Saturday, May 31, 2014

OPS SERKAP : BERAKHIRNYA BAS UZUR DI JALANRAYA KITA



Melihat gambar di atas, apakah kita sebagai rakyat Malaysia terutama yang berada di ibukota masih inginkan bas yang berkeadaan yang sedemikian? Dengan segala arahan, amaran dan tidak kurang juga inisiatif kerajaan memperbaiki sistem pengangkutan awam bandar, masih terdapat keadaan bas yang bukan saja uzur dari segi fizikal basnya tetapi keadaan kotor yang dipenuhi sampah di lantai.

Didalam Ops Serkap yang dijalankan SPAD baru-baru ini, 2 buah bas yang di dalam keadaan uzur telah ditahan. Keadaan kerusi penumpang bas tersebut dikatakan berlubang terutama di bahagian penyandar. Terdapat juga sampah sarap diletak di bahagian kerusi belakang. Bahagian pejalan penumpang di dalam bas juga terdapat lantainya yang merekah dan boleh mengakibatkan penumpang tersungkur.
Fizikal badan bas yang berusia lebih dari 10 tahun ini juga berlubang di merata tempat, tingkapnya retak teruk dan paling teruk di bawah kerusi pemandu, mereka meletak batu bata.

Bukan sahaja keadaan fizikal bas ini teruk malahan yang paling utama apabila enjin bas ini dimulakan, asap hitam keluar dari lubang hawa dingin dan lampu brek tidak berfungsi.

Tidak dapat dibayangkan bas yang berkeadan sedemikian masih beroperasi di jalanraya dan di sekitar bandaraya. Ia bukan sahaja menyakitkan mata kita malahan ia mampu mengundang bahaya kepada penumpang dan mereka yang berada di jalanraya.

Datuk Che Hasni Che Ahmad
Amat wajar sekali apabila pihak SPAD menahan bas tersebut dan menurut Datuk Che Hasni Che Ahmad pengendali bas tersebut akan didenda dengan kadar maksimum sebanyak RM500,000, 2 tahun penjara atau kedua-duanya di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.


Walaupun selama ini kita mendapati SPAD menumpukan operasi terhadap pemandu yang cuai dan melanggar undang-undang namun kali ini demi menjaga kepentingan penumpang serta memastikan imej negara tidak tercalar, bas yang di dalam keadaan sempurna dan fizikal yang cantik dan bersih diutamakan. Ini sangat sesuai untuk menarik pelancung luar negara apabila mereka juga menaiki kenderaan awam.


SPAD juga mengalu-alukan kerjasama daripada masyarakat di mana mereka boleh membuat aduan jika mereka mengalami keadaan bas yang uzur dan membahayakan.

Mereka boleh membuat aduan dengan maklumat terperinci seperti nombor pendaftaran kenderaan. Yang penting sekali ialah mereka juga secara sukarela perlu hadir membuat laporan penuh. Ini adalah untuk pihak SPAD dapat bertindak ke atas kes yang dilaporkan.



Thursday, May 29, 2014

7 PERINGATAN AL MARHUM SULTAN AZLAN



Berikut peringatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 3 Februari 2014 sempena majlis kesyukuran 30 Tahun pemerintahan baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. Titah baginda disampaikan oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah;

1 Berpegang kepada prinsip ketuhanan, menginsafi kebesaran Yang Maha Mencipta berbanding kedaifan insan bertaraf hamba dengan memperlihatkan sifat-sifat tawaduk, kemanusiaan, serta kasih sayang sesama insan di samping tidak melakukan kezaliman sesama makhluk dan tidak melakukan kemusnahan kepada alam ciptaan Ilahi.

2 Menyedari bahawa setiap nikmat adalah anugerah Ilahi; setiap insan wajib mengamalkan sifat bersyukur agar dikurniakan nikmat lebih besar, di samping menerima ujian dengan penuh ketabahan selaras dengan maksud ayat 17 Surah Al An?Aam;
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepada mu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri, dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepada mu, maka Dia Maha Kuasa atas setiap sesuatu"

3 Pangkat dan jawatan adalah anugerah Ilahi dan hendaklah dipenuhi dengan penuh amanah, senantiasa mengingati akauntabiliti kepada rakyat begitu juga akauntabiliti ketika diadili di mahkamah Rabbuljalil di Padang Mahsyar selaras dengan peringatan yang terkandung dalam ayat 9 Surah Al Imran bermaksud;
Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya". Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji".

4 Negeri Perak dan negara Malaysia telah dilimpahkan dengan nikmat kekayaan sumber dan hendaklah diuruskan secara cekap, jujur, telus lagi berintegriti, menjauhi amalan-amalan rasuah, salah guna kuasa serta pembaziran agar negeri dapat dimakmurkan dan kehidupan majoriti rakyat dapat disejahterakan.

5 Perpaduan rakyat hendaklah sentiasa diutamakan dan tidak boleh dikompromikan. Perpaduan rakyat adalah asas kekuatan negara yang telah memungkinkan kemerdekaan dicapai, ancaman komunis dimusnahkan, kemajuan dicipta serta kemerdekaan tanah air dapat dipertahankan. Bahawa rakyat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, mengamalkan pelbagai agama, berlatar belakangkan pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

Kepelbagaian tersebut adalah aset negara jika rakyat berjaya dibimbing untuk berfikiran rasional, mengamalkan sikap saling memahami - saling menghormati, serta tidak mudah dipengaruhi dengan sentimen yang dicetuskan oleh pihak-pihak yang berfikiran sempit lalu memilih untuk mengadu domba rakyat untuk berkonflik secara mensensasikan isu-isu agama, kaum, budaya dan bahasa.

6 Mengamalkan pemerintahan yang berlandaskan undang-undang (rule of law). Undang-undang tidak sahaja perlu digubal tetapi lebih penting untuk dihormati, dikuatkuasakan secara adil - secara saksama, malah dipastikan kelihatan dilaksanakan secara adil - secara saksama, tanpa prejudis - tanpa diskriminasi melalui amalan kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan berlandaskan prinsip tanpa gentar - tanpa pilih kasih (without fear or favour).

7 Takhta pemerintahan menyempurnakan amanah berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan, berfungsi sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Raja Pemerintah wajib mengamalkan dan mempamerkan sifat tidak memihak - tidak partisan - tidak berkepentingan demi menjamin berlakunya keadilan, membantu keberkesanan mekanisme semak dan imbang, sekali gus memperkukuhkan institusi-institusi perundangan, eksekutif dan kehakiman, lantas meningkatkan tahap keyakinan rakyat kepada sistem berkerajaan dan sistem bernegara berteraskan amalan demokrasi - berakarkan doktrin pengasingan kuasa.

GPS : APAKAH TINDAKAN TEGAS SPAD TERHADAP PENGENDALI BAS YANG DEGIL KETERLALUAN?


Kenyataan di atas adalah sangat jelas dan perlu dipatuhi oleh setiap pengendali bas. Penguatkuasaan ini bukan sekadar untuk mendapatkan lesen dan permit kenderaan malahan setiap pengendali perlu serius memikirkan kehendak keselamatan orang awam.

Apabila sesuatu kemalangan jalanraya yang melibatkan pengangkutan awam, SPAD adalah target mudah dipertanggungjawabkan dan dipersalahkan semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan juga. SPAD juga menjadi cemuhan rakyat dengan pelbagai tuduhan termasuk lemah mengambil tindakan tegas.

Harus kita ingat, penguatkuasaan SPAD adalah berasas apabila setiap tindakan dan penguatkuasaan berpandukan dasar kerajaan, suara rakyat dan juga mengambil kepentingan pengusaha-pengusaha kenderaan awam. Kesemua pihak telah diambilkira dan SPAD melaksanakan tanggungjawab mereka.

Pendedahan terbaru SPAD di dalam auditnya mendapati 52 syarikat bas ekspres masih beroperasi tanpa GPS ATAU sebarang alat pemantauan had kelajuan. Sesetengah syarikat pula hanya membuat pemantauan pada waktu pejabat sahaja, walaupun kebanyakan bas syarikat tersebut beroperasi pada waktu malam. Ada pula hanya mempunyai sistem asas sahaja, dan sistem berkenaan tidak mampu menyimpan data atau menghasilkan laporan kelajuan kenderaan bagi tujuan pengauditan serta pemantauan.

Lebih mengejutkan hanya 27 daripada 112 syarikat sedang memantau had kelajuan bas melalui GPS dari bilik kawalan secara menyeluruh dan berterusan (24 jam), 22 syarikat melakukan pemantauan melalui bilik kawalan tetapi tidak secara berterusan dan 63 syarikat tiada bilik kawalan pemantauan GPS.

Oleh itu, SPAD bakal menggantung 600 permit bas daripada 107 syarikat yang masih belum memasang GPS sepenuhnya berkuatkuasa 7 Jun ini.

Ini dengan jelas kesediaan dan kesungguhan pihak pengendali syarikat bas ekspres tidak mengendahkan keselamatan penumpang-penumpangnya. Oleh itu, adalah disarankan kepada SPAD untuk mengadakan satu kempen kesedaran diadakan sticker untuk setiap bas ekspres ini menunjukkan kenderaan tersebut menghargai keselamatan penumpangnya dengan adanya alat GPS tersebut.

Seandainya SPAD mengambil tindakan, pengendali-pengendali syarikat bas ekspres ini tidak perlu merasakan ia satu beban malahan perlu berfikiran positif apabila GPS ini akan memberi keyakinan penumpang untuk menaiki kenderaan mereka. Anggaplah ia satu tanggungjawab kepada rakyat dan satu pelaburan positif untuk jangkamasa panjang nanti.

Sesuatu yang baik pasti ada pelaburannya.

Wednesday, May 28, 2014

KEMANGKATAN SULTAN PERAK : INFO ISTIADAT DI RAJA




Apabila seorang Raja Pemerintah mangkat maka adalah menjadi tanggungjawab dan kerja Setiausaha Dewan Negara Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri mengumumkan perkara yang menyedihkan itu kepada semua Raja-Raja, Orang Besar-Besar dan rakyat jelata. 

Setiausaha Dewan Negara Perak juga akan memanggil suatu mesyuarat khas bagi semua ahli-ahli Dewan Negara untuk bersidang mengenai istiadat-istiadat kemangkatan, pemakaman dan berkabung selepas berdatang menghadap Duli Tuanku Raja Perempuan. 

Semboyan akan dipasangkan dengan bilangan tembakan das mengikut usia Almarhum, iaitu satu das bagi setahun. Biasanya semboyan kemangkatan dipasang di sebelah malam selepas pukul sepuluh, dan apabila kedengaran bunyi meriam, maka alamat tanda mangkatnya Raja Pemerintah.

Lazimnya, Raja Muda atau Raja Di Hilir dan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja akan mengetuai segala pekerjaan terhadap Istiadat Kemangkatan dan Istiadat Pemakaman. Pekerjaan membuat usungan atau pedati yang dinamakan 'Seraja Diraja' atau 'Raja Diraja' akan dimulakan secepat mungkin.

Jenazah Almarhum itu dimandi dan dikafankan oleh para alim ulama dan diletakkan Seri Balai, Istana Iskandariah untuk Istiadat Pemasyhuran Raja Pemerintah Baru. Pemilihan Raja Pemerintah baru dibuat dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak yang dihadiri oleh anggota-anggotanya. 

Lazimnya, istiadat pemasyhuran dilangsungkan di sebelah pagi dan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja akan mengumum nama Raja Pemerintah baru dan membaca perisytiharan pemasyhuran itu. Majlis kemudian diikuti laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali daripada semua hadirin yang berada dalam Seri Balai. Tembakan meriam 21 das akan dilepaskan. Istiadat pemasyhuran Raja Pemerintah baru hendaklah diadakan sebelum Istiadat Memberi Penghormatan Terakhir dan Istiadat Pemakaman.

Setelah selesai Istiadat Pemasyhuran Raja Pemerintah baru, jenazah Almarhum dibawa dan diletakkan di atas persada khas empat segi tujuh tingkat bersalut kain kuning dengan pegawai tentera darat, udara dan laut serta polis berkawal di keempat-emapat penjurunya. Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Kehormatan Almarhum disusun di sekliling aras lima persada yang dibina di pertengahan Balairong Seri atau Dewan Santapan di istana Iskandariah.

Bacaan ayat suci al-Quaran berkumandang di ruang itu ketika kerabat diraja, Orang Besar-Besar, orang kenamaan dari dalam dan luar negara serta orang kebanyakan memberikan penghormatan terakhir mereka kepada Almarhum. Istiadat Memberi Penghormatan Terakhir kepada jenazah Almarhum lazimnya berlangsung selama beberapa jam sahaja dan tempoh ini ditetapkan oleh Dewan Negara Perak dengan kerjasama pihak Kerajaan Negeri. 

Cara berpakaian untuk istiadat ini ialah baju Melayu hitam bersamping hitam dan bersongkok yang berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah songkok. Kerabat diraja, Orang Besar-Besar Negeri dan bentara-bentara akan bertengkolok putih. Orang kebanyakan berpakaian lounge suit hitam dan bersongkok dengan kain putih yang telah disebutkan di atas. Kaum wanita berpakaian baju kurung hitam dan berselendang putih (untuk Melayu) atau hitam (untuk lain-lain bangsa). 

Ketika memberi penghormatan terakhir, mereka yang beragama Islam turut mengambil peluang berdoa supaya Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum. 

Selepas istiadat memberi penghormatan terakhir maka persiapan akan dijalankan untuk mengusungkan jenazah ke luar dari istana dengan pedati khas ke Masjid Ubudiah untuk disembahyangkan. Orang ramai boleh datang untuk menziarahi mahupun menyaksikan Istiadat Pengiringan Jenazah Almarhum dari Istana Iskandariah ke Masjid Ubudiah. Ada pula yang datang mengiringi jenazah Almarhum diarak di atas pedati dalam perjalanan ke masjid.

Selepas jenazah disembahyangkan, biasanya oleh Mufti Kerajaan Negeri, maka jenazah akan dibawa untuk disemadikan dengan penuh adat istiadat yang dikenali sebagai Istiadat Pemakaman. Pada kelazimannya, istiadat ini dihadiri oleh kerabat diraja, Orang Besar-Besar dan orang kenamaan, dan mereka akan menyaksikan jenazah Almarhum diturunkan ke dalam liang lahad yang telah disediakan sebaik sahaja tersiarnya berita mengenai kemangkatan Almarhum. Bacaan talkin dan doa akan diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri, dan sebaik sahaja talking dan bacaan doa selesai, tembakan meriam dengan bilangan das berdasarkan usia Almarhum dilepaskan. Istiadat kemudian disusuli dengan menabur bunga rampai dan menyiram air mawar ke atas makam Almarhum dengan didahului oleh Raja Pemerintah baru, isteri gahara Almarhum, dan lain-lain kerabat diraja mengikut protokol yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri.
 
Pada zaman dahulu, Istiadat Berkabung dilaksanakan dengan setiap orang lelaki dalam istana bercukur dan wanita berkerat rambut. Kini, istiadat berkabung cuma ada berkaitan dengan peraturan pakaian dan pembatalan acara rasmi sahaja. Tempoh perkabungan akan ditetap dan disiarkan oleh pihak Kerajaan Negeri, dan dalam tempoh ini bendera Negeri Perak hendaklah dinaikkan setengah tiang, acara-acara rasmi yang dikelolakan oleh pihak Kerajaan Negeri dikehendaki dibatal atau ditunda kepada suatu tarikh yang lain selepas tempoh perkabungan itu. 

Majlis-majlis bercorak hiburan, nyanyian dan tarian juga wajib dibatalkan. Dua buah gendang nobat dan dua buah gendang nengkara akan dibalut dengan kain putih sebagai tanda penghormatan kemangkatan Almarhum. Segala pawai kerajaan Negeri seperti lembing kerajaan, payung kerajaan, keris dan pedang kerajaan juga dikehendaki diikat dengan lapisan kain putih. 

Dalam tempoh berkabung, kerabat diraja lelaki berpakaian baju Melayu hitam dan bertengolok putih ikat solek. Kaum lelaki Melayu daripada orang kebanyakan memakai baju Melayu dengan bersongkok hitam yang berbelit kain putih selebar 2.5 cm. Lelaki daripada bangsa lain boleh berpakaian lounge suit atau baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher hitam atau warna gelap tanpa bercorak serta memakai toha hitam selebar 8 cm di lengan kanan. Kaum wanita Melayu berbaju dan berkain hitam atau warna lain yang gelap dan berselendang mahupun bertudung putih. Wanita berbangsa lain juga berpakaian hitam atau gelap dan berselendang hitam. 

Untuk Paduka Seri Sultan, tempoh perkabungan ialah 100 hari, manakala untuk Raja Muda 40 hari, Raja Di Hilir 7 hari dan Raja-Raja Bergelar 5 hari. Untuk Raja Perempuan mahupun Raja Permaisuri hendaklah berkabung selama 40 hari, dan Raja Puan Besar 14 hari, Raja Puan Muda 7 hari serta isteri-isteri lain Paduka Seri Sultan tidak melebihi 7 hari dan ditetapkan oleh Tuanku Paduka Seri Sultan. 

Selepas seratus hari daripada hari pemakaman berlangsunglah Istiadat Menurunkan Batu Nisan. Istiadat ini cuma disaksikan oleh kerabat-kerabat yang terdekat sahaja. Batu nisan itu akan dililiti dengan kain kuning mahupun kain putih, kuning dan hitam yang merupakan warna-warna kebesaran kerajaan Negeri Perak.


Monday, May 26, 2014

GTP 2.O : CTSS UNTUK PANTAU TEKSI BERKUATKUASA TAHUN HADAPAN

 
Hari kita akan menunggu teksi dan berhadapan dengan perangai pemandu teksi yang kurang sopan akan berakhir tidak lama lagi. Satu sistem kawalan satelit akandiguna oleh SPAD untuk memantau pemandu-pemandu teksi ini dan penumpang pula dapat membuat laporan dengan kadar segera.

Selain dari perlu dilengkapi dengan GPS (Global Positioning System) untuk memudahkan tujuan hala perjalanan, kini ketika Perdana Menteri membentangkan laporan GTP 2.0 (Government Transformation Program) pada 12 Mei lalu, Perdana Menteri telah menyentuh mengenai kepentingan mewujudkan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS)

Di bawah GTP 2.0, lima aliran kerja yang meliputi bas, rel, teksi, integrasi dan permintaan perjalanan - diwujudkan untuk merealisasikan sasaran 750,000 pengguna  pengangkutan awam menjelang 2015.

Aliran kerja teksi merupakan inisiatif tambahan bagi GTP 2.0 yang menyasarkan untuk meningkatkan kualiti keseluruhan perkhidmatan teksi di Malaysia, dengan sasaran utamanya meningkatkan standard teksi dengan menetapkan sebanyak 25 peratus daripada teksi bajet di Kuala Lumpur setanding dengan standard terbaik
teksi di bandar-bandar ASEAN.

Antara inisiatif yang diambil untuk mencapai sasaran ini ialah menwujudkan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS).

Ia merupakan sistem menyeluruh untuk membantu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali teksi yang tidak mematuhi peraturan.

CTSS berupaya memantau kesalahan seperti tidak menggunakan meter, memandu secara melulu dan mengendalikan teksi tanpa lesen yang sah.


Sistem CTSS juga memantau lokasi perkhidmatan teksi dan akan menyediakan kesalinghubungan untuk semua pengendali bagi membolehkan mereka berhubung terus dengan setiap pemandu.

CTSS yang bakal dilancarkan pada tahun 2015, dijangka membantu memenuhi tempahan penumpang, yang kini hanya mencatat 40 peratus - dengan menyelaraskan sistem sedia ada supaya pemandu dapat menggunakan rangkaian yang lebih baik.

Ini selaras dengan kenyataan CEO SPAD, En Mohamad Nur Ismal Kamal pada bulan Januari lalu di mana beliau mencadangkan CTSS untuk meletakkan kesemua teksi didalam satu sistem.

Menurut beliau, penumpang teksi akan berasa lega apabila mereka hanya perlu menekan satu nombor sahaja untuk tempahan teksi. Ini adalah kerana khidmat radio
teksi hanya perlu melanggan sistem SPAD sementara pemandunya perlu melanggan khidmat radio tersebut. Ini bermakna mereka boleh mendial nombor SPAD atau nombor syarikat teksi.

Dengan CTSS, satu panel khas akan diletakkan di tempat duduk penumpang di mana mereka boleh berinteraksi dengan SPAD ketika berada dalam teksi. Pemandu juga boleh membuat aduan dan membuat penilaian terhadap pemandu dan teksi.

Nampaknya, di masa akan datang pemandu-pemandu teksi bukan sahaja tidak akan mengambil kesempatan tetapi mereka juga dapat menambahbaik mutu khidmat dan menjaga kesopanan mereka.

Rasanya tidak sabar agar CTSS dilaksana dan dikuatkuasakan nanti. Ini kerana kita akan rasa bukan sahaja lebih selamat tetapi akan merasakan khidmat teksi di negara ini lebih bermutu dan bersistem setanding teksi-teksi terbaik di negara-negara dunia.

PKR PERLU BERTANGGUNGJAWAB TANGKAPAN INI... BOLEH?

 Siapa pula ahli politik yang ditangkap rasuah ni?



Baru-baru ini, satu email telah singgah di dalam kotak mesej yang lengkap dengan maklumat tangkapan seperti berikut;
 
Tangkapan Orang Awam 
Nama OKT: Zainol Abidin bin Mohamed  
Tarikh dan masa tangkapan 23.5.2013  jam 1645 hrs. 
Tempat: Syed Bistro, No 8, Jalan AU 5d, Taman Lembah Keramat 54200 Kuala Lumpur
Pekerjaan: Pengurus Besar, Munla Holding Sdn Bhd 

Seksyen Kesalahan: 16 (a)(aa). Aduan Shah Alam 33/2014. Kesalahan kerana menerima suapan RM4000 daripada pengadu sebagai balasan utk melanjutkan tarikh penamatan kontrak syarikat MNI Multiresources.
Bila ditanya di antara rakan-rakan bloggers, beliau ialah calon ketua cabang Gombak. Jika dah bercabang tu, semestinyalah PKR kerana jika UMNO akan dipanggil bahagian atau cawangan. Yang nak bercabang-cabang ala Indon selalunya datang dari PKR.

Kemudian, ini pula yang terjumpa;




Dikatakan ini adalah calon di dalam kem Azmin Ali. Sedang rancak pemilihan PKR sedang berlangsung, ini pula yang terjadi. Adakah ini satu kebetulan, satu perangkap atau memang amalan songsang golongan-golongan ini. Jika dilihat tarikh tangkapan, hanya beberapa hari yang lalu saja....


Terbaca pula blog FlyingKick yang menulis hampir sama dengan laporan tangkapan. Di antara yang ditulis adalah;

  • Ketua AMK PKR yang baru, Zainol Abdidin bin Mohamad ditangkap SPRM.
  • Kontrak sisa pepejal dan pembersihan melibatkan MPAJ dibolot sepenuhnya oleh Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin.
  • MPAJ sendiri dipenuhi oleh penyokong Pakatan Rakyat, dari Yang Dipertuanya, sehinggalah Ahli Majlis dan pegawai-pegawai tender.
Apakah tindakan PKR sekarang? Apa kata penyokong-penyokong Pakatan Rakyat pula? 

Bak kata Tun Mahathir, jika kita tersalah memilih pemimpin maka terima padahnya! 

Saturday, May 24, 2014

OPERASI LARANGAN MEROKOK DI DALAM PENGANGKUTAN AWAM



Kerajaan sebenarnya sangat giat memberi kesedaran kepada rakyat tentang bahayanya merokok. Kempen demi kempen diadakan untuk kesedaran ini sehingga di kotak-kotak rokok juga diwajibkan meletakkan kesan-kesan ngeri akibat merokok dan mesej terpampar seperti 'Rokok Penyebab Keguguran Janin' wajib dicetak di setiap kotak rokok.

Kini, kerajaan mula bertindak untuk memastikan kempen kesedaran ini dilaksanakan di pengangkutan-pengangkutan awam. 

Perokok-perokok ini bukan saja terdiri dari penumpangnya tetapi yang lebih membahayakan apabila pemandu-pemandu kenderaan awam ini merokok sambil memandu.

Kebanyakan pengangkutan awam darat seperti bas dan keretapi adalah berhawa dingin. Sebagai penumpang kita akan berasa tidak selesa apabila keadaan dalam bas atau keretapi dicemari dengan puntung-puntung rokok yang bersepah di lantai yang pasti mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan terperangkap dalam keadaan berhawa dingin dan tertutup.

Satu operasi bersepadu  telah dilancarkan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya dengan pemerintah di kalangan pemandu.

Operasi ini melibatkan pegawai-pegawai penguatkuasa Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD ).

Operasi itu juga bertujuan untuk memastikan semua pengusaha pengangkutan awam akan memaparkan tanda 'Tidak Merokok ' di dalam setiap kenderaan masing-masing, seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Peraturan ini juga bertujuan melindungi penumpang-penumpang yang bukan perokok daripada bahaya asap rokok.

Mereka yang melanggar larangan merokok dalam pengangkutan awam akan dikenakan kompaun. 

Bagi setiap kesalahan merokok di dalam kenderaan awam boleh dikompaun tidak melebihi RM5,000, didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara maksimum dua tahun.

Pengusaha pengangkutan awam yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok di dalam kenderaan mereka juga dikenakan kompaun sebanyak RM1,500, denda tidak melebihi RM3, 000 atau hukuman penjara maksimum enam bulan.

Dengan penguatkuasaan ini, bukan saja keadaan pengangkutan awam akan bersih tetapi lebih sihat dan pasti standard pengangkutan awam negara kita akan setaraf pengangkutan awam terbaik di dunia nanti.
 

DAMN IT RAYER... CELAKA RAYER... AND SO ITS OK!!!

Seri Delima DAP rep, Rayer outspokenness with vulgar words has triggered outrage among some Pemuda UMNO members spreading through Kuala Lumpur and now Kuantan.

Say no further, their outrage are the consequnces Rayer and DAP should anticipate from what happened in DUN sitting a few days back. Finally it outburst when these Pemuda UMNO members very well knew that DAP and their leaders felt neither sorry nor regret for their actions. Its just being them - the arrogant and ill mannered bunch of poltical leaders.

Its proven when Rayern continously calling UMNO 'celaka' on stage in Bukit Gelugor by-election campaign lasti night. In his imperious tone, Rayer mentioned that UMNO is of no relevant anymore that they never served other races in this country.

After all said and Pemuda UMNO retaliated, Rayer finally responded but without regret and still stood by his vulgar words and called that it should be taken in jest and as just another common word in Bahasa.

Therefore, it is ok should anyone address him as YB Celaka or perhaps YB Damn It?

In this blog, shall we address him as Rayer the Celaka YB since it should be taken in jest and no one should have hard feelings about it. Even to the extend if we call him as “anak haram” and “pariah”, are these even more demeaning? And what is the difference among them? It should be ok if Rayer utter such vulgar words but it is not ok if anyone from UMNO did the same.

This is just not only double standard but its pure malicious and not dignified.

Too bad, we are not Rayer!

To the extend, even if it slipped from our tounge, we regretted and apologised. This was shown by BN's Sungai Acheh rep Datuk Mahmud Zakaria also called Rayer “haram jadah” out of anger over the issue and later said he apologised.

We are not taught to insult others with vulgar words even if we wish to vent our anger to anyone and its not our culture and manners as civilised Malaysians to swear. What more if we should regard it as common in our everyday literature. Thats how we were brought up from our ancestors for generations.

Rayer claimed that he had no choice but to utter 'celaka' since Bahasa Malaysia is the official language during DUN sitting but that is not the issue!

The real issue is swearing and cursing, are being allowed and practised by members of legislative as and when they wish to vent their anger towards their opponents. How shall we place leadership by example among these ill mannered leaders?

If protests and street demos are able to contain, would Rayer and other DAP leaders feel upset if someday there are people who would woe them by calling YB Celaka by the roadside or in large gatherings, would they treat as a jest?

Even a child would follow by example and not your advice, therefore Rayer should be ashamed to be called as a leaderto his community. Full Stop!

PENGARAH JPS LABUAN PALSUKAN DOKUMEN


Apa saja yang palsu pasti tidak akan selamat dan bertahan lama. Dalam kehidupan harian, kepalsuan adalah satu perbuatan keji dan ia pula adalah satu jenayah di dalam undang-undang negara.
 
Gejala pemalsuan dokumen melibatkan agensi kerajaan dan swasta boleh mendatangkan impak negatif kepada keharmonian dan keselamatan masyarakat.

Jika tidak dibendung, perbuatan itu mampu membantutkan perkembangan modal insan negara yang sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.  

Kes-kes pemalsuan yang sering dilaporkan membabitkan dokumen kerajaan adalah seperti pemalsuan dokumen, pas dan cop Jabatan Imigresen untuk membawa masuk pendatang asing tanpa izin, pemalsuan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan surat-surat perakuan rasmi kerajaan persekutuan dan negeri.
Akibat dari pemalsuan dokumen, bekas Pengarah JPS Labuan dan kerani dipenjara 18 bulan dan didenda RM20,000;

KOTA KINABALU, 22 Mei - Bekas Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Labuan, Shahrunizam bin Mashkor, 40 tahun dan kerani beliau, Rahimah binti Abdul Rashid, 50 tahun dihukum penjara 18 bulan dan denda RM20,000 berhubung kesalahan memalsukan dokumen bernilai RM34,700 melibatkan dua baucar bayaran kerja-kerja kecemasan pada tahun 2008.
Kedua-dua mereka didapati bersalah atas dua tuduhan oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Dato' Abdul Aziz bin Abd Rahim; Dato' Rohana binti Yusof dan Dato' Abang Iskandar bin Abang Hashim.
Merujuk kertas pertuduhan pilihan yang dibacakan, kedua-dua mereka dituduh bersubahat dengan memperdayakan Penolong Akauntan Jabatan Akauntan Negara Labuan iaitu Anthony bin Biujin baucar bayaran bagi kerja mengorek dan mendalamkan muara Sungai Miri termasuk kerja-kerja berkaitan dilampirkan bersama surat lantikan, sebut harga dan pesanan kerajaan sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilakukan.
Pada 29 April 2011, kedua-dua tertuduh telah dilepaskan daripada tuduhan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah Labuan.
Rahimah diwakili Rizwan Dean Bukhary bin M.Borhan, Yusry dan Rizwan dari Rizuan Lim & Co. manakala Shahrunizam diwakili oleh tetuan Rakbir Singh & Co. dan SPRM diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya  Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi.
Kesalahan Seksyen 16 (a) & (b) Akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada empat belas hari dan tidak lebih daripada dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu dan jika suapan dinilai dapat dinilai atau berbentuk wang atau sepuluh ribu ringgit mengikut mana-mana lebih tinggi.
Kedua-dua perayu bagaimanapun tidak membayar denda.

Thursday, May 22, 2014

"Celaka... Celaka... Celaka... UMNO!" ... DAP NATIONAL RECONCILIATION?



It is seriously abstinence for Malays to utter words such as 'CELAKA' and when someone meant to insult their family members and leaders. That should be a clear message to anyone especially politicians who represent the rakyats.


 



While debating the Penang Governor’s speech, RSN Rayer DAP Seri Delima ADUN had said “celaka, celaka, celaka Umno” which was delibrately venting them to UMNO leaders and its members. Rayers unbecoming vulgar words from a rakyat representative and a lawyer has pushed some UMNO members to the ceiling and caused amok. Some were said to slip through the gate and managed to cause havoc in the house during its sitting. But what caused them to act if they were not exasperated?

Rayer and DAP must learn that UMNO is just not another political party for Malays but history has proven that UMNO was responsible to bring this country achieved her independence. Due to this, we enjoyed her peace, harmony, prosperity and development. Even so, it is due to UMNO that Rayer and DAP are able to preach freely and practise their political ideology. Without UMNO who championed to struggle for feedom from British that Rayer and his race might still be in estates where British had wished for.

PAY THE PRICE FROM YOUR DISPARAGING

13 May tragedy is not something that should be leveraged politically by anyone. It should be a lesson for all Malaysians from various race and background to learn about respect each other differences and appreciate everyone as part of the nation.

What triggered 13 May riot? It all started from bad mouthing and inciting race tensions. Even people such as Kit Siang who were involved, did not wish even to think about it. But, Rayer started the fire again.

What will be the Speaker's action? Just another warning and no action?  Rayer obviously violated article 45 when clearly he casted vulgar words and insulting thus making false allegations to UMNO and especially against them not present in the house to reply.

ia tidak sepatutnya digunakan untuk melemparkan kata-kata sesat dan keterlaluan, menghina mana-mana individu serta membuat tuduhan tidak berasas kepada parti
lawan terutamanya terhadap pemimpin-pemimpin parti lawan yang tiada dalam Dewan yang sama untuk memberi jawapan balas.

Rayer totally disrespect Speaker's request to retract his words infact he went on willfully to contiune in his ceramah for by-election in Teluk Intan;



 

Thinking UMNO members respond towards him, is it not without a cause?

Is it necessary for Rayern to utter such vulgar insult even if he wished to vent his dissatisfaction towards his opponents?

It is with deep regret that despite our Prime Minister and BN Government effort to embark on a national reconciliation process as part of a move to heal the racial and political divisions that have sparked in the wake of the 13th general election, Rayer and DAP continue to incite further tension.

Therefore defiant Rayern should be responsible for his words if these Malays act beyond comprehension since he is repeating what should not happened again. All that we could see is DAP relentlessly incite further hatred amongst various race and this is their best show to Kit Siang's earlier statement on how national reconciliation would fail. All has to start with DAP first!

KERTETA API LAJU DI FASA 2A ANTARA MALAYISA DAN SINGPURA


Ramai yang tidak sabar mengetahui perkembangan Sistem Kerertapi Api Berkelajuan Tinggi (HSR). Kini, pihak SPAD yang mewakili kerajaan Malaysia telah merancang untuk menyiapkan Fasa 2A perjanjian dengan kerajaan Singapura.

Fasa 2A ini memperincikan kajian teknikal, analisis sosioekonomi ke atas lima stesen HSR, analisis alam sekitar di sepanjang jajaran trek selain menubuhkan pasukan khas HSR. Majlis Ekonomi telah memberikan kebenaran kepada SPAD untuk meneruskan Fasa 2A dan kesemua perincian perkembangan ini terdapat Laporan Tahunan Program Transfomasi Ekonomi 2013.

Selain kaji selidik teknikal, faktor lain termasuk analisis sosioekonomi  ke atas kelima-lima stesen HSR, analisis alam sekitar di sepanjang jajaran landasan dan penubuhan pasukan khas HSR.

Majlis Ekonomi telah beri maklum balas yang sangat positif terhadap Fasa 1B yang telah dibentangkan oleh pihak SPAD pada Jun 2013. Fasa 1B merangkumi analisis manfaat ekonomi dan rancangan pelaksanaan strategik. Kajian ini turut mengenal pasti komponen teknikal dan kejuruteraan untuk projek tersebut.

Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Malaysia-Singapura disifatkan sebagai penjana perubahan menyeluruh yang akan memangkinkan pertumbuhan ekonomi kedua-dua negara yang dipisahkan Tambak Johor.

Kemungkinan nilai yang terhasil daripada HSR sangat besar, daripada penjimatan masa untuk penumpang yang berulang-alik setiap hari – anggaran sebanyak 400,000 orang apabila sistem ini beroperasi – hinggalah menarik  syarikat multinasional yang mahu memanfaatkan keterhubungan yang lebih baik antara kedua-dua negara ini.

SPAD terus merintis jalan dalam pembinaan HSR, yang bakal menjadi landasan kereta api berkelajuan tinggi pertama di Asia Tenggara.

Monday, May 19, 2014

KURANGKAN SYARIKAT BAS EKSPRES ...



Tahun lepas Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) telah memohon SPAD mengkaji kenaikan tambang bas hingga 30% dengan pelbagai alasan bagi mengelakkan syarikat terbabit mengalami kerugian sehingga terpaksa menamatkan operasi. Itu tuntutan di musim perayaan. Namun, pihak kerajaan telah membenarkan pengusaha syarikat bas mengenakan caj tambahan sebanyak 10 peratus apabila tiba musim perayaan bagi membantu syarikat berkenaan.

Walaupun harga petrol dan diesel telah dinaikkan sebanyak 20 sen seliter pada 2 September tahun lalu, namun tiada kenaikan tambang tetapi pengusaha bas dibenarkan terus mengenakan caj tambahan 10 peratus setelah meneliti kesan langsung dan tidak langsung kenaikan harga bahan api ini kepada pengendali.

Akhirnya, semua pihak menang-menang dalam isu ini, di mana pengendali bas berpuas hati dan rakyat tidak rugi.

Baru-baru ini, kemalangan demi kemalangan jalanraya yang melibatkan bas ekspres sehingga mengadai nyawa manusia. Seperti biasa alasan demi alasan diberikan syarikat pengendali ekspres. Yang pasti kesalahan diletakkan di bahu pemandu. Paling memeranjatkan apabila ada pemandu bas yang mendakwa dipaksa memandu jarak jauh walaupun keadaan tidak sihat dan mengantuk.

Pihak SPAD didesak mengambil tindakan untuk menggantung lesen pengendali bas syarikat tersebut. Namun, menurut Pengerusi SPAD ia bukanlah bukan langkah penyelesaian yang berkesan untuk mengelak kecuaian dan kesalahan yang dibuat oleh pemandu bas pada masa akan datang.

Beberapa faktor lain telah dikenalpasti pihak SPAD bagi menghadapi masalah-masalah di atas.

Menurut CEO SPAD, En Mohd Nur Ismal Kamal, terlalu banyak syarikat pengendali bas ekspres dan kini terdapat 71 syarikat yang aktif di seluruh negara. Akibatnya, syarikat mengalami kekurangan pemandu dan kapasiti penumpang yang rendah terutama pada hari biasa. Bayangkan lapan bas ke destinasi yang sama manakala hanya memerlukan tiga buah bas sahaja. Seandainya kapasiti penumpang tidak memenuhi kouta, ini bakal mengakibatkan syarikat pengendali bas tersebut mengalami kerugian.

Apabila terlalu banyak bas ke satu destinasi, pihak SPAD juga mengalami kesukaran mengesan dan mengumpul data perjalanan bas dan ini termasuk perjalanan penumpang.

Oleh itu, adalah wajar jika pihak SPAD mencadangakan untuk mengurangkan syarikat-syarikat pengendali bas ekspres. Namun, cadangan ini masih diperingkat kajian.

Cadangan ini juga telah mendapat respon positif dari Setiausaha Eksekutif Persatuan Operator Bus Pan Malaysian, En Teoh Ewe Hun apabila menyatakan industri bas telah menghadapi masalah dengan terlalu banyak syarikat beroperasi lebih dari 20 tahun.

Apa-apa pun ini baru di peringkat cadangan dan diharap dengan kerjasama dari syarikat pengendali bas dapat mengatasi masalah yang mereka hadapi dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai yang seiring dengan objektif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Sunday, May 18, 2014

EKONOMI VIETNAM AKAN LUMPUH JIKA RUSUHAN ANTI-CHINA BERLARUTAN



Terjemahan :
Vietnam's anti-China riots destroy its economy
2014-05-16
Sin Chew Daily /Opinion

Sentimen anti-China semakin kritikal di Vietnam berikutan penempatan pelantar minyak Beijing di bahagian Laut China Selatan yang didakwa milik Hanoi. Beribu-ribu rakyat Vietnam telah berkumpul dan membantah di wilayah Tinh Binh dan beberapa zon industri bahagian selatan Vietnam. Bermula dengan perhimpuan yang penuh dengan emosi dan akhirnya tercetus rusuhan anti-China. Pemberontak telah menyala api, merompak dan merusuh kilang-kilang dan syarikat-syarikat milih China. Dilaporkan setakat ini, 16 rakyat China terbunuh dalam rusuhan ini.

Kerajaan Vietnam sekadar membisu manakala rusuhan merebak ke bahagian utara, kini telah mendapat perhatian antarabangsa. Keganasan tercetus dari kemarahan, tetapi pada masa yang sama rusuhan berdarah ini telah memaksa pelabur asing mengambil keputusan meninggalkan Vietnam dan seterusnya imej Vietnam tercalar di peringkat antarabangsa.



Wilayah Tinh Binh terletak di selatan Vietnam. Tawaran harga tanah yang rendah, serta pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan Vietnam, telah menarik banyak pelaburan asing. Terdapat sebanyak kira-kira seribu syarikat Taiwan, Jepun, Malaysia, Korea Selatan dan Singapura, tetapi hanya 23 adalah milik syarikat dari China di 28 zon industri di dalam wilayah tersebut.

Rusuhan anti-China yang tercetus di zon industri tersebut telah menjadikan pemilik yang tidak bersalah mangsa di kawasan tersebut. Ini tidak terkuacali syarikat-syarikat Malaysia, syarikat kilang-kilang milik Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan termasuk Perancis yang telah dirempuh dan diceroboh, serta syarikat milik Taiwan mengalami kerugian terbesar.

Kita memahami seandainya Vietnam ingin mempertahan kedaulatan mereka, tetapi pertelingkahan sempadan perairan ini perlu diselesaikan melalui saluran rasmi seperti Tribunal Antarabangsa demi penyelesaian aman. Melakukan tindakan yang tidak rasional untuk melepaskan kemarahan tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah ini tetapi hanya akan menjejaskan ekonomi negara.

Bagi mengatasi masalah dana, kerajaan Vietnam telah menawarkan pelbagai polisi keutamaan pada tahun-tahun kebelakangan ini termasuk cukai yang lebih rendah untuk menarik pelaburan asing dan sememangnya berjaya menarik ramai pelabur. Di samping syairkat Jepun, Korea Selatan dan Taiwan,  beberapa syairkat UK dan UStelah mula memasuki pasaran Vietnam. Sehingga Februari pada tahun ini, syarikat-syarikat Singapura dan Korea Selatan telah menduduki kedudukan teratas di antara pelaburan asing di Vietnam. Walaupun Taiwan hanya menduduki tempat keempat, jumlah pelaburan tetapi mencapapi US 28 bilion, atau 11.95% daripada jumlah pelaburan asing. Apabila kilang-kilang dibakar pemberontak, ini juga bermakna mereka sendiri menghancurkan peluang-peluang pekerjaan mereka sendiri, meruntuh ekonomi negara dan menghalang pelabur asing yang lain ke Vietnam.

Rusuhan anti-China yang tercetus ini seolah-olah membantah aktiviti menggerudi di dalam wilayah yang dituntut oleh Vietnam, tetapi peritkaian wilayah air ini adalah di antara kedua-dua negara dan kemarahan yang berpanjangan telah menyebabkan hubungan Sino-Vietnam menjadi semakin tegang. Kedua-dua negara telah berperang selama lebih dari setengah kurun dengan peperangan yang paling tragis pada tahun 1979. Pada 1980an, konflik persempadanan berterusan dan langkah-langkah terbaru China mengisytiharkan hak ke atas Laut China Selatan telah mencetus semula pergeseran lama Vietnam ke atas China. Amat dikhuatiri akibat daripada sikap keras dan bermusuhan tidak akan terhapus dalam masa terdekat. Seandainya perang Sino-Vietnam bakal tercetus, maka rantau Asia Tenggara pasti akan terjejas dan berkemungkinan bencana akan melanda.

Malah, pertikaian kawasan di Laut China Selatan tidak hanya melibatkan China dan Vietnam, tetapi Malaysia, Indonesia, Brunei, Filipina dan Taiwan juga telah mengisytihar hak ke atas beberapa pulau di Laut China Selatan. Oleh kerana ia melibatkan hak maritim dan kepentingan pelbagai negara, di samping menjejas keamanan dan kestabilan kawasan serantau, pertikaian ini perlu diselesaikan melalui rundingan damai.

Pada tahun 1980, kerajaan China telah membuat komitmen untuk " menangguhkan perbezaan dan mencari perkembangan bersama " dan dengan itu, tidak sepatutnya mereka menuntut kawasan Laut China Selatan dengan meletak pelantar minyak di kawasan perairan yang masih dalam pertikaian. China juga perlu bertanggungjawab ke atas rusuhan anti-China yang berlaku di Vietnam baru-baru ini.

Saturday, May 17, 2014

INTI PATI LAPORAN TAHUNAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI 2013



Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan atau GTP dan Program Transformasi Ekonomi atau ETP yang telah dibentangkan YAB Perdana Menteri;

Inti Pati Laporan Tahunan Program Tranformasi Ekonomi 2013

  • Malaysia mungkin mencapai status negara berpendapatan tinggi lebih awal daripada 2020;
  • Program Transformasi Ekonomi (ETP) mengekalkan momentum kukuh sejak tiga tahun lepas, membantu ekonomi berkembang sebanyak 4.7 peratus pada 2013;
  • Pada 2013 sahaja, ETP menyumbang RM7.4 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK), mewujudkan 29,373 pekerjaan baharu dan menjana RM8 bilion nilai pelaburan;
  • Sebahagian besar daya tahan ekonomi Malaysia dipacu oleh pelaburan sektor swasta yang menyumbang hampir kepada 60.9 peratus jumlah pelaburan.
  • ETP mendorong kepada pasaran modal yang cergas. FTSE-KLCI mencecah paras tertinggi sebanyak 66 kali dalam tempoh tiga tahun dan mencapai rekod tertinggi pada 1,873 mata pada 30 Dis 2013;
  • Rundingan sedang dijalankan untuk memperoleh perkhidmatan peralatan asal terkenal bagi perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan & baik pulih (MRO) bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab MRO serantau yang kompetitif DAN;
  • Empat lagi projek ikonik besar – Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh & Pusat Pameran Matrade, yang dikenal pasti di bawah inisiatif “Carve Out & Compete” tahun ini, dengan sebanyak 40 peratus daripada kerja-kerja akan dianugerahkan kepada firma Bumiputera;
  • Kajian impak Ekonomi mengenai program pembangunan tanah untuk Sungai Nadi Kehidupan Projek (ROL) bermula pada 2014 untuk mendapatkan balik perbelanjaan bernilai RM4 Bilion;
  • Petronas & Petronas Gas akan terus menyokong Suruhanjaya Tenaga dalam membangunkan rangka kerja pengawalseliaan untuk memudahkan akses Pihak Ketiga (TPA);
  • Inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan defisit fiskal dijangka membuahkan hasil dengan defisit menurun kepada 3.5 peratus tahun ini daripada 4.0 peratus tahun lepas;
  • Kerajaan menyasarkan untuk menaik taraf 500 kedai runcit melalui Program Transformasi Peruncit Kecil (TUKAR) tahun ini;
  • Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melibatkan Kerajaan Singapura untuk menjalin perjanjian Sistem Kereta Api Berkelajuan Tinggi KL-S’pura tahun ini dan kajian teknikal;
  • Kerajaan berjaya melepaskan pegangan dalam 23 syarikat pada November 2013 sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan peranannya dalam perniagaan secara beransur-ansur;
  • National Instruments Academy dan Nucleus Innovation (NI-AIN) akan mengembangkan kemudahan kepada Iskandar Malaysia dan Sarawak untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan PKS;
  • Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang diperkenal tahun lepas untuk terus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab global bagi kewangan Islam;
  • Malaysia kini menguasai dua pertiga terbitan sukuk global;
  • Kerajaan memperuntukkan RM28 juta tambahan untuk permohonan baharu pekebun kecil persendirian untuk menjalankan penanaman semula dan penanaman baharu kelapa sawit dengan keseluruhan 2014 penunjuk prestasi utama sasaran (KPI) sebanyak 35,000 hektar;
  • Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) untuk terus meningkatkan kesedaran mengenai Pelan strategik Industri Pembinaan Kapal dan Pembaikan Kapal Malaysia 2020 untuk pemegang kepentingan dan menghasilkan cadangan strategik untuk menyelaraskan pembangunan industri dengan aspirasi negara.
  • Pada 2013, pelaburan swasta mencecah RM161.1 bilion, melepasi sasarannya sebanyak RM148.4 bilion, atau peningkatan 8.6 peratus.
  • Kadar pekerjaan, meliputi sektor dalam Bidang Ekonomi Negara (NKEA) mewujudkan sejumlah 1.3 juta pekerjaan tambahan bernilai tinggi sejak tiga tahun lepas.
  • Berdasarkan data Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi Mac 2014, gaji melebihi RM2,000 mencecah 52 peratus pekerja Malaysia dalam negara, meningkat lapan peratus daripada 44 peratus pada 2009.
  • Penggunaan swasta berkembang 7.6 peratus pada 2013, berbanding 6.9 peratus pada 2010 disokong kedudukan pasaran buruh yang sihat dan pertumbuhan pendapatan yang mampan.
  • Penggunaan swasta kini menyumbang 51.2 peratus kepada KDNK, dalam kedudukan yang baik untuk mencecah 60 peratus KDNK menjelang 2020.
  • Hasil kerajaan meningkat 38.1 peratus kepada RM220.4 bilion pada 2013 berbanding RM158.6 bilion pada 2010 hasil daripada kecekapan kutuipan cukai dan asas percukaian yang luas.

Tuan-tuan dan puan-puan rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, 

Pada 2014, hasil kerajaan dijangka mencecah RM224.1 bilion.
 
Marilah kita bina masa depan yang gemilang untuk semua, marilah kita bina masa depan yang menjanjikan pulangan adil kepada yang bekerja keras, yang berkreativiti, yang berinovasi dan yang sanggup mengambil risiko. Marilah kita bina sebuah Malaysia yang menjanjikan taman kebahagiaan untuk semua.

Monday, May 12, 2014

MELAKA AMBIL LANGKAH MENGINGATKAN PENGENDALI BAS SEKOLAH MEMATUHI PERATURAN SPAD

Datuk Md. Yunos Husin (kanan)

Adalah satu langkah dan tindakan yang sangat bertanggungjawab kerajaan negeri Melaka apabila pengendali bas sekolah di negeri itu diingatkan tanggungjawab mereka agar mematuhi peraturan keselamatan SPAD. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh semua kerajaan negeri agar dapat bekerjasama dengan SPAD demi memastikan semua pihak terutamanya murid-murid sekolah.

Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md. Yunos Husin telah sama-sama membuat pemeriksaan terhadap bas-bas sekolah di hadapan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka, Durian Daun bersama-sama Ketua SPAD Negeri, En Anuar Abdullah dan Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah, Abdul Halim Abd. Malek. Pemeriksaan terhadap bas sekolah akan terus dilaksanakan secara berkala dan mungkin akan diadakan sebulan sekali selepas ini.

Kerap kali kita dapati kemalangan jalanraya yang melibatkan bas sekolah samada ketika membawa murid-murid sekolah mahupun ketika bas-bas sekolah dijadikan
bas tambahan ketika musim perayaan atau aktiviti luar sekolah seperti rombongan, lawatan sambil belajar dan sebarang kurikulum tambahan yang disahkan oleh
pihak sekolah.

Kepada ibubapa pula, adalah penting bagi mereka memeriksa dengan pihak SPAD disamping pihak sekolah untuk mengetahui samada bas sekolah yang digunakan telah berdaftar dengan pihak SPAD ... click DI SINI

Sebelum sesebuah bas sekolah diberi kelulusan oleh pihak SPAD untuk beroperasi, kenderaan tersebut akan menjalani pemeriksaan pihak-pihak berkaitan seperti PUSPAKOM yang akan memastikan kenderaan berada di tahap baik dan aspek keselamatan diutamakan. Di samping itu, pemandu bas sekolah juga perlu dipastikan sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan sihat sebelum dibenarkan mengendalikan bas berkenaan.

Sehingga kini, Melaka mempunyai sebanyak 572 buah bas sekolah yang beroperasi di negeri yang terbahagi kepada 333 buah di daerah Melaka Tengah, 93 di Jasin dan 146 di Alor Gajah.

Seandainya kerajaan Melaka telah memulakan kerjasama berikut, diharapkan kerajaan negeri lain pun turut bekerjasama dengan pihak SPAD dan sekali gus dapat menyumbang kepada pencegahan kemalangan jalanraya terutama yang melibatkan bas-bas sekolah.