Monday, March 31, 2014

2 PEGAWAI KPDNKK JOHOR DIHUKUM KERANA RASUAH


Akibat terima suapan RM6200, 2 Pegawai KPDNK Johor dipenjara 4 tahun dan di denda RM70 ribu

Pada 30 Mac di Mahkamah Sesyen Jenayah Johor Bahru, Ramesh A/L Ponnayah dan Saberi bin Mohd Zain, masing-masing bertugas sebagai Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Johor disabitkan kesalahan kerana menerima suapan di akhir kes pembelaan di bawah peruntukan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009, Seksyen 16 (a) (B) Akta yang sama dan Sekyen 165 Kanun Keseksaan 2009, S16(a)(B) akta yang sama dan juga Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Ramesh dikenakan hukuman penjara 4 tahun penjara atas 2 pertuduhan dan denda RM70,000 dan bakal berdepan dengan 6 bulan penjara jika gagal membayar denda.

Manakala Saberi turut berdepan 2 tahun dan 6 bulan penjara dan di denda RM35,000. Beliau juga turut berdepan 6 bulan penjara jika gagal membayar denda.

Pertuduhan Seksyen 165 K.K terhadap Saberi:
Pada Julai 2011 di premis Syarikat Perniagaan Elektronik Sin Heng Sdn Bhd, Taman Perindustrian Kota Puteri, Masai, tertuduh yang bertugas sebagai Penguatkuasa di KPDNKK Johor Baru telah menerima suapan sebanyak RM600.00 daripada Heng Kok Liang yang mempunyai kaitan dengan urusan rasmi tertuduh.

Pertuduhan Seksyen 17 (a) ASPRM 2009 terhadap Ramesh A/L Ponnayah:
Pada Oktober 2011, di CIMB Bank Taman Daya, tertuduh yang merupakan Penguatkuasa di KPDNKK Johor Bahru secara rasuah telah menerima suatu suapan iaitu wang sebanyak RM6200 daripada Heng Kok Liang sebagai dorongan bagi kamu melakukan suatu perbuatan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pengusaha gas Heng Kok Liang yang melakukan aktiviti pemindahan gas subsidi kepada gas industri secara haram.

Pertuduhan bersama Seksyen 17(a) ASPRM 2009 terhadap Ramesh A/L Ponnayah dan Saberi Mohd Zain:
Pada 21 September 2011, di Restoran Selasih, PERSADA Johor International Convention Centere, Johor Bahru, kedua-dua tertuduh yang merupakan  Penguatkuasa KPDNKK Johor Bahru secara rasuah telah menerima suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM6200 daripada Heng Kok Liang iaitu sebagai untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pengusaha gas iaitu Heng Kok Liang yang melakukan aktiviti pemindahan gas subsidi kepada gas industri secara haram.

Tertuduh gagal menafikan anggapan Seksyen 50 Akta Suruhanjaya Pencegahaan Rasuah Malaysia(ASPRM) 2009.

Mahkamah juga mendapati pembelaan kedua-dua tertuduh juga bersifat penafian semata-mata dan pembelaan "after thought".

Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes di tahap melampaui keraguan yang munasabah.

Pendakwaan SPRM dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorfazlin binti Hamdan manakala tertuduh diwakili Tetuan Hanif Hassan.

Pihak Pembelaan tertuduh telah memohon penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap kedua-dua OKT tetapi di bantah oleh pendakwaan SPRM.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Johor Bahru,Y.A Tuan Mohd Nasir Nordin membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman untuk kesemua hukuman.

Friday, March 28, 2014

#MH370 : KERAJAAN SEMBUNYI MAKLUMAT... APA LOGIKNYA?

Seperti yang kita tahu, terdapat 26 negara semuanya yang terlibat dalam pencarian MH370.   Biarpun Malaysia yang ‘menerajui’ misi pencarian namun setiap tindakan yang diambil pula berdasarkan nasihat dan pandangan pakar antarabangsa, terutamanya Amerika, Britain, Perancis dan Australia.    Ini kerana Malaysia tidak punya kepakaran, jauh sekali pengalaman atau aset yang diperlukan untuk misi sehebat ini.  

Dengan hakikat ini, tentulah mustahil bagi Malaysia untuk menyembunyikan apa-apa maklumat.

Dalam sejarah kemalangan udara, tidak pernah kita lihat bagaimana maklumat teknikal dibentangkan kepada umum secara terperinci sepertimana yang berlaku dalam MH370. Selalunya, hanya maklumat yang perlu diketahui awam sahaja yang akan didedahkan. Maklumat teknikal lain dikira sebagai tidak sesuai kerana melangkaui pemahaman orang ramai, kecuali yang berlatarbelakangkan bidang yang berkenaan.

Kerajaan Malaysia, bagaimanapun, mengambil langkah berkongsi setiap maklumat ini termasuk cara-cara penemuan disahkan oleh pihak penyiasat antarabangsa. Rajah-rajah teknikal disertakan di dalam media bagi memudahkan pemahaman orang ramai.  Malah, sebelum ini juga kebolehan aset yang digunakan untuk misi pencarian turut dikongsi bersama dengan seluruh dunia.

Walaubagaimanapun, segala ketelusan kerajaan ini tidak dihargai oleh sesetengah pihak. Mereka masih lagi menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat.   Apabila dijelaskan bahawa tiada apa yang disembunyikan dan kesukaran yang dihadapi dalam kes kehilangan MH370, mereka tetap juga bertegas bahawa kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat.

Kedegilan mereka untuk mempercayai bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat mula membuatkan kita musykil akan kemungkinan mereka sebenarnya mengetahui sesuatu dan mengharapkan kerajaan mendedahkannya.  

Namun, logiknya, kerajaan tidak akan mampu menyembunyikan apa-apa dengan 26 negara bekerjasama dan kepakaran pula bukanlah dimiliki oleh Malaysia. 

Panduan Pembangkang!
 
Tanpa mencerna fakta ini, laungan ‘kerajaan menyembunyikan maklumat’ terus membingitkan telinga kita.  Yakin benar mereka bahawa ada sesuatu yang tidak didedahkan.

Persoalannya, bagaimana mereka begitu yakin bahawa ada sesuatu yang belum didedahkan jika mereka tidak mengetahui apakah ‘sesuatu’ itu?  Bagaimana kita boleh menuduh orang berahsia jika beliau merahsiakannya?

Kecualilah kita sememangnya telah tahu rahsia itu barulah kita boleh menuduh dengan yakin bahawa orang itu telah sengaja merahsiakan pengetahuannya dari kita, bukan begitu?

Justeru, hari ini mereka yang menuduh kerajaan menyembunyikan sesuatu ini sebenarnya mempunyai maklumat yang lebih lagi dari para penyiasat, tetapi telah sengaja menyembunyikan sekadar untuk menekan kerajaan.

Kerajaan tidak harus berdiam diri dengan membiarkan mereka terus menuduh, memfitnah dan memberi tekanan.  Sebaliknya, kerajaan wajar mengambil tindakan, memaksa mereka mendedahkan apa sebenarnya yang mereka tahu yang kerajaan sendiri tidak tahu.  

Tanyakan kepada mereka, kenapa mereka begitu yakin adanya rahsia, sedangkan kerajaan tidak merahsiakan apa-apa? 

Jika mereka enggan mendedahkan apakah rahsia itu, dakwa saja mereka kerana memfitnah, menghasut atau menghalang siasatan dengan enggan mendedahkan maklumat kepada kerajaan.

Thursday, March 27, 2014

ULAT TEKSI DAN ULAT TIKET DIHUKUM


Di laluan utama di mana kehadiran pelancong iaitu di lapangan terbang KLIA Sepang telah menjadi tumpuan utama ulat-ulat teksi. Di antara sebab utama kehadiran ulat-ulat teksi yang semakin aktif  di KLIA adalah Tahun Melawat Malaysia 2014.

Ulat-ulat ini memang menyamar dalam berbagai cara dan kadang kala ada yang berpakaian full suit untuk mengambil pelanggan-pelanggan, berdiri sama-sama menyambut kedatangan dan mereka mempelawa pengunjung-pengunjung ataupun pelancong-pelancong untuk menaiki teksi mereka.

Tetapi sepandai-pandai tupai melompat, pasti akhirnya ke tanah jua...

Di mana jua ulat-ulat ini bergerak, samada sebagai ulat teksi atau ulat tiket, pasti suatu hari mereka akan ditangkap dan didakwa di mahkamah. SPAD didalam operasi membanteras ulat-ulat ini telah berjaya membuat beberapa
tangkapan dan pendakwaan. Di antaranya;

ULAT TEKSI DIDENDA RM 2000

Seorang ulat teksi hari ini didenda sebanyakk RM 2000 oleh Mahkamah Sepang atas kesalahan di bawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Mengikut fakta kes, Balasupramaniam A/L Balalee tanpa
kuasa yang sah telah cuba memujuk pelancong dari Tunisia untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari KLIA ke Putrajaya.


"LAGENDA" ULAT TEKSI DIDENDA RM 5000

Seorang “lagenda” ulat teksi, Sun Nyat Kian hari ini dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5000 oleh Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Puan Norhafizah. Sun Nyat Kian di anggap “lagenda” ulat teksi memandangkan beliau memiliki 3 pertuduhan lain dan juga pernah dipenjara selama 7 bulan atas kesalahan yang sama iaitu dibawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta hukuman ringan dikenakan memandangkan beliau memiliki banyak tanggungan namun Timbalan Pendakwa Raya Puan Uma Devi Balasubramaniam membantah atas alasan tertuduh tidak menunjukkan sebarang tanda keinsafan.


WARGA EMAS JADI ULAT TIKET DI DENDA RM 2000

Seorang warga emas berusia 63 tahun hari ini mengaku bersalah atas tuduhan dibawah Seksyen 205 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Mengikut fakta kes, tertuduh tanpa kuasa yang sah telah memujuk 3 orang
perempuan warga Argentina bagi maksud menawarkan perkhidmatan pengangkutan bagi perjalanan dari LCCT ke Hotel Pacific Kuala Lumpur.

Tertuduh yang mengaku bersalah turut merayu agar hukuman dikurangkan atas alasan beliau memiliki banyak tanggungan. Hakim Puan Norhafizah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2000 kepada tertuduh dan sekiranya gagal bayar, penjara selama 30 hari.

Sumber : Facebook SPAD

Wednesday, March 26, 2014

#MH370 : KELUARGA DI CHINA MENGAMUK

Pegawai dari Kedutaan Malaysia di Beijing (China) bertemu keluarga penumpang MH370 di Hotel Lido, ketika bantahan dari saudara mara di hadapan kedutaan pagi ini...


Datuk Iskandar Sarudin, Duta Malaysia ke Beijing juga berada di Hotel Lido bersama-sama pegawai kedutaan yang lain yang digunakan sebagai penginapan keluarga terdekat untuk sesi taklimat.

Ahli-ahli keluarga mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan pengumuman yang diberikan pihak Malaysia mengenai penemuan kehilangan MH370 berdasarkan data yang diterima dan kini berakhir di Selatan Laut India.

Bernama melaporkan 200 ahli keluarga daripada 154 penumpang China terlibat dalam bantahan tersebut. 
 
Sejumlah pelukis dan seniman kaligrafi Buddha terdiri daripada 154 warga Cina dan Taiwan penumpang pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER bernomor penerbangan MH370 yang hilang sejak Sabtu 8/3/2014.
Berdasarkan catatan penerbangan Malaysia Airlines, penumpang terbanyak adalah warga Cina. Keluarga para penumpang pesawat nahas itu berkumpul sejak Sabtu di satu hotel di Distrik Lido, Beijing, China.


Monday, March 24, 2014

NAJIB : #MH370 ENDED IN THE SOUTHERN INDIAN OCEAN




This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the Southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.


GANTUNG LESEN PEMANDU TEKSI DAN BATALKAN LESEN PENGUSAHA


Baru-baru ini pihak SPAD telah mengambil tindakan ke atas 10 pemandu teksi selama tiga bulan yang bermula pada 1 April kerana enggan mengguna meter. Hukuman ini adalah usaha berterusan SPAD bagi mengambil langkah-langkah membanteras pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.

SPAD juga bertegas untuk bertindak membatalkan lesen-lesn pengusaha-pengusaha teksi jika pemandu mereka ditangkpa dengan kesalahan yang sama berulang kali.

Pengusaha-Pengusaha teksi ini perlu bertanggungjawab untuk menunjukkan mereka telah mengambil langkah konkrit untuk menyaring, memantau, melatih dan mendisiplinkan pemandu-pemandu mereka.

Usaha SPAD untuk membanteras pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini telah mendapat kerjasama dari beberapa rakaman video orang awam yang dijadikan bukti. Usaha orang awam ini sangat dipuji dan inilah kerjasama dan prihatin rakyat yang perlu dilakukan.

Di antara kesalahan-kesalahan yang sengaja dilakukan pemandu-pemandu teksi termasuk enggan mengguna meter, menentukan tambang perjalanan, enggan menuju destinasi dan memilih penumpang.

Sekiranya kita sebagai rakyat ingin bersama-sama melihat pengangkutan awam kita berjalan dengan lancar seperti dirancang kerajaan, maka berilah kerjasama dan sokongan. Segala aduan boleh disalurkan seperti berikut;


Menerusi laman Twitter, Facebook dan emel rasminya di aduan@spad.gov.my atau talian 1-800-88-7723.

Sunday, March 23, 2014

MEI FUN BERHARAP WAN AZIZAH TUNAIKAN MANIFESTO KAJANG


Keputusan rasmi PRK Kajang berpihak kepada PKR sebanyak 16,741 dan BN sebanyak 11,362 dengan majoriti  5,379.

Walaupun BN telah kalah, namun apa yang dapat dibanggakan ialah PKR gagal menambah majoriti dan MCA berjaya meningkatkan undi cina dari 16% ke 25% serta mengakui kurang sokongan pengundi muda. Oleh itu, BN telah berjaya mengurangkan majoriti PRU13 dan target DAP agar Mei Fun hilang wang pertaruhan juga telah GAGAL!

Berikut adalah mesej calon BN kepada pengundi Kajang, rakan-rakan BN dan terutamanya kepada Wan Azizah;

KENYATAAN AKHBAR CALON BN UNTUK PRK DUN KAJANG
Datin Paduka Chew Mei Fun
23.03.2013

Saya dengan penuh ikhlas ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi DUN Kajang. Sama ada anda mengundi saya atau tidak, saya menghargai segala sokongan, bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada saya, MCA dan BN sepanjang kempen 2 minggu Pilihanraya Kecil ini. Kami juga menghormati sepenuhnya piihan yang dibuat oleh pengundi-pengundi Kajang.

Walaupun BN tidak berjaya dalam PRK Kajang ini, namun kami telah berjaya menurunkan majoriti, dan pada masa yang sama kami berjaya memperolehi peratusan undi Cina yang lebih tinggi dibandingkan dengan Pilihanraya Umum tahun lalu, iaitu daripada 18% kepada 25%.

Saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua ahli MCA dan rakan-rakan seperjuangan Barisan Nasional yang telah kerja bertungkus lumus sepanjang tempoh kempen, ini termasuklah rakan-rakan MCA mahupun dari pusat, negeri ataupun bahagian. Saya amat berbangga dengan semangat perjuangan dan perpaduan yang dipamerkan oleh ahli MCA sepanjang tempoh kempen PRK kali ini.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada calon Parti Keadilan Rakyat Wan Azizah. Saya berharap beliau akan melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang dengan penuh dedikasi dan dapat menunaikan manifesto yang dikemukakan oleh beliau, terutamanya dalam soal menyelesaikan masalah tempatan yang telah ditangguhkan buat bertahun-tahun.

Selepas ini, saya akan memberi tumpuan penuh terhadap urusan dalaman parti yang telah diamanahkan oleh parti, ini termasuklah menggerakkan kerja dalam ketiga-tiga jawatankuasa dan Biro dibawah jagaan saya, iaitu Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Biro Pendidikan Politik dan Jawatankuasa Perhubungan Negeri Pulau Pinang MCA, bagi bersama-sama menyumbang dalam menjayakan program Transformasi MCA.


#PRKKajang : LAPORAN LANGSUNG DARI #KAJANG @chewmeifun


Hari ini rakyat Kajang menentukan masa depan mereka dalam pilihanraya kecil.

Ikuti laporan langsung perkembangan yang berlaku di Kajang;

Doa Mei Fun di pagi hari sebelum melawat PDM


20.22 mlm – PDM Majoriti Cina yang merupakan kubu kuat bagi PKR iaitu Sungai Chua 1 sehingga 5 menyaksikan penurunan majoriti PKR yang amat ketara.  Pada PRU-13 kelima-lima PDM ini telah menyumbang sebanyak 5,705 majoriti bagi PKR, namun bagi PRK Kajang kali ini, penurunan majoriti sebanyak 1,592 undi telah berlaku. Kaum Cina berkemungkinan berasa PRK kali ini sia-sia dan tidak perlu untuk membuang undi.

20.10 mlm - Didapati 4 PDM majoriti PKR meningkat iaitu PDM Saujana Impian, Taman Mesra, Kantan Permai dan Bandar Kajang yang berjumlah hampir 500 peningkatan majoriti. Ini mungkin kerana pengundi BERJASA pada PRU-13 yang berjumlah hampir 400 undi mengundi Wan Azizah atas dasar kaum Melayu/Islam.

20.09 mlm – Sekiranya diambil kira keputusan undi awal adalah sama dengan PRU-13, maka PKR menang dengan majoriti 5,707

20.03 mlmKeputusan Keseluruhan Tidak Rasmi BN 10,323, PKR 16,774. Maka dengan ini secara tidak rasmi PKR menang 6,451 undi. (Tidak termasuk Undi AWAL)

20.02 mlmKeputusan Penuh PDM Taman Mesra BN 423, PKR 557 PKR Menang  Majoriti = 134

20.00 mlm – Daripada analisis mudah yang dijalankan, didapati BN kalah di kebanyakan saluran khusus untuk golongan muda. Penurunan peratusan pengundian juga berkemungkinan adalah kerana pengundi atas pagar yang condong ke arah BN tidak mahu keluar mengundi kerana sudah tahu BN akan kalah.

19.50 ptg – BN 9,900 PKR 16,217 PKR Menang Majoriti = 6,317 (Tidak termasuk PDM TAMAN MESRA)

19.48 ptg – Kami masih menunggu keputusan daripada PDM TAMAN MESRA SAHAJA

19.45 ptgKeputusan Penuh PDM Taman Delima BN 631, PKR 625 BN Menang Majoriti = 6
 
19.43 ptgKeputusan Penuh PDM Kantan Permai BN 1,031, PKR 1,350 PKR Menang Majoriti = 319

19.40 ptg –  BN 8,405, PKR 14,424, PKR Menang Majoriti = 6,019

*Tidak termasuk

PDM Taman Mesra

PDM Kantan Permai

PDM Taman Delima
19.39 ptgKeputusan Penuh PDM Sungai Chua 5 BN 366, PKR 1099 PKR Menang Majoriti = 733

19.35 ptgKeputusan Penuh PDM Taman Delima BN 622, PKR 775 PKR MenangMajoriti = 153

19.25 ptg - BN 7,417, PKR 12,550 PKR Menang Majoriti = 5,133

*Tidak termasuk
PDM Saujana Impian
PDM Taman Mesra
PDM Sungai Chua 5
PDM Kantan Permai
PDM Taman Delima

19.30 ptgKeputusan Penuh PDM Sungai Chua Satu BN 831, PKR 2,545 PKR Menang Majoriti = 1,714
 
19.20 ptgKeputusan Penuh PDM Sungai Chua Dua BN 481, PKR 1,547 PKR Menang Majoriti = 1,066

19.17 ptgKeputusan Penuh PDM Taman Kajang Baharu BN 927, PKR 1,721 PKR Menang Majoriti = 794

19.15 ptgKeputusan Penuh PDM Sungai Sekamat BN 1,603, PKR 1,648 PKR Menang Majoriti = 45 undi

19.12 ptgKeputusan Penuh PDM Bandar Kajang BN 286, PKR 576 PKR Menang Majoriti = 290 undi

19.11 ptgKeputusan Penuh PDM  Kajang BN 569, PKR 1,019  PKR Menang Majoriti = 450 undi

19.04 ptg – Setakat ini PKR mendahului dengan majoriti 2,157 undi

18.55 ptgKeputusan Penuh PDM Sungai Kantan BN 1,038, PKR 813 BN Menang Majoriti = 225 undi

18.53 ptgKeputusan Penuh PDM Batu 10 Cheras BN 578, PKR 427 BN Menang Majoriti = 151 Undi

18.49 ptg – Setakat ini PKR mendahului dengan majoriti 2,204 undi

18.48 ptgKeputusan Penuh PDM Taman Kota Cheras BN 638, PKR 1,185 Majoriti PKR Menang = 545 undi

18.47 ptgKeputusan Penuh PDM Sg. Chua Tiga BN 164 PKR 410 Majoriti PKR Menang = 286 undi

18.45 ptg – Taman Delima Saluran 2 BN 167 PKR 182 Majoriti PKR Menang = 15 undi

18.44 ptg – Taman Kajang Baru Saluran 4 BN 131, PKR 234 Majoriti PKR Menang = 103 undi

18.42 ptg – Taman Kajang Baru Saluran 3 BN 153, PKR 236 Majoriti PKR Menang = 83 undi

18.40 ptg – Taman Kajang Baru Saluran 5 BN 101, PKR 240 Majoriti PKR Menang = 139 undi

18.30 ptgKeputusan Penuh PDM Sungai Chua 4 BN 157, PKR 369 Majoriti PKR Menang = 312 undi



5.00ptg

PDM Taman Mesra mencatatkan keluar mengundi tertinggi dengan 77.66% manakala PDM Taman Kota Cheras terendah dengan 46.97%.

Kesemua 16 pusat pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang ditutup tepat pukul 5 petang ini.

Peti-peti undi dijangka tiba di pusat penjumlahan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) di sini pada bila-bila masa sahaja.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan akan diketahui seawal pukul 9 malam ini.


2.00tgh

PDM Taman Mesra



1.00 tgh

Terkini! : Banyak cubaan, banyak dugaan! Kita teruskan kempen berhemah! Terus gerakkan pengundi putih kita! Jmlh pengundi putih belum keluar:-
1) Taman Kota Cheras: 1,090/1,459
2) Sg Sekamat: 2,194/3,413
3) Saujana Impian: 512/850
4) Taman Mesra: 523/742
5) Sg Kantan: 1,071/1,852
6) Taman Kajang Baharu: 934/1,271
7) Kajang: 364/741
8) Sg Chua 1: 844/1,077
9) Sg Chua 2: 464/573
10) Sg Chua 3: 62/94
11) Sg Chua 4: 107/166
12) Sg Chua 5: 244/332
13) Taman Delima: 856/1,372
14) Kantan Permai: 1,195/2,020
15) Bandar Kajang: 195/395
16) Batu 10, Cheras: 452/973
Pengundi putih tlh keluar 53.2%. Bacaan semakin positif menyebelahi kita! Fokus keluarkan baki pengundi putih.


12.00tgh

Sehingga jam 11.00am - 12,288 / 32.29% telah keluar mengundi

Setakat jam 10 am...

TAMAN KOTA CHERAS - 9.86%
SUNGAI SEKAMAT - 11.04%
SAUJANA IMPIAN - 14.12%
TAMAN MESRA - 15.98%
SUNGAI KANTAN - 17.28%
TAMAN KAJANG BAHARU - 14.01%
KAJANG - 12.84%
SUNGAI CHUA SATU - 12.29%
SUNGAI CHUA DUA - 11.19%
SUNGAI CHUA TIGA - 12.87%
SUNGAI CHUA EMPAT - 14.16%
SUNGAI CHUA LIMA - 12.84%
TAMAN DELIMA - 11.01%
KANTAN PERMAI - 14.2%
BANDAR KAJANG - 18.41%
BATU 10 CHERAS - 12.51%
Pecahan kaum spt berikut
Melayu=5290
Cina=3330
India=708
Lain=120
Jumlah=9448 (24.05%)
Setakat jam 11.45 am
Keseluruhan keluar mengundi 24.05% (9448/39278)


--------------------------------------------------------------------------

Calon BN di PDM SMK Convent Jalan Gereja

















10.35 am


Presiden MCA dijumpai bermesra dengan pengundi OKU di Sg. Chua Tiga




PDM SG KANTAN





PDM TAMAN DELIMA


PDM TAMAN BAHARU KAJANG


PDM BANDAR KAJANG





 9.00am








8.00am




Saturday, March 22, 2014

#PRKN25KAJANG : BIRUKAN #KAJANG UNTUK @chewmeifun


Sejurus penamaan calon, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meniup semboyan kepada semua jentera kempen Barisan Nasional (BN), khususnya Pemuda supaya ‘memBIRUkan’ seluruh Kajang bagi menunjukkan parti itu sedia mengambil tanggungjawab membela rakyat di kawasan ini.

Pergerakan itu perlu sedar bahawa perjuangan atau jihad BN bukan sahaja untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tetapi lebih utama bagi membela nasib seluruh penduduk.

Pesanan Tan Sri kepada jentera BN supaya memenangkan calon (Datin Paduka Chew Mei Fun) walaupun dengan hanya satu undi adalah satu tanggungjawab.

BN sebagai parti yang perjuangkan nasib rakyat perlu bertemu pengundi di setiap ceruk kampung dan di mana sekalipun.

Hanya tinggal sehari kempen pilihanraya Kajang akan berakhir, kini nampaknya MEMBIRUKAN KAJANG bukan saja berada di tanah Kajang, tapi di alam maya pun telah turut serta.

Komitmen memBIRUkan Kajang juga disambut baik oleh kesemua parti komponen BN;

Boleh dianggap inilah kempen pilihanraya kecil BN yang terbaik, apabila kita pasti dapat melihat di serata Kajang diBIRUkan.

Syabas kepada parti-parti komponen BN... kita mampu buktikan kita sememangnya bersatu hati menentang fitnah pembangkang.

BN boleh!

Kepada pengundi Kajang... BERILAH MANDAT KEPADA BN UNTUK MEMBANGUNKAN KAJANG

SPAD BERTEGAS... KINI HUKUMAN MENANTI



SPAD telah mempunyai pegawai-pegawai penguatkuasanya sendiri. Bidang kuasa mereka yang merangkumi kerja-kerja penguatkuasaan adalah dilandaskan daripada Akta Pengangkutan Darat 2010.

Bidang kuasa pegawai penguatkuasa SPAD ini antara lain termasuklah pemeriksaan pengangkutan-pengangkutan awam dan pengangkutan muatan bagi memastikan
kesemua layak berada di atas jalan raya, dan memiliki lesen yang sah serta dokumen-dokumen lain; pemeriksaan pemandu, konduktor dan pemandu gantian bagi memastikan bahawa mereka dalam keadaan yang memuaskan untuk bertugas; pemeriksaan tiket perjalanan; dan mengetatkan kawalan bagi membanteras penjualan tiket haram dan perayu tiket.

Pengawai penguatkuasa SPAD akan bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa dari agensi-agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan perjalanan pengangkutan-pengangkutan awam.

Dengan penggubalan dan penguatkuasaan Akta Pangangkutan Awam Darat 2010, beberapa kesalahan-kesalahan baru berkaitan pengangkutan awam dan kuasa penguatkuasaan telah diperkenalkan, seperti hukuman ke atas kesalahan pemalsuan, kuasa pegawai penguatkuasa SPAD untuk menangkap pesalah dan melakukan sekatan jalan.
Undang-undang tersebut juga mengubah undang-undang sedia ada seperti pelanggaran syarat-syarat perlesenan di mana denda maksima telah dinaikkan kepada RM500,000 serta 2 tahun penjara dari denda maksima RM5,000 serta setahun penjara.

APA YANG PERLU KITA KETAHUI...
20 Mac 2014
SYARIKAT BAS TIDAK PATUHI SYARAT LESEN DIDENDA RM 1000

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 1000 kepada Muar Holiday Tours & Ekspress Transport Sdn Bhd atas kesalahan gagal kemukakan salinan pemegang lesen seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 41 (1)(b)(iv) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Tuan Nom Phot A/L Prackdit sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

19 Mac 2014
AKIBAT TIADA SENARAI NAMA PELANCONG, SYARIKAT BAS DIDENDA RM 500

Syarikat De Lang Resort Tour & Travel Sdn Bhd baru-baru ini dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 500 oleh Mahkamah Majistret Selayang atas kesalahan tiada senarai nama pelancong seperti yang telah diperuntukan dibawah Seksyen 41 (1)(b)(iii) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Pendakwaan dilakukan oleh Puan Puan Arunjothy A/P M. Selvaraju sementera tertuduh tidak diwakili peguam.

18 Mac 2014
BAS EKSPRESS PANDU LAJU DIDENDA RM 3000

Mahkamah Teluk Intan baru-baru ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 3000 kepada Star Mart Ekspress Sdn Bhd atas kesalahan tidak mematuhi had laju. Mengikut fakta kes, bas tersebut telah dipandu melebihi had laju yang dibenarkan iaitu 126km/j dimana ianya melebihi 90 km/j di Lebuhraya Utara-Selatan Tapah menghala ke Selatan.

Kesalahan dilakukan dibawah Seksyen 23 (1) (b) (i) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Pendakwaan dilakukan oleh Puan Sally Chay Mei Ling dan tertuduh diwakili oleh Peguam , En Zulkifli.

17 Mac 2014
PEMANDU TEKSI DIDENDA RM800
Seorang Pemandu Teksi, Suryadi Bin Ahmad baru-baru ini mengaku salah atas kesalahan di bawah Seksyen 75(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah meminta tambang sebanyak RM 20.00 dari penumpang sedangkan harga yang tertera di tambang meter hanyalah RM 4.40.

14 Mac 2014
LORI LEBIH MUATAN 132.3% DIDENDA
Mahkamah Majistret Selayang baru-baru ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 3000 kepada sebuah syarikat atas kesalahan membawa lebih muatan. Mengikut fakta kes, Megaria Brisdale Sdn Bhd telah membawa lebihan berat sebanyak 48,780 kg berdanding daripada jumlah yang dibenarkan iaitu sebanyak 21,000 kg sahaja, iaitu lebihan sebanyak 132.3%. Pendakwaan dilakukan oleh Puan Arunjothy A/P M. Selvaraju sementera tertuduh tidak diwakili peguam.