Saturday, November 30, 2013

KAJI TAMBANG TEKSI... APA SPAD DAH BUAT?

Semakan kadar tambang teksi yang terakhir telah dijalankan pada tahun 2009.  Kini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D.) mengambil inisiatif menjalankan kajian kadar tambang teksi bagi semua jenis perkhidmatan teksi.  S.P.A.D. amat berminat untuk mendengar pandangan dari semua pihak berkepentingan. 

Untuk itu, S.P.A.D. telah pun  melancarkan program interaksi bersama pengguna dan industri teksi dan segala maklumat mengenai kajian ini boleh di dapati di laman web rasmi SPAD seperti...

Click untuk ke laman web

KAJIAN UNTUK APA?

SPAD telah berkali-kali memaklumkan mengapa perlu dikaji semula tambang teksi. Ia bukan sekadar desakan keperluan peningkatan kos sara hidup tetapi yang paling utama, aspirasi SPAD memastikan mutu perkhidmatan teksi di Malaysia adalah yang terbaik di rantau Asean menjelang 2015.

Dua kriteria utama penetapan tambang teksi adalah:

  • Mencerminkan kos sebenar perkhidmatan teksi dan memberikan pulangan yang wajar kepada pemandu dan pengusaha teksi.

  • Memberi motivasi kepada pemandu untuk mengamalkan prinsip pengendalian dan tingkah laku yang betul

Inisiatif untuk Membangunkan Industri Teksi



Segala maklumat dan penerangan nampaknya telah melibatkan pandangan dan maklumbalas rakyat dari pelbagai kepentingan. Di antaranya termasuk;
   
  •     Persatuan pemandu
  •     Pemandu teksi
  •     Operator teksi

Pengguna
  •     Kumpulan pengguna
  •     Persatuan pelajar dan belia
  •     Kumpulan orang kelainan upaya
  •     Industri Hospitaliti dan pelancongan

Kepada pemandu, pasti inginkan kenaikan yang semaksima mungkin. Namun, sekiranya kenaikan terlalu mendadak, pengguna akan beralih kepada perkhidmatan pengangkutan lain ataupun membeli kereta sendiri. Lebih-lebih lagi, kenderaan semakin murah sekarang. Keadaan ini pastinya menjejaskan pendapatan pemandu. Tiada gunanya mendapat kenaikan tambang 40% tetapi permintaan penumpang menurun 50%.

Kepada penumpang pula, pastinya kita tidak inginkan kenaikan langsung tanpa penambahbaikan kualiti perkhidmatan. Namun perlu difahami bahawa kenaikan harga sesuatu perkhidmatan atau produk bukanlah semuanya bersamaan dengan peningkatan kualiti. Mohon juga pertimbangkan faktor bahawa perkhidmatan teksi bukanlah perkhidmatan yang terlalu kerap digunakan penumpang. Ia selalunya menjadi pilihan terakhir selepas kenderaan sendiri dan perkhidmatan bas. Kenaikan tambang teksi ini tidak menjejaskan pengguna secara mendadak berbanding kenaikan harga petrol yang menyebabkan banyak barangan lain turut naik.

Oleh itu kepada rakyat Malaysia, apabila tambang teksi yang baru diumumkan, janganlah bimbang kerana SPAD telah membuat kajian yang terperinci dari maklumbalas rakyat dan yang pasti ia tidak akan membebankan malahan mutu perkhidmatan teksi akan ditingkatkan dan keselesaan serta keselamatan pula diberi nanti.


Friday, November 29, 2013

SPAD PERLU BERTINDAK... BAS SEKOLAH SEDANG AMBIL KESEMPATAN!

SPAD teliti gesaan tambang bas naik 30% - Utusan


Sekali lagi Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar menegaskan kepentingan rakyat akan dilindungi apabila keputusan untuk menaikkan tambang bas sekolah diambil pada Januari 2014 nanti. Menurut Tan Sri, walaupun GPPBSM mempunyai sebab yang munasabah, tetapi pihak SPAD perlu melihat kesannya kepada masyarakat umum dan keputusan yang diambil adalah seimbang.

Memang benar, ini bukan sesuatu yang mudah bagi pihak SPAD untuk mencapai satu keputusan kerana jumlah yang diminta GPPBSM bukanlah kecil. Alasan yang diberi GPPBSM sebelum ini adalah kerana peningkatan kos operasi dan ekoran pelarasan subsidi menyaksikan harga diesel meningkat 20 sen awal September lalu.

Yang sebenarnya menurut Tan Sri, pengusaha bas sekolah telah mengenakan bayaran kepada pelanggan lebih daripada apa yang telah dipersetujui bersama SPAD... GPPBSM nampaknya tidak telus kepada pelanggan mereka iaitu ibubapa dan rakyat.

Adakah kerana ibubapa tiada pilihan maka pengusaha-pengusaha bas sekolah telah berani mengenakan bayaran lebih?

GPPBSM juga pernah keluarkan kenyataan ini .... 

Namun, jika tiada sebarang keputusan hujung tahun ini, kami tidak dapat mengawal lebih 15,000 ahli di seluruh negara menaikkan sendiri kadar tambang yang dianggarkan sebanyak 30 peratus" ... BH


dan ini... 

"Syarat yang ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengarut dan tidak masuk akal, sebab itu banyak pengusaha bas sekolah di negara ini terpaksa beroperasi secara haram" dan blog ini telah mengulas tuduhan mereka ... DI SINI


Apa harapan ibubapa?

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata ibu bapa terpaksa akur dengan kenaikan tambang kerana mereka memerlukan perkhidmatan itu, namun berharap kadar kenaikan tidak melampau - BH

Tan Sri memaklumkan bahawa tambang baharu akan hanya diputuskan pada Januari depan.

Namun, kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah...

Oleh kerana tiada pilihan, ibubapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah maka apakah ini tiket kepada kamu memutarbelit,mendesak dan mengugut SPAD? Adakah adil kepada mereka sekiranya kamu memandu bas-bas haram, pada hakikatnya kamu sedang mengelak daripada membayar cukai tetapi kamu telah membahayakan nyawa murid-murid sekolah?

JANGAN BERSELINDUNG DAN MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS KEPERLUAN ANAK-ANAK SEKOLAH DAN RAKYAT! SPAD PERLU BERTINDAK!


Thursday, November 28, 2013

JASA ARTIS VETERAN DIHARGAI KARYAWAN

Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) telah menganjurkan Malam Amal Warisan Seni pada 24 November, di Hotel Istana bagi meraikan artis selain mengutip derma bagi mereka yang memerlukan bantuan. RM1,000 kepada 20 artis veteran terpilih telah disampaikan sebagai mengenang jasa mereka.


Majlis tersebut telah memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah berjasa kepada industri serta mengingatkan semua tentang peranan dan perjuangan seni mereka, bermula era 50-an sehingga sekarang.




Penasihat Sosio-Budaya kepada kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang juga penaung majlis dijangka hadir memeriahkan majlis. Di dalam ucapan utama, Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan persatuan seni di negara ini bergabung di bawah satu pertubuhan bagi mendokong sepenuhnya perkembangan industri seni dan budaya. Penggabungan ini antara lain akan dapat memperkukuh kualiti industri.

Menurut Pengerusi Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, artis-artis tersebut ditampilkan adalah demi mengenang kesinambunagn seni budaya tempatan sekaligus mengimbau zaman kegemilangan artis dalam setiap era.

"Sebenarnya barisan artis yang kita tampilkan pada malam ini adalah daripada nama-nama hebat yang pernah menggegarkan seni muzik tanah air mengikut era masing-masing dan ini adalah kelainan yang cuba kita tonjolkan pada malam itu nanti.

"Malah, persembahan berformat revival ini secara tidak langsung dapat mengenang kesinambungan seni budaya tempatan," katanya dalam sidang media Malam Gala Warisan Seni yang diadakan di Hotel Istana.

Majlis itu juga telah berjaya mengumpulkan artis-artis pelbagai era untuk persembahan.

Antaranya Shamsudin Lamin, Mariam Ahmad, Aspalela Abdullah, Andre Goh, Julie Sudiro, Salih Yaacob, Helan Vellu, M Daud Kilau, Fredo,
Datuk Yusni Hamid, Jay Jay dan Salwa Abdul Rahman.

Di antara dendangan artis-artis di zaman 50an;
Salleh Yaakob – Putri Remaja -Menimbang rasa
Rozita Rohaizad – Manusia
Suhaimi – Aduh

60an
A.Halim – Kisah dan Teladan
Helan Vellu – Kereta Lembu

70an
Sarangabanie –  Hitam Manis
Fredo – Kenangan Lalu
Timmy Koong – Canto Pop Song 

M Daud Kilau – Cek Mek Molk

Dato’ Yusni Hamid – Kau Yang Ku Nanti

80an
Haida – Semakin Hari Semakin Sayang
 
Jay Jay – Rindu Bayangan

90an 
Salwa Abdul Rahman – Satu Dua Kau
Ibnor Riza – Mimpi Yang Tak Sudah
Fauziah Idris – Rindu Merindu

Sumber foto : Minaq Jinggo

 

Wednesday, November 27, 2013

KETUA PESURUHJAYA SPRM DIIKTIRAF DUNIA... APA KATA KIT SIANG N GANG?

Tahniah dan Syabas! Itu yang perlu diucapkan rakyat Malaysia kepada Tan Sri Hj. Abu Kassim Mohamed dilantik sebagai Naib Presiden IAACA (International Association of Anti-Corruption Authorities) pada persidangan tahunan ke-tujuh yang telah diadakan di Panama City, Panama dari 22 hingga 24 November 2013.

Ini satu pengiktirafan dunia kepada SPRM dan juga kerajaan Malaysia dan yang pasti... PEMBANGKANG SENYAP!!!

Sebelum ini, Kit Siang adalah orang yang terus-terusan menyerang SPRM dengan fokus kepada kes Teoh Beng Hock dan PKFZ, seterusnya mengaitkan apa saja kesalahan samada yang pasti atau pun tidak.

Bermula dengan penubuhan SPRM pada tahun 2009, Kit Siang telah memulakan serangannya dengan memperlekeh prestasi SPRM yang baru berusia setahun. Di dalam blog Kit Siang...
"Ahmad Said was appointed ACA director-general in May 2007, and the 30 months he headed the country’s anti-corruption agency, first ACA and later MACC, would be remembered as their “darkest days” when public confidence in ACA and MACC plunged to the lowest depth in the nation’s history."

Cemuhan Kit Siang ini adalah pada 5 December 2009 dan perlantikan Tan Sri Abu Kassim pada 1 Januari 2010... ini menunjukkan Kit Siang dengan sengaja mencetus persepsi buruk terhadap Tan Sri terlebih dahulu kepada rakyat.

Ini tidak berhenti di situ. 14 hari selepas perlantikan Tan Sri, Kit Siang terus-terusan cuba menimbulkan keraguan rakyat terhadap perlantikannya dengan menimbulkan isu kedudukan Malaysia di dalam Indeks Antarabangsa Transparensi Persepsi Rasuah.

Dan ini adalah kenyataan Kit Siang...
Abu Kassim’s vow to invoke Section 29(4) of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 would show that he is incapable of the “big picture” of single-mindedly spearheading an all-out war against corruption to thrust Malaysia into the front rank of the world’s least corrupt nations and place the MACC in the company of internationally-recognised independent, effective, professional and successful graft-busting organizations like Hong Kong’s Independent Commission Against Corruption (ICAC).

Sebenarnya, Kit Siang hanya berminat untuk menimbulkan persepsi negatif keapda rakyat dan bukan bekerjasama dengan SPRM untuk memerangi rasuah seperti yang ditulis;
Abu Kassim is legally right but morally wrong....

Yang mana lebih mustahak? Menegakkan undang-undang atau menyebarkan maklumat tanpa ada keputusan sabit kesalahan lebih utama? Morally wrong? Siapa yang tidak bermoral di sini jika sesuka hati menuduh sesiapa saja yang kita suka?

Seterusnya, sebulan sebelum perlantikan Tan Sri ke badan dunia IAAC... di blog Kit Siang sempat memperlekeh kenyataan Pemandu di dalam usaha mencegah rasuah.
Malaysia has been ranked as one of the most corrupt nations and listed as a country which is most likely to take shortcuts to meet targets when economic times are tough, according to a recent survey by Ernst & Young, signalling that the government’s Performance Management and Delivery Unit (Pemandu) has failed in its role to transform the economy. - Kit Siang

AKHIRNYA... 



...bukan saja perlantikan Tan Sri Abu Kassim merupakan pengiktirafan dunia tetapi seluruh usaha kerajaan amnya dan warga SPRM khususnya telah diberi kepercayaan dan penghargaan di mata dunia. Sebagai rakyat Malaysia yang sememangnya membenci dan bersedia memerangi rasuah, perasuah dan yang dirasuah... ini untuk Kit Siang, WHAT SAY U NOW?

Dimulakan dengan penghargaan daripada Perdana Menteri;




Turut mengucap syabas dan tahniah ialah;


Datuk Akhbar Satar
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar, "Pelantikan ini merupakan satu lagi pengiktirafan masyarakat antarabangsa dan badan dunia ke atas Malaysia dan SPRM. Ia akan membawa Suruhanjaya ini ke tahap yang baru di mata dunia."

 
YB Senator Mohamad Ezam Mohd Nor
YB Senator Mohamad Ezam Mohd Nor, “Pelantikan ini adalah satu pengiktirafan besar kepada usaha gigih SPRM bersama setiap organisasi dan individu yang turut serta bersama SPRM dalam melawan gejala rasuah di negara ini.

“Kita harus yakin kepada inisiatif-inisiatif anti-rasuah yang telah dilaksanakan. Walaupun terdapat pihak yang melemparkan pelbagai tuduhan dan persepsi negatif, sudah pasti ada kelompok yang berwibawa, yang akan mengiktiraf usaha kita seperti mana yang kita lihat dalam pelantikan IAACA ini,” tambahnya lagi.

Beliau berharap agar pengiktirafan ini akan menaikkan semangat setiap anggota SPRM untuk terus cekal menghadapi cabaran dalam perjuangan menentang rasuah.


SPRM juga telah diberi beberapa pengiktirafan antarabangsa lain, dan di antaranya;

Master of Corruption Studies (MACS) 

MACA ialah akademi pencegahan rasuah yang pertama di dunia yang telah terpilih sebagai pusat pembelajaran  dan diberi kepercayaan untuk mengendalikan Modul 6 bagi program sarjana dalam pengajian antirasuah “Master of Corruption Studies (MACS)” anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf universiti) sebuah entiti dibawah naungan United Nations berpengkalan di Vienna, Austria.  Ia merupakan pengajian sarjana yang menggabungkan tujuh modul yang berbeza.

Penempatan  pegawai  SPRM di INTERPOL
 
Pada 2011, pihak Interpol telah memohon SPRM untuk menempatkan pegawainya di unit pencegahan rasuah di INTERPOL. Oleh yang demikian SPRM telah menempatkan KPKPj Mohd Hafaz Nazar dari Bahagian Siasatan, Ibu Pejabat SPRM di Bahagian Pencegahan Rasuah Directorate di INTERPOL, Lyon secara kontrak selama dua tahun bermula pada tahun 2012. 

Antara tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan adalah untuk membantu pihak INTERPOL dalam perkara-perkara berkaitan dengan pembangunan kapasiti di antara negara-negara Asia dan menjalinkan kerjasama yang erat dalam usaha pencegahan rasuah antara Kesatuan Negara-Negara Eropah. Beliau merupakan salah seorang daripada empat pegawai yang telah dipilih dari kalangan beberapa buah negara untuk ditempatkan di INTERPOL.

SYABAS DAN TAHNIAH WARGA SPRM... Kami rakyat Malaysia bangga, Kit Siang n gang?

JANGAN SALAHKAN SPAD JIKA MENGAMBIL JURUTERA LUAR NEGARA



"Ini adalah antara masalah yang dihadapi kita sekarang. Selain memerlukan mereka (jurutera) untuk membangunkan sistem kereta api sendiri, ada juga negara-negara lain mahukan khidmat mereka.
"Jadi hendak tidak hendak, kita kena bertimbang rasa dengan memberikan khidmat tersebut setakat yang kita ada dan mereka sebenarnya menyanjung Malaysia sebagai negara Islam yang mempunyai sistem pengangkutan darat yang baik," - Bernama

Demikian kenyataan CEO SPAD  kepada wartawan ketika merasmikan seminar 'The Institution of Railway Engineers (IRSE)' yang telah dianjurkan oleh IRSE dan SPAD Academy di Institute of Diplomacy and Foreign Relations Malaysia.

Nampaknya, kepakaran tenagakerja di dalam sektor rel sangat diperlukan hari ini di kala kerajaan sedang rancak merealisasikan impian rakyat menuju negara maju pada tahun 2020 dan SPAD adalah agensi utama di dalam sektor pengangkutan awam. Sektor pengangkutan awam darat adalah faktor yang sangat penting dan ia merupakan pra-syarat untuk Transformasi Ekonomi Malaysia.

Keperluan jurutera itu harus ditangani secepat mungkin memandangkan Malaysia juga berhasrat untuk meningkatkan kekerapan perjalanan keretapi dari 18 peratus sekarang kepada 40 peratus pada 2030, di samping target SPAD untuk menjadikan pengangkutan awam darat sebagai pilihan utama di darat.

Dan sektor keretapi adalah peranan terpenting di dalam menuju target ini.

Walaupun pihak JKR telah memulakan program Penyuburan Silang (Cross-Fertilisation) baru-baru ini, apa yang saya dapati ialah kebanyakan daripada mereka terdiri daripada pegawai-pegawai yang hampir bersara. Namun, kepada anak-anak muda yang berkelayakan, pihak universiti tempatan seperti Universiti Tun Husssein Onn Malaysia telah merancang memperkenalkan program Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kereta Api di kampus baru di Kluang bermula Julai tahun depan.



SPAD academy yang telah dirasmikan pada April 2013, juga memainkan peranan penting agar kerjaya di dalam industri rel sebagai prospek kerjaya jangka panjang. Adalah dijangkakan bahawa Akademi SPAD akan berubah menjadi sebuah institusi yang mendidik, melatih dan sebagai tempat penyelesaian profesional kepada mereka-mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam industri pengangkutan
awam.

Di samping itu, Spad Academy juga akan menyokong rangka kerja pengawalseliaan bagi industri ini dan memastikan teknologi terkemuka, amalan industri, prestasi, piawaian dan penyampaian perkhidmatan dimulakan. Di akademi ini juga akan menggalakkan peluang silang, di persekitaran yang berstruktur untuk meningkatkan pendedahan, pengalaman dan kecemerlangan dalam industri.

Bagi mereka yang telah berada di dalam industri ini atau mereka yang ingin meningkatkan karier, laluan kerjaya mereka akan dipertingkatkan.

Ketika ini, SPAD Academy sedang dalam rangka untuk melancarkan modul dan program-programnya. Pada 2014 nanti, beberapa pengumuman akan dibuat dan masih perlu dikemaskini.

Selain daripada program-program kemahiran dan pendidikan, salah satu strategi SPAD Academy ialah untuk bekerjasama dan terlibat secara berkesan di peringkat informal dengan organisasi dan institusi yang sealiran seperti IRSE (The Institution of Railway Signal Engineers).

Oleh itu, kepada rakyat Malaysia terutama kepada generasi muda... persiapkan diri dan rebutlah peluang ini!

Tuesday, November 26, 2013

KERUSI PANAS CEO SPAD .... BAHAGIAN 1

"Sekarang kamu di kerusi panas dalam kerajaan... ," 
begitulah kata-kata yang pernah diterima En Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang telah menerima jawatan ini semenjak 3 June, 2010.

Orangnya mudah tersenyum, tetapi disebalik senyuman itu terdapat ketegasan dan seorang yang berfakta. Bila berbual dengannya, setiap kata-kata beliau adalah berpandukan data dan penyelidikan yang diperolehi.

Mengibas kembali permulaan kariernya, setelah menamatkan pengajiannya di Amerika, sebagai anak muda yang berwawasan, beliau juga tidak ketinggalan mencapai keinginan seperti graduan-graduan lain dari luar negara iaitu ingin menceburkan diri di dalam industri pelaburan. Beliau memilih Chicago dan bukan Wall Street kerana persaingannya terlalu hebat.

Beliau memulakan kariernya di CNA Financial Corporation, di dalam perbankan pelaburan dan telah menimba pengalaman selama 10 tahun .

Walaupun beliau telah berada di Chicago terlalu lama, namun keinginannya untuk kembali ke tanah air tidak pernah dilupakan. Imbuhan dan komitmen terlalu tinggi menyebabkan kepulangan beliau ke tanah air agak tergendala pada ketika itu.

Beliau telah mengambil keputusan untuk menyambung semula pengajian dan mendapat MBAnya di Kellog. Setelah tamat pengajian, beliau menyedari trend perubahan karier yang sedang berlaku ketika itu ialah dari perbankan pelaburan ke perunding pengurusan. Ini bermakna beliau telah beralih dari bekerja di kerusi empok ke berhubung rapat dengan pelanggan. Bagi En Mohd Nur ini adalah satu pengalaman yang sangat mencabar tetapi sangat memuaskan di mana; pelanggan "menemui anda, mencurahkan hasrat mereka dan mengharapkan masalah mereka diselesaikan." Bagi beliau ia sangat memuaskan.

En Mohd Nur rasakan beliau perlu kembali ke tanahair dan pabila mengetahui AT Kearney, pengurusan tertinggi syarikat
perunding di mana beliau bekerja akan mengembangkan perniagaan ke Asia, beliau pun menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang. Beliau telah berkhidmat selama 3 tahun di Singapura untuk pelbagai pelanggan, dari sektor Perkhidmatan Kewangan sehingga mikroeletronik. Kebanyakan masanya berada di Singapura dan Bangkok sehingga apartment milik beliau di Bangsar diduduki hanya selama 12 hari dalam setahun.

Setelah beberapa ketika, En Mohd Nur meletak jawatan dan berehat selama 1 tahun. Beliau menghabiskan masa di Las Vegas, berfikir samada untuk kembali ke tanahair semula. Di Las Vegas tidak membawa kejayaan dan akhirnya beliau kembali ke tanahair. Sekembalinya ke tanahair, beliau tidak pasti untuk memilih pekerjaan, dan seterusnya memilih untuk bekerja di Accenture, hanya kerana syarikat ini sahaja yang mempunyai kontrak terbanyak di Malaysia ketika itu. Malaysia berada di dalam keadaan yang sukar ketika itu, dan sehingga beliau terpaksa menjelajah sehingga ke Selatan Korea.

Ketika inilah beberapa bos dari DRB Hicom mempelawa beliau untuk menyertai organisasi tersebut. Inilah kali pertama beliau memainkan peranan "defense" bila menyertai di dalam GLC di mana sepanjang karier beliau selalunya beliau berperanan "offence". Sekarang beliau diberi peranan mempertahan dasar-dasar kerajaan.

Menyedari yang selama ini beliau telah mendapat pendapatan yang sangat tinggi, hidup mewah dan mampu membeli apa saja yang dikehendaki tetapi rupa-rupanya beliau mengkhendaki sesuatu yang lebih daripada kariernya.

Datuk Seri Mustapa Mohamed, ketika itu Menteri Pengajian Tinggi telah mempelawa beliau menyertai kementerian tersebut. Namun bagi beliau walaupun tidak ada pengetahuan yang mencukupi di dalam bidang pengajian tinggi, ia tetap satu cabaran baru. Ketika itu kementerian sedang memperkenalkan satu plan strategik untuk pengajian tinggi. En Mohd Nur telah menekankan bahawa kandungan pelan induk tersebut tidak mencukupi untuk rakyat Malaysia yang layak mendapatkannya. Beliau telah meyakinkan kementerian supaya membuat semula keseluruhan plan tersebut dan ini menyebabkan beliau menjadi kurang popular ketika itu. Plan yang telah diperbaharui juga tidak berkesan.
 
Kementerian telah mengarahkan beliau merubah sekali lagi. Di sinilah beliau dan ahli jawatankuasa kementerian telah memperkenalkan Plan Tindakan Kebangsaan untuk universiti yang telah mengaplikasi 'egalitariansima' iaitu prinsip kesamaan politik, ekonomi, sosial dan hak asasi untuk semua rakyat di antara universiti-universiti dan membenarkan institusi-institusi menentukan hala tuju masing-masing.

En Mohd Nur kemudian menyertai Kementerian Pengangkutan dan Datuk Seri Ong Tee Kiat adalah menterinya. Beliau bertanya kepada dirinya, "Apa yang beliau tahu mengenai pengangkutan?".

Ketika itu juga, Datuk Seri Idris Jala telah menyertai PEMANDU dan beliau sekali lagi dikehendaki menyertai kumpulan ini untuk 5 bulan sahaja, dengan tugasan fokus kepada NKRA pengangkutan bandar. Dato Seri Idris Jala telah menawarkan beliau satu jawatan di dalam PEMANDU tetapi beliau difahamkan bahawa Perdana Menteri tidak bersetuju. Beliau secara bergurau meyatakan yang sebenarnya PM tidak berapa mengkhendakinya tetapi sebaliknya telah berlaku di mana Perdana Menteri memerlukan beliau untuk satu jawatan yang lain. Jawatan ini sebenarnya bukanlah satu jawatan yang digemari ramai. Dari mula lagi beliau melihat ini adalah satu misi yang mustahil dan bersedia menghadapi di mana semua pihak tidak akan berpuas hati.

Beliau telah nekad, apa saja yang bakal dihadapi ketika di dalam kontrak sebagai Ketua SPAD, beliau akan hadapinya dan sekurang-kurangnya beliau dapat membuat perubahan walaupun kecil.

Berbekalkan pengalaman beliau selama ini sebagai penganalisa dan perunding ekonomi di Amerika, perkara utama yang diberikannya di SPAD ialah membuat setiap tindakan berdasarkan data yang diperolehi setelah setiap maklumbalas diperolehi dan dikaji. Mereka hanya akan memaklumkan kepada rakyat data yang diperolehi supaya mereka lebih mudah memahami.

Kesungguhan, ketegasan, berpengatahuan dan seorang yang sangat teliti di dalam menerajui SPAD, dalam jangka waktu yang singkat, beliau  telah berjaya membawa SPAD mendapat pengiktirafan dunia apabila pada bulan Mei lalu, Malaysia memenangi the Asia Pacific Political Commitment Award oleh the International Association for Public Transport (UITP), Geneva. Kemenangan ini telah membuktikan kepada dunia bahawa kerja keras dan komitmen SPAD untuk melaksana dan merealisasikan satu mercu tanda projek pengangkutan untuk Malaysia di bawah GTP dan ETP seperti, perkhidmatan bas GoKL didalam kawasan pusat perniagaan, 2 peringkat sistem teksi KLIA, Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) serta Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF).

Pada masa yang sama, En Mohd Nur juga telah dilantik sebagai Naib Pengerusi,  Jawatankuasa Eksekutif Asia Pasifik(APExC) bagi  International Association of Public Transport (UiTP).

Perdana Menteri sangat berterima kasih dan berbangga dengan pencapaian SPAD terutamanya En Mohd Nur, dan satu keputusan yang sangat tepat apabila kontrak En Mohd Nur disambung semula selama 3 tahun agar perkembangan dan perancangan strategik sistem pengangkutan awam dapat diteruskan dengan lancar bagi merealisasi agenda transformasi kerajaan.

Saturday, November 23, 2013

RAKAN-RAKAN RAFIZI DALAM SPRM... TIDO?

 Jawatankuasa Khas SPRM wakil Pembangkang

Pada 28 Oktober lalu, 3 wakil parti pembangkang telah dilantik Yang di-Pertuan Agong Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Istana Negara. 

1. Dr. Tan Seng Giaw (DAP) - Kepong
2. Datuk Fauzi Abd Rahman (PKR) - Indera Mahkota
3. Datuk Takiyuddin Hassan (PAS) - Kota Baru

Mereka dilantik mengikut Seksyen 14(2) Akta SPRM bagi tempoh 25 Mei 2013 hingga 24 Mei 2016. Pelantikan selaras dengan peruntukan Seksyen 14 (2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.


Antara fungsi jawatankuasa itu ialah menasihati Perdana Menteri mengenai rasuah di Malaysia, memeriksa laporan tahunan SPRM serta mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan SPRM dan ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah. (Utusan)

Kini, Rafizi mempersoalkan SPRM apabila mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan kes dan menyabitkan kesalahan ke atas rakyat biasa, tetapi tiada tindakan sama ke atas ahli politik yang disiasat oleh mereka. - MalaysiaInsider

Secara langsung ini juga menunjukkan Rafizi tidak yakin dengan rakan-rakan beliau dari Pakatan dan persoalan yang ingin dikatakan keapda mereka ialah... KAMU TIDORKAH ATAU MAKAN ELAUN BUTA?

Jika dibuka semula sejarah SPRM, antara ahli-ahli politik yang telah disiasat dan dituduh :

  • Mohd Yahya Bin Mat Sahri (ahli PKR dan Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Selangor) 

  • Wong Chuan How (ahli DAP dan Pembantu Khas ADUN) 

  • Hasbie Satar (bekas Setiausaha Politik, Menteri Kewangan)

manakala....

