Friday, July 12, 2013

SUARAM MENGHINA RAMADHAN... MAJLIS BUKA PUASA DAN JUAL MEJA?

Ramadhan bulan yang sangat mulia bagi umat Islam di seluruh dunia sehingga di zaman Rasulullah S.A.W tidah dibenar berlakunya peperangan. Di bulan mulia ini juga, umat Islam diseru untuk membuat amal kebajikan, bersangka baik sesama insan dan lebihkan beramal ibadah.

Lain pula yang dilakukan komplot-komplot yang menyokong pembangkang iaitu SUARAM dengan kerjasama parti-parti politik pembangkang. Pada bulan mulia ini, SUARAM berselindung di bulan Ramadhan mengajak umat Islam dan bangsa-bangsa lain mengadakan Majlis Menipu Rakyat dan Menabur Fitnah.

Pada 19 Julai 2013,SUARAM satu Majlis yang dinamakan "OPS SCORPENE BUKA PUASA AND FUND RAISING DINNER di DEWAN SIVIK, MBPJ HALL, PETALING JAYA.

Dengan bangganya SUARAM mempersilakan penceramahnya iaitu YB Nurul Izzah, Pak Samad Said, si kartunis ZUNAR dan persembahan Comedy Court. Buka Puasa and Fund Raising Dinner? Menjual meja sambil berbuka puasa? Dimana letaknya kewarasan program ini sempena bulan Ramadhan?

Umat Islam tidak pernah berniaga atas nama berbuka puasa. Umat Islam digalakkan menderma... benar, tetapi untuk membeli meja sambil menderma di majlis yang tidak langsung menggambarkan ciri keislamannya adalah satu penghinaan dan dilakukan dengan mengambil kesempatan bulan Ramadhan yang mulia.

Apakah manusia seperti Nurul Izzah dan Pak Samad sebagai seorang Islam akan membenarkan NGO yang tidak langsung menggambarkan
ciri keislamannya membenarkan perkara seperti ini diambil kesempatan dan sama-sama bersubahat?

Apa kena mengena isu Scorpene dengan amalan bulan Ramadhan? Adakah di atas alasan memperjuangkan kebenaran? Di mana kebenaran isu Scorpene ini? Kita buka semula apa yang SUARAM telah membohongi rakyat...

SUARAM pernah mendakwa bahawa pada November 2009, kerajaan Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita  akan disapina dalam isu pembelian scorpene oleh Malaysia.
 
FMT : "Suaram lodged a complaint in November 2009 with the French courts asking for a judicial review into the Scorpene contract. The ongoing judicial inquiry at the Tribunal De Grande Instance in Paris is a result of this complaint.

The inquiry is probing alleged corruption crimes and illegal bribes involving top officials from both Malaysia and France."

Mahkamah di Perancis ini hanyalah mahkamah yang menjalankan penyiasatan. Tidak ada perbicaraan, tidak ada sapena dan belum ada pendakwaan lagi.

Sebenarnya ia tidak pernah berlaku. Mahkamah Perancis  pada 13 Mac 2012 melalui sebuah dokumen "Ordonnace Constatant L'Irrecevabilite de la Constitution De La Partie Civilel" yang ditandatangani oleh dua orang hakim,  telah "menolak bulat-bulat" permohonan SUARAM oleh institusi pengadilan Perancis sebagai pihak plaintif (partie civile). Ini bermakna kes aduan Suaram berkenaan Scorpene telah dibuang oleh Mahkamah Perancis sejak Mac 2012. Bernama juga pernah melaporkan, seorang pendakwa Perancis Yves Charpenel menafikan wujudnya perbicaraan di negara itu berhubung isu Scorpene... Boleh dibaca sepenuhnya DI SINI...

KOMISEN RM540 juta (114.96 juta euro)

Malahan, ketika DS Najib sebagai Menteri Pertahanan ketika itu telah mengambila tanggungjawab menjelaskan di dalam Dewan Rakyat bahawa Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dikaitkan sebagai menerima komisyen RM540 juta itu sebenarnya dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S Ombak Laut Sdn Berhad.

Nilai RM540 juta itu sebenarnya merangkumi banyak skop kerja sokongan dan koordinasi yang perlu disedia dan diselesaikan sepanjang tempoh enam tahun untuk memenuhi keperluan anggota anak kapal selama Scorpene serta pasukan pegawai yang bermastautin di luar negara selama tempoh tersebut untuk tujuan latihan berkaitan pengedalian kapal selam Scorpene.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu turut meliputi khidmat koordinasi antaranya memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, serta penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan sekali.

Lebih penting lagi, nilai kontrak RM540 juta itu sama sekali bukan bayaran komisyen, ia juga bukannya merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut. Bukti perbelanjaan dan nilai sebenar keuntungan syarikat Perimekar ini boleh kita ketahui dengan mudah melalui laporan audit syarikat itu.

Inilah kebenaran yang sedari awal lagi sengaja disembunyikan oleh Anwar dan pembangkang. Cerita separuh masak di perbesarkan, kebenaran dinafikan kerana mereka tahu jika fakta betul diberikan kepada khalayak umum tentu saja hilang ummpph propaganda yang cuba mereka sebarkan itu.

APA PERLUNYA ISU SCORPENE DI MAJLIS BERBUKA PUASA?

Motif ini turut menepati pendedahan Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana beliau dan beberapa individu lagi diupah untuk mereka cerita mengenai isu yang sama bagi menjatuhkan Dato’ Seri Najib. 

Terdahulu, kenyataan Raja Petra seperti berikut;

The idea to initiate a campaign to keep the Scorpene submarines issue alive until the 13th General Election was mooted by R. Sivarasa and Tian Chua some time back in 2009. Sivarasa and Tian Chua discussed the matter with Anwar Ibrahim who decided that Suaram would be the best vehicle to use to initiate the action.

Oleh itu, bagi SUARAM untuk menampilkan lagi ‘saksi’ dalam Majlis Berbuka Puasa ini merupakan satu usaha yang sangat terdesak dari pihak Pakatan Pembangkang. Jika tiada kes dan saksi yang ada pula telah pun mengaku diupah, maka mana datangnya lagi ‘saksi’ lain?  Tidak cukupkah SUARAM dikantoikan oleh ‘saksi’ yang dikatakan mereka telah disapina oleh Mahkamah Perancis tetapi beliau kemudiannya tampil menafikan mentah-mentah yang beliau telah disapina oleh mana-mana pihak? 

Seperti yang kita tahu, SUARAM telah pun dibuktikan sebagai sebuah NGO yang menerima dana dari rangkaian George Soros.  Dan kita juga
tahu bahawa  tiada cara yang lebih mudah untuk menutup jejak penerimaan dan penggunaan dana tersebut selain dari mencatatnya sebagai
‘derma’ orang ramai. 

Harus diingat bahawa SUARAM sering menganjurkan majlis untuk mengutip derma.  Perlu kita tanya, apakah derma ini digunakan untuk aktiviti-aktiviti memperjuangkan hak asasi manusia secara langsung atau ia dihabiskan untuk membayar peguam asing termasuk kos penginapan, pengangkutan dan segala kos sampingan mereka bagi terus menghidupkan isu scorpene? Yang pasti, kutipan yang digunakan bukan satu jumlah yang kecil!
 
Bayangkan, bagaimana sebuah NGO yang membawa misi Zionis untuk ‘pertukaran rejim’ telah dengan biadapnya menggunakan nama ‘Ramadhan’ dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Islam yang sah.

No comments: