Friday, December 30, 2016

TRAGEDI PAGOH : SPAD TELAH BERTEGAS NAMUN SYARIKAT BAS EKSPRES MASIH CUAI


Buatlah apa bentuk peraturan tetapi jika syarikat-syarikat bas ekspres masih berdegil untuk tidak mematuhinya maka berlakulah kemalangan jalanraya seperti yang berlaku di Pagoh baru-baru ini sehingga kehilangan 14 nyawa.

Itulah keluhan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan dari pihak wartawan semalam. Lebih malang lagi apabila ada pihak-pihak yang tidak mendapatkan maklumat-maklumat tepat menjadikan tragedi ini sebagai tajuk menuding jari, maka SPAD adalah sasarannya.

Ini bukan kali pertama SPAD dijadikan sasaran. Jika kita masih ingat tragedi kemalangan ngeri bas di Genting Highlands, pihak SPAD juga dilempar dengan pelbagai tuduhan dan kutukan. Tan Sri Syed ingin bertanya, apakah itu cara yang betul?

Setiap kali tragedi kemalangan yang melibatkan kenderaan awam terutama bas ekspres, pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), punca kemalangan datangnya dari faktor manusia iaitu pemandunya yang diambil bekerja syarikat-syarikat bas ekspres.

Mungkin ramai tertanya-tanya apakah SPAD selaku suruhanjaya tidak mempunyai cadangan kepada masalah faktor pemandu ini?

Sejak 2012 lagi, pihak SPAD telah menyediakan kursus merangkumi pelbagai aspek termasuk pengurusan keselamatan, kenderaan dan juga pemandu yang dipanggil Kod Amalan Industri (ICOP). Oleh itu, sekiranya ada di antara pemandu-pemandu syarikat bas ekspres yang memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol berlebihan, apakah ini salah SPAD atau syarikat itu sendiri?

Adalah menjadi tanggungjawab syarikat-syarikat bas ekspres itu sendiri membuat pemeriksaan terhadap pemandu sebelum memulakan perjalanan bagi memastikan kakitangan mencapai tahap keselamatan ditetapkan.

Dari segi kenderaannya pula, mengambil iktibar dari tragedi Genting Highland, SPAD telah sarankan agar mewajibkan setiap bas ekspres ada sistem dua brek di mana apabila brek utama gagal berfungsi, brek kedua boleh digunakan. Pihak SPAD juga melarang bas dua tingkat melalui kawasan berbukit, curam mahupun di kawasan tinggi dan penumpang tidak dibenarkan berdiri. Kesemua peraturan baru itu berkuatkuasa sejak 9 September 2016.

Mengenai lesen pula, sebelum SPAD memberi lesen kepada syarikat bas ekspres, kenderaan mereka perlu lulus pemeriksaan wajib dari JPJ. Manakala, pihak PUSPAKOM yang meluluskan samada sesebuah bas itu boleh beroperasi dengan mengambilkira badan bas yang mampu menahan impak dan samada tali pinggang keledar telah terpasang.

Dengan lain kata, sebelum SPAD mengeluarkan lesen pengendali, JPJ perlu memberi Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) terdahulu, itu pun setelah PUSPAKOM meluluskan keadaan kenderaan bas.

Oleh kerana kebanyakan tragedi kemalangan bas ekspres melibatkan pemandu bas, maka Tan Sri Syed Hamid memberi satu lagi cadangan agar syarikat bas ekspres berhenti membayar gaji pemandu di dalam bentuk elaun yang menyebabkan mereka mengejar trip walaupun mereka di dalam keadaan letih dan tidak fit untuk memandu. Akhirnya, nyawa penumpang yang menjadi taruhan.

Maka adalah lebih tepat jika kita memahami bidangkuasa SPAD, JPJ, Polis dan juga Puspakom serta MIROS sebelum mudah menjatuhkan hukum. Oleh itu, gunakan hak kita sebagai penumpang sekiranya mempunyai keraguan ke atas pemandu bas ekspres, malahan bekerjasamalah dengan SPAD dan agensi-agensi yang lain untuk keselamatan perjalanan bersama dan juga pemahaman kita semua.

Thursday, December 29, 2016

MCA - BR1M : JIKA PEMBANGKANG BERSETUJU DENGAN DR MAHATHIR, SILA JAWAB SOALAN INI


Baru-baru ini Dr Mahathir telah keluar kenyataan yang program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah satu bentuk rasuah dan menyalahi undang-undang. Oleh itu, MCA inginkan pengesahan dari pihak pembangkang samada mereka bersetuju dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu?

Jika pembangkang bersetuju, sila jawab soalan-soalan berikut;

Pertama, kenapa pembangkang juga mewujudkan pusat pendaftaran BR1M sehingga sanggup menolong rakyat mengisi borang untuk mereka? Keduanya, apakah pihak pembangkang juga bersubahat memberi rasuah daripada BR1M kepada penyokong mereka?

Tidak berani menyanggah kenyataan Dr Mahathir, pembangkang sebenarnya bersetuju dengan polisi parti pemerintah Barisan Nasional bahawa BR1M adalah polisi yang berjaya membantu kumpulan sasar dari mereka yang berpendapatan rendah.

Malahan, di laman web PPBM sendiri di mana ini adalah parti Dr Mahathir, terdapat pautan BR1M dan tertera dengan ayat seperti berikut; "anybody who wants financial assistance, contact us."

Untuk pengetahuan pihak pembangkang, Selangor di bawah pentadbiran PKR merupakan penerima BR1M tertinggi seramai 1,017,403 daripada jumlah keseluruhan penerima seluruh Malaysia, seramai 7,280,340.

Beberapa negara maju di dunia seperti UK dan Amerika juga melaksanakan program bantuan rakyat samada dalam bentuk tunai, bantuan makanan atau skim pencen.

Oleh itu, bagaimana mungkin Dr Mahathir boleh mendakwa ia sebagai satu bentuk rasuah kerajaan sedangkan duit BR1M dimasukkan terus ke dalam akaun penerima.

Apakah Dr Mahathir telah lupa tentang 'wang ehsan' atau bayaran gratuiti kepada Terengganu yang telah diperkenalkan pada tahun 2000 ketika PAS menguasai negeri itu?

Oleh yang demikian, janganlah mudah untuk mengkritik usaha baik Barisan Nasional demi menagih sokongan pengundi. Hakikatnya, Dr Mahathir bukan saja memperlekeh usaha kerajaan malahan beliau sebenarnya telah menghina rakyat yang berpendapatan rendah yang sedang menanti-nanti BR1M yang akan datang.

Walau apa pun tanggapan Dr Mahathir dan pihak pembangkang, MCA beserta sayap Pemuda dan Wanitanya akan meneruskan membantu rakyat mendaftar BR1M dan kemaskinikan maklumat pemohon terutamanya nombor akaun agar mereka menerima pembayaran tanpa sebarang kesulitan.
 

Wednesday, December 28, 2016

SPAD : PEMANDU BAS EKSPRES MEROKOK DISIASAT, HASIL DARI ADUAN NETIZEN

Video yg dihantar di Facebook
Sebuah rakaman video yang telah dikongsikan di laman Facebook yang jelas menunjukkan seorang pemandu bas ekspres sedang merokok dan mengguna telefon bimbit ketika membawa kenderaan, telah dikongsikan dan pihak SPAD memandang serius dengan perlakuan ini kerana ia bukan saja melanggar peraturan keselamatan penumpang malahan ia mampu membawa kepada kemalangan.

Bas ekspres tersebut adalah Mayang Sari yang dikendali syarikat Aerosystem Tour & Travel (M) Sdn Bhd. Kejadian berlaku pada jam 9.30 pagi.

Sepertimana yang telah disiarkan kenyataan rasmi SPAD, tindakan berikut telah diambil untuk mengesahkan kesahihan maklumat dan bertindak adil kepada mereka yang terlibat;
  • Pihak SPAD telah menemui pengarah syarikat bas ekspres serta pemandu terlibat untuk diambil keterangan serta mengesahkan maklumat yang diterima mengikut peruntukan undang-undang.
  • Pihak yang mengadu juga telah ditemui untuk merakam keterangan beliau dan rakaman video tersebut dijadikan bahan bukti.
  • Seandainya perbuatan pemandu didapati mempunyai unsur-unsur bahaya kepada penumpang dan juga pengguna jalanraya yang lain, pemandu terbabit akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 202, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD), pemandu tersebut boleh dihukum denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan, atau kedua-duanya sekali.
  • Dan sekiranya pemandu bas tersebut didapati bersalah kerena merokok di dalam kenderaan pengangkutan awam darat, beliau akan disabitkan di bawah Seksyen 203 APAD, di mana akan dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya sekali.
  • Syarikat bas pula boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 22 dan 23 APAD kerana mengingkari syarat-syarat lesen yang merangkumi aspek keselamatan, yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi RM500,000, atau penjara tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya sekali.
  • Pada masa yang sama, pihak SPAD bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti PDRM dan JPJ yang menyiasat peraturan di bawah bidangkuasa dan peruntukan undang-undang masing-masing.
  • Setiap hukuman yang bakal dihadapi pesalah, pihak SPAD akan mengambil tindakan yang paling maksima kerana melanggar Kod Amalan Keselamatan Industri adalah syarat wajib bagi syarikat-syarikat bas untuk mendapatkan lesen operasi dari SPAD.
  • Kepada orang ramai pula, seandainya berhadapan dengan insiden yang dialami seperti pengadu ini, janganlah teragak-agak dan buatlah pilihan bijak untuk membuat laporan melalui saluran aduan SPAD seperti hotline kami di 1-800-88-7723, emel kepada aduan@spad.gov.my atau melalui Twitter kepada @aduanSPAD.
  • Pihak SPAD hanya memerlukan nama dan nombor telefon pengadu, tarikh, masa, tempat kejadian dan maklumat perjalanan (seperti gambar tiket daripada syarikat bas).

Sunday, December 25, 2016

TRAGEDI PAGOH : SPAD GANTUNG LESEN SYARIKAT BAS EKSPRES UNTUK PROSES SIASATAN



Tindakan tegas perlu diambil apabila kemalangan maut berlaku dan terkini, kemalangan di Pagoh yang melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan parah beberapa penumpang lain pada jam 3.45 pagi pada 24 Disember.

Kenderaan yang terlibat adalah bas ekspres Alisan Golden Coach yang dikendali Goldstar Express (M) Sdn Bhd telah digantung lesen operasi dengan kadar serta merta.

Pihak SPAD juga memaklumkan yang penggantungan lesen operasi syarikat bas ekspres ini adalah bertujuan agar siasatan dapat berjalan dengan lancar. Sehingga proses siasatan telah lengkap, syarikat bas ekspres ini tidak dibenarkan beroperasi.

Manakala siasatan tragedi malang ini telah diketuai MIROS dan SPAD pula akan menyiasat berkenaan prosedur syarat-syarat Kod Amalan Keselamatan Industri atau SPAD ICOP.

Untuk makluman, pihak SPAD juga ingin mengingatkan yang suruhanjaya tidak sekali-kali akan kompromi dengan sebarang prosedur ICOP terutama yang melibatkan keselamatan penumpang, memandangkan ia merupakan syarat utama untuk setiap syarikat bas ekspres mendapatkan lesen operasi mereka.

Pihak SPAD juga tidak akan teragak-agak untuk membatalkan lesen dan permit pengendali jika terbukti segala peraturan telah dilanggar dengan sengaja.

Oleh itu, kita semua perlu beri ruang kepada agensi-agensi yang terlibat untuk melaksanakan tugas mereka dan tidak membuat sebarang spekulasi mahupun sebaran maklumat yang tidak tepat.

Bersama-sama ini disertakan kenyataan rasmi dari pihak SPAD untuk pemahaman kita semua;

 

Saturday, December 24, 2016

MCA: SIKAP 'NATO' GUAN ENG KINI BERLAGAK BADUT DALALAM ISU SJKC


DAP sekadar mendabik dada sebagai parti tindakan demokratik tetapi pada hakikatnya mereka adala apa yang sering dikatakan dalam bahasa inggeris
sebagai - No Action Talk Only (NATO) atau terjemahannya Tiada Tindakan tetapi Bercakap saja. Lebih terserlah pemimpin DAP seperti Guan Eng yang gemar membuat provokasi terhadap MCA tetapi sebenarnya menyerlahkan perangai badut yang sedang tercari-cari bahan lawak untuk menutup kelemahan sendiri.

Kononnya ingin berlagak seperti singa yang garang menyerang MCA, Guan Eng telah mengambil kesempatan ke atas kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Kewangan ke2 Dato’ Johari Abdul Ghani yang melibatkan peruntukan bajet RM50 juta ke atas SJKC.

Selama ini sejak merdeka lagi, nasib dan masadepan SJKC telah dibela dan diperjuangkan MCA. Malahan setiap tahun peruntukan berjuta-juta ringgit juga adalah hasil dari kerja keras MCA sehingga kini. DAP hanya sekadar menenggek usaha MCA dan jika ada isu-isu yang timbul, DAP akan menyerlahkan diri sebagai hero pembela bangsa Cina.

DAP lebih gemar berperangai seperti NATO dan mengutuk MCA sedangkan mereka tidak mampu berbuat apa-apa pun.

Lihat saja kerajaan kepimpinan DAP di Pulau Pinang yang terserlah gagal menangani isu banjir yang sering berlaku dan menyusahkan rakyat. Akhirnya, apabila gagal, DAP terpaksa mengemis kepada kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional untuk mengatasi masalah kronik rakyat ini.

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang diketuai anak Kit Siang, Guan Eng juga gagal membela nasib rakyat tempatan yang kebanyakannya adalah bangsa Cina, apabila tidak satu pun perumahan mampu milik disediakan. Rungutan rakyat Pulau Pinang untuk memiliki rumah tidak endahkan DAP malahan pangsapuri mewah yang dibina yang pasti rakyat berpendapatan rendah tidak akan mampu memilikinya.

Sebagai seorang Ketua Menteri, seharusnya Guan Eng bukan berpolitik dengan mulut celuparnya untuk membela nasib rakyat dan beliau seharusnya malu untuk mendabik dada untuk mengumumkan penambahan pendapatan kerajaan negeri kerana akhirnya rahsia DAP menjual tanah Pulau Pinang telah diketahui rakyat Pualu Pinang.

Sebenarnya, DAP sentiasa terkebelakang untuk bertindak ke atas nasib rakyat tetapi pendirian MCA adalah sentiasa konsisten serta dijadikan satu tanggungjawab membela nasib rakyat yang berhadapan dengan isu-isu besar, malah melayan rakyat ini dijadikan tugas yang tidak mungkin dipisahkan.

Sekiranya terdapat percanggahan di dalam dasar dan pentadbiran kerajaan, MCA juga akan sentiasa ketengahkan perkara-perkara terbabit kepada Kabinet untuk dibincangkan dan seterusnya dibuat pembetulan.

Walaupun DAP sering mengkritik MCA, namun tindakan mereka tidak sekali-kali mampu mendepani pendidikan Cina dengan apa cara sekali pun.

Wednesday, December 21, 2016

PENJELASAN SPAD KE ATAS DAKWAAN KENAIKAN TAMBANG BAS SEKOLAH MELAMPAU

Mungkin ada di antara ibubapa yang masih tidak mengetahui apa yang telah pihak kerajaan lakukan ke atas tambang bas sekolah. 

Sebagai suruhanjaya yang diberi tanggungjawab untuk mengendali isu tambang bas sekolah dan untuk sekian kalinya pihak SPAD ingin berkongsi maklumat agar ibubapa yang terlibat memahami keadaan sebenar dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.

Diringkaskan kenyataan rasmi pihak SPAD seperti berikut;
  • Alasan sesetengah pengendali bas sekolah untuk menaikkan tambang adalah kerana kerajaan telah menarik subsidi diesel dan menyebabkan kos operas.
  • meningkat adalah sama ketika kerajaan kekalkan subsidi.
  • Tambang bas sekolah telah diliberalisasikan sejak 2015.
  • Syarat yang dikenakan adalah syarikat bas sekolah mesti mendapat persetujuan PIBG sekolah tersebut terlebih dahulu.
  • Pendekatan liberalisasi tambang ini berjaya dan pihak SPAD tidak mendapat sebarang aduan lagi.
  • Pihak SPAD tetap meneruskan pemantauan dengan mengadakan proses interaksi dengan syarikat bas sekolah.
  • Pada tahun ini, 3 persatuan bas sekolah terbesar di Semenanjung Malaysia telah hadir untuk sesi interaksi dan pihak SPAD mendapati sesi susulan perlu diadakan bagi menyelesaikan isu-isu terkini.
  • Pihak SPAD sarankan ibubapa membuat laporan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (myCC) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ke atas syarikat-syarikat bas sekolah yang menaikkan tambang secara melampau.
  • Di antara inisiatif yang diadakan SPAD termasuk Skim Penggantian Bas Sekolah iaitu menggantikan bas lama demi memastikan tahap keselamatan pelajar sekolah dipertingkatkan dan terjamin.
  • Pihak SPAD juga telah perkenalkan Skim Perlindungan Insurans Murid Sekolah yang meliputi apabila bas digunakan untuk kegiatan sekolah di luar.
  • Inisiatif liberalisasi tambang bas sekolah juga adalah memberi kesedaran hak kita sebagai pengguna yang perlu diguna sebaik-baiknya di samping membantu industri ini terus beroperasi.



Monday, December 19, 2016

MCA : 6 HARI TANPA AIR DI SELANGOR MENJELANG CUTI KRISMAS MENUNJUKKAN KERAJAAN PEMBANGKANG TIDAK BERHATI-PERUT

MCA memahami keperluan pihak Syabas dan TNB untuk menaik taraf beberapa jana kuasa tetapi apakah dengan memotong bekalan air untuk 3.9 juta rakyat selama 6 hari berturut-turut menjelang cuti Krismas satu tindakan berperikemanusiaan kerajaan kempimpinan PKR di Selangor?

Pada masa sama bagi mereka meraikan Krismas, pasti sanak saudara serta sahabat-handai akan berkumpul manakala peluang ini juga rakyat Malaysia mengambil kesempatan di samping ini adalah cuti hujung tahun. Bayangkan apabila tanpa bekalan air, maka persediaan jamuan akan terjejas dan pasti hambar.

Keadaan ini juga pasti beri gambaran buruk kepada pelancong kerana di Lembah Klang ini, di samping rakyat Malaysia, ramai juga pelancong dari luar negara yang meraikan Krismis di negara kita.

Apakah kerajaan Selangor tidak tahu yang kebanyakan penduduk di sekitar Lembah Klang tinggal di pangsapuri yang lebih dari 6 tingkat malahan ada di antaranya sehingga berbelas tingkat, di mana pasti sukar untuk mereka menyediakan bekas-bekas takungan yang perlu dibawa ke atas nanti. Apakah kerajaan pembangkang Selangor tidak mengetahui rakyatnya terdiri daripada warga emas dan OKU?

Yang pasti, waktu yang dijadual kerajaan Selangor untuk menyekat bekalan air adalah tidak sesuai langsung.

Bagi MCA, sepatutnya pendekatan yang lebih prgamatik untuk menyekat air secara berperingkat, mungkin 2 hari di dalam setiap bulan dan MCA mencadangkan selepas cuti Tahun Baru Cina atau mungkin 2 hari di dalam bulan Mei atau Jun selepas musim kemarau.

Jika benar kerajaan Pakatan Selangor adalah apa yang digembar-gemburkan sebagai kerajaan yang menjaga kebajikan rakyatnya, seharusnya mereka peka dan mengguna akal untuk mengetahui rintihan dan kritikan rakyat di laman-laman sosial serta di serata laporan berita dan akhbar.

Malahan jadual yang telah dikeluarkan kerajaan Selangor juga tidak pernah tepat dan seandainya keadaan bekalan air telah pulih, rakyat menerima air kotor dan berbau yang pasti tidak selamat untuk diminum dan digunakan. Rakyat Selangor terpaksa menunggu beberapa ketika sehingga air kembali jernih dan ini adalah satu pembaziran.

Ini bukanlah kali pertama Selangor mengalami gangguan bekalan air di dalam setahun dan kesabaran rakyat Selangor sudah tidak dapat dibendung lagi. Bagi MCA, hanya satu cara saja untuk sampaikan mesej rakyat kepada kerajaan pembangkang yang tidak berhati-perut ini iaitu pastikan menolak DAP, PKR dan PAN mahupun PPBM di kertas undi nanti.

Saturday, December 10, 2016

TAKTIK BARU ULAT TEKSI TETAP DIKESAN SPAD

Aksi ulat teksi di KLIA
Helah lama telah dikesan dan kini ulat teksi cuba timbulkan taktik baru yang kononnya untuk mengelirukan penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD).

Pengurus Besar Kanan Bahagian Pengkuatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad mendedahkan yang ulat-ulat teksi yang beroperasi terutamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Mereka akan menawarkan menjual kad sim prabayar kepada kita dan pada masa yang sama, mereka mula memancing untuk menawarkan khidmat teksi secara berbisik yang pastinya ia adalah teksi haram.

Sasaran mereka pasti adalah pelancong antarabangsa dan ulat-ulat teksi ini akan sentiasa berlegar-legar di pintu-pintu masuk lapangan terbang.

Pihak penguatkuasa SPAD bukan sekadar membuat operasi di jalanraya tetapi mereka sering berjaya dengan taktik penyamaran. Setelah dihidu gerakan baru ulat-ulat teksi ini, maka anggota penguatkuasa SPAD akan menyamar sebagai penjual sim kad juga.

Di situlah beberapa gerakan haram ulat-ulat berlaku dan dihidu maka tangkapan telah berjaya dilakukan.

Semamangnya pendapatan ulat-ulat teksi ini agak lumayan namun yang bakal mendapat imej buruk adalah negara kita dan juga pihak penguatkuasa SPAD.

Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad

Tegas untuk menegakkan undang-undang negara dan menyuburkan lagi industri pelancongan, pihak penguatkuasa SPAD akan memperketatkan lagi operasi di kedua-dua pintu masuk negara ini.

Mereka akan sentiasa memantau melalui CCTV dan untuk memberi keyakinan kepada rakyat, SPAD menjalankan tugas 24 jam dengan anggota-anggota beruniform dan juga secara penyamaran.


Friday, December 09, 2016

DR MAHATHIR KUTUK MCA TETAPI SASARAN SEBENAR ADALAH PRESIDEN UMNO/BN


Apabila sudah berpaling tadah kepada UMNO dan ternyata gagal melemahkan dan seterusnya menghancurkan parti yang berpresidenkan DS Najib, segala yang berkaitan dengannya akan dikutuk dan dicari kelemahannya. Kini tiba giliran MCA dijadikan bahan kecaman politik Dr Mahathir.

Pada 4 Disember lalu ketika berada di majlis DAP, Dr Mahathir diletakkan di kerusi utama di pentas khas dalam Konvensyen Kebangsaan DAP. Beliau diberi penghormatan tertinggi oleh Kit Siang dan diletakkan bersebelahan Dr Chen Man Hin, salah seorang pengasas DAP. Maka tidak terperanjat apabila Dr Mahathir yang dikelilingi pemimpin-pemimpin DAP dan berhadapan dengan ahli-ahlinya, mengutuk MCA adalah perkara yang tepat sekali.

Pemimpin-pemimpin MCA hari ini sedar yang sasaran sebenar Dr Mahathir adalah untuk menghilangkan kepercayaan MCA terhadap kepimpinan DS Najib sebagai Presiden Barisan Nasional walaupun perkara-perkara yang disentuh agak remeh seperti membandingkan lagu parti di antara MCA dan DAP.

Dr Mahathir menyoal prinsip MCA yang bekerjasama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah menyebabkan Malaysia tersenarai dalam 10 negara paling korup di dunia. Itu intipati kecaman beliau.

Malang bagi Dr Mahathir apabila pemimpin-pemimpin MCA yang diterajui DS Liow Tiong Lai dan DS Wee Ka Siong tangkas memahami maksud sebenar Dr Mahathir yang tidak lebih daripada memainkan rekod buruk yang telah rosak secara berulang-ulang kali.

MCA juga menyedari, setelah ketiadaan Muhyiddin, Mukhriz dan Syafie Afdal termasuklah Dr Mahathir sendiri di dalam UMNO, Barisan Nasional (BN) semakin mantap dan DS Najib telah kembalikan kegemilangan BN. Ini telah terbukti dengan pilihanraya kecil serentak parlimen di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. BN bukan sekadar berjaya mengekalkan kerusi parlimen ini malahan mendapat undi majoriti yang teramat besar dan termasuklah peralihan pengundi bangsa Cina kepada BN dengan begitu ketara sekali.

Peralihan pengundi bangsa Cina kepada BN ini adalah hasil kerja keras MCA yang bergerak seiringan bersama-sama parti-parti komponen BN. Kekuatan BN yang bersatu di bawah kepimpinan utama DS Najib dan dimantapkan dengan kepimpinan MCA bersama DS Liow, telah membuatkan Dr Mahathir hampir hilang ingatannya, bahawa MCA bergerak dan sentiasa bertanding di bawah satu lambang iaitu dacing yang berlatarbelakangkan warna biru.

Seperkara yang menyebabkan kekecewaan Dr Mahathir adalah apabila beliau juga gagal untuk satukan parti-parti pembangkang seperti yang ingin ditirunya di dalam Barisan Nasional. Sejak penubuhan Perikatan, MCA adalah parti politik yang telah jelas termaktub mewakili bangsa Cina tetapi kerana ideologi politiknya yang berpaksikan fahaman kebangsaan, maka MCA dari dahulu sehingga sekarang kekal bergabung di dalam Barisan Nasional.

Ini berbeza dengan sejarah DAP yang kekal berpaksikan sosialis dan pada awalnya adalah serpihan pertubuhan yang berfahaman komunis. Kedua-dua gabungan fahaman sosialis komunis ini masih kekal diperjuangkan DAP walaupun mereka berkali-kali cuba untuk berpura-pura menjadi lebih Melayu. Malangnya, segala kepura-puraan mereka tidak pernah berjaya menawan hati majoriti Melayu.

Sekiranya Dr Mahathir telah lupa, MCA telah bertanding di kawasan yang majoritinya adalah pengundi Melayu dan mereka telah berjaya mengekalkan kerusi mereka. Contohnya Datuk Liow sendiri dan termasuklah Datuk Wee. Sehingga kini, kedua-dua kerusi di Bentong dan Ayer Hitam adalah kekal milik MCA. Jika bukan kerana prinsip politik MCA yang berteraskan kebangsaan, mana mungkin pengundi Melayu meyakini mereka.

Kejayaan MCA di kawasan Melayu ini juga diteruskan oleh kepimpinan DS Najib, malahan keyakinan kepimpinan DS Liow kepada DS Najib, pula menyebabkan peralihan kepercayaan pengundi Cina di Kuala Kangsar dan Sungai Besar mahupun kejayaan berganda di pilihanraya negeri Sarawak.

Seandainya Dr Mahathir ingin mengaitkan kepimpinan DS Najib dengan rasuah, apakah Dr Mahathir sedang mencuci tangannya dengan kes rasuah terbesar di zamannya dengan skandal PKFZ? Apakah beliau tidak sedar yang kerana skandal PKFZ di bawah kepimpinan beliaulah, maka MCA telah terkesan kehilangan kepercayaan pengundi bangsa Cina. Kini beliau mempersoalkan mengenai rasuah?

Malahan, tiada bukti konkrit untuk menuduh Malaysia terletak di dalam tangga ke10 di dalam Indeks Rasuah Dunia.

DS Najib telah membuktikan kepimpinan yang tidak pilih kasih walaupun ketika 2 pilihanraya lalu, MCA telah menerima kesan peralihan kepercayaan bangsa Cina kepada DAP. Namun, menyedari pentingnya wakil suara bangsa Cina di dalam kerajaan, MCA diletakkan semula di dalam barisan kabinet menteri.

Jika Dr Mahathir ingin hapuskan kepercayaan dan keyakinan kepimpinan MCA terhadap DS Najib, beliau pasti akan kecewa sekali lagi. Kegagalan Dr Mahathir di luar BN/UMNO bukan saja terserlah malahan beliau semakin terdesak. Beliau bukan saja gagal memahami aspirasi MCA hari ini malahan beliau juga gagal memahami siapa itu pembangkang!

Tuesday, December 06, 2016

LIOW : DEMI DR MAHATHIR, DAP SANGGUP TIPU PENGUNDI CINA LAGI

DAP bukan saja telah hilang prinsip politiknya malahan sanggup menipu pengundi cina demi ingin bersekongkol dengan Dr Mahathir. Bagi Presiden MCA DS Liow Tiong Lai, walaupun tiada rakan atau musuh yang kekal di dalam politik tetapi prinsip perjuangan dan maruah parti perlu berterusan dan kekal selamanya.

Ini terbukti apabila pada awal Pakatan Rakyat, DAP menipu pengundi Cina dengan memberi sokongan padu kepada PAS. Sekarang bangsa Cina sekali lagi ditipu apabila menyokong orang yang telah melabelkan Kit Siang dan DAP sebagai rasis selama lebih 30 tahun. Dr Mahathir jugalah orangnya yang telah menghumbankan pemimpin-pemimpin DAP dengan undang-undang ISAnya.

Pada pilihanraya umum ke 13 lalu, DAP mengangkat PAS sebagai rakan politik sejati tetapi setelah berkelahi dan kutuk-mengutuk sehingga terkuburnya Paktan Rakyat dan timbul pula kerjasama dengan seorang yang pernah digelar sebagai diktator, Dr Mahathir adalah suci dari cacian DAP dalam sekelip mata.

Guan Eng jugalah yang menyeru pengundi Cina untuk memberi sokongan kepada calon PAS di PRU13 lalu sehingga terdapat peningkatan kerusi PAS dan kini setelah mereka bergaduh dan Pakatan Rakyat dikuburkan, DAP juga lepas tangan dengan RUU 315 yang dibawa Hadi Awang.

Pasti bangsa Cina akan tertanya-tanya, apa lagi yang Guan Eng akan tipu selepas memuji Dr Mahathir pula? Bagaimana DAP akan bersemuka dengan ahli-ahli keluarga pemimpin-pemimpin terdahulu yang menentang Dr Mahathir dan PAS? Apakah DAP masih ada moralnya?

Oleh itu, DAP tak perlu lagi menjaja kepada bangsa Cina dan penyokongnya mengenai prinsip dan etika di mana ia hanyalah retorik yang tiada lagi maknanya setelah berjaya menghumbankan segalanya demi kepentingan politik semata-mata.

Jika penyokong DAP yang terdahulu masih berprinsip, Datuk Liow sarankan agar mereka beramai-ramai tinggalkan parti ini yang semakin hari hilang maruah dan prinsip sebenar dalam perjuangan.

Di dalam DAP mengagongkan Dr Mahathir, ia hanyalah sikap pemimpin DAP hari ini yang hipokrit dan berterusan menipu pengundi Cina demi kepentingan kedudukan mereka di dalam parti saja kerana kedudukan Guan Eng dan Kit Siang tidak lagi sekukuh dan sekuat jika dibandingkan di masa lalu.



Saturday, December 03, 2016

DATUK ZAHID DAN DATUK LIOW SEPENDAPAT

Tidak ada sebab untuk mana-mana pemimpin mahupun ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional menuding jari kepada satu sama lain di kala pengundi
cina beralih arah kepada DAP dan bukannya kepada MCA.

Samada MCA atau MIC, kesemua ini adalah parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertanding dengan satu lambang dan satu manifesto.

Itulah mesej yang sama yang disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Zahid Hamidi yang sependapat dengan pandangan Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai. Oleh itu di atas rasa kebersamaan, sesiapa saja yang diletakkan sebagai calon BN, perlu disokong sepenuhnya oleh kesemua ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional.

Yang bertanding adalah BN. Samada kalah atau menang di PRU nanti, kesannya akan ditanggung bersama.

Perlu kita ingat sehingga ke hari ini, di pihak pembangkang sentiasa gagal mendapat kata sepakat untuk bertanding di bawah satu lambang. Mentelah untuk kekal bersatu dan cuba untuk meniru konsep Barisan Nasional.

Walaupun DAP berjaya memperdaya pengundi-pengundi cina di PRU 12 dan PRU13 tetapi akhirnya mereka tidak pernah rasa kedudukan mereka terjamin dan sentiasa berbalah sesama sendiri kerana gagal mendapat kesepakatan.

Parti-parti komponen BN seharusnya mengetahui permainan dan strategi licik pembangkang terutama DAP yang ingin rakan-rakan di dalam BN bercakaran yang akhirnya akan berpecah sepertimana terkuburnya Pakatan Rakyat kerana bergaduh dengan PAS. 

Oleh itu, jangan pula ada yang terperangkap dengan permainan mereka.

Senario pertelingkahan sesama mereka juga diserlahkan ketika PRN Sarawak dan juga PRU di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Demi kejayaan bersama, samada pengundi Cina telah sedar ataupun tidak untuk memberi sokongan kepada MCA semula, kesemua Parti-parti komponen BN mesti terus kekal bersatu dan bekerjasama menentang musuh nyata di pihak pembangkang dan bukan menuding jari sesama sendiri.

Menang atau kalah calon dari mana-mana parti komponen BN, ia bukanlah kemenangan atau kerugian berasingan untuk satu-satu parti komponen BN tetapi ia seharusnya dilihat secara kolektif dan segalanya terletak di bawah satu lambang iaitu Barisan Nasional.

Friday, November 25, 2016

RUGI JIKA TIDAK MENGETAHUI KELEBIHAN MRT


Fasa pertama projek Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT) bermula dari Sungai Buloh melalui di tengah-tengah Kuala Lumpur dan berakhir di Kajang, akan memulakan operasi yang dijadualkan pada 16 Disember ini.

Projek KVMRT fasa pertama juga dikenali sebagai Sungai Buloh-Kajang (SBK), adalah sepanjang 51km, dengan 31 stesen, telah diluluskan oleh Kerajaan pada awal Disember 2010 dengan pelancaran rasminya pada 8 Julai 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Titik permulaan fasa pertama KVMRT adalah di Sungai Buloh sehingga  stesen Semantan dengan 12 stesen beroperasi sepenuhnya. Manakala Fasa Kedua, yang akan dilengkapkan dengan 19 stesen, sambungan dari Semantan ke Kajang yang dijadual beroperasi pada Julai 2017, di mana penumpang akan melalui 24 stesen bertingkat dan 7 stesen bawah tanah.

KVMRT akan menjadi salah satu daripada mod utama pengangkutan kereta api di kawasan Lembah Klang dan Greater Kuala Lumpur bersama-sama dengan perkhidmatan kereta api lain termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), Monorail, KTM Komuter, KLIA Express dan KLIA Transit.

Setiap kereta api merangkumi empat gerabak dengan kapasiti 1,200 penumpang. Gerabak-gerabak ini adalah produk Siemens AG manakala sistem isyarat dan kawalan kereta api itu dibekalkan oleh Bombardier (Malaysia) Sdn Bhd. Dianggarkan 400,000 penumpang setiap hari dengan kekerapan keretapi pada setiap 3.5 minit. 


eretapi MRT Laluan 1 ini adalah pandu sendiri di mana ia berfungsi secara automatik sepenuhnya. Dengan teknologi terkini dalam isyarat dan kereta api kawalan dibuat dari Pusat Kawalan Operasi. Kereta api  MRT mampu 'bangun' dan menyediakan diri mereka untuk perkhidmatan dan bergerak ke garis utama secara automatik pada masa-masa yang ditetapkan setiap pagi, dan juga secara automatik 'menutup' pada akhir hari.

Rangkaian Sungai Bulok ke Kajang (SBK) telah pun siap dan menunggu masa untuk beroperasi, laluan MRT kedua, rangkaian Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) pula dijangka akan memulakan operasi pada Jun 2016. Pada keseluruhan, semua laluan akan beroperasi pada Julai 2022 apabila 'Circle Line MRT', iaitu laluan terakhir yang akan melengkapkan projek KVMRT ini.

Salah satu objektif utama projek KVMRT adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar - terhasil daripada kajian kehendak wargakota.Sebagai tindak balas, projek MRT telah direka untuk memastikan jumlah pengangkutan milik persendirian di jalan raya pada waktu puncak dapat dikurangkan dengan menyediakan mod pengangkutan yang lebih cekap.

Tambahan pula, dengan peningkatan semasa dalam kos sara hidup, MRT Corp berkongsi matlamat mereka untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di Lembah Klang dengan tambang yang berpatutan dan melalui peningkatan mobiliti yang sebenarnya akan diterjemahkan kepada nilai ekonomi yang lebih baik.

Pengangkutan awam diiktiraf sebagai cara yang lebih menjimatkan untuk perjalanan. Kerajaan tidak mahu penumpang untuk terbeban dengan kos perjalanan pengangkutan awam dan memastikan mereka kekal sangat berpatutan. 

 

Wednesday, November 23, 2016

MARIA DETAINED UNDER SOSMA, WHY NOT?


When our Inspector-General of Police (IGP) Khalid Abu Bakar disallowed Bersih 5 rally to proceed, no one in the Bersih 2.0 steering committee or the opposition leaders took notice to ensure that they abide by Section 10 (C) and Section 11 of the Peaceful Assembly Act 2012, that is to get approval from Dataran Merdeka owner, the Mayor.

The police have also reminded numerously, should Maria Chin and Bersih 5.0 are adamant to go ahead on their targeted date 19 November to hold their gathering in Dataran Merdeka without the PAA’s requirement, then they should realise that they did not meet legal provisions and hence violated the stipulated Act. Tell us which part that these so called law experts and law abiding people in Bersih 2.0 steering committee are unable to understand?

Therefore, Bersih 5.0 rally is illegal. So when Maria Chin is detained under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 or SOSMA, why the need to dispute it?

As stated clearly that Bersih 5 is an illegal rally, the green light from Maria Chin and her steering committee to proceed is thus encouraging to go against in maintaining public order and the people safety. The police are correct to carry out instructions to stop illegal Bersih 5 rally when it is obviously detrimental to the security of our nation.

Should any opposition leaders questioned PM Najib’s assurance that SOSMA will not be affecting on politicians, they ought to proof that Maria Chin have held any position in any political party, then SOSMA should not be imposed on her. If Maria Chin is merely a political instrument, as chairman of an NGO that has violated the laws that have threatened the public order, then SOSMA is very appropriate and she is a threat to our nations’ security.

Further ... HERE

Tuesday, November 22, 2016

MYBAS DI PERAK DIMINTA TAMBAH LALUAN


Nampaknya perkhidmatan bas yang dikenali sebagai myBas yang telah diperkenal oleh kerajaan mendapat sambutan. Keberkesanan rangkaian yang lebih teratur dan dengan laluan yang lebih meluas telah menjadi topik perbahasan di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru.

Negeri Perak memohon agar ditambah laluan untuk meliputi kawasan berpenduduk padat seperti di Manjoi agar lebih ramai rakyat dapat menikmati perkhidmatan myBas ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon (BN Chenderian) telah menjawab pertanyaan YB Mohammad Ziad yang pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menilai keberkesanan rangkaian yang sedia ada sebelum sebarang penambahan atau pengurangan laluan myBas di Perak nanti.

Pihak SPAD akan mengkaji data yang dikumpul untuk tempoh enam bulan sejak dilancarkan pada 1 Jun lalu. Pasti jika didapati keberkesanan laluan myBas ini melebihi 75% di sesuatu kawasan yang ditetapkan memberi faedah kepada penduduknya, SPAD akan menambah lebih laluan.

Di antara aspek yang diberi penekanan di dalam perkhidmatan MyBas adalah memastikan yang ia mempunyai akses dengan perkhidmatan bas lain, perkhimatannya, waktu operasi, bilangan bas dan paling utama adalah ketepatan waktu. Kesemua ini adalah keutamaan bagi menentukan kualiti perkhidmatan myBas demi memberi kemudahan dan kesenangan kepada penumpang.

Ketika MyBas dilancarkan, ia mempunyai dua fasa dan meliputi 19 laluan.

Perkhidmatan bas berhenti-henti myBAS Ipoh adalah usaha kerajaan di bawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) yang menawarkan laluan di sekitar bandar raya Ipoh dan kawasan luar daerah tersebut dengan kadar tambang serendah RM1.00.

Fasa 1 meliputi sebanyak 6 laluan bas, iaitu 4 laluan utama  dan 2 laluan pengantara (feeder routes) iaitu T30a (Stesen Bas Ipoh – Terminal Amanjaya), T30b (Stesen Bas Ipoh – Terminal Amanjaya – Chemor), T34 (Stesen Bas Ipoh – RTC Gopeng), T37 (Stesen Bas Ipoh – Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah – Terminal Amanjaya), F303 (Stesen Bas Ipoh - Oldtown Ipoh, perkhidmatan ‘loop’) dan F304 (Stesen Bas Ipoh – Jusco Ipoh).

Semua kenderaan myBAS Ipoh mempunyai ciri-ciri seperti perkhidmatan bas yang dilengkapi dengan penyaman udara, kerusi yang selesa dan pemantauan menerusi sistem GPS.

Memandangkan usaha kerajaan Barisan Nasional yang mementingkan rakyat, dan sekali gus nampak berkesan, maka dengan permintaan penambahan laluan di Ipoh telah menunjukkan betapa usaha kerajaan ini telah berjaya dan berkesan.
 

Monday, November 21, 2016

PM NAJIB UNMASKED BERSIH’S FRAUDULENT STRUGGLE


Not only Bersih’s demands are no longer relevant, yet the ongoing struggle is deemed to be fraudulent. PM Najib is spot on to assert that it is thus the ofpposition’s theatrical to exert Bersih rally into their gutter political practices.

Look no further, when Penang and Selangor are now the oppositions led government, elected through a clean and fair electoral process, why is the need to reform the system that has always appeared in Bersih’s demands? If Bersih is not under the thumb of the opposition leaders, why would they skip Penang and Selangor in their mass road-tours?

The agenda is obvious when the need to make inroads in other parts of the ruling party Barisan Nasional states for the oppositions to prepare for the soon general election. Is this not apparent enough to what our PM Najib’s claim that Bersih is the opposition leaders’ puppet?

Above all, why are the opposition leaders denying their own victory in Penang and Selangor should they follow through Bersih’s demands? Once again, their gutter agendas are about deliberately deceiving the people by exploiting a supposedly bipartisan NGO to campaign on their behalf.

It is pertinent that PM Najib pointed out when Bersih call to fight against corruption but at the same time, they are endorsing Guan Eng as one of their icons who is now charged with his corruption practices and abuse of power. Why?

Guan Eng is not only the Chief Minister of Penang but he is also sitting in the most powerful position in DAP. With his proven wrongdoing practices, is Bersih actually fighting against or for corrupt leaders? Therefore, why the need to include such corrupt DAP leaders?

In his statement, PM Najib too has pointed out to us that in all Bersih rallies, the opposition leaders never failed to appear that eventually led the supposed peaceful assembly into riots and Malaysia have witnessed bloodshed tragedy too. Bersih committee could delude us that their rallies were hijacked but all the way through from their first until the fourth rally, they gladly allowed them.

Among others that PM Najib has instantiated, the second Bersih rally witnessed how Bersih participants terrorising our capital city Kuala Lumpur until the police were assaulted and their vehicles were overturned. The following third rally, participants crashed into police barricades upon the opposition leaders summons that resulted into a commotion, and the latest is the obvious show that Bersih is the opposition puppet when they paraded to oust the ruling party.

Tell us, which part that PM Najib is wrong in his judgment to prove that Bersih is the opposition puppet and their struggles are fraudulent? The opposition lawmakers are elected by the rakyat meant to serve them and safeguard their well-being and unlike them, PM Najib and his team are doing now… a struggle in the true sense for us Malaysians.

Sources : PRU14


Sunday, November 20, 2016

MCA : BERSIH 5 MENYIMPANG JAUH DARI TUJUAN ASAL


Pada awalnya, pergerakan NGO yang menamakan kumpulan Bersih bertujuan untuk mendesak proses pilihanraya yang bersih dan adil telah memulakan perhimpunan di jalanraya bagi menghantar satu memorandum kepada YDP Agong. Malangnya hasrat mereka ini telah dicampuradukkan dengan pengaruh pemimpin pembangkang sehingga memorandum rakyat ini juga telah dirampas oleh Anwar Ibrahim.

Sejak daripada perhimpunan Bersih kedua sehingga perhimpunan yang terkini iaitu Bersih 5 yang baru berlangsung pada 19 November lalu, tujuan asal mereka telah jauh menyimpang dan lebih menurut kepada kehendak politik pembangkang.

Oleh kerana itu, maka MCA jelas tidak memberi sokongan kepada perjuangan Bersih ini. Bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau melihat tidak ada apa yang diperjuangkan Bersih ini yang dilihat sebagai demokratik apabila perjuangan mereka adalah untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih secara sah melalui proses pilihanraya.

Amalan yang diteruskan Bersih untuk merampas kerajaan melalui jalanraya hanya akan mampu menggugat kestabilan keamanan negara dan niat mereka ini telah pun dizahirkan dengan ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin mereka serta ditambah lagi dari pemimpin-pemimpin pembangkang. Kita juga pernah menyaksikan aksi-aksi ganas dan kurang ajar peserta Bersih yang terpengaruh untuk menghina pemimpin negara sehingga ada yang telah berkasar dengan pihak polis, mencederakan mereka dan merosakkan kenderaan polis serta harta awam.

Segala perlakuan ini adalah hasil dari ucapan-ucapan hasutan pemimpin-pemimpin pembangkang ketika perhimpunan Bersih yang telah dibenarkan oleh Jawatankuasa Bersih 2.0. Bukankah dengan jelas ini membuktikan yang pergerakan Bersih ini sebagai alat kepada parti-parti pembangkang?

Bagi pihak MCA pula, mereka lebih memilih untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk menstabilkan lantas meningkatkan prestasi ekonomi negara bersama-sama Perdana Menteri Najib Razak. MCA tidak sekali-kali memihak mahupun menyokong kepada mana-mana kumpulan atau NGO yang ingin menghancurkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.

Jika masih ada yang tidak faham, MCA tidak sokong perjuangan Bersih!
 

Saturday, November 19, 2016

SPAD : APLIKASI E-HAILING TEKSI DIHARAP TIDAK PERLU TUNGGU KELULUSAN PARLIMEN


Tidak disangka usaha dan prihatin kerajaan yang dicadangkan pihak SPAD untuk memastikan industri teksi negara mendapat keadilan dan terus maju, aplikasi e-hailing telah mendapat sambutan yang di luar jangkaan. 

Sejak 1 September 2016 lagi, SPAD umumkan sebanyak 1,600 permohonan telah diterima
dari pemandu teksi memandangkan ia beri kebebasan kepada mereka.

E-hailing ini juga rupanya satu galakan kepada pemandu-pemandu teksi agar tidak terikat dengan mana-mana sistem pajakan dan merealisasi impian mereka untuk dijadikan dari sekadar sebagai seorang pemandu teksi kepada perniagaan sendiri.

Melihatkan keberkesanan aplikasi e-hailing ini, pihak SPAD sedang memastikan agar ia tidak perlukan pindaan undang-undang seperti liberalisasi permit teksi kepada pemandu teksi individu di bawah sistem model pajak.

Salah satu langkah yang diusahakan pihak SPAD adalah untuk berunding dengan Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan bagi meminda undang-undang berkenaan. Setelah segala perundingan selesai, pindaan yang dicadangkan akan dibentangkan kepada mesyuarat kabinet dan diluluskan oleh Parlimen yang dijangka pada suku pertama 2017.

Oleh kerana SPAD adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan isu e-hailing ini dan apabila undang-undang tersebut diluluskan Parlimen, seterusnya tugas SPAD adalah untuk dilaksanakan dan mengawal selia setiap perjalanan aplikasi e-hailing ini.

Aplikasi e-hailing ini adalah 1 daripada 11 program yang telah diluluskan kerajaan di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang di antara lain termasuk;

  • Pengeluaran Lesen Individu dan Geran Wang Tunai Kerajaan bagi pemandu yang keluar daripada Sistem Pajak
  • Membuka Pilihan Model Bagi Kegunaan Teksi
  • Piawaian Kontrak Sewa Teksi Dengan Terma-terma Kontrak Di Bawah Undang-undang
  • KPI Wajib Bagi Pengendali Teksi
  • Mengenakan proses saringan yang ketat
  • Meningkatkan Piawaian Perkhidmatan menggunakan sistem ‘merit’ dan ‘demerit’
  • Menyelaraskan struktur tambang bermeter
  • Menyelaraskan kadar tambang berdasarkan zon
  • Membenarkan kadar tambang dinamik bagi teksi bermeter yang menggunakan aplikasi e-hailing
  • Memperkenalkan program bagi memingkatkan prestasi pemandu teksi

Penerangan lanjut... sila klik di sini

Friday, November 18, 2016

PENOLAKAN CAMPURTANGAN GEORGE SOROS ANTARA RESOLUSI AGM MCA



Setelah DikiLeaks mendedahkan minit mesyuarat Open Society Foundation (OSF) kepunyaan George Soros yang telah memberi sumbangan kewangan kepada pergerakan Bersih 2.0, MCA memandang serius dengan pendedahan ini memandangkan sejarah telah membuktikan kegiatan mencampuri urusan dalam negara-negara lain sering dilakukannya.

Di dalam Perhimpunan Agung MCA 2016, sebulat suara telah bersetuju untuk mempertahankan kedaulatan negara dan menentang segala bentuk campurtangan dalam politik tempatan oleh penyangak pedagang matawang terkenal, George Soros melalui OSF serta pihak-pihak lain yang mahu mempengaruhi perkembangan politik tanah air untuk mengikut telunjuk mereka.

Terlalu banyak bukti yang mengaitkan kegiatan penyusupan oleh pengaruh Soros ke dalam sistem ekonomi dan politik di negara-negara Asia-Pasifik. Soros akan menyalurkan bantuan kewangan kepada badan-badan NGO di negara-negara ini, seterusnya akan mengganggu politik dalaman negara tersebut sehingga mampu menumbangkan sesebuah kerajaan yang sedia ada, di samping percubaan meraih untung berlebihan.

Kegiatan ini sedang mendapat perhatian serius. Oleh itu, MCA dengan tegasnya keperluan untuk menghalang penyusupan kuasa-kuasa asing yang setakat ini adalah ancaman kepada keselamatan negara. Kepada mereka yang bersekongkol atau menerima bantuan daripada kuasa-kuasa yang terselindung seperti OSF dari Soros, kerjasama mereka mampu menjejaskan kedaulatan negara dan kita seharusnya berhati-hati.

Malah baru-baru ini setelah pendedahan DikiLeaks, Maria Chin selaku pengerusi Bersih 2.0 yang bercadang untuk meneruskan perhimpunan haram mereka pada 19 November, tidak menafikan sumbangan dari OSF. Lebih mengejutkan apabila Soros menyatakan mempunyai kepentingan peribadi ke atas sistem pilihanraya yang akan datang setelah Bersih, Bar Council, MalaysiaKini dan Merdeka Centra menerima duitnya.

Itulah di antara resolusi yang terkandung di AGM MCA serta rasionalnya, dan di antara lain di dalam resolusi hal-ehwal antarbangsanya adalah;
1. AGM MCA menyokong hubungan dua hala dengan parti-parti politik utama  luar negara bagi membolehkan kerjasama politik merentasi sempadan, dan meningkatkan hubungan di antara MCA dan masyarakat cina tempatan dengan masyarakat antarabangsa.

2. AGM MCA mendesak negara-negara di rantau Asia Tenggara untuk menubuhkan 'Anti-Terrorism Task Force' khas bagi mengelak ancaman yang berterusan oleh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina, terutama sekali memastikan keselamatan kawasan pantai timur di Sabah.

3. AGM MCA mendesak agar hubungan negara-negara Asia Tenggara bekerjasama untuk menangani dan mencapai penyelesaian yang berkesan ke atas penyangak pembakaran terbuka yang telah jelas menyalahi undang-undang, terutama di Indonesia, sehingga tercetusnya jerebu yang merentasi sempadan dan yang mengancam rantau ini pada setiap tahun.

Thursday, November 17, 2016

MRT LALUAN 1 IKUT JADUAL PEMBINAAN, MULA OPERASI 16 DISEMBER


Di bawah seliaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) projek MRT Lembah Klang (KVMRT) laluan 1 yang bermula dari Sungai Buloh ke Kajang telah berjaya dilengkapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan kerajaan dan akan mula beroperasi pada 16 Disember nanti.

Pencapaian yang membanggakan ini membuktikan yang SPAD telah berjaya melakukan tugas mereka dengan sangat baik memenuhi amanah yang telah diberikan kepada pengurusan agensi ini.

Memandangkan projek KVMRT ini adalah satu projek infrastruktur pengangkutan awam darat yang terbesar dilaksanakan di Malaysia, ia adalah di antara senarai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi Greater Kuala Lumpur (GKL)/ Lembah Klang oleh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang mampu mendorong kecekapan pengangkutan awam di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

KVMRT Laluan 1 bermula di Sungai Buloh dan melalui Kuala Lumpur sehingga ke Kajang. Laluan sepanjang 51km ini juga melalui 31 stesen, di antaranya stesen bertingkat dan bawah tanah. Penumpang juga akan dapat menikmati kekerapan tren setiap 3.5 minit dan pengumuman tambang yang sangat berpatutan akan diumumkan setelah mendapat kelulusan kabinet tidak lama lagi.

Pihak pengurusan KVMRT jug akan menyediakan sebanyak 120 buah bas perantara (feeder bus) yang akan melalui 26 laluan di sekitar 12 stesen dari stesen Sungai Buloh hingga Stesen Semantan.

Dianggarkan kira-kira 400,000 penumpang akan mengguna laluan MRT Sungai Buloh - Kajang sebaik sahaja laluan Fasa Laluan 1 ini mula beroperasi sepenuhnya pada Julai 2017. Di samping itu, apabila laluan MRT Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya (SSP) mula beroperasi pada tahun 2022, dianggarkan 529,000 pengguna akan menggunakan laluan tersebut setiap hari.

Rakyat akan terus menikmati manfaat dari kemudahan pengangkutan awam darat yang dirancangkan kerajaan. Malahan ia juga akan mampu meningkatkan taraf ekonomi rakyat apabila nilai hartanah yang begitu ketara terutamanya di kawasan yang terdapat stesen-stesen MRT nanti.

Untuk maklumat lanjut berkenaan projek MRT, klik di sini

Wednesday, November 16, 2016

DATUK LIOW : DAP GEMAR BERPERANGAI SEPERTI LAMPIN PAKAI DAN BUANG


Amalan kepentingan politik DAP ternyata gemar mengguna orang lain dan sekiranya tidak memenuhi kehendak mereka lagi, mereka akan disingkirkan sama seperti mengguna lampin yang setelah diguna, segala najis dan kekotoran melekat, ia terus dicampakkan jauh malahan ia perlu dihapuskan. Itulah perangai dan amalan DAP dari dahulu sehingga sekarang.

Suatu ketika DAP menyanjung tinggi PAS sebelum parti Islam ini dicampak dari pakatan pembangkang dan kini setelah dikuburkan Pakatan Rakyat, mereka beralih kepada Parti Amanah Negara yang terdiri daripada serpihan pemimpin-pemimpin PAS yang kecewa kerana kalah didalam pemilihan parti PAS.

Kini DAP telah menjalin hubungan dengan parti serpihan UMNO pula, yang diterajui Dr Mahathir dan Muhyiddin Yassin. Dr Mahathir telah keluar dari UMNO untuk kali ketiganya manakala Muhyiddin telah dibatalkan keahlian UMNOnya kerana melanggar displin parti. Drama kerjasama DAP dengan PPBM, kononnya adalah untuk meniru kerjasama parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional.

Namun ia bakal tinggal sebagai sebuah drama memandangkan parti-parti pembangkang ini tidak pernah ada persamaan melainkan hasrat untuk merampas kuasa dari parti pemerintah BN. Kebersamaan mereka hanya sekadar untuk mengguna satu sama lain untuk kepentingan agenda politik masing-masing. Tidak pernah wujud keikhlasan dan persefahaman jitu di antara mereka. Ia hanyalah seperti satu 'mission impossible' untuk ketepikan perbezaan masing-masing untuk mewujudkan satu blueprint bersama, apatah lagi untuk bersama-sama bermimpi mentadbir negara.

Mengamalkan sikap 'guna dan buang' ini, parti Dr Mahathir juga bakal menerima nasib sepertimana yang telah DAP lakukan terhadap PAS tetapi bukan kerana prinsip yang berbeza tetapi PPBM dilihat gagal berfungsi dan kurang berkesan.

Survival sesebuah parti politik bergantung kepada sokongan rakyat. Pada pilihanraya ke13 lalu, 85% sokongan pengundi cina telah beralih kepada DAP dan termasuklah pakatan pembangkang yang hanya memberikan 7 kerusi parlimen dan 12 kerusi DUN kepada MCA untuk perjuangkan hak bangsa cina. Apakah ia berkesan kepada bangsa cina dengan sokongan yang sangat tipis ini?

Malah, dengan sokongan bangsa cina yang 85% kepada DAP yang memberi mereka 38 kerusi parlimen dan 95 kerusi DUN, DAP gagal bersuara untuk isu pendidikan cina dan tidak pernah serius dalam menangani hak rakyat cina. DAP akan letak segala kesalahan kepada MCA. Malahan kini DAP mengaku yang mereka tidak boleh tumpu hanya untuk bangsa cina kerana parti mereka sekarang adalah untuk pelbagai kaum. Di mana logiknya, apabila DAP terlalu bergantung kepada undi bangsa cina tetapi tidak ingin berkhidmat untuk bangsa yang telah beri kemenangan kepada mereka?

Lihat saja apa yang telah dilakukan pembangkang di negeri-negeri tawanan mereka di Pulau Pinang dan Selangor.

Di Pulau Pinang, kerakusan dan kegagalan DAP menjaga ecosistem negeri sehingga menyebabkan banjir kilat tanpa henti-henti akibat daripada kegagalan pengurusan tanah runtuh, manakala di Selangor yang sibuk berebut jawatan Menteri Besar dengan drama 'Kajang Move' mereka tetapi telah gagal membela nasib rakyatnya sehingga krisis air sering berulang-ulang tetapi menyelesaikannya dengan cerita-cerita sensasi politik saja.

DAP dan rakan-rakan sepakatannya ternyata lebih pandai bercakap daripada bijak mengurustadbir negeri. Akhirnya, rakyat yang memberi undi kepada mereka yang menanggung segala penderitaan. Apakah bangsa cina juga ingin dijadikan politik lampin pakai dan buang DAP nanti?

Tuesday, November 15, 2016

AKHIRNYA PEMANDU BAS DALAM TRAGEDI TEROWONG MENORA DIDAKWA


Pasti kita masih ingat Tragedi Terowong Menora, di mana secara tiba-tiba bas itu yang dalam keadaan bahaya meluru merempuh kenderaan lain sehingga membahayakan nyawa penumpang dan pemandu lain. Tragedi ngeri ini berlaku pada 10 Julai lalu di waktu siang hari pada jam 2.45 petang di KM 265.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan.

Tindakan-tindakang pantas yang telah diambil pihak SPAD, telah pun ditulis ... DI SINI dan DI SINI

Akhirnya, pemandu bas ekspres Qistina, Kadershah Sabaruddin, 51, didakwa dan jika disabit kesalahan, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 1999) dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama yang memperuntukkan denda antara RM4,000 hingga RM10,000 dan boleh juga dipenjara sehingga 12 bulan. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Shah telah mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Beliau dibenarkan diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 4 Januari depan. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Kelvin Meng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Samada kecuaian pemandu mahupun syarikat bas ekspres yang terlibat, dua mangsa wanit telah cedera. Maka, susulan kejadian kemalangan itu, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung lesen dan 26 permit bas syarikat Qistna Express Sdn Bhd, sehingga 13 Ogos lalu.

Pada masa yang sama, pihak SPAD juga telah menjelaskan peranan-peranan agensi yang terlibat apabila sesuatu kemalangan berlaku... penerangan lanjut boleh dibaca ... DI SINI

MCA : PEMBANGKANG CEMBURUKAN KEJAYAAN PM NAJIB DI CHINA


Bagi meningkatkan lagi hubungan Malaysia-China serta mengukuhkan perdagangan antara kedua-dua negara, lawatan rasmi Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak telah berhasil. Justeru ia adalah merupakan satu kebanggaan negara.

Sebanyak 14 MOU atau perjanjian persefaham perdagangan telah termeterai di antara kedua-dua negara di mana keseluruhan jumlah nilai pelaburan ialah sebanyak RM143.64 bilion. Ini adalah pencapaian tertinggi dalam sejarah kerjasama Malaysia-China. Di samping itu, negara China akan menyediakan pakej pembiayaan sebanyak RM55 bilion bagi pembinaan dan pembangunan projek Rail Pantai Timur (ECRL).

Sebenarnya projek ini telah pun dirancangkan sejak tahun 2007.

Lebih membanggakan apabila Perdana Menteri juga telah mendapatkan khidmat Jack Ma, seorang jutawan legenda China dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba. Jack Ma juga telah bersetuju untuk dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital kepada negara dan bersetuju untuk melancarkan Zon Perdagangan Digital yang pertama di dunia di Malaysia pada tahun depan. Kejayaan cemerlang ini bukan saja mampu meningkatkan semangat di kalangan mereka yang terlibat di dalam pembangunan ekonomi digital, malahan ia mampu membantu perniagaan digital Malaysia-China dengan lebih hebat lagi.

Malangnya, kesemua pencapaian ini telah diputarbelitkan demi cemburu dan nilai rendah politik pihak pembangkang seolah-olah kedaulatan negara bakal tergadai kepada negara China. Tiada siapa pun seharusnya memandang remeh dan tidak menghargai usaha kerajaan dalam mencapai kejayaan besar pelaburan asing dan meningkatkan jumlah perdagangan antarabangsa.

Satu hakikat yang perlu kita terima adalah negara China merupakan enjin ekonomi dunia sekarang dan tidak ada satu negara di dunia ini yang akan melepaskan peluang untuk berdagang dengan mereka. Tetapi demi politik pembangkang yang ingin memperkecilkan kejayaan Barisan Nasional sehingga terpaksa merendahkan nilai mereka untuk memutarbelitkan fakta dan menuduh yang kerajaan kepimpinan PM Najib telah menjejaskan kedaulatan negara dalam perdagangan dengan negara China ini.

Sesuatu yang tidak akan didedahkan pihak pembangkang ialah apabila Selangor dan Pulau Pinang juga telah bersusah-payah melobi untuk mendapatkan pelaburan dari negara China sehingga pencapaian mereka dijadikan ukuran keupayaan indeks prestasi tadbir urus baik mereka. Tetapi apabila BN berjaya memperolehi satu kejayaan yang sangat besar dan melebihi daripada mereka, ia dianggap sebagai sesuatu yang mencurigakan. Kepura-puraan pembangkang ini adalah satu keterlaluan.

Malahan taktik pembangkang ini mudah untuk kita ketahui. Apabila prestasi ekonomi kerajaan BN lebih baik, ini bermakna ia adalah satu tamparan hebat kepada mereka dan perlu diperlekeh dan diragui untuk dijadikan modal politik pembangkang sahaja. Oleh itu, setiap pencapaian PM Najib mendapatkan pelaburan asing perlu dalam setiap usaha pembangkang, dikritik agar rakyat turut meraguinya.

Rakyat Malaysia perlu ingat yang PM Najib mewarisi legasi politik bapanya Tun Abdul Razak. Beliau telah berjaya melakukan satu misi yang terpuji untuk hubungan Malaysia-China. Malahan ia merupakan satu keputusan tepat. Hubungan rapat di antara beliau dengan Presiden China H.E. Xi Jinping dan Perdana Menteri H.E. Li Keqiang, telah menjadikan hubungan Malaysia-China di tahap yang paling terbaik di dalam sejarah negara. Justeru, kita seharusnya berbangga dengan kejayaan Perdana Menteri ini.

Kini rakyat Malaysia yang bukan berbangsa cina pun berminat untuk menjalin perdagangan dengan negara China. Jelas kini yang rakyat Malaysia pasti akan menolak dengan terserlahnya niat buruk politik pembangkang di dalam kritikan anti-China mereka.

 

Sunday, November 13, 2016

DATUK WEE : SUNTIKAN SEMANGAT 'TRAIN TO BUSAN' UNTUK PEMUDA MCA


Baru-baru ini, filem Korea 'Train to Busan' telah menjadi tontonan kegemaran rakyat Malaysia dan di antara adengan yang dijadikan suntikan semangat ketika menyampaikan ucap utama Datuk Wee Ka Siong ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda MCA adalah bagaimana beberapa karakter lakonan dalam mengatasi suasana yang terancam.

Datuk Wee menyebut di antaranya, seperti Ma Dong-Seok, seorang suami yang sentiasa menjadi orang pertama untuk bertindak dan pada masa yang sama bersabung nyawa untuk selamatkan isterinya yang sedang sarat mengandung; Gong Yoo pula adalah ayah yang akan lakukan apa saja untuk anak perempuannya; manakala Choi Woo-Shik, pemain baseball yang sanggup mengorbankan nyawa demi peminat setianya dan tidak ketinggalan karakter seorang kakak yang pentingkan keselamatan adik dan berkorban untuk penumpang keretapi. Kesemua itu menyerlahkan semangat tidak mementingkan diri dan juga pengorbanan yang disifatkan Datuk Wee sebagai semangat sebenar 'Train to Busan'.

Inilah semangat yang sebenar yang diwarisi MCA dari nenek moyang sejak MCA ditubuhkan pada tahun 1949. Semangat seperti ini juga merupakan bukti nyata di antara MCA dan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli Pemuda MCA.

Pengorbanan pengasas Pemuda MCA, mendiang Dato’ Sim Mow Yu yang telah bertungkus-lumus memperjuangkan pendidikan Cina, semangat beliau terdapat di dalam cerita 'Train to Busan'. Tidak ketinggalan juga pemimpin seperti Tan Sri Lee Kim Sai, Datuk Seri Kee Yong Wee, Dato’ Yap Pian Hon, Tan Sri Chan Kong Choy, sehingga ke Tan Sri Ong Tee Kiat, dan sekarang Presiden MCA terkini, Dato’ Sri Liow Tiong Lai; kesemuanya mempunyai semangat dan karakter yang disebutkan. Mereka sentiasa tegas di barisan hadapan untuk negara dan bangsa apabila berhadapan dengan isu-isu yang mencabar sewaktu dengannya.

Sejarah telah menyaksikan yang pemimpin-pemimpin MCA terdahulu sentiasa memiliki semangat ini. Tun Tan Cheng Lock menubuhkan MCA dengan tujuan menggabungkan tenaga untuk membantu golongan yang memerlukan kerana enggan melihat bangsanya merana di kala zaman kesusahan. Beliau membantu dengan apa cara sekali pun dan beliau juga telah mewakili bangsa cina untuk memperjuangkan kemerdekaan di samping rakan-rakan yang berbangsa lain, menetapkan asas yang kuat bagi masyarakat cina untuk menikmati kewarganegaraan, pendidikan bahasa ibunda, kebebasan politik dan perdagangan serta hak-hak yang lain.

Begitulah berterusannya semangat 'Train to Busan' ini sehingga ke hari ini di mana MCA akan sentiasa ke hadapan dahulu dan masa berada walaupun di saat yang terakhir untuk menyelesaikan apa saja isu yang menyentuh Perlembagaan Negara di dalam perlaksanaan hukum hudud sehinggakan Presiden MCA sanggup melepaskan jawatannya di dalam kerajaan. Datuk Wee juga menyokong keputusan Presiden tanpa kesal dan merungut, demi kelangsungan bangsa, masyarakat dan negara. Tetapi bukan DAP!

Di kala MCA berhadapan dengan keadaan susah dan getir apabila masyarakat cina hampir menyingkirkan mereka, Datuk Wee menasihatkan agar jangan sekali-kali visi MCA dihentikan malahan membela rakyat perlu diteruskan sepertimana si suami yang berani Ma Dong-Seok di dalam Train to Busan, yang pertama berdiri tegak dan bertanggungjawab ketika cabaran getir di waktu ini.

MCA perlukan pemuda MCA yang bersemangat Ma Dong-Seok di barisan hadapan bersama-sama Presidennya yang tidak gentar berhadapan dengan dugaan getir malahan terus memacu merempuh segala rintangan.

Satu karakter yang menepati sikap DAP adalah bos syarikat pengangkutan Kim Ui-Seong. Pada mulanya beliau seolah-olah ingin bersama-sama menyelamatkan nyawa penumpang keretapi tetapi oleh kerana keadaan semakin runcing, beliau telah mengguna segala tipu helah mengorbankan penumpang-penumpang lain demi kepentingan diri.

Begitu juga DAP, sebelum menyingkirkan PAS, mereka mengguna penyokong PAS semahu-mahunya sehingga sanggup membohongi masyarakat cina yang hudud tidak akan dilaksanakan. Apakah kita telah lupa bagaimana Liew Chin Tong mengatakan hudud adalah isu palsu MCA? Anthony Loke pernah berkata yang bukan Islam tidak perlu takutkan hukum hudud asalkan tidak mencuri dan merompak. Ngar Kor Ming sehingga sanggup membaca ayat al-Quran untuk membodek penyokong PAS.

DAP mentertawakan bantahan MCA terhadap perlaksanaan hudud tetapi apabila akhirnya apabila PAS berjaya meluluskan hukum hudud di Kelantan, DAP salahkan MCA dengan putarbelitnya. Bukankah sikap DAP ini serupa dengan karakter si tuan punya syarikat pengangkutan Kim Ui-Seong yang sanggup menipu orang lain demi kepentingan dirinya?

Jangan lupa pula, di akhir cerita Train to Busan, anak kecil yang bernama Kim Soo-Ahn, yang telah menyanyikan lagu patriotik di akhir perjalanannya menuju zon selamat yang berjaya menambat hati askar-askar Korea agar tidak melepaskan tembakan kepada beliau. Walaupun cerita tersebut berakhir di situ, Datuk Wee yakin yang masih ramai yang terperangkap yang masih hidup dan mereka perlukan bantuan.

Datuk Wee yakin bahawa ramai di antara ahli-ahli MCA seperti askar-askar yang tidak terkorban yang tidak akan melakukan perbuatan tidak beretika atau perbuatan melampau.

Ambillah iktibar dari cerita 'Train to Busan' ini untuk peroleh semula keyakinan dan sokongan rakyat dengan berpesan kepada mereka : MCA akan bersama-sama mereka mengharungi segala masalah dan ujian, untuk selama-lamanya!