Wednesday, July 03, 2013

TAK BOLEH SOAL JAWAB KATA GUAN ENG

Kerajaan DAP Pulau Pinang semakin angkuh dan melaksanakan pemerintahan kuku besi dan kini terbukti apabila sesi soalan lisan digantung pada persidangan Dewan DUN Pulau Pinang kali ini.

Alasan speaker Law Choo Kiang menyatakakan bahawa sesi soalan lisan itu digantung untuk menjimatkan masa dan tindakan itu tidak akan mengganggu persidangan kerana ia masih dijalankan mengikut peraturan Dewan namun alasan yang diberikan ini pasti membunuh demokrasi bersuara.

Sesi itu juga bukan hanya untuk kepentingan wakil pembangkang (BN) tetapi juga untuk wakil rakyat penyokong kerajaan (Pakatan) demi kepetingan rakyat. Wakil rakyat akan menggunakan peluang berkenaan untuk bertanya soalan dan mendapat jawapan berhubung masalah dihadapi rakyat. Maka, persoalan utama apa di sebalik alasan speaker Law Choo Kiang menggantung sesi soalan lisan ini? Apakah di pihak exco-exco tidak bersedia untuk menjawab soalan-soalan atau ada perkara-perkara yang ingin disembunyikan dari Dewan dan pengetahuan rakyat?

Ketua Pembangkang Pualau Pinang

Ketua pembangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid menyelar keputusan Speaker Law Choo Kiang untuk menggantung sesi soalan lisan dalam persidangan, yang disifatkannya sebagai satu “hukuman mati ke atas demokrasi”. 
Perkara seperti itu tidak pernah dilaksanakan sebelum ini dan sesi berkenaan juga penting untuk memastikan sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab yang melaungkan slogan CATnya.

“Jelas sekali ada keangkuhan kuasa di sini. Ianya seperti menjatuhkan hukuman mati ke atas demokrasi. Demokrasi telah mati di Dewan ini,” katanya.

Perkara itu dibantah oleh Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang berkata alasan tersebut tidak boleh digunakan untuk membatalkan sesi soalan lisan.

"Kita ada banyak masa. Mohon kembalikan sesi itu dalam persidangan ini,” katanya.

Demi selindung kepincangan  Exco Pulau Pinang berfungsi, apakah ini juga menyebabkan Guan Eng menyekat Utusan Malaysia membuat liputan? 



Maka kepada Guan Eng dan DAP, jika ingin menuduh pihak BN membunuh demokrasi di negara ini maka lihat dahulu kuku besi yang kamu lakukan.

Kepada rakyat Pulau Pinang dan Malaysia, kamu sedang dipermainkankan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dan tidak perlu mempercayai dasar-dasar CAT mereka.


No comments: