Wednesday, October 24, 2012

PAS MENYEBABKAN HUDUD DIPERMAINKAN …

Jelak dengan retorik PAS untuk melaksana dan perjuangkan hukum hudud dari dulu sehingga sekiranya angan-angan mereka berjaya menawan Putrajaya. Malang sekali apa yang berlaku, hukum Allah ini telah dijadikan topik kempen pilihanraya di kalangan parti-parti yang tidak mendokong agama, bangsa dan negara.

Berikut adalah koleksi kenyataan-kenyataan dari pemimpin-pemimpin PAS sendiri dan juga kenyataan-kenyataan daripada sekutu-sekutu mereka menolak hudud secara terang-terangan. Apa pun alasan mereka, PAS yang bertanggungjawab membiarkan hukum Allah ini dipertikai terus-terusan…

PERBEZAAN HUDUD PAS DAN HUDUD SEBENAR …  

Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.
Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.
Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.
Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.

Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu? Seterusnya baca di sini...

HUDUD PAS BUKAN HUDUD ISLAM…

Wan Ismail yang pernah menjadi calon Pas di Parlimen Machang pada PRU 1986 berkata, hukum hudud yang diluluskan dalam mesyuarat Dun Kelantan pada 1993 adalah hudud Pas, bukannya hudud Islam.

Beliau percaya perkara tersebut turut didorong perasaan takut kepada pemimpin DAP, terutama Pengerusinya, Karpal Singh yang secara terang-terangan menentang hukum hudud.


Malah, katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawa masalah mengenakan hukum hudud kepada orang bukan Islam, tidak termasuk dalam perkara yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadis. Seterusnya baca di sini...

HUSAM LONGLAI DIGERTAK DAP ISU HUDUD

"Kenyataan 'U-turn' Datuk Husam dalam tempoh yang amat pendek sekali memberikan kita satu lagi contoh di mana PAS terpaksa tunduk kepada desakan parti DAP," kata menantu perdana menteri itu.

"Di manakah prinsip PAS yang dikatakan oleh Datuk Husam semasa beliau bentangkan mukadimahnya di wacana tersebut yang mana antara 'P' penting yang disebut adalah prinsip?

"Takkan prinsip boleh dibuang begitu mudah sahaja?" Seterusnya baca di sini... 



HUSAM, DZULKEFLY TAKUT HUDUD NIK AZIZ

Dzulkefly Ahmad mengatakan “No Way” kepada penubuhan negara Islam. Malahan, Dzulkefly bekas Amir Islamic Representative Council (IRC), berbangga dengan kerjasama dengan puak pro-Murtad seperti Haris Ibrahim dan Malik Imtiaz Sarwar, peguam kes Lina Joy.

Dalam blognya, Abu Iman (nama kuniyah Dr Dzul) mengatakan hanya 5% saja hukum jenayah Islam dalam hukum Islam.
 

Oleh itu, kita  lihat golongan yang dikenali sebagai Anwarinas dan Erdogan ini adalah sebenarnya yang takut dengan Hudud. Seterusnya baca di sini...

HUDUD: HUSAM'S QUICK U-TURN - REF MALAYSIAKINI

I watched how Husam pointed his finger while saying ‘Kita akan buat’, in replying Khairy’s challenge of implementing Hudud Law once PR control the fed gov.

PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

“PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral,” katanya di Kota Bharu hari ini. Seterusnya baca di sini...

DRAMA TANTAWI VS KARPAL - PAS MALU BESAR LAGI ISU HUDUD

PAS malu besar lagi. Nasrudin Hassan Tantawi memandai-mandai berkata Karpal Singh sudah bersedia menerima hudud di dalam satu debat dengan Ustaz Fatul Bari. Sedangkan sehari selepas itu Karpal Singh dengan angkuh menjawab:
“I will never compromise. I have always been very public and absolute on my stand to never have hudud implemented in the country... how then can he (Nasrudin) claim such a thing?”
Seterusnya baca di sini... 

ISU HUDUD: PAKATAN RAKYAT BERPEGANG KEPADA BUKU JINGGA

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Isnin memutuskan untuk berpegang kepada persetujuan yang dicapai dalam buku Jingga di mana pelaksanaan hukum hudud bukan merupakan sebahagian polisi bersama mereka walaupun terdapat perbezaan pendapat antara PAS dan DAP dalam isu berkenaan. Seterusnya baca di sini... 

HUDUD SELESAI DENGAN KATA PUTUS DARI ANWAR

Alasan Anwar lagi, hudud tidak akan dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan DAP.

Apa yang kita tahu ialah DAP tidak akan sekali-kali bersetuju dan sanggup mati dari membiarkan hudud dilaksanakan, manakala PAS pula sanggup merelakan apa saja asalkan dapat sehidup semati dengan DAP.

Maka, kesimpulannya, hudud tidak akan sekali-kali dilaksanakan sekiranya PR memerintah. Noktah. Seterusnya baca di sini....

PAKATAN TO STICK TO BUKU JINGGA

PAS secretary-general Mustafa Ali said at a press conference here.Hudud, he said, was not included in the Buku Jingga or “Orange Book”, which is a document of Pakatan’s policies known as the Common Policy Framework.

“On the other hand, there are no such plans to implement Hudud in Kedah,” he pointed out... Seterusnya baca di sini... 

Tertanya-tanya, di manakah buku ini sekarang berada?
PEMBOHONGAN DI KONVENSYEN PR: DAP KATA NEGARA ISLAM RETORIK PAS

DAP mahu Pas terus tinggalkan retorik negara Islam jika mahu bersama pakatan rakyat kerana DAP mahu Pas terus kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), sekali gus membentuk kerajaan pusat.

[Itu satu fitnah DAP terhadap Hasan Ali. Mereka yang bertemu adalah Hadi, Khalid Samad, Nasharuddin, Mahfuz, dan lain-lain tetapi bukan Hasan Ali.]  Seterusnya baca di sini...

KONVENSYEN KE2 PAKATAN ELAK DEBAT NEGARA ISLAM, KATA ANWAR 

Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan cakap-cakap mengenai pendirian terbaru PAS yang mahu meneruskan usaha menubuhkan negara Islam jika mengambil alih Putrajaya dengan berkata, konvensyen itu bukan tempat untuk membawa isu berkenaan.

“Dalam mesyuarat tadi, Hadi hadir, Mustafa Ali juga hadir dan mereka menjelaskan bahawa isu-isu yang akan fokus adalah isu bersama,” katanya. Seterusnya baca di sini....

HUDUD - DR ASRI SALAHKAN PAS

"Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

"Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya. 

"Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Seterusnya baca di sini...

KARPAL SINGH MINDA HADI AWANG HENTIKAN BERI KENYATAAN TENTANG HUDUD 

"Saya meminta supaya Presiden Pas Hadi Awang supaya hentikan beri kenyataan bahawa DAP sudah menerima hudud kerana dia pun tahu dan setuju dalam perbincangan parti pakatan rakyat hudud tidak akan dilaksanakan kenapa hudud perlu dibangkitkan", kata Karpal Singh lagi.

"Pas jangan jadi parti hipokrit didepan cakap lain dibelakang cakap lain kerana itu satu sifat yang boleh memakan diri", ulas Karpal Singh lagi.
Seterusnya baca di sini... 

DAN SEBENARNYA, INILAH ALASAN MENGAPA PAS TAKUT BERCAKAP MENGENAI HUDUD SECARA TERBUKA LAGI... TERBUKTI, ISU HUDUD ADALAH PERMAINAN UNTUK MODAL PAS BERPOLITIK MENJELANG SETIAP PILIHANRAYA SAHAJA!!!

Takutkan DAP... itulah sebenarnya!
PAS MINTA PEMIMPIN PAKATAN HENTIKAN DEBAT HUDUD
Pada 2001, DAP meninggalkan Barisan Alternatif secara tergesa-gesa apabila PAS berkeras mempertahankan bahawa parti itu akan menubuhkan negara Islam yang berpaksikan undang-undang Islam dan hukum hudud jika berkuasa.
Beliau menjelaskan hudud dan penubuhan negara Islam bukan sebahagian dari CPF dan jika ditakdirkan PAS memenangi semua kerusi parlimen yang ditandinginya pada 2008, parti Islam itu masih tidak berupaya melasanakannya tanpa sokongan daripada sekutu mereka di Pakatan. Seterusnya baca di sini... 

DAP KELUAR PAKATAN JIKA ISU HUDUD DITERUSKAN

"Bagi pilihan raya ke-13, agenda ini bukannya relevan kerana kita bukan berlawan sesama sendiri. Selagi BN mengeksploitasi dikotomi ini, ia menjadi tumit Achilles bagi Pakatan.

Dan selagi hudud dan penubuhan negara Islam menjadi satu momokan untuk DAP manakala PAS pula menentang negara sekular, maka kedua-dua mereka akan bertelagah sehingga hari kiamat... Seterusnya baca di sini


Mantra : Hairan! Dengan rentetan kejadian-kejadian di atas, hari ini PAS masih lagi menjual modal untuk melaksanakan hudud jika mereka menang GE13 tapi yang paling hairan, mereka tidak berani bercakap mengenai hudud di pentas-pentas ceramah tetapi masih recycle isu ini di laman-laman media sosial. Adakah PAS upah cyber troopers yang masih mentah? Atau PAS sedang menyatakan kepada DAP dan PKR bahawa... mereka akan menolak dan mengkhianati PAKATAN RAKYAT sekiranya mereka menang nanti???