Ahli politik yang telah dituduh dan disabitkan di mahkamah pula adalah: 

  • Dato’ Suhaili Abdul Rahman (Ahli Parlimen Labuan)

  • Abdul Rahman Bakri (Ahli Parlimen Sabak Bernam)
  • Mohd Khir Toyo (Menteri Besar Selangor) 
  • Yap Soo Sun (ADUN Teratai)

Sejarah juga telah membuktikan bahawa SPRM tidak pernah melindungi mana-mana ahli politik yang disabitkan dengan rasuah. Di antara Menteri Besar yang pernah disiasat dan didakwa ialah

  • Datuk Harun Hj Idris
  • Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib
  • Dr Mohd Khir Toyo

Sejarah juga telah menunjukkan bahawa ahli-ahli politik yang pernah disabitkan bersalah di mahkamah atas pertuduhan rasuah, antaranya:

  • Mustafa Salim Bin Salim (ADUN Lenggeng)
  • Datuk Azman Mahalan (EXCO Perak)
  • Tan Sri Kasitah Gadam (Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi 
  • Dato’ Waad Bin Mansor (EXCO Negeri Sembilan)

Maka, mengapa Rafizi perlu bising dan persoal tugas-tugas SPRM. Jika Rafizi ada bukti maklumat rasuah, rakan-rakannya dalam Pakatan dah sedia ada... kenapa perlu guna Press Conference untuk persoal kredibiliti rakan-rakannya sendiri?

Lihatlah perangai Rafizi yang kononnya adalah permata kepada Pakatan Pembangkang tetapi sebenarnya menikam dan memperlekeh kredibiliti rakan-rakan seperjuangannya sendiri. 

Perlu diingat, Jawatankuasa yang mewakili parti-parti pembangkang ini adalah lantikan Yang Di Pertuan Agong... apakah beliau juga mempersoal lantikan Tuanku?

Oleh itu, jika sesiapa ingin membantu SPRM membuat siasatan , sila terus kemuka bukti kepada wakil-wakil parti anda dan bukannya Rafizi!!!



Thursday, November 21, 2013

ROSMAH DAN ANWAR, MEREKA DIBAYAR TAPI BEZANYA....

Isu isteri Perdana Menteri sekali lagi?

Penjelasannya DI SINI



Tetapi, mungkin pembangkang terlupa yang Anwar dibayar kerajaan negeri Selangor untuk ke luar negara juga... bacalah DI SINI

Antara penerangannya...

“Contohnya di Selangor sendiri, semua perbelanjaan Datuk Seri Anwar sebagai penasihat khas kepada kerajaan negeri Selangor keluar negara dibiayai oleh kerajaan negeri sedangkan dia bukannya ADUN Selangor.

Bezanya... Isteri Perdana Menteri ke luar negara untuk menceritakan kebaikan tetapi Anwar ke luar negara menabur fitnah dan memburukkan negara. TERANG LAGI BERSULUH!

Dan jangan lupa tonton clip ini, khas untuk penyokong-penyokong pembangkang...

Perangai hodoh pemimpin-pemimpin kamu..


Tuesday, November 19, 2013

TRAGEDI GENTING HIGHLANDS : AKHIRNYA SPAD BERTINDAK TEGAS

Penerangan demi penerangan telah diberikan kepada rakyat kejadian ngeri Genting Highlands yang telah melibatkan kemalangan nyawa. Akhirnya... SPAD telah membuat keputusan yang paling tepat sekali iaitu menggantung lesen pengendali Genting Highlands Transport Sdn Bhd.

Berikut adalah ringkasan kenyataan akhbar SPAD:

Penggantungan lesen berkuatkuasa 25 November 2013.

Notis penggantungan telah dihantar pada 18 November 2013.

Tindakan penggantungan lesen berdasarkan laporan audit ICOP keselamatan.

Syarikat diberi tempoh 7 hari dari notis untuk memaklumkan kepada penumpang.

Sebagai alternatif, Resort World Tour Sdn.Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Pudu Sentral, KL Sentral dan Stesen LRT Putra, Gombak ke Genting Highlands.



Tindakan telah diambil, sekarang masa untuk perbaiki segala kekurangan keselamatan jalanraya di Genting Highlands.

APA ITU SPAD ICOP?

Ini adalah pesanan Pengerusi SPAD....


SPAD telah pun memperkenal Buku Panduan SPAD ICOP - Keselamatan untuk Pengendali Bas dan di antara aspek-aspek yang dititikberatkan termasuk;

  • Tanggungjawab Pengurusan
  • