Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam
At-Tabrani sabda Rasulullah SAW:
"أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرُ بَرَكَةٍ يَغْشَاكُمُ اللهُ
فِيهِ، فَيُنْزِلُ الرَّحْمَةَ وَيَحُطُّ الْخَطَايَا وَيَسْتَجِيْبُ فِيهِ
الدُّعَاءَ يَنْظُرُ اللهُ تَعَالىَ اِلَى تَنَافُسِكُمْ فِيهِ وَيُبَاهِىْ ِبكُمْ
مَلاَئِكَتُهُ فَأَرُوا اللهَ مِنْ أَنْفُسِكُمْ خَيرًا فَإِنَّ الشَّقِيَّ مَنْ
حُرِّمَ ِفيهِ رَحْمَةُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ."
Bermaksud : "Apabila tibanya Ramadan bulan keberkatan maka Allah
melindungi kamu pada bulan tersebut, ia menurunkan rahmat-Nya, mengampunkan
segala dosa dan memperkenankan doa. Pada bulan ini Allah melihat perlumbaan
kamu melakukan ibadah dan para malaikat sangat berbangga melihat ibadah yang
kamu lakukan. Maka tunjukkanlah kepada Allah segala kebaikan yang kamu lakukan
kerana sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang diharamkan mendapat
rahmat Allah pada bulan tersebut."
Firman Allah SWT di dalam
surah al-hadid ayat 21 :
“ Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan
amal-amal Yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat
syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi
orang-orang Yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; Yang demikian ialah
limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah
sememangnya mempunyai limpah kurnia Yang besar.”
Rebutlah peluang dengan
hadirnya Ramadan untuk memohon keampunan daripada Allah SWT