Friday, March 07, 2014

MILOSUAM GENTAR PERKASA MINAT #COMEYFUN CALON #PRKKAJANG


Apakah gambar ini yang menyebabkan tuduhan pembangkang MCA bersekongkol dengan PERKASA?  

RUSLAN KASSIM MINTA AUTOGRAF MEI FUN?
 
Hanya kerana Ruslan Kassim kelihatan hadir dalam program UMNO dalam siri ceramah calon MCA, maka berita portal mulut pembangkang terus sensasikan isu ini. Blogger Omakkau, pemuja Anwar Ibrahim telah mengguna gambar-gambar dari 'fan page' Facebook calon Mei Fun dan terus disensasikan gambar itu (seperti di atas).

Kejadian ini berlaku di ceramah penerangan BN di Cawangan UMNO Taman Mesra, Kajang pada 5 Mac lalu.

Itu adalah program UMNO. Ruslan Kassim tidak pun memakai kemeja Perkasa malahan terpapar logo 1Malaysia di kemejanya.

Ruslan hadir di atas kapasiti peribadinya dan sebagai salah seorang yang telah menubuhkan PKR untuk memberi penerangan kepada pengundi tempatan, apa itu Anwar Ibrahim dan PKR. MCA juga telah mengesahkan perkara tersebut dan bertegas bahawa Ruslan Kassim hadir kerana beliau pernah dilantik untuk memberi penerangan PKR.

Di dalam kempen pilihanraya, seorang calon kadangkala perlu menghadiri sehingga 10 sesi ceramah dan bertemu pengundi dalam satu hari. Maka kebetulan, Ruslan Kassim hadir sama dalam program UMNO ini dan setelah ketibaan beliau, Mei Fun dijemput memberi ceramahnya yang hanya berakhir selama 15 minit saja.




Merekalah saksi utama ke atas tuduhan blogger Milo Suam. Di harap blogger tersebut dapat menemui mereka seandainya Datin Paduka Chew Mei Fun sedang menghadiri program Perkasa atau program UMNO?

Nampaknya blogger PKR dan Pakatan telah tercabar dan gentar apabila pengasas PKR sudi beri penerangan kepada pengundi untuk menerangkan perihal Ketua Umum mereka... Lain kali, MiloSuam juga boleh hadir dalam sesi penerangan Ruslan Kassim dan Datin Paduka Chew Mei Fun...

No comments: