Tangan Presiden PAS akan sentiasa berdarah di tanah Memali...
Thursday, March 28, 2013
SAMSENG ANWAR IBRAHIM SERANG BELIA & MAHASISWA DI SABAH
Dari jalan PKR dilahirkan Anwar... kini menular ke Sabah
Kejadian :
Bertempat dilaluan Star City Kota Kinabalu pada 24 Mac 2013, jam 01.30
t.hari sekumpulan belia gabungan bermotor dan Mahasiswa telah diserang
dengan begitu kejam menggunakan parang dan besi oleh samseng keadilan
(berdasarkan baju biru berlogo parti keadilan. Sebanyak 5 biji
motorsikal telah dirosakkan dengan teruk menggunakan parang dan besi.
Kumpulan belia ini hadir sebelum kehadiran Anwar Ibrahim bagi menyatakan
bantahan kepada Tian Chua dan Lajim berhubung kebiadapan mereka dengan
menuduh insiden di Lahad Datu sbagai satu sandiwara.
Bukankah setiap
individu rakyat malaysia dibolehkan menyuarakan rasa tidak puas hati
dengan cara yang terbuka. 100 % belia ini langsung tidak terikat dgn
mana2 Parti Politik. Mereka mmperjuangkan kebebasan bersuara namun telah
diserang dengan begitu kejam dan ganas. Mengambil contoh prhimpunan
Bersih 1.0,2.0 dan Brsih 3.0, Prhimpunan Mahasiswa bantah ptpn,
Prhimpuan bantah lynas pserta demo ini langsung tidak diganggu oleh
anggota Parti sebelah. Kenapa bila belia Sabah mahu memperjuangkan
kebebasan bersuara (dengan cara belia anak2 muda menggunakan motorsikal)
diserang dengan begitu kejam dan tidak bertamaddun sehingga ada yang
cedera parah.
Perhatikan baik2 Video ini,sekumpulan belia lalu di jalan
raya tempat awam terus diserang dengan begitu kejam oleh orang keadilan
berbaju biru berlogo keadilan. Belia ini hnya membawa poster yang
bertajuk bantahan terhadap Tian Chua dan Lajim Hj Ukin tetapi terus
diserang dengan besi. Setiap blog parti ketika ini yang cenderung kepada
parti poltik Anwar Ibrahim telah menuduh belia yg ingin buat demo ini
berniat ingin simbah cat keatas bas keadilan dan telah diupah. Ini
sebenarnya langsung tidak benar. Belia ini buat demo ini sekadar suka2
sbb sepengetahuan belia ini Anwar Ibrahim adalah bpa kepada demokrasi
yg mendokong demo sebgini tetapi ini sebaliknya bila mana belia ini
diserang.
Pihak parti politik ini juga sebenarnya cuba menutup kesalahan
kejam mereka. Parang yang digunakan oleh Parti Anwar untuk menyerang
belia ini pun turut dimanipulasi dengan menyatakan parang tersebut
datangnya dri belia ini. Belia ini mempunyai bukti brgambar abg keadilan
yg telah ambil parang tersebut dari bonet kereta jenis Prado milik abg
keadilan. Pihak Polis juga bertindak tidak adil bila mana ahli politik
orang Anwar dibebaskan sedangkan belia Sabah yang diserang ditangkap.
Dimana keadilan untuk belia dan mahasiswa Sabah. Barulah kami sedar
betapa ganasnya Anwar Ibrahim.
Anak Sabah Brotherhood.
Anak Sabah Brotherhood.
Wednesday, March 27, 2013
EXORA DIJADIKAN BAHAN CEMUHAN RAFIZI
Pertama sekali, adakah Rafizi telah meneliti teks
ucapan Perdana Menteri dan juga teks sidang akhbar Pengerusi SPAD di Majlis Pemberian Lesen Teksi Individu pada Ahad lalu?
MENGAPA EXORA SEBAGAI PILIHAN
Menurut Pengerusi SPAD, kerajaan telah beri RM3,000
rebet bagi tuanpunya teksi lama yang ingin menukar kepada kereta baru dan
mereka yang belum berbuat lagi boleh tukar kepada Exora. Ini merupakan satu
galakkan dan insentif kepada pemandu-pemandu2 teksi yang hanya membayar RM59
ribu setelah diberi geran sebanyak RM5,000 dengan kadar faedah 2 peratus.
Teksi-teksi model baru tersebut juga boleh mengambil dan menurunkan penumpang
di Airport KLIA 1 dan 2.
SPAD juga telah menerima banyak respon terutama pelancong luar negara yang mengadu teksi di Malaysia terlalu kecil memandangkan kapasiti bagasi yang mereka bawa dan ruang tempat duduk yang sempit jika dilihat pada saiz badan serta jumpah penumpang. Lebih parah bila ada tangki NGV. Adakalanya sehingga tidak ada ruang untuk memasukkan beg mereka.
Teksi Exora juga untuk meningkatkan kualiti standard teksi bajet yang selama ini begitu sinonim dengan kereta saiz kompak Iswara, Saga dan Wira.
Perdana Menteri berkata, "Kita perlu kepada Sistem Teksi yang moden dan efisien. Pelancong-pelancong yang menggunakan perkhidmatan teksi akan rasa selesa bila mereka menggunakan perkhidmatan teksi... Kita mesti pastikan bahawa orangramai, pengguna, pelancong dapat perkhidmatan teksi seperti disebut oleh Pengerusi SPAD tadi - bertaraf dunia dan ini bukan satu impian yang tak boleh menjadi kenyataan."
Teksi model Exora ini juga dilengkapi dengan
teknologi yang lebih baik, terdapat kemudahan “credit card reader” supaya
pengguna dapat membayar melalui kredit kad dan di belakang kerusi pemandu ada
tertera nama pemandu dan nombor lessen supaya keselamatan penumpang adalah
terjamin.
SPAD juga memperkenal sistem “tracking and
monitoring”, saluran untuk mendapat maklumbalas perkhidmatan. SPAD juga akan
memantau “code of conduct” pemandu-pemandu teksi agar mematuhi standard
operasi.
Oleh itu, negara kita akan mempunyai teksi dan
perkhidmatan yang lebih baik pilihan rakyat.
BAI’ AH
Pemandu-Pemandu Teksi yang hadir |
“Sebab itu
geran diberi sedikit demi sedikit, tidak kepada semua kerana ia hanya gula-gula
untuk menenangkan kemarahan pemandu teksi yang terabai selama ini,” kata
Rafizi.
Kerajaan BN yang menjaga kebajikan rakyat dengan
membina negara untuk membawa negara kearah yang lebih baik telah melaksanakan BR1M 1.0, BRIM 2.0... DAN
TR1MA 1.0 DAN TR1MA 2.0. Tetapi, apa yang pihak pembangkang telah buat untuk menghancurkan
Negara serta melanggar undang-undang ialah dengan mengadakan Bersih 1.0, Bersih 2.0
dan Bersih 3.0 … INILAH BEZA DENGAN PEMBANGKANG!
Inilah yang kita hendak. Kita hendak antara kerajaan dan rakyat
bekerjasama dan permuafakatan. Kalau ada yang tak betul, kita perbaiki. Kalau
ada yang kurang, kita akan tokok tambah tapi bukan kita menghancurkan atau
meruntuhkan apa yang kita telah bina. Kita bawa keadaan
supaya hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari
ini. Inilah
kerajaan BN yang ada pada hari ini.
Rafizi telah dengan sengaja mengambil sebahagian daripada bai’ah yang
dilontarkan oleh Perdana Menteri. Sebenarnya bai’ah tersebut juga meliputi
menyeru pemandu-pemandu teksi yang bersopan, beramanah dan boleh dibanggakan
bagi menuju kea rah perkhidmatan teksi bertaraf dunia yang akan dibangunkan.
SPAD juga telah membuat syarat kelayakan lessen individu kepada
pemandu-pemandu teksi tersebut yang berdasarkan merit dan criteria tertentu. Di antaranya seperti:
- Bebas kesalahan trafik
- Rekod pemanduan baik
- Telah memandu melebihi 5 tahun
- Syarat kelulusan pinjaman pula termaktub pada pihak bank. Jika pemohon layak menerima pinjaman. Geran dan subsidi kadar faedah sebanyak 2% setahun diberikan.
PEMANDU TEKSI YANG TERABAI?
Berikut adalah kenyataan YB Noh Omar, mantan Menteri
Pembangunan Usahawan dan Koperasi :
DAN...
KENYATAAN AKHBAR Y.B DATO NOH BIN
HAJI OMAR MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI MENGENAI
PENGELUARAN LESEN TEKSI KEPADA PENGUSAHA INDIVIDU DAN PENAMBAHBAIKAN
PERKHIDMATAN TEKSI DI SEMENANJUNG MALAYSIA - ISNIN 30 JUN 2008
1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun yang lalu telah meluluskan cadangan untuk membuka semula permohonan lesen teksi kepada individu secara berperingkat-peringkat. Pengeluaran 3,000 lesen kepada pemandu individu akan memberi peluang kepada pemandu-pemandu tulen (genuine) memiliki lesen sendiri dan dapat mengurangkan persepsi negatif mereka terhadap Kerajaan.
2. Beberapa kriteria khas akan dipertimbangkan bagi permohonan ini. Antaranya :

- warganegara Malaysia;
- berumur tidak melebihi 60 tahun pada tarikh memohon;
- pemohon mestilah ahli kepada pertubuhan yang berkaitan dengan pengangkutan awam teksi (koperasi atau persatuan);
- menjalani kursus anjuran MECD;
- bebas daripada kes jenayah dan penyalahgunaan dadah serta tiada tunggakan saman lalulintas;
- mempunyai kesihatan yang baik dan diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan berkala setia tahun; dan
- bersedia mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh MECD.
3. Pelaksanaan pemberian lesen kepada individu sebanyak 3,000 lesen akan meningkatkan nisbah pemilikan lesen teksi individu berbanding syarikat daripada 35% : 65% kepada 40% : 60%.
4. Pengeluaran 3,000 lesen teksi akan meningkatkan penawarannya di pasaran bagi memenuhi keperluan semasa. Kualiti teksi diharapkan dapat ditingkatkan memandangkan tanggungjawab sebagai pemilik lesen diletakkan sepenuhnya terhadap individu tersebut dan LPKP akan memantau pemiliknya melalui koperasi dan persatuan yang dianggotainya.
5. Pihak syarikat akan meningkatkan kualiti perkhidmatannya dan mengubah pendekatan perniagaan dengan menggaji pekerja atau menawarkan saham kepada pemandu memandangkan pemandu sedia ada telah diberikan lesen individu dan akan berlakunya kekurangan penyewa teksi / pemandu syarikat.
6. Bagi memastikan matlamat menambah baik perkhidmatan teksi di Semenanjung Malaysia tercapai, pemegang permit individu dikenakan syarat sebagaimana berikut:-
- larangan memajak permit teksi individu kepada pihak ketiga; dan
- menetapkan tempoh masa minimum harian operasi teksi. Ini bagi mengelakkan masalah kekurangan teksi berikutan sikap pemandu teksi individu yang mudah berpuas hati apabila sudah mendapat hasil harian yang mencukupi.
7. Sehingga
31 Disember 2007, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah
mengeluarkan sebanyak 28,292 lesen teksi di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebanyak
18,905 (65.4%) lesen teksi telah dikeluarkan kepada syarikat dan koperasi serta
bakinya 9,387 lesen (34.6%) kepada individu.
Mantra:
Bandingkan
kenyataan Rafizi di sini
- Strong Point Rafizi hanya menumpukan kepada penggunaan kereta Exora sebagai syarat penerimaan Lesen Teksi Individu, hanyalah sebagai ulasan penyedap bagi memenuhi ruangan article. Rafizi tanpa meneliti sepenuh teks ucapan PM, akan membuat komen-komen yang dengan sendiri merujuk kepada sikap pembangkang yang tidak membina tapi untuk meruntuh kebajikan pemandu-pemandu teksi.
- Sebuah lagi janji ditepati Kerajaan BN tetapi Rafizi yang sebenar hanya sekadar mampu membuat ringkasan tidak berfakta demi untuk memancing undi.
- Siapa yang tiru siapa dan siapa yang tipu siapa... di sini
- 11 Julai 2009 - PM umum dasar untuk menambah permit teksi individu bagi memperbaik kehidupan para pemandu teksi. Ucapan Dato Seri Najib sempena 100 hari Perdana Menteri.
- 5 Mac 2011 - Buku Jingga dilancarkan oleh PR dengan salah satu janjinya ialah untuk menyemak pemberian permit teksi untuk individu dan persatuan.
- 1 Ogos 2011 - PR Janji permit teksi individu. Pemandu teksi diminta menjadi penyebar lidah PR dengan membekalkan akhbar Harakah, Suara Keadilan & Roket kepada para penumpang. Janji ditaburi oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis yang dihadiri kira-kira 500 orang pemandu teksi di Petaling Jaya.
Friday, March 15, 2013
MANILA STANDARD TODAY... MEMANG BODOH!
Bodohnya, bila ‘Manila Standard Today’ samakan Najib Dengan Slovodan Milosevic. |
Atty. Harry Roque Jr, seorang wartawan dari Manila Standard Today, mendesak Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia agar menghentikan konflik bersenjata di Sulu dengan segera atau beliau akan dilihat sebagai setaraf dengan penyembelih orang Islam di Bosnia, iaitu Slobodan Milosevic atau pembunuh rakyat sendiri dengan senjata kimia, iaitu Saddam Hussein.
Wartawan tersebut juga secara biadapnya menuduh Malaysia tidak mengendahkan hak asasi manusia dalam melindungi hak untuk hidup bagi rakyat Filipina di Sabah serta hak untuk dibicarakan sebelum dijatuhkan hukuman mati. Seterusnya, beliau mengugut supaya Malaysia berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah di bawah Akta Antarabangsa.
Tulisan Roque ini adalah berdasarkan dakwaan kononnya berlaku serbuan dan pembunuhan rakyat Filipina secara kejam dan tidak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu.
Harry Roque nampaknya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai Datuk Seri Najib, Slobodan Milosevic mahupunSaddam Hussein kerana ketiga-tiga mereka ternyata berbeza dari segi karektor, latarbelakang mahupun sejarah negara masing-masing.
Roque juga nampaknya tidak segan silu memberi pandangan malah ‘mengugut’ Perdana Menteri Malaysia hanya dengan berdasarkan laporan media lain yang turut memetik ‘cerita’ dari mereka yang mendakwa sebagai mangsa tanpa terlebih dahulu menyelidik kesahihannya.
Slobodan Milosevic telah tercatat dalam sejarah dunia sebagai manusia kejam yang melakukan pembersihan etnik ke atas umat Islam di Bosnia. Beliau telah pun didakwa dan dihukum sebagai penjenayah perang sebelum ditemui meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 2006 kerana serangan jantung.
Milosevic lahir dalam era perang dunia keII. Ibubapanya telah bercerai sejurus selepas perang berakhir. Bapanya, seorang padri Serbia Ortodoks telah membunuh diri pada tahun 1962 dan ibunya juga menurut jejak langkah yang sama sepuluh tahun kemudian.
Latarbelakang yang penuh dengan keganasan secara semulajadinya telah menjadikan Milosevic seorang yang kejam.
Saddam Hussein pula telah dituduh sebagai bertanggungjawab membunuh sehingga 100,000 puak pemberontak Kurdish dengan menggunakan senjata kimia. Tuduhan ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas sehingga ke akhir hayatnya, seperti juga tuduhan beliau membina senjata pemusnah (WMD). Ramai yang berpendapat bahawa tuduhan tersebut hanyalah rekaan Amerika. Saddam ditangkap dan digantung pada tahun 2006.
Saddam juga mempunyai latarbelakang yang menyedihkan di mana bapanya meninggalkan keluarganya ketika Saddam masih di dalam kandungan ibunya. Ketika berusia 13 tahun, Saddam kehilangan abangnya akibat kanser. Saddam yang masih bayi kemudian dipelihara oleh ibu saudaranya sehingga berusia 3 tahun iaitu sehingga ibunya berkahwin semula. Dari situ, Saddam mendapat tiga abang tiri dan bapa tiri yang tidak melayannya dengan baik. Semasa berumur 10 tahun, Saddam tidak sanggup lagi tinggal bersama keluarganya dan melarikan diri ke Baghdad untuk tinggal dengan bapa saudaranya.
Jelas, apa yang berlaku kepada Saddam sewaktu kecil, telah membentuk jiwa yang keras dan kental malah mungkin juga kejam.
Milosevic dan Saddam, kedua-duanya menepati ciri-ciri manusia yang berpotensi menjadi kejam kerana mempunyai latarbelakang yang tidak normal. Manusia yang waras tidak mungkin akan secara semulajadi mempunyai jiwa yang keras atau kejam jika mendapat pendidikan yang baik dan dibesarkan dalam keluarga yang normal.
Dan kerana itulah Datuk Seri Najib cukup terkenal sebagai seorang yang berjiwa lembut.
Untuk pengetahuan Roque, Datuk Seri Najib lahir dalam golongan bangsawan, di dalam sebuah keluarga bahagia di mana bapanya Tun Abdul Razak ketika itu merupakan Pegawai tinggi kerajaan.
Datuk Seri Najib kemudiannya dibesarkan sebagai anak Perdana Menteri Malaysia apabila Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri. Namun, beliau tidak pernah mempunyai masalah kekurangan perhatian atau tidak cukup kasih sayang seperti Milosevic mahupun Saddam kerana ibu Datuk Seri Najib adalah surirumah sepenuh masa, serta ibu yang penyayang. Tun Abdul Razak juga tidak pernah mengabaikan keluarga dan sering mencuri masa untuk mendampingi anak-anaknya serta memantau pembelajaran mereka. Tun Razak tidak memanjakan anaknya dengan kemewahan malah menolak permintaan anak-anaknya untuk membina kolam renang di rumah supaya kehidupan mereka tidak terlalu berbeza dengan orang kebanyakan. Datuk Seri Najib dididik dengan penuh kesopanan dan kesusilaan sesuai dengan darah bangsawannya dan kedudukan bapanya sebagai Perdana Menteri.
Oleh kerana, Datuk Seri Najib tidak pernah terdedah kepada keganasan sewaktu kecil, maka beliau mempunyai jiwa yang lembut dan prihatin. Ini terbukti apabila ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab menanganai tragedi Sauk, beliau telah memilih untuk berunding dan memujuk dengan pemberontak sehinggalah mereka menyerah diri. Pertumpahan darah tidak pernah menjadi pilihan utamanya.
Beliau juga merupakan watak penting dalam kebanyakan misi keamanan yang disertai Malaysia, termasuk di Bosnia di mana Milosevic merupakan penjenayahnya. Beliau juga turut bertanggungjawab membawa perdamaian di selatan Filipina dan baru-baru ini turut berikrar untuk membantu membawa perdamaian di Palestine.
Jelas, jiwa dan personaliti Datuk Seri Najib adalah berorientasikan ‘keamanan’ yang mana amat berbeza dengan Saddam dan Milosevic yang merupakan pengganas.
Justeru, apa yang dibayangkan oleh Roque mengenai Datuk Seri Najib sebagai manusia kejam amatlah menggelikan hati. Datuk Seri Najib tidak mungkin mampu walaupun untuk menampar mereka-mereka yang giat memfitnahnya saban hari. Malah, beliau jarang sekali membalas kutukan mereka, kecuali jika sudah terlalu amat keterlaluan, maka beliau akan memberikan penjealasan sebagai serangan balas kepada kutukan tersebut.
Tentera dan polis Malaysia juga turut membawa semangat keamanan dan keprihatinan yang sama dengan pemimpin kita, Datuk Seri Najib. Dunia telah menyaksikan bagaimana pasukan keselamatan dan pertahanan Malaysia adalah antara yang paling aktif menyertai misi-misi keamanan di mana saja. Malah, dalam insiden Lahad Datu juga, kelembutan hati pihak Malaysia cukup terserlah dan terbukti apabila kita memberi ruang yang terlebih dari cukup untuk berunding dan menyerah diri.
Satu-satunya pihak yang ganas dalam insiden Lahad Datu ialah pihak Sulu. Mengorek mata, menyembelih dan memotong tangan anggota keselamatan Malaysia adalah sesuatu yang teramat asing bagi tentera dan polis Malaysia kerana ‘kekejaman yang keterlaluan’ bukanlah satu sifat yang biasa dimiliki oleh rakyat negara ini, biarpun mereka merupakan penjenayah. Selain itu, tentera dan polis Malaysia, majoritinya berbangsa Melayu dan bangsa Melayu itu telah tercatat dalam sejarah sebagai bangsa lemah lembut iaitu sifat yang membolehkan negara ini kekal aman walaupun penduduk asal terpaksa berkongsi kekayaan dengan bangsa lain, termasuk pendatang asing.
Jika orang Melayu begitu ganas, kenapa orang Filipina terhegeh-hegeh sanggup bergadai nyawa ke sini? Kenapa selama ini mereka selamat, hidup aman, tenang dan tidak pernah diganggu? Kenapa hanya hari ini baru kedengaran cerita berkenaan ‘kekejaman’ pihak keselamatan Malaysia terhadap mereka? Kenapa tidak sejak dahulu lagi?
Mungkin Roque perlu membuat sedikit kajian sebelum menulis kerana nampaknya beliau masih belum layak untuk mengulas apa-apa mengenai isu dunia.

SPAD : ISU 'GANGGUAN SEXUAL' ... APA SEBENARNYA?
Di ambang PRU13, jika tidak terdapat isu-isu yang membabitkan salah guna kuasa, rasuah atau kroni maka soal moral pula yang bakal dikaitkan dengan mana-mana GLC dalam kejayaan Perdana Menteri mentransformasikan pelan kerajaan.
Terkini, satu tuduhan yang belum terbukti telah dikaitkan dengan SPAD oleh blogger ini.
Di antara tuduhan tersebut adalah:
- "GANGGUAN SEKSUAL membabitkan enam orang pekerja yang telah mengadu kepada PENGERUSI SPAD, SYED HAMID ALBAR dan Ketua CEO SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal tetapi aduan mereka langsung tidak dipedulikan dan dihiraukan.
- Ramai yang mengetahui kes berkenaan, hairan mengapa pihak atasan SPAD langsung tidak mengambil tindakan terhadap pegawai tinggi yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap keenam-enam wanita berkenaan.
- Lelaki yang dituduh itu pula hanya berkelulusan SPM tetapi dikatakan telah dilantik menerusi KABEL dengan SYED HAMID ALBAR dan turut diberitahu bahawa dia akan memegang jawatan selaku Ketua Jabatan Komunikasi di SPAD.
- Adalah difahamkan perangai huduh lelaki berkenaan yang kelihatan seperti dilindungi oleh PENGERUSI dan CEO SPAD sudah pun diadukan kepada Perdana Menteri Malaysia.
Persoalannya:
- Sebagai sebuah GLC, setiap dakwaan akan melalui proses seperti keluar surat tunjuk sebab dan yang kena dakwa akan menjawab tuduhan, dan jika didapati ada kes, maka akan diadakan 'domestic inquiry' dan satu jawatankuasa akan mengambil keputusan. Maka dakwaan yang menyatakan aduan mereka langsung tidak dipedulikan dan dihiraukan dan pihak atasan SPAD langsung tidak mengambil tindakan terhadap pegawai tinggi tersebut adalah tidak berasas dan menghukum sebelum diadili adalah perbuatan yang berat sebelah.
- Seterusnya, Pengerusi SPAD dikaitkan dengan dakwaan melindungi lelaki yang dituduh tanpa bukti hanyalah satu andaian liar dengan niat untuk memburukkan imej Tan Sri Syed Hamid Albar yang telah berjaya menangani isu-isu permit teksi dan isu perkhidmatan pengangkutan awam yang menjadi mainan pembangkang.
- Seperti kita sedia maklum Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar, adalah merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi (BN) dan dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat pada 3 Jun 2010. Sebaik sahaja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di tubuhkan dan diletakkan di bawah pengawasan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak.
- Maka apa sebenarnya niat untuk dikaitkan dgn Pengerusi SPAD yang juga seorang ahli politik BN di dalam dakwaan ini? Adakah ini bakal dijadikan isu-isu hangat menjelang PRU 13? Jawapannya memang tidak relevan kerana jawatankuasa yang dilantik SPAD akan membuat keputusan pengadilannya.
- Kelulusan pegawai yang dituduh juga dipertikaikan sehingga kenaikan pangkat ke jawatan lebih penting dipersoalkan. Ini membuktikan blogger ini tidak memahami proses lantikan jawatan di dalam sesebuah GLC. Tawaran perlantikan seseorang yang berkhidmat di dalam GLC bukan sahaja bergantung kepada kelulusan seseorang tetapi berdasarkan merit juga.
Mantra:
Seandainya blogger yang telah menyentuh isu ini, dinasihatkan agar membuat homework yang lebih bertanggungjawab dan tidak sekadar memenuhi ruang blog. Akibatnya, GTP yang sedang berada di landasan yang betul dan berjaya akan tercalar dengan tuduhan-tuduhan liar seperti ini.
Sekiranya tujuan sebenar adalah untuk memburukkan imej Tan Sri Syed Hamid sebagai seorang ahli politik, maka nampaknya perangai 'cha keting' masih menular dalam UMNO oleh golongan-golongan kecewa.
Di antara rakan-rakan blogger yang berkongsi pandangan adalah:
Kisah SPAD : Nak Serang Siapa ? Kroni Atau Tuan nya?
APA - SPAD : Angkara Kerusi Panas atau Kartel Teksi ?
Subscribe to:
Posts (Atom)