Friday, September 07, 2012

JIHAD PAKATAN UNTUK PESALAH



Dengan penangkapan ikon biadab, Ammar dan Sin Yee, PR dikatakan sedang mengatur langkah untuk membela kedua-dua mereka sebagai modal politik seterusnya. 

Di masa yang sama, ibu bapa Ammar yang pantas bertindak menyerahkannya kepada pihak polis telah pun meminta maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia atas tindakan biadap anak mereka.   Malah, mereka juga sedang berusaha untuk berjumpa dengan Perdana Menteri bagi meminta maaf secara rasmi dan bersemuka sebagai tanda ikhlas dan insaf. 

Sin Yee bagaimanapun, menggunakan pentas politik untuk meminta maaf iaitu melalui DAP dan dengan membuat sidang media dalam bahasa Cina yang diterjemahkan.  Tiada permohonan maaf secara langsung kepada Perdana Menteri yang dilafazkan, hanya permohonan maaf secara umum kepada rakyat Malaysia.   Itupun entah tepat entah tidak dengan terjemahan yang diperdengarkan kepada kita. 

Tidak seperti Ammar, pihak Sin Yee tidak menyatakan minat untuk menemui Perdana Menteri dan meminta maaf secara rasmi dan bersemuka. 

Sebaliknya, dengan meminta bantuan DAP, parti itu pantas menjadikan tangan Sin Yee yang digari ketika tangkapan sebagai isu untuk menenggelamkan isu sebenar, iaitu bersikap biadab terhadap pemimpin negara.

Namun, oleh kerana bukan hanya Sin Yee yang terlibat, DAP merasa bimbang jika sifat perkauman  mereka kelihatan begitu ketara jika hanya Sin Yee yang dibela.  Justeru, mahu tidak mahu, PR perlu kelihatan membela semua yang terlibat secara adil. 
 
Keputusannya, Ammar dan Sin Yee, kedua-duanya perlu dibela oleh PR. 

Untuk itu, kedua-dua mereka tidak boleh dibiarkan digambarkan sebagai pesalah tetapi perlu dijadikan wira.  Bagi mencapai matlamat ini, PAS perlu melancarkan jihad untuk membela kedua-dua Ammar dan Sin Yee atas nama keadilan dalam Islam. 

Hujah yang digunakan oleh PR ialah kedua-dua mereka masih muda dan kesalahan yang dilakukan adalah tidak seberapa iaitu hanya memijak dan menunjuk punggung kepada gambar, bukannya kepala Dato’ Seri Najib.   Oleh itu, mereka tidak layak dilayan seperti penjenayah dengan mengenakan gari ketika tangkapan.   Tindakan tersebut akan digembar-gemburkan sebagai menunjukkan yang kerajaan tidak berperi-kemanusiaan, tidak bertimbang rasa  dan sengaja ingin menutup hak bersuara rakyat. 

Di samping itu, DAP tetap juga akan menggunakan pendekatan perkauman bagi menaikkan kemarahan kaum Cina terhadap kerajaan.  Beberapa isu akan ditimbulkan bagi menunjukkan layanan berbeza oleh polis terhadap peserta Cina dan Melayu yang ditangkap atau antara Sin Yee dan Ammar.

Inilah antara stragegi jihad PR untuk Sin Yee dan Ammar dan mereka bakal melancarnya secara serentak secepat mungkin.   

Nampaknya demi kuasa, PR, termasuk PAS sanggup melancarkan jihad membela perlakuan menunjuk punggung di khalayak ramai.  Kerana kuasa PAS sanggup berjihad untuk anak Cina yang kurang ajar terhadap pemimpin Islam.  Lebih buruk ialah si anak Cina itu langsung tidak menunjukkan keikhlasan dan keinsafan dalam permohonan maafnya.  Sudahlah dibuat di dalam bahasa Cina yang mana Perdana Menteri tidak dapat memahaminya, lebih teruk lagi ialah hakikat bahawa seorang warganegara yang mengaku setia kepada negara tidak mampu berbahasa kebangsaan walaupun untuk memohon maaf. 

Inilah produk DAP dan produk inilah yang PKR dan PAS sedang bantu untuk diperkembangkan dan diperkuatkan. 

Nampaknya, jihad PR adalah jihad untuk memenangkan kafir harbi ~ Beruang Biru  

Mantra : 
  • Inikah yang Ambiga dan kuncu-kuncu Bersih dan pembangkang inginkan sebenarnya? Usia mereka masih muda tetapi telah memiliki rekod jenayah.
  • Slogan PAS for All dan DAP Malaysian Malaysia tidak dilaksanakan bila DAP hanya memilih untuk membela si Cina dan PAS hanya memilih si Melayu.
  • Pakatan hanya bijak mengambil kesempatan untuk berpolitik tetapi mereka lupa untuk membela suara amarah majoriti rakyat yang telah terang-terang menunjukkan menolak perbuatan biadap anak-anak muda ini.
  • Ingatlah, setiap kali adanya perhimpunan anjuran Bersih dengan penglibatan Pakatan samada secara terbuka ataupun tidak, pasti maruah negara, agama, pemimpin dan bangsa dicemari.
  • Siapa di sebalik semua ini?

Wednesday, September 05, 2012

OPPOSITIONS UNDER PRESSURE


Under pressure and pushed to a corner, Selangor MB Khalid Ibrahim said there was no evidence that the Sultan of Selangor had been invited to attend Merdeka celebration at state level during BN’s rule.

"He said his office could not find any letter invited the Ruler to officially attend the celebration every year."

The act goes to show that Khalid has not read newspapers nor watched TV where the parade passed the stage with salutations where the Sultan stood with the rest of state dignitaries.

That’s what the oppositions are like when they fumbled on something, in fact they fumbled on most things official, especially when these involved the state Rulers.

Khalid cannot claim ignorance over this important event nor blamed state civil service because he should be on top of things in the state.

So Khalid’s excuses or reasons should not be accepted and voters in Selangor are watching closely on the relationship between Khalid and the Sultan as well as the unfulfilled promises.

Khalid and PR state leaders are in a fixed – cornered by their own doings – could not fulfill the promises made in the campaign for the 2008 general election.

Now profusely and in haste, Khalid points to weaknesses and alleging BN’s been wrong in so many things…which until today have yet to have any evidence to show.

For Khalid, not coming out with the white paper on Talam Corporation’s deal is not wrong and letting the taps run dry in several parts of Selangor is not wrong.

He and PR leaders in Selangor forgot that every eye is watching and these eyes know what is right or wrong and who is right or wrong.

The opposition parties under the unregistered Pakatan Rakyat (PR) banner have been hammering to the minds of Malaysians at large and the 13-odd million voters that the coming 13th general election will be a tense election.

They kept pumping into the heads of voters that the ruling BN is going to lose and they kept harping on all the alleged weaknesses the BN purportedly possess thus BN should be dumped in the coming general election.

But one thing the leaders of all the opposition parties forgot is that the daily events that reflect their wrong doings are being registered and replayed in the minds of voters who are now matured and wise.

Even new young voters know what is happening as the cyber world has them involved in everything and teaches their minds on the truth and false, right and wrong, fake and genuine.

Thus, twisting facts as done by the opposition portals seem only to favour their own supporters but not really the fence-sitters or new young voters who do not judge things on the surface value...

Mantra : 
Once bitten twice shy... but in the case of Pakatan leaders, soon they will put to rest in GE13 for bitting too many times. Tuanku Sultan Selangor was delibrately intentioned not invited for reasons, MB Selangor has no respect and showing to Malaysians they are above the ruler... PERIOD!

Thus, can we understand now why theres unacceptable incidents during Merdeka eve in Dataran Merdeka lately?