Tuesday, October 29, 2013

BAJET 2014 UNTUK PENGANGKUTAN AWAM... APA KATA MEREKA?

Pada 25 Oktober lalu, bajet 2014 yang bertemakan bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji” telah pun dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Dato Sri Najib Razak dan sektor pengangkutan awam telah mendapat perhatian rakyat di mana perengan 135 dan 136 telah menekankan peruntukan tersebut.

Berikut adalah ringkasannya dan laporan penuh boleh didapati DI SINI;



APA KATA MEREKA terutama di dalam industri ini?

  •  Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD

 dan seterusnya...

Perkembangan sedemikian menunjukkan komitmen tinggi kerajaan kepada transformasi pengangkutan awam sekali gus memberi petunjuk jelas penekanan kerajaan ke atas kepentingan awam.

“Sebagai contoh, memperkenalkan Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat dengan peruntukan RM15.3 juta bagi membolehkan pengagihan teksi kepada penumpang dengan lebih cekap,” katanya.

  • Pensyarah Ekonomi Universiti Malaysia Sarawak Profesor Dr Shazali Abu Mansor :

    "Namun dengan wujudnya pertambahan landasan ini, perkhidmatan pengangkutan akan menjadi lebih cepat dan efisien, secara tidak langsung dapat mengurangkan kos transaksi dan memberi keuntungan kepada pelbagai pihak,"  Bernama

  • Setiausaha Agung Persatuan Pelancongan Cina-Malaysia, Tai Toh Kim, "Kereta api, kosnya lebih murah daripada pengangkutan udara, sering menjadi alternatif utama kepada pelancong ke negara ini.

    "Keselesaannya juga diakui, jadi dengan penambahan landasan secara meluas dari Ipoh (Perak) ke Padang Besar (Perlis) sehingga ke Johor Baharu, itu satu peluang yang baik kepada industri pelancongan untuk Malaysia menarik lebih ramai pelancong,"

  • Pensyarah pelawat di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya, Dr Jorah Ramlan, apabila kerajaan menyediakan kemudahan yang cukup kepada rakyat untuk menggunakan kenderaan awam, isu subsidi minyak bukan lagi menjadi masalah dan beban kepada mereka.

    "Apabila kemudahan ini (tempat meletak kenderaan) disediakan, jaringan infrastruktur awam juga bertambah baik, sudah tentu rakyat akan memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam berbanding menggunakan kenderaan sendiri di mana mereka terpaksa mengisi minyak, membayar tol dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas," - Bernama
     


  • Datuk Seri Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana berkata langkah menyediakan lebih banyak kemudahan "park and ride" dalam Bajet 2014 akan memberikan impak besar dalam usaha meningkatkan penggunaan pengangkutan awam seperti dihasratkan kerajaan. - Bernama


  • Presiden Persatuan Pengguna Jalan Raya Malaysia, Hamdan Taha menggesa kerajaan menyegerakan projek Lebuh Raya Pantai Barat yang menghubungkan Banting ke Taiping seperti diumumkan dalam Bajet 2014 bagi kepentingan pengguna. - Metro



Akhir sekali, ini jaminan Menteri Kewangan kepada industri pengangkutan awam... BH
 


Monday, October 28, 2013

BANTAHAN TERHADAP SPAD DI AMANJAYA... THE STAR JANGAN JADI BATU API

Di dalam ketegasan SPAD melakasanakan tanggungjawab penguatkuasaan dan pengawasan terhadap operator-operator bas dan teksi yang engkar, tiba-tiba ada hero yang mengaku salah seorang operator bas telah dilaporkan mengetuai bantahan di Terminal Bas Amanjaya, Ipoh baru-baru ini.



Beliau telah mendakwa mewakili 50 pengusaha bas dan mendesak SPAD supaya memaksa pengusaha-pengusaha bas lain berpindah ke Amanjaya dan sekiranya gagal mereka akan membuat bantahan terhadap kerajaan negeri dan seterusnya ke Putrajaya.

Ada beberapa isu yang ingin disentuh di sini...

Pertama, siapa Mohd Faizal bin Mustafa?

Mengikut database SPAD, beliau bukan dalam senarai pemilik atau pengarah syarikat bas yang berdaftar dengan pihak SPAD. 

Sekarang dengan jelas menunjukkan Mohd Faizal bin Mustafa yang telah mengaku sebagai seorang operator bas telah berbohong dan ini telah menimbulkan keraguan ke atas motif sebenar beliau yang mendakwa mewakili 50 pengusaha bas mengadakan bantahan terhadap SPAD.

Jika Mohd Faizal terbukti tidak berdaftar dengan SPAD, maka apakah bantahan itu bertujuan baik atau sekadar beliau dijadikan kambing hitam oleh pihak tertentu?
 

DATABASE SPAD

Kedua, apabila Mohd Faizal bin Mustafa yang mengetuai bantahan ini, didapati berbohong tetapi telah mendapat liputan meluas dari beberapa pihak akhbar seperti TheStar. 

Saya ingin menegur etika kewartawanan TheStar ... adakah TheStar telah mendapat pengesahan dari pihak SPAD mengenai kesahihan berita dan jurucakap bantahan tersebut? Sebenarnya, The Star telah melaporkan mengenai isu di Terminal Bas Amanjaya semenjak April 2013 dan yang jelas Mohd Faizal bin Mustafa adalah sumber maklumat mereka.

Isu operator bas yang enggan beroperasi di Terminal Bas Amanjaya dilanjutkan The Star di dalam ruangan  "Community" dan Mohd Faizal sekali lagi adalah sumber maklumat mereka.

Maka kita fikirkanlah... Nampaknya bantahan terhadap SPAD ini sengaja diada-adakan dan mempunyai motif yang tertentu yang nampaknya sangat-sangat diragui.

Ketiga, bantahan ini tidak berhenti di situ sahaja, malahan pihak SPAD telah mendapat email yang mengguna surat rasmi dari Majlis Bandaraya Ipoh telah ditujukan kepada CEO SPAD, kakitangan SPAD menerusi email peribadi mereka dan beberapa individu yang berkepentingan.

Malahan surat berkenaan tidak dihantar secara rasmi ke pihak SPAD dan kini SPAD sedang menyiasat samada surat berkenaan adalah benar-benar dari pihak Majlis Bandaraya Ipoh.

Satu lagi cubaan memburukkan pengurusan SPAD oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Setiap yang baru pasti akan ada kelemahannya dan ruang untuk perbaiki kelemahan pasti ada cara dan salurannya.

ALASAN DARI PIHAK YANG MEMBANTAH BAHAWA SPAD TIDAK MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN ADALAH SANGAT SALAH....

Berikut adalah kenyataan rasmi dari pihak SPAD;

Whilst S.P.A.D. is cognisant of the need to ensure regular surveillance and enforcement towards errant operators, due to S.P.A.D.’s limited enforcement personnel, S.P.A.D. will have to currently place higher priority on offences which endanger people’s lives, such as overloading of lorries, and the transformation of taxi services to meet the rakyat's needs. The deployment of its personnel to manage the challenges arising from Terminal Amanjaya would instead be carried out as and when its capacity permits.

In the meantime, S.P.A.D. will be working closely with the Perak state government and Majlis Bandaraya Ipoh to find a solution to the current issues and numerous complaints received from the public concerning stage bus connectivity between various parts of Ipoh city to the new terminal. The public has also complained about the high cost of kereta sewa to ferry passengers from Terminal Amanjaya to the Ipoh city centre, which sometimes costs more than an express bus ticket from Kuala Lumpur to Ipoh. 

 

Sunday, October 27, 2013

#PRKn20 : SG LIMAU : CUKUP-CUKUP SUDAH!!!

Saksikan kisah sedih penduduk di Sungai Limau...

Diakui allahyarham Tan Sri Azizan seorang yang baik tetapi mereka-mereka yang di sekelilingnya yang tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberi. Inilah buktinya...



  • Pakcik Don Jasin, 93 seorang warga emas dari Kampung Sg Limau pasrah apabila bantuan yang beliau minta dari Majlis Kemajuan Kampung (MKK) selama bertahun-tahun dinafikan kerana bukan dari ahli keluarga mereka. Sebelum ini, pak cik Don telah memohon untuk membaiki rumahnya serta memohon untuk mendapatkan sebuah rumah seperti yang dijanjikan pihak Majlis Kemajuan Kampung (MKK) namun apa yang berlaku, surat permohonan beliau telah dicampakkan ke dalam tong sampah.


  • Pakcik Mohd Isa Idris,81, terlalu kecewan dengan kerajaan negeri terdahulu yang telah diperintah oleh PAS kerana segala yang diharapkan tidak menjadi kenyataan apabila bantuan yang dipohon tidak pernah ditunaikan. Kerajaan PAS terdahulu dianggapnya tidak amanah membela nasib rakyat.
 


  • Khamis Awang, 68, hanya inginkan peralatan menuai, rumpai racun serta bekalan elektrik dan air bersih untuk kehidupannya. Namun kerajaan PAS gagal menunaikan janji mereka dan serik dengan setiap janji-janji palsu kerajaan PAS.
 


  • Nasib warga OKU tidak dibela.... Abdul Rahim Mehat,50, telah menghidap penyakit angin ahmar semenjak dua tahun. lalu yang telah banyak menjejaskan kehidupan harian mencari rezeki untuk menyara isteri dan dua anaknya yang masih bersekolah.

Apakah rakyat Sg Limau begini nasib mereka walaupun wakil rakyatnya yang terdahulu adalah Menteri Besar Kedah dari kerajaan PAS?

Sudah tiba masanya, mereka tidak lagi percayakan bulan yang telah mengabaikan nasib mereka selama ini... Cukup-cukup sudah!!!

Saturday, October 26, 2013

#PRKSgLimau : JIKA SAYA PENGUNDI SG LIMAU...

Jika saya pengundi Sg Limau, pasti saya akan pilih BN kerana....



Faktor calonnya pula...



Kriteria calonnya...



Janji calonnya...



Jika calonnya bulan, apa yang kita akan dapat?


dan ini....


Inilah sebenarnya perjuangan PAS!

Dan ini pula pesanan kepada rakyat Sungai Limau ...


Beliau bukan dari blogger BN tetapi blogger dari pihak sana... Ikutlah nasihat beliau!


Friday, October 25, 2013

SPAD IKTIRAF KALANGAN YANG BUKAN "NILA YANG SETITIK"

Setiap hari kita dihidangkan dengan seribu satu aduan dari rakyat terhadap pengangkutan awam darat di negara kita. Topik yang terhangat adalah sikap pemandu teksi yang cuai dan engkar peraturan, pemandu lori yang bermaharajalela di jalanraya, pemandu bas yang kaki pecut.
 
Kebanyakannya  menyentuh mengenai pemandu, bagaimana pula dengan syarikat-syarikat pengendalinya?

Kadang-kadang kita terfikir, apakah mereka-mereka yang terlibat dengan pengangkutan awam ini semuanya terdiri dari golongan yang terletak dalam kategori cuai, tidak beretika dan  tiada displin dan dengan kata mudah, mereka adalah golongan yang memang suka melanggar peraturan dan undang-undang?

Apakah tiada seorang pun yang boleh dikatakan di antara mereka yang berhemah atau amanah ketika berada di jalanraya?

Itu aduan mengenai pemandu, bagaimana pula dengan keadaan kenderaan yang dipandu? Adakah ia bersih, selesa
dan terutama sekali adakah ia selamat?

Apakah begitu negatif sekali keadaan pengangkutan awam di Malaysia ini?

TIDAK... Pepatah Melayu ada berkata; kerana nila setitik rosak periuk sebelanga. Ramai lagi di luar sana yang terdiri daripada pengendali-pengendali pengangkutan awam darat ini yang masih mementingkan dan mengamalkan peraturan dan keselamatan serta keselesaan penumpangnya.

Menyedari dan prihatin terhadap situasi ini, maka SPAD bukan saja melaksanakan operasi penguatkuasaan tetapi demi mementingkan tanggungjawab sosial terhadap rakyat, maka pihak SPAD mengambil langkah untuk memberi penganugerahan kepada pengendali pengangkutan awam darat kategori rel, bas, kenderaan barangan dan teksi bagi mengiktiraf sumbangan dan pencapaian pihak industri.

Anugerah Pengangkutan Awam Darat 2013 bersempena Malam Penganugerahan LPT Symposium 2013 adalah untuk menggalakkan penambahbaikan dan transformasi industri pengangkutan awam darat. Di antara kategori yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut;

(i)   Pengendali Bas.
(ii)  Pengendali Kenderaan Barangan.
(iii) Pengendali Teksi.
(iv) Pemandu Teksi.
(v)  Pengendali Rel.

"SUCCESS STORIES" MEREKA...

 
Blog ini pernah menulis mengenai penghargaan yang diberikan kepada pemandu-pemandu teksi yang akur kepada peraturan dan undang-undang ketika satu operasi dilakukan.

Ini adalah satu contoh di antara beribu yang tidak berkesempatan ditemui.

Diharap kisah-kisah "success" mereka dapat dibukukan dan disebarkan sebagai poster kempen kepada rakyat agar pemandu-pemandu teksi sedemikian dijadikan contoh terbaik di kalangan "nila setitik"...

COMANGO 2013 BAHAYA.... KENAPA?


Apa itu COMANGO dan mengapa ia sangat merbahaya? Penjelasannya DI SINI dan DI SINI...

Persoalannya, apakah laporan yang akan dibawa nanti ke Human Rights Council, Geneva adalah benar dari pihak yang dipengerusikan oleh Tian Chua dan dihadiri oleh wakil-wakil NGO, antaranya Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam, SOGI atau Sexual Orientation and Gender Identity yang memperjuangkan LGBT, dan lain-lain lagi.


Tuesday, October 22, 2013

TEMPOH 10 MINGGU UNTUK PERTIMBANG CADANGAN KENAIKAN TAMBANG TEKSI



Pihak SPAD telah diberi amanah oleh YAB Perdana Menteri pada 18 Julai lalu untuk mengkaji semula kadar tambang teksi dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup pemandu teksi dan menambah baik mutu perkhidmatan teksi.

Satu Program Interaksi Bersama Pengguna, Industri Teksi dan SPAD - Kajian Kadar Tambang Teksi telah dilancarkan oleh SPAD pada 18 Oktober lalu. 



Semua peringkat industri teksi iaitu daripada pengguna, penguatkuasa, pengusaha dan pemandu teksi akan terlibat dalam memberi maklumbalas sebelum kadar tambang baru diputuskan yang dijangkakan pada suku tahun hadapan. 


Program itu juga dihadiri wakil persatuan-persatuan pemandu teksi, persatuan pengguna, aktivis masyarakat serta kementerian pengangkutan dan pelancongan.

Maklumbalas tersebut juga akan dibentangkan dalam laman web SPAD dan ia akan dijadikan asas kepada keputusan yang dibuat nanti.

Dengan mengambilkira pandangan semua pihak termasuk rakyat, ini menunjukkan pihak kerajaan tidak mengambil keputusan menaikkan tambang teksi dengan membelakangkan pandangan rakyat di semua pihak.

Di pihak pembangkang, jangan pula semudah itu menuduh kerajaan Barisan Nasional mengenepikan suara dan kepentingan rakyat kerana dengan jelas usaha yang diambil SPAD untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak adalah jalan terbaik. Maka, apabila kerajaan mengumumkan kenaikan tambang teksi nanti, ia adalah satu tindakan bersama dan bukan tindakan yang bakal mendapat tuduhan negatif dari pihak puak-puak kiri.

