"Peringatan kepada pemandu-pemandu pengangkutan awam, mungkin hari ini mereka akan terlepas tetapi pasti satu hari mereka akan tertangkap. Mereka diharap untuk bersiap sedia dengan hukuman yang akan dihadapi."
Demikian peringatan tegas oleh Mejar Jen (B) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad, Pengurus Besar Penguatkuasaan dan Latihan SPAD ketika berada di lokasi Ops Tegas Bersepadu yang ketiga dengan kerjasama PDRM, JPJ dan DBKL pada 2 Julai 2013.
Operasi kali ini telah berjaya membuat tangkapan sebanyak 17
tangkapan di mana 13 kes tidak mengguna meter, 1 kes menetapkan tambang,
2 kes tiada kad pemandu dan 1 kad pemandu tamat tempoh.
Hukuman yang dikenakan ke atas kesalahan
pengusaha-pengusaha teksi yang tidak mengguna meter akan didakwa di
bawah seksyen 22, Akta Pengangkutan Awam Darat dan sekira disabit
kesalahan akan dikenakan denda sehingga 500,000 atau penjara tidak lebih
dari 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan yang menetap harga tambang pula, akan didakwa di bawah seksyen 75, Akta Pengangkutan Awam Darat dan sekira disabit kesalahan akan dikenakan denda sehingga 50,000 atau penjara tidak lebih dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan yang menetap harga tambang pula, akan didakwa di bawah seksyen 75, Akta Pengangkutan Awam Darat dan sekira disabit kesalahan akan dikenakan denda sehingga 50,000 atau penjara tidak lebih dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pemandu-pemandu teksi yang membuat kesalahan untuk kali pertama akan dikenakan denda sebanyak RM500, kali ke2 dan ke3 akan ditambah RM500 dan kad pemandu akan dibatalkan sekiranya didapati melebihi 3 kesalahan.
Undang-undang dibuat sebegitu kerana pengusaha perlu bertanggungjawab terhadap pemandu-pemandu teksi mereka. Operasi sebegini mesti diadakan kerap kali supaya mereka sedar bahawa tindakan pemandu teksi tidak mengguna meter adalah satu kesalahan dan kesalahan yang membawa hukuman yang berat. Proses kertas siasatan akan dipercepatkan untuk dibawa pesalah-pesalah ini kemuka pengadilan.
Walaubagaimanapun, di dalam Ops Bersepadau ke 3 ini, 6 teksi telah mengguna meter. Satu penghargaan oleh pihak SPAD telah diberi kepada mereka.
Diharapkan lebih banyak pemandu-pemandu teksi yang bertanggungjawab dan mereka adalah contoh yang harus diikuti demi menjaga kredibiliti industri pengangkutan awam dan pelancungan serta nama baik negara.
No comments:
Post a Comment