Monday, July 01, 2013

JONKER WALK : 1MALAYSIA ATAU 1CINA?

Helo Guan Eng... 1Malaysia atau 1Cina?

Terasa nak tergelak pun ada ... menyampah pun ada... meluat lebih-lebih lagi bila Guan Eng bercakap mengenai 1Malaysia dan cuba menjadi hero kepada rakyat.

Sebagaimana semua maklum, kepala Tokong Cina ini tidak pernah ada rasa malu dan bersalah ke atas apa yang pernah dia lakukan kepada bangsa Melayu dan bangsa India di Pulau Pinang. Kita akan bidas apa yang disampaikan beliau (dalam tulisan merah);

Kempen Selamatkan Jonker Walk

Kenyataan media  (27 Jun 2013)

Oleh Lim Guan Eng

Datuk Idris Haron bukan sahaja mesti membuktikan bahawa 1Malaysia masih bernyawa malah perlu menunjukkan bahawa beliau adalah Ketua Menteri Melaka untuk semua dan bukan sahaja penyokong BN, dengan menarik balik arahan untuk membuka laluan trafik kerana ia akan menghancurkan karakter dan identiti laluan kebudayaan Jonker Walk.
mantra: 1Malaysia masih bernyawa? Guan Eng aka Tokong beranggapan 1Malaysia yang diilhamkan PM ini hanya untuk kempen pilihanraya sajakah?
Bukan sahaja Penyokong BN... 95% penyokong DAP dan 5% penyokong BN berniaga di Jonker Walk? Begitu maksud Tokong?
Ketua Menteri Malaka Datuk Idris Haron telah mengejutkan bukan sahaja rakyat Malaysia biasa malah pemimpin dan penyokong BN sendiri dengan tindakan politik balas dendam yang akan memberi akibat buruk kepada sektor industri pelancongan Melaka serta memulakan politik ekstrimis dan membunuh konsep 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan membenarkan aliran trafik dibuka semula di Jonker Walk yang telah ditutup pada hujung minggu untuk 13 tahun yang lalu, Idris dengan jayanya menutup periuk nasi 300 pekedai di laluan kebudayaan Jonker Walk yang terkenal, dan mempamerkan warisan dan nilai pelancongan di Melaka.
mantra : Politik balas dendam... Politik ekstrimis... Siapa yang mula kaitkan isu ini dengan politik dan kenapa?
Tutup periuk nasi? Tokong lupa apa yang dia lakukan kepada peniaga-peniaga di Padang Kota yang tidak menyokong DAP. Bila KM Melaka pernah tutup periuk nasi kaum mereka?
Kedua-dua Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan Datuk Mirza Mohammad Taiyab membantah tindakan Idris dengan mengatakan bahawa Jonker Walk adalah destinasi pelancongan utama di Melaka dan terlalu penting untuk ditutup kerana akan memberi kesan negatif terhadap pelancongan. Tiada justifikasi untuk menutup sebuah pusat tarikan pelancong, serta tapak kebudayaan dan warisan yang beroperasi dengan jayanya selama 13 tahun kecuali atas sebab balas dendam politik yang penuh emosi dan tidak rasional kerana BN kehilangan undi dan kerusi di Melaka dalam PRU yang lalu.
mantra: Kata 1Malaysia? Jonker Walk dan Jonker Street dua perkara yang berbezalah Tokong. Jonker Walk untuk pasar malam dan Jonker Street memang tapak warisan Cina. Bila pula disuruh tutup Jonker Street?
Memang patut Melaka halau kamu keluar... Negeri sendiri pun tak tau!
BN kehilangan undi dan kerusi di Melaka? Melaka masih 2/3 majoriti cuma kehilangan kerusi panas di Bukit Katil kerana Cina tidak menyokong BN. Sekarang Melayu masih kuat sokong BN dan BN menang, maka Melayu mesti kasi muka lagi?
Cubaan Idris untuk meloloskan diri daripada krisis yang diciptanya sendiri dengan mengatakan bahawa para peniaga masih boleh beroperasi dengan keadaan Jonker Walk dibuka untuk lalulintas adalah sangat tidak bertanggungjawab dan tidak rasional kerana ini tidak mengambil kira keselamatan awam, termasuk peniaga dan pengunjung. Jelas sekali Idris tidak hanya enggan mendengar suara rakyat dan peniaga malah Menteri Pelancongannya sendiri serta pegawai senior pelancongan. Idris begitu bersungguh mahu memperlihatkan dirinya sebagai seorang hero ekstrimis supaya beliau dapat memperlihatkan prestasi yang baik dalam pemilihan Umno tahun ini.
mantra: ... prestasi yang baik dalam pemilihan Umno tahun ini? Apa kena mengena dengan tindakan KM? Tokong sudah biasa guna taktik kotor walaupun dalam partinya sendiri kini beranggapan orang lain pun akan sama juga? Masih ingat kesilapan CEC DAP tahun lalu? Sendiri kotor tapi salahkan Excel pula....
Dengan kedegilannya untuk terus membuka Jonker Walk kepada trafik, Idris hanya sedang memudaratkan pelancongan Melaka ibarat membakar kelambu kerana marahkan nyamuk atau seperti meludah ke langit. Idris Haron bukan sahaja mesti membuktikan bahawa 1Malaysia masih bernyawa malah perlu menunjukkan bahawa beliau adalah Ketua Menteri Melaka untuk semua dan bukan sahaja penyokong BN, dengan menarik balik arahan untuk membuka laluan trafik kerana ia akan menghancurkan karakter dan identiti laluan kebudayaan Jonker Walk.
mantra : Para yang paling lawak! Tak sesuai langsung simpulan bahasa yang digunakan.
Idris mesti mengambil nasihat Menteri Persekutuannya sendiri kerana jika tidak, beliau mestilah memikul tanggungjawab penuh di atas akibat daripada tindakan tersebut. DAP menyokong penuh tindakan para peniaga untuk terus beroperasi seperti mana yang telah mereka lakukan untuk 13 tahun lalu tanpa sebarang aduan daripada komuniti Melayu mahupun bukan Melayu.
mantra : Selepas membebel kerana geram, kini Tokong ugut pula? Ini taktik biasa Tokong.
Aduan... mana bukti tiada aduan? Ketua Menteri bertindak ke atas aduan dan Tokong membebel atas emosi geram! 
Pemimpin dan wakil rakyat DAP di Melaka akan terus memantau perkembangan hujung minggu ini dan mempertimbangkan untuk berkempen menyelamatkan Jonker Walk dan melakukan protes terhadap politik balas dendam ke atas pengundi yang tidak bersalah oleh pihak BN.
mantra :  Wakil Rakyat PAS tidak termasuk dalam rada Tokong? Pengundi tidak berdosa tetapi DAP yang tabur fitnah dan beri janji kosong yang perlu dipertanggungjawabkan... Mari Melakalah Guan Eng!

Di antara posting di blog-blog yang menulis mengenai isu Jonker Walk... tulisan  Helen Ang () turut mengambil bahagian dalam isu ini dan menarik minat saya. Beliau membidas Presiden MCA yang turut membantah keputusan tersebut dengan alasan Melaka bakal kehilangan salah satu tarikan pelancong ke negeri itu.

Bidas beliau: "Betulkah Jonker Walk ada mempamerkan kekayaan pelbagai budaya Malaysia ataupun ia sebenarnya lebih menjurus kepada penjualan barangan tiruan buatan dari China?"

Selagi bangsa Cina termakan hasutan DAP, selagi itu mereka tidak akan dapat berfikiran waras. Jika dilihat kenyataan Guan Eng memang jelas apabila dia bersungguh-sungguh untuk selindung sebagai pemimpin untuk semua kaum.

Lihat saja apa yang pernah dilakukan kepada nasib bangsa Melayu dan India di Pulau Pinang. Depan cakap lain tapi belakang buat lain... itu adalah DAP dan Lim Guan Eng!!!

Bagaimana pula dengan Dato Nazri selaku Menteri Pelancongan? Saya menjemput beliau datanglah ke Jonker Walk untuk melihat sendiri seperti yang disarankan Tokong, samada JonkerWalk melambangkan 1Malaysia atau 1Cina?



No comments: