Saturday, July 21, 2012

HADIRNYA RAMADHAN...



 Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tabrani sabda Rasulullah SAW:
"أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرُ بَرَكَةٍ يَغْشَاكُمُ اللهُ فِيهِ، فَيُنْزِلُ الرَّحْمَةَ وَيَحُطُّ الْخَطَايَا وَيَسْتَجِيْبُ فِيهِ الدُّعَاءَ يَنْظُرُ اللهُ تَعَالىَ اِلَى تَنَافُسِكُمْ فِيهِ وَيُبَاهِىْ ِبكُمْ مَلاَئِكَتُهُ فَأَرُوا اللهَ مِنْ أَنْفُسِكُمْ خَيرًا فَإِنَّ الشَّقِيَّ مَنْ حُرِّمَ ِفيهِ رَحْمَةُ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ."
Bermaksud : "Apabila tibanya Ramadan bulan keberkatan maka Allah melindungi kamu pada bulan tersebut, ia menurunkan rahmat-Nya, mengampunkan segala dosa dan memperkenankan doa. Pada bulan ini Allah melihat perlumbaan kamu melakukan ibadah dan para malaikat sangat berbangga melihat ibadah yang kamu lakukan. Maka tunjukkanlah kepada Allah segala kebaikan yang kamu lakukan kerana sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang diharamkan mendapat rahmat Allah pada bulan tersebut." 

Firman Allah SWT di dalam surah al-hadid ayat 21 :
“ Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal Yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia Yang besar.”

Rebutlah peluang dengan hadirnya Ramadan untuk memohon keampunan daripada Allah SWT



Monday, July 16, 2012