Pendedahan Ahmad Maslan tidak mengejutkan...
KUALA TERENGGANU, 15 Mei
Lebih 60,000 anggota jentera penerangan Umno di seluruh negara gagal menjalankan tugas kerana tidak memahami tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan. Beliau berkata ramai yang tidak tahu apa yang hendak dilakukan kerana tidak dimaklumkan tentang tugas sebenar mereka sebagai anggota jentera penerangan parti. Katanya terdapat 20,000 anggota jentera penerangan di peringkat cawangan parti, tidak termasuk 18,000 Ketua Penerangan Wanita, 15,000 Ketua Penerangan Pemuda dan 7,000 Ketua Penerangan Puteri di peringkat itu. "Jumlah mereka ramai tetapi ramai yang tidak tahu tugas dan tidak tahu apa yang hendak dibuat," katanya kepada pemberita pada perjumpaan dengan jawatankuasa penerangan Umno Terenggani di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ahmad, yang baru dilantik ke jawatan itu pada selepas perhimpunan agung Umno pada Mac lepas, berkata beliau berazam untuk mengaktifkan kesemua jentera yang ada menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. "Jika semua jentera penerangan itu digerakkan, ia mampu memberi impak baik kepada Umno dan Barisan Nasional kerana dengan cara itu rakyat akan lebih faham tentang isu-isu semasa," katanya. Ahmad berkata anggota jentera penerangan yang dikenal pasti akan dilatih sebagai penceramah dan diberi penerangan tentang isu-isu semasa supaya mereka dapat menjalankan peranan di peringkat akar umbi. Katanya beliau menyasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 50 penceramah di setiap negeri.
BERNAMADeep Tots:
Buktinya PRU12 dan pilihanraya kecil di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Yang benar itu memang pahit untuk ditelan oleh UMNO tetapi adakah UMNO masih bermimpi di siang hari?
Seringkali saya sebut, UMNO ketinggalan zaman (outdated) seperti yang pernah saya katakan
di sini untuk menerajui abad 21 ini... apakah tindakan mereka?
The voice pula menyelar sebilangan pemimpin UMNO yang pernah menamakan bloggers sebagai beruk, pembawa cerita palsu, suri rumah... kini, saluran blog merupakan penyampai maklumat yang sangat dilayari rakyat Malaysia...
Mungkinkah, saluran maklumat konservatif sudah tidak relevan juga? Contohnya TV3 hanya merupakan saluran popular hiburan yang dipenuhi dengan iklan, gosip artis, tayangan filem yang ketinggalan zaman.. sangat kurang dengan penyampaian bicara isu semasa. Adakah TV3 tidak sensitif sebagai saluran maklumat kerajaan?
Seruan saya kepada Dato' Maslan...
Internet bukan lagi saluran alternatif maklumat di abad ini. Ia telah menjadi saluran utama rakyat Malaysia... Berapa ramai pemimpin UMNO aktif berforum di Facebook atau Twitter? Berapa ramai pemimpin UMNO sentiasa berhujah di blog?
Ini semua berpunca daripada sifat malas mencari ilmu dan berfikir tetapi ramai suka bercakap perkara yang cliche. Justeru itu, sematkan di fikiran ahli-ahli UMNO agar mereka sentiasa IQRA' dan pertama mendapatkan maklumat (first in news)
Seperti
Mathias (Fast Forward) pernah berkata, either you shape up or ship out! You have been warned...