Kepada rakyat, kenaikan tambang ini adalah setelah kerajaan mengambil kira maklumbalas dari semua pihak termasuk suara kita semua dalam usaha mempertingkatkan taraf hidup pemandu teksi dan menambah baik mutu perkhidmatan teksi. Penetapan kadar baru ini adalah bersesuaian kerana kali terakhir ia disemak semula pada tahun 2009.

Yang pasti, SPAD akan sebaik mungkin memberi cadangan kenaikan tambang teksi yang tidak akan membebankan rakyat.


Monday, October 21, 2013

AZALINA DIPILIH BUKAN KERANA ISU MAK NENEK!!!



Pada 19 Oktober, 2 kemenangan dalam satu hari...

YB Dato Azalina Othman Said telah memenangi pertandingan Ketua Bahagian Pengerang untuk kali ke2 dan pada hari yang sama beliau telah berjaya menduduki Majlis Tertinggi UMNO.

Yang lebih menarik ialah, Dato Aza adalah satu-satunya wanita sebagai Ketua Bahagian setelah kejayaannya memenangi PRU13 Parlimen Pengerang.

Di Pengerang, rakyat telah mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Bahagian kerana yakin dan berterima kasih ke atas kepimpinannya. Dengan segala pembangunan semenjak 2 penggal beliau adalah Ahli Parlimen, mereka juga yakin hanya Dato Aza sahaja yang mampu membawa suara mereka di Parlimen.

Pada pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pula, Dato Aza yang membawa suara Puteri dan generasi muda telah diberi kepercayaan walaupun sayap Wanita tidak serious untuk mewakilinya. Oleh kerana tiada seorang pun dari sayap wanita yang telah  dipilih perwakilan, namun kedengaran dari suara-suara makcik-makcik UMNO, hanya kepada Dato Aza tempat mereka berharap agar suara mereka didengari di Majlis Tertinggi nanti selain Ketuanya, Dato Shahrizat.

Mesej yang ingin disampaikan kepada Presiden dan Timbalan Presiden ialah majoriti akar umbi lebih pentingkan ukuran kemampuan dan keupayaan seseorang pemimpin berbanding mereka-mereka yang mementingkan soal remeh temeh dan lebih tepat isu-isu "mak nenek" seperti... DI SINI

Ini telah diperakui oleh Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Zainal Kling - Kejayaan kedua-dua bekas Ketua Puteri Umno juga memperlihatkan bahawa kepimpinan mereka mempunyai kualiti dan diakui anggota akar umbi.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata kejayaan kedua wanita itu tersenarai di dalam carta MT membuktikan bahawa mereka pemimpin yang berkualiti dan dipercayai anggota Umno.

"Anggota UMNO melihat tepat pada masanya untuk orang muda diberi ruang dan peluang di peringkat pusat, Azalina mempunyai suara yang tegas yang akan memperkuatkan kepimpinan Umno."
Kepada Dato Azalina, teruskan perjuangan dan galaslah amanah dan kepercayaan yang telah diberi sebaik mungkin.

Tahniah rakyat Pengerang dan terima kasih kepada semua yang telah bekerja keras ke atas kejayaan beliau.

Kepada Allah kita memohon jua...


Saturday, October 19, 2013

SUASANA PERSIDANGAN DAN PEMILIHAN UMNO 2013 DI PENGERANG

Hari ini akan tercatit sejarah politik tanahair sekali lagi di mana berlangsungnya Persidangan dan Pemilihan UMNO 2013 berlangsung di seluruh bahagian UMNO di tanahair secara serentak. Pemilihan bagi ketua-ketua bahagian dan pemilihan agungnya pula ialah untuk jawatan Naib-Naib Presiden dan juga Ahli-Ahli Majlis Tertinggi... Maka bergemalah lagu rasmi UMNO.

Pengerang juga mendapat perhatian ahli-ahli UMNO khasnya dan rakyat Malaysia umumnya kerana Dato Azalina akan bertanding mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Pengerang  dan calon Ahli Majlis Tertinggi.

Walaubagaimanapun, blog ini akan kemaskini dari masa ke semasa perjalanan pemilihan ini nanti.

Kita mulakan dengan pesanan Dato Azalina;



8.00am


Suasana di Lotus Desaru Beach Resort:

Di luar dewan mesyuarat




Sebelum memulakan mesyuarat - Sarapan dulu...


Sayang sungguh perwakilan wanita kepada Dato Aza

 

Ke Dewan Mesyuarat


10.15
Pemilihan bermula...




11.34 am


Hanya 295 daripada 301 perwakilan yang hadir. Proses pengundian berjalan lancar...






Seramai 20 sukarelawan dari Politeknik Sultan Ibrahim turut membantu dan di antaranya;



Pencabar Dato Azalina...



12.17pm
Perwakilan telah mengosongkan dewan untuk mengundi dan lebih kurang 40 orang lagi menunggu giliran untuk mengundi.

.... sambung semula mesyuarat sementara menunggu keputusan diumumkan. Keputusan dijangkan akan diumumkan pada pukul 4.00 ptg nanti.

1.45pm
Perwakilan mula memenuhi dewan untuk meneruskan mesyuarat bahagian...







Dato Azalina memulakan  amanahnya...


Tahniah daripada Dato Azalina kerana perwakilan telah menjalankan tanggungjawab mereka. Dahulu hanya 2,500 perwakilan yang mengundi tetapi hari ini lebih kurang seramai 150,000 perwakilan yang mengundi.

Setakat ini, proses pengundian berjalan  dengan aman tenteram dan sangat lancar dan tidak ada pergaduhan pun. Dato Azalina meingatkan yg penting kalah atau pun menang, mereka adalah satu pasukan dan beliau mengajak semua perwakilan untuk beri tepokan kepada semua kerana mereka berjaya kekalkan displin dalam parti.
 
Yang penting ialah kepada sesiapa yg menang jangnlah  rasa kemenangan diri sendiri. Ianya adalah kemenangan untuk UMNO yang berjaya membawa pembaharuan.

Dato Azalina berkongsi pengalamannya ketika diminta untuk tidak melawan Dato Shahrizat untuk Ketua Wanita UMNO oleh Dato Seri Najib di mana beliau merasakan DS Najib tidak mahu mengaibkan sesiapa. Sebagai seorang yang sangat sabar, DS Najib mengajak beliau fokus kepada PRU14.

Dato Aza berharap agar sekiranya calon yang bertanding itu gagal atau ditolak perwakilan, janganlah anggap ia satu penghinaan. Walaupun UMNO tidak kalah pada PRU 13, tetapi UMNO juga tidak menang. Walaupun bangsa Cina di Pengerang hanya 10% tetapi mereka telah menunjukkan keegoaan mereka dengan tidak memberi undi kepada BN. Apabila tidak menang dari parti komponen, maka ini tidak membantu UMNO. 

"Musuh kita di luar sana dan bukan kita di dalam dewan ini," tegas Dato Aza.

Kepujian diberi kepada perwakilan kerana mereka bukan kaki ampu. Jika yang betul dikatakan "ok" dan yang salah tetap dikatakan salah.

Harapan Dato Aza supaya saf yang baru dipilih nanti akan memastikan perpaduan UMNO Pengerang dimantapkan. Bekerjasama dan bersatu dengan beliau untuk PRU 14 adalah lebih baik daripada mengampunya. InsyaAllah, UMNO Pengerang akan dijadikan bahagian UMNO contoh.

Keputusan dijangka akan diumum selepas solat Asar...



3.45pm
Keputusan Tak Rasmi Calon KUB;
01 Nama: Mohamed Bin Long;
Rank: .3.; Undi: ..46..;

02 Nama: Datuk Harun Bin Abdullah;
Rank: ..2...; Undi: .55....;

03 Nama: Dato Sri Azalina Binti Dato' Othman Said;
Rank: .1....; Undi: .173....;


04 Nama: Abd Jalil Bin Abd Kahar;
Rank: ...4..; Undi: 14.

CALON MT NO. 36... KENAPA? SIRI 1