DERETEN teksi Johor Bahru ke Singapura di Jalan Trus, Johor Bahru |
Samada permohonan syarikat teksi untuk laluan Johor Baru - Singapura telah lulus ataupun pernah ditolak, mereka perlu ditemuduga bagi pembaharuan permit pada 31 Mei 2014. Mereka perlu mengemuka permohonan kepada SPAD untuk dipertimbangkan.
Saranan ini telah dinyatakan oleh Pengerusi SPAD, Tan Seri Syed Hamid Albar ketika satu perjumpaan khas bersama pemandu teksi Johor Baru-Singapura di Johor Bahru yang turut dihadiri Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Sebelum ini, kerajaan telah mengeluarkan sebanyak 200 permit bagi teksi Johor Bahru ke Singapura dan 200 permit bagi teksi Singapura ke Johor Baharu seperti dipersetujui menerusi perbincangan kerajaan Malaysia dan Singapura sebelum ini.
SPAD juga sedang menjalankan kajian untuk
mengadakan sistem terbuka bagi perkhidmatan teksi seperti
dilaksanakan di Kuala Lumpur dan berusaha untuk menambahbaik perkhidmatan pemandu-pemandu teksi.
Setelah meneliti masalah yang dihadapi pemandu-pemandu teksi di Johor Bahru yang di antaranya ialah masalah dalaman termasuk
penggunaan teksi biru (Innova) berbanding teksi kuning di mana mengikut undang-undang hanya teksi kuning dibenarkan
menyeberang tambak untuk mengambil dan menurunkan penumpang, selain cara
pengagihan dan pemilikan permit teksi Johor Bahru ke Singapura yang
sering dipersoal.
Lawatan Pengerusi SPAD ke Hentian Teksi Johor - Singapura |
Pihak SPAD juga telah mendapat aduan isu ahli
persatuan teksi takut untuk bersuara terhadap pengurusan persatuan
kerana bimbang permit mereka ke Singapura ditarik balik.
Pendekatan yang dicadangkan SPAD ini juga adalah supaya
mereka tidak rasa teraniaya dalam menentukan siapa layak atau tidak
layak untuk membawa teksi masuk ke Singapura.
No comments:
Post a Comment