delima Oil Products Sdn Bhd yang menceburi industri barangan pengguna yang berasaskan sawit telah melancarkan produk terbarunya - 'Saji Sambal Paste'. Ini adalah sejajar dengan hasrat syarikat untuk mengurangkan pergantungan kepada aktiviti huluan iaitu perladagangan semata-mata. Selain jenama Saji, Delima Oil juga mempunyai rangkaian jenama lain seperti  Adela, SunBear dan Seri Pelangi.

Jenama 'SAJI' bukan sahaja dikenali dan menjadi pilihan isi rumah di Malaysia tetapi telah popular di pasaran serantau ASEAN. Produk-produk Delima Oils juga bakal menembusi pasaran industri halal di Timur Tengah dan ini merupakan salah satu strategi untuk meluaskan pasaran di peringkat antarabangsa.

Kemudian pada 9 Jun pula, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah mengumumkan untuk membeli empat syarikat daripada Golden Land Bhd yang berasaskan perladangan dan  836.1ha tanah kelapa sawit di Sabah dengan harga RM655mil secara tunai.

Kini di beberapa jam yang lalu, FGV telah menandatangani satu perjanjian dengan Kumpulan Rajawali untuk mengambil alih kepentingan 37 peratus dalam PT Eagle Plantations Tinggi (EHP) dalam bentuk wang tunai dan saham berjumlah USD 680,000,000. FGV juga akan memperoleh antara 93 dan 95 peratus pegangan dalamprojek gula Rajawali Kumpulan yang akan dikendalikan oleh FGV Kalimantan Sdn Bhd, anak syarikat FGV.

Setelah selesai perjanjian tersebut, FGV akan menjadi rakan kongsi Rajawali Group, sebuah konglomerat tempatan yang sangat dihormati dan syarikat kelapa sawit ketiga terbesar di Indonesia.

Ketika ini, EHP memiliki 425,000 hektar ladang kelapa sawit, di mana 67 peratus adalah di Kalimantan dan 9% di Papua New Guinea, 19% di Sabah dan 5% pula di Sumatera. Dengan teknologi yang ada pada FGV, kepakaran hiliran dan profil globalnya, akan membawa manfaat besar kepada Rajawali.

Selepas pengumuman-pengumuman perolehan FGV, pada 7 Jun pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib telah melancarkan Restoran Felda D'Saji cawangan Jeddah di Tahlia Street. Ini adalah cawangan kedua Restoran D'Saji selepas Makkah yang telah memulakan operasinya di Menara al-Safwa bersebelahan Masjidil Haram. Tahlia Street merupakan hab komersial paling eksklusif di Arab Saudi di mana jenama-jenama terkemuka dunia menjadi pilihan dengan barisan kedai-kedai bertaraf butik dan berkelas eksklusif.

Restoran Felda D'Saji yang berkonsepkan 'fine dining' mampu menyasarkan peroleh RM2.5 juta setahun di mana Jeddah yang merupakan pintu masuk di Arab Saudi dan sasaran pelanggan bukan saja dari penduduk tempatan malahan dari Malaysia dan Asia juga.

Dengan urusniaga FGV dan Felda yang terus agresif dan dalam seminggu sahaja, apakah kita tidak yakin dengan kedudukan kewangan Felda yang tetap kukuh dan berdaya maju?

Inilah di antara faktor mengapa pihak pengurusan FGV mengumum untuk menggantung sementara perdagangan sahamnya di Bursa Saham. Jika pihak yang cuba membuat spekulasi bahawa saham FGV akan terkeluar dari senarai Bursa Malaysia, nampaknya ia sangat meleset sekali. Kepada mereka yang cuba menakut-nakutkan peneroka-peneroka Felda dengan dakwaan Felda bakal bankrup, apakah mungkin Felda dan FGV mampu membeli syarikat-syarikat besar secara tunai?

Sekiranya tidak pandai menari, janganlah pula dikatakan salah lantainya. Jika tidak ada pengalaman dan kepakaran untuk berurusniaga terutama di pentas dunia, janganlah pula dihasut peneroka FELDA sehingga menang sorak tetapi kampung yang tergadai pula.

Saturday, June 13, 2015

KEMPEN KESIHATAN, BANTUAN KEMANUSIAAN SUNGGUH SINONIM DENGAN WANITA MCA

Untuk ke sekalian kalinya, Wanita MCA telah memberi kesedaran kesihatan didalam siri program-programnya. Kali ini, Beliawanis Wanita MCA dengan kempen kesedaran pencegahan kanser pangkal rahim di dalam siri ke3 dan ke4nya yang bertemakan "Catch them young, keep them healthy".

Diungguli oleh Ketua Wanitanya, Datuk Heng Seai Kie, kempen ini menawarkan suntikan percuma kepada golongan muda di antara umur 19-22 tahun. Kali ini, mereka yang berminat boleh mendapatinya di Kuala Lumpur dan Pahang pada 14 dan 21 Jun seperti berikut;

PAHANG    
Tempat  : Dewan Perhimpunan Cina Bentong

Tarikh      : 14 June 2015 (Ahad)

Waktu      : 10am – 3pm

Hubungi : 019- 981 3123,016 – 960 0622 atau 016 – 951 8088

KUALA LUMPUR
Tempat : 13th Floor, Wisma MCA, Jln   Ampang

Tarikh    : 21 June 2015 (Ahad)

Waktu    : 11am – 2pm

Hubungi : 03 – 9285 5168/ beliawanismcawp@gmail.com

Nota : Kepada yang berminat perlulah mendaftar terlebih dahulu kerana di Kuala Lumpur hanya terhad kepada 200 pemohon sahaja.

Walaubagaimanapun, kepada mereka yang melebihi had umur tetapi masih berminat untuk mendapat suntikan tersebut, Wanita MCA menawarkan pakej istimewa berharga RM540 bagi 3 suntikan di mana harga asalnya ialah RM750.

Kesedaran kanser pangkal rahim adalah sangat penting kerana ia merupakan penyakit pembunuh ketiga dan suntikan vaksin ini akan menghasilkan imuniti terhadap virus HPV (human papilloma virus).

MANGSA GEMPABUMI SABAH

Pada masa yang sama, Wanita MCA juga menganjurkan kutipan derma untuk mangsa gempabumi di Sabah dengan cara yang sangat menarik. 

Mereka akan menjual berus gigi sepanjang bulan Jun ini. Setiap satu dengan corak menarik yang pasti menarik perhatian kanak-kanak dengan harga RM10 setiap satu. Setiap hasil jualan akan didermakan untuk mangsa gempabumi di Sabah. Ini juga mampu beri kesedaran kesihatan terutamanya kepada anak-anak kita.

Datin Paduka Chew Mei Fun pula, yang memang terkenal dengan kerja-kerja bantuan mangsa bencana telah wujudkan 3 pusat bantuan bergerak di Kem Bina Negara, Helipad dan Taman Negara. Seramai 60 kakitangan telah ditempatkan yang bekerja mengikut 3 shif. 

Setelah membuat lawatan ke kawasan gempabumi dan melihat sendiri kerosakan yang telah dialami di SJKC Pai Wan dan tokong Hwa Shan Sheng Zu Gong, beliau telah menghubungi Presidennya, Datuk Liow untuk mengadakan peruntukan khas kecemasan dari CRSM sebanyak 30,000 dan RM20,000 setiap satu.

Wednesday, June 10, 2015

'myBAS' - SELEPAS SEREMBAN, KINI DI PERLIS DAN KEMUDIAN DI SELURUH MALAYSIA

Masih ingatkah lagi apabila SPAD telah umumkan Seremban dipilih sebagai ibu negeri pertama menikmati sistem pengangkutan bas henti-henti? Blog ini telah menulis... DI SINI

Projek myBAS adalah sebahagian daripada program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti, yang bertujuan untuk meletakkan bas di kebanyakan laluan yang tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam di Malaysia.

Sehubungan itu, bertepatan dengan perancangan SPAD untuk memastikan sistem bas henti-henti ini beroperasi di ibu negeri lain, seterusnya bas henti-henti yang dikenali sebagai 'myBAS' telah menyusuri negeri Perlis melalui Kangar, Arau, Padang Besar sehingga sampai ke Wang Kelian. Operasi myBas bermula dari 6 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Pihak SPAD umumkan 24 buah myBAS untuk 15 laluan di Perlis dan 107 bas untuk 24 laluan di Seremban termasuk di sekitar Nilai. Bas henti-henti ini dijangka melebarkan laluannya sehingga ke Senawang, Tampin, KLIA, Broga dan Port Dickson. MyBas dijangka mampu membawa seramai 7.47 juta penumpang di Seremban dan 870,000 penumpang di Perlis setiap tahun.

Pada awalnya, SPAD merancang untuk memulakan operasi myBAS seawal bulan April, namun di atas faktor hampir 90% bas yang digunakan adalah bas-bas baru, maka proses pemasangan mengambil masa sedikit masa dan ini menyebabkan kelewatan. Di samping itu, kesemua myBAS akan dilengkapi dengan mesin tiket elektronik dan ujian demi ujian ketepatan kadar tiket juga telah mengambil masa yang agak lama.

Walaubagaimanapun, pihak SPAD yakin operasi perkhidmatan myBAS akan dapat dimulakan pada hujung bulan Jun ini.

Seperkara lagi, Kuala Terengganu akan mengeluarkan model myBASnya sendiri dan dijangka memulakan operasi pada Oktober tahun ini juga. Segalanya masih menunggu untuk memuktamadkan kontrak serta kos operasi kenderaan. SPAD menjangkakan kontrak akan dimeterai pada bulan ini.

Selepas Kuala Terengganu, kontrak myBAS akan dimeterai di Kuching pada bulan hadapan dan bagi Ipoh pula, tender dan proses penilaian telah pun dimuktamadkan dan kontrak akan ditandatangani pada akhir tahun ini.

Kesemua kontrak yang dimeterai adalah untuk pengendali tempatan di Semenanjugn Malaysia dan termasuk Kota Kinabalu dan Kuching dan sehingga tahun 2020, kerajaan dijangkakan membelanja sebanyak RM2.7 bilion.

Dengan program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti ini, bukan sahaja rakyat dan penumpang bas mampu menikmatinya, malahan ini adalah satu kaedah terbaik untuk selamatkan pengusaha bas henti-henti yang sedang berhadapan persaingan sengit dengan pengangkutan awam lain dan juga satu cara mengatasi kesesakan lalu lintas di mana, kebanyakan penduduk di Malaysia telah mempunyai kenderaan sendiri.

SAHAM FGV MASIH KEKAL DI PAPAN UTAMA BURSA MALAYSIA

Sebaik sahaja Bursa Malaysia Bhd mengumumkan bahawa Westports Holdings akan menggantikan Felda Global Ventures Holdings dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI, berikutan semakan separuh tahun FTSE Bursa, ia dengan mudah disalah faham dan dikelirukan oleh pihak tertentu bahawa FGV adalah benar-benar terkeluar dari Bursa Saham.

Jika kita masih ingat, FGV memasuki papan utama pada 28 Jun 2012 dan berjaya ke senarai FTM KLCI dan berjaya menjana keuntungan awal sebanyak RM10.4 bilion, selepas penyenaraian tertinggi Facebook.

Hampir separuh daripada keuntungan ini telah disalurkan di dalam agenda pertumbuhan FGV dengan pelaburan perladangan mereka. Peneroka Felda pula telah mendapat manfaat dari keuntungan ini apabila seramai 112,635 keluarga peneroka telah menerima durian runtuh sebanyak RM15,000 setiap satu keluarga seperti yang pernah diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Oleh itu, adakah benar bahawa saham FGV telah terus terkeluar dari Bursa Saham Malaysia seperti yang didakwa oleh penyebar-penyebar khabar angin?

Sudah tentu tidak TIDAK kerana saham FGV hanya beralih ke senarai 70 syarikat di BSKL dan masih menduduki di papan utama. Saham FGV sebelum ini tersenarai antara 30 syarikat dalam Indeks FBM KLCI apabila kerana telah menjana keuntungan kedua tertinggi di dunia selepas Facebook. Dari masa ke semasa senarai indeks ini dikaji semula setiap enam bulan.
 

Tidak mustahil dalam beberapa bulan ini FGV boleh masuk semula top 30 - Datuk Ehsan

YB Datuk Noor Ehsanuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, dalam penerangan mudahnya pula menjelaskan, "Ada syarikat yang berada pada kedudukan nombor 300 tetapi perniagaan tetap berjalan seperti biasa. FGV walaupun keuntungannya pada penggal kedua, jatuh berbanding penggal pertama, ia masih mencatat keuntungan dan tidak mustahil dalam beberapa bulan ini FGV boleh masuk semula top 30"

Mungkin ramai yang tertanya-tanya berapakah nilai saham FGV hari ini? Kaedah pengiraan nilai pasaran adalah nilai semasa didarabkan dengan unit saham di mana nilai semasa untuk FGV berada pada RM1.95 darab dengan 3.63 bilion unit saham dan jumlahnya adalah RM7.11 bilion (RM1.95 X 3.65).

Kita perlu memahami bahawa perdagangan dalam mana-mana Bursa Saham di seluruh dunia bukanlah satu perdagangan mudah apabila sesiapa atau mana-mana organisasi layak untuk berdagang melainkan dengan kekuatan kewangan dan portfolio syarikat. Apabila saham atau penipuan pelaburan mahupun manipulasi pasaran yang mencurigakan yang menyebabkan kepada pelanggaran undang-undang sekuriti, barulah ia boleh dikeluarkan dari senarai saham.

Kebimbangan seterusnya ialah, apa yang menyebabkan prestasi saham FGV sehingga penyingkiran daripada Indeks FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur ?

Seawal 2014, harga minyak sawit mentah dunia (MSM) telah mencatatkan penurunan yang drastik dan ini telah memberi kesan kepada syarikat-syarikat berasaskan komoditi dalam hasil dan keuntungan mereka. Semua indeks perladangan di Bursa Malaysia jatuh di antara 6 hingga 7 peratus dalam tempoh enam bulan.

Implikasi negatif ini telah menarik pelabur untuk beralih kepada kaunter lain terutamanya dari industri pertanian. Hampir semua saham perladangan telah menyaksikan pengurangan dalam nilai saham berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 2012.

Perniagaan teras FGV bergantung lebih daripada 70 peratus daripada pendapatannya daripada sektor perladangan berbanding dengan yang syarikat-syarikat perladangan lain. Kejatuhan harga minyak sawit mentah juga adalah di luar kawalan pengurusan FGV apabila ia ditentukan oleh kuasa pasaran global.

Oleh itu, adalah tidak benar bahawa saham FGV sama ada mereka digantung atau dikeluarkan dari kaunter Bursa Malaysia. Perdagangan masih seperti biasa dan sehingga kini, saham FGV masih kekal dalam Bursa Malaysia dan proses kajian hanya akan diumumkan pada 22 Jun 2015.

Monday, June 08, 2015

KOJADI BOLEH HAPUSKAN 'AH LONG'


"Perniagaan samada berskala kecil ataupun besar,memerlukan skim dan institusi kewangan yang lebih tersusun agar dapat dimanfaat rakyat", itu kata Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak ketika melancarkan Skim Pinjaman SME Kojadi (KSME) untuk warga SME Cina dan Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs (SAME).

Peruntukan KSME sebanyak RM50 juta telah dibentangkan di dalam Bajet 2015 dan sebuah koperasi MCA iaitu Koperasi Jayadiri Malaysia (Kojadi) akan diamanahkan sebagai pengurusannya.

Sekaligus, dengan wujudnya skim pinjaman ini, para peniaga tidak lagi akan bergantung kepada peminjam-peminjam wang haram atau lebih dikenali sebagai 'Ah Long' dan sekaligus mampu menghapus agen-agen sebegini.

Ini adalah salah satu pendekatan kerajaan bagi merealisasikan agar transformasi menuju rakyat berpendapatan tinggi tercapai menjelang tahun 2020.

Kojadi telah dipilih kerajaan bagi mengurus peruntukan ini berdasarkan prestasinya yang bertaraf lima bintang dan pencapaian yang cemerlang di mana di dalam laporan, Kojadi telah memberi pinjaman pelajaran serta telah mencatat pinjaman tidak berbayar paling rendah di paras 1.7%.

Peminjam yang layak akan diberi pinjaman di antara RM50,000 dan RM250,000 pada kadar faedah hanya 4% sahaja.

Perdana Menteri juga positif dengan skim pinjaman SME ini kerana ia juga mampu meningkat sasaran perkembangan 41% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Sebagaimana diketahui perlantikan Datuk Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang dipertanggungjawabkan untuk SME peniaga-peniaga Cina, telah pun memaklumkan borang permohonan boleh dimuat turun dari MCA atau website Kojadi dan mereka juga boleh memohon melalui Persatuan Perniagaan masing-masing.

Pemohon akan dimaklumkan keputusan permohonan mereka dalam tempuh 7 hari bekerja dengan pemantauan pakar-pakar perunding yang dilantik untuk melakukan penilaian bagi setiap permohonan. Permohonan yang gagal atau ada di antara pemohon yang tidak berpuas hati akan dibenarkan untuk membuat rayuan di mana Kojadi telah melantik jawatankuasa khas yang terdiri daripadapegawai institusi kewangan dan bank, pakar kewangan dan industri tertentu bagi menilai semula dokumen-dokumen mereka.

Saturday, June 06, 2015

Wee Ka Siong : Penubuhan 'SAME' buktikan Perdana Menteri 'WALK THE TALK'



"Sir, you walk the talk, this is indeed an inclusive approach, tiada sesiapa yang terpinggir dalam arus pembangunan negara Malaysia tercinta." - Datuk Wee Ka Siong.
Dengan pelancaran 'SAME' atau  Skim Pembiayaan Usahawan PKS Kaum Cina daripada peruntukan khusus RM50 juta dalam bajet 2015 kepada SME kaum Cina, telah membuktikan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak menganaktirikan mana-mana bangsa yang terdapat di Malaysia terutama bangsa Cina.

Walaupun pada awalnya selepas PRU13, MCA yang mewakili bangsa Cina, telah melepasakan semua kouta di dalam jemaah menteri, tetapi demi meneruskan perjuangan membela kaum Cina, Datuk Wee dan Presiden MCA telah memutuskan untuk menduduki semula kabinet menteri.

Kepercayaan yang telah diamanahkan kepada Datuk Wee menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan pengkhususan kepada SME bangsa Cina, maka lahirlah 'SAME'. Unit pembangunan SME dan micro-credit secara rasminya ditubuhkan pada 1hb Oktober 2014 yang beribu pejabat di Aras 2, Menara Usahawan, Putrajaya.

Berikut adalah intipati ucapan Datuk Wee Ka Siong dalam Majlis Pelancaran 'SAME' dan Skim Pembiayaan Usahawan PKR Kaum Cina pada 5 Jun 2015;

1. Halatuju SAME telah ditentukan oleh panel penasihat SAME yang terdiri daripada wakil-wakil pertubuhan perniagaan, SME, bekas banker dan golongan cendekiawan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembangunan SME serta beberapa badan yang berpengaruh, di antaranya SME Association of Federation of Malaysia Chinese Guilds Association dan Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry Malaysia (ACCCIM).

2. Sudah kenal barulah boleh mencintai. Kenali SAME maka bangsa Cina akan mula menghargai segala dasar dan program kerajaan.

3. SAME bukan sekadar bermatlamat menyalurkan maklumat SME, malahan engagement di antara kerajaan dan pengusaha industri SME bagi mengembangkan rantaian perniagaan dan mempelajarai teknologi industri terkini.

4. Pengusaha SME akan dapat berhubung dan dimudahkan urusan mereka dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan SME.

5. Di antara inisiatif SAME adalah direktori pelbagai bahasa sebagai pemudah berinteraksi ketika berurusan dengan agensi kerajaan ataupun bank.

6. Direktori Panduan SAME pula mengandungi maklumat senarai dana kerajaan untuk SME.

7. Sejak dilancarkan tahun lalu, SAME telah membantu PKS bersaiz mikro dan kecil dalam mengembangkan perniagaan mereka.

8. Di antara pencapaiannya adalah ‘Letter of Credit’ bernilai RM3.65juta, untuk sebuah SME yang berdagang di Laos.

9. Bantuan Danan Kecemasan PKS untuk SME mangsa banjir di Kelantan di mana MIDF meluluskan pinjaman 41 pemohon bernilai RM3.4 juta manakala SME Corp meluluskan geran kepada 175 pemohon sebanyak RM1.34 juta.

Seterusnya adalah teks ucapan penuh Datuk Wee Ka Siong;


TEKS UCAPAN

YB DATUK IR. DR. WEE KA SIONG

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN SEKRETARIAT PEMBANGUNAN USAHAWAN MALAYSIA (SAME) DAN SKIM PEMBIAYAAN USAHAWAN PKS KAUM CINA

5 JUN 2015 (JUMAAT), 3.00 PETANG

GALAXY BANQUET HALL, SENTUL, KUALA LUMPUR

**************************************************

Terima kasih Pengacara Majlis,

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak; Perdana Menteri Malaysia

Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai; Menteri Pengangkutan, Presiden MCA yang juga Penaung KOJADI,

Yang Berhormat Menteri-Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri,

Para Penasihat SAME,

Yang Berbahagia Tan Sri- Tan Sri, Datuk-datuk,

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Selamat datang ke Majlis Pelancaran Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia, SAME di bawah Jabatan Perdana Menteri dan juga pelancaran Skim Pembiayaan Usahawan PKS Kaum Cina.

1. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato’ Sri Mohd. Najib yang sudi melapangkan masa untuk menyempurnakan Majlis pada petang ini.

2. Seperti yang kita sedia maklum, MCA memilih untuk tidak menganggotai  Jemaah Menterisebaik selesai PRU 13, hanya setahun kemudian, setelah merundingi secara menyeluruh akar umbi dan dengan mengendong harapan besar masyarakat Cina yang menyedari mereka memerlukan suara di keliling meja pembuatan dasar tertinggi kerajaan, maka pada 27hb Jun tahun lalu, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai dan saya telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri untuk menyertai kabinet bagi mewakili MCA serta bagi memberikan suara kepada aspirasi masyarakat Cina Malaysia dalam kerajaan. Secara peribadi ia merupakan amanah dan tanggungjawab rakan seperjuangan dalam MCA khasnya dan masyarakat Cina amnya, terima kasih.

3. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, di atas kepercayaan kepada saya untuk menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, dengan dipertanggungjawabkan portfolio pembangunan kampung baru, SME dan juga pembiayaan skim pinjaman mikro kaum Cina.

4. Sejak diberi mandat untuk menerajui portfolio ini, saya telah bertungkus-lumus berusaha menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Sesuai dengan mantra YAB Perdana Menteri bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan telah berakhir serta bagi meneladaninya maka saya telah turun ke lapangan untuk berjumpa dan duduk berbincang dengan kesemua “stakeholders” SME bukannya hanya menunggu mereka datang kepada saya atau goyang kaki dan membuat andaian semata-mata.

5. Seterusnya dengan persetujuan YAB Perdana Menteri, saya telah mengumumkan penubuhan sebuah unit pembangunan SME dan micro-credit yang dinamakan sebagai Secretariat For The Advancement of Malaysian Entrepreneurs, atau nama singkatannya “SAME” secara rasminya pada 1hb Oktober 2014 yang beribu pejabat di Aras 2, Menara Usahawan, Putrajaya.

6. Penubuhan SAME turut dibantu oleh Panel Penasihat yang terdiri daripada wakil-wakil pertubuhan perniagaan, SME, bekas banker dan golongan cendekiawan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembangunan SME. Panel penasihat SAME telah memberi input penting menentukan halatuju SAME. Selain daripada itu, SAME juga mendapatkan input daripada beberapa badan yang berpengaruh, di antaranya SME Association of Malaysia, Federation of Malaysia Chinese Guilds Association dan Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry Malaysia (ACCCIM).

7. Penubuhan SAME ialah langkah pro-aktif, kreatif dan inovatif yang kita telah ambil. Ia bukan sahaja telah melakar sejarah baru perkembangan SME negara ini malahania membuktikan keprihatinan dan kepedulian YAB Perdana Menteri dan Kerajaan terhadap kemajuan Usahawan Kecil dan Sederhana kaum Cina. Nama YAB akan tercatat dalam sejarah dengan tinta emas sebagai seorang Perdana Menteri yang bukan sahaja meluluskan penubuhan SAME tetapi juga selama ini telah memberi perhatian dan peruntukan  yang besar kepada sektor SME. Realitinya majoriti pengusaha SME terdiri daripada kaum Cina.

8. Nah ini membuktikan YAB bukan menjaga kaum Melayu, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja tetapi juga kaum Cina yang sama sekali tidak dianaktirikan apatah lagi dilupakan lebih-lebih lagi dengan peruntukan khusus RM50 juta kepada SME kaum Cina. Sir, you walk the talk, this is indeed an inclusive approach, tiada sesiapa yang terpinggir dalam arus pembangunan negara Malaysia tercinta.

10. Kedua, kami juga mendapati ramai pengusaha SME gagal dalam perniagaan mereka disebabkan kekurangan bimbingan yang sewajarnya, terutamanya dari segi pengurusan perniagaan secara sistematik. Penubuhan SAME  tepat pada masanya bagiSME yang memerlukan bantuan untuk terus melangkah ke hadapan, SAME akan membantu mereka menerusi Siri Bimbingan Pelan Perniagaan dan Bengkel Pendidikan Pembangunan Keusahawanan.9. Tujuan utama SAME ditubuhkan ialah untuk membantu usahawan SME dalam semuadimensi. Misalnya, kami tahu  memang ada ramai pengusaha SME yang beranggapan bahawa tidak mungkin untuk mereka mendapatkan bantuan kerajaan. Sikap ini timbul kerana mereka tidak tahu sebenarnya terdapat banyak kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka. Tak kenal, maka tak cinta. Sekarang, kita akan sampaikan kesemua maklumat kepada mereka, sudah tentu mereka akan mula menghargai segala dasar dan program kerajaan. Sudah kenal barulah boleh mencintai.

11. Ketiga, SAME ditubuhkan bagi memainkan peranan yang penting, bukan sahaja sebagai wadah menyalurkan maklumat kepada SME, malahan melalui sesi-sesi “engagement” yang telah dan bakal dijalankan dari semasa ke semasa ia mampumeningkatkan proses kefahaman di antara pihak kerajaan dan juga pihak industri. Pada masa yang sama, melalui sesi-sesi “engagement” sebegini,  pengusaha SME dapat mengembangkan “business to business (B2B) network” mereka dan mempelajari teknologi industri terkini.

12 Keempat, SAME juga berperanan sebagai sebuah “reference point agency”  untuk proses “interface” dengan agensi-agensi yang lain merentasi 15 Kementerian, di antaranya MITI, MOA, KPDNKK dan lain-lain lagi untuk membantu dan membangunkan sektor SME negara ini, berlandaskan kepada “SME Master Plan 2012-2020”.

13. Diantara inisiatif di bawah SAME misalnya sebuah Pusat Hentian Setempat Pelbagai Bahasa (Multilingual-One Stop Centre) yang menjadi jambatan penghubung di antara  kementerian-kementerian dan agensi-agensi dalam proses integrasi maklumat dan penyaluran info terpenting dan mutakhir kepada PKS yang memerlukan.

14. Kami telah menjalinkan hubungan rapat dengan agensi-agensi seperti SME Corp, SME Bank, Agro Bank, CGC, BSN, Exim Bank, Cradle Fund, MDEC, HDC, MIDF, SEED dan lain-lain lagi.

15. Kami juga mengambil inisiatif untuk menyediakan satu direktori pelbagai bahasa yang boleh dirujuk pengusaha SME untuk manfaat bersama. Kalau dulu pengusaha SME terpaksa memohon bantuan“ah-long” untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi perniagaan mereka, kerana kebanyakan mereka tidak memenuhi syarat pinjaman bank komersial, tetapi hari ini mereka mempunyai lebih banyak pilihan untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan terutama daripada pihak kerajaan.

16. Direktori Panduan SAME ialah satu direktori menyeluruh yang menyenaraikan semua dana kerajaan yang sedia ada untuk SME berdasarkan kelayakan masing-masing. Tujuan kami menyediakan buku panduan tersebut dalam pelbagai bahasa ialah untuk memastikan semua akan faham dan memperoleh manfaat daripada maklumat yang ingin disalurkan.

17. Kelima, melalui perjumpaan yang diadakan secara berkala, saya telah mendekati para pengusaha untuk mengetahui secara dekatmasalah yang dimiliki dan  kemusykilan yang dipunyai serta berusaha mencari kaedah penyelesaian terbaik untuk setiap satu dan sekiranya perlu, perkara-perkara yang mendesak telah dan akan dibawa dalam perbincangan kabinet.

18. Di sini, saya ingin mengatakan bahawa melalui perbincangan dua hala ini, pelbagai masalah dapat kami salurkan kepada pihak berkuasa dan ia dapat diselesaikan satu per satu. Sebagai contoh, isu pengutipan royalti hak cipta muzik, service charge di restoran, isu pembaharuan permit pekerja asing melalui MyEG dan sebagainya.

19. Saya ingin mengatakan bahawa YAB Perdana Menteri sentiasa mendengar rintihan SME. Pada waktu yang sama, saya ingin mengatakan bahawa kenapa nama “SAME” digunakan untuk sekretariat ini, iaitu semata-mata kita melihat dalam konteks kalau kerajaan membantu usahawan SME, kita tidak hanya membantu usahawan kaum Cina, tetapi mereka dari kaum Melayu, Bumiputra, India dan kaum lain-lain juga akan menerima manfaatnya.

20. Bergerak berlandaskan prinsip kemuafakatan ini, SAME telah mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan Pertubuhan-pertubuhan Perniagaan yang lain, seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, PERDASAMA, Malaysian Associated Indian Chamber of Commerce & Industry dan sebagainya. Dengan ini, kami dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat di antara satu sama lain.

21. Keenam, SAME juga dari semasa ke semasa memperkenalkan SME tempatan terbaik kepada pelabur-pelabur ‘Venture Capitalists’ (VC) dalam dan luar negara, yang mampu mengambil risiko tinggi, sama ada dalam bentuk ‘angel funds’, VC fund dan ‘crowd-funding’. Ini adalah sumber kewangan alternatif untuk PKS, terutama dalam menembusi pasaran eksport antarabangsa. Kami komited membangunkan PKS yang bersedia untuk menembusi pasaran global menerusi kerjasama erat antara kerajaan (G to G) serta antara lokaliti (endpoint to endpoint) dan seterusnya memberi sumbangan ke arah memperbesarkan saiz ekonomi negara.

22. Untuk pengetahuan YAB juga antara kejayaan SAME  semenjak penubuhannya ialahberjaya menyelesaikan 72 kes pembiayaan perniagaan SME. Kesemua SME terbabit telah berjaya mendapatkan pinjaman perniagaan yang diperlukan dari pelbagai institusi-institusi kewangan pembangunan berjumlah RM64.38 juta dengan bantuan kami. Nilai tertinggi pembiayaan bersyarat yang berjaya kami dapatkan adalah ‘Letter of Credit’ bernilai RM3.65juta, untuk sebuah SME kita yang berdagang di Laos. Secara puratanya, margin pembiayaan PKS yang berjaya kami dapatkan untuk setiap kes adalah di antara RM50,000 ke RM250,000.

23. Kami juga berjaya mendapatkan bantuan Dana Kecemasan PKS (SMEEF) untuk SME yang dilanda banjir teruk di Kelantan tahun lepas menerusi kerjasama erat dengan MIDF dan SME Corp. MIDF meluluskan pinjaman kepada 41 pemohon dengan nilai berjumlah RM3.4 juta, manakala SME Corp. pula meluluskan geran sebanyak RM1.34 juta kepada 175 pemohon.

24. Apa yang saya ingin tekankan ialah SAME membantu PKS bersaiz mikro dan kecil yang amat memerlukan pertolongan tambahan dalam mendapatkan akses kepada pembiayaan kewangan yang sewajarnya untuk mengembangkan perniagaan mereka.

25. Secara ringkasnya, segala masalah yang dihadapi oleh pengusaha SME dapat disalurkan kepada kami, dan jikalau masalah-masalah tersebut melibatkan kementerian lain, kami akan membawa kepada mereka untuk mencari kaedah penyelesaian bersama. “Afterall, we serve under one collective goverment.”

26. Yang Amat Berhormat, masyarakat Cina terharu dengan pengumuman YAB pada bajet 2015 di mana RM50 juta telah disediakan untuk membantu kaum Cina. Ini satu usaha murni dan saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB, dengan harapan YAB dapat terus memberi sokongan kepada SME untuk terus berkembang sebagai  enjin pertumbuhan ekonomi yang penting bagi negara ini, sejajar dengan apa yang digariskan oleh YAB sendiri.

27. Saya yakin kepercayaan YAB  menyerahkan dana RM50 juta ini kepada KOJADI tidak akan dipersiakan, sebagai sebuah koperasi yang terulung, sudah tentunya pengurusan dana ini dapat dibuat secara telus dan menepati segala syarat-syarat urus tadbir kerajaan.

28. Saya berharap pihak pengusaha SME akan mengambil kesempatan ini untuk memohon pinjaman dengan kadar 4% yang cukup rendah, untuk mengembangkan perniagaan mereka.

29. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB. Sesungguhnya Majlis yang bersejarah pada hari ini tidak akan menjadi kenyataan, tanpa sokongan padu daripada YAB.

30. Saya dengan rendah hati ingin memohon ehsan YAB agar terus memberi bantuan yang signifikant kepada masyarakat Cina. Kita akan terus berdiri teguh dan memberi sokongan padu tidak berbelah kepada YAB yang sentiasa mengambil berat tentang nasib golongon perniagaan, terutamanya mereka yang tergolong sebagai SME.

31. Once again, thank you Prime Minister. Sir,

“Terima kasih Daun Keladi,

Kalau Ada Bagi Lagi”

— TAMAT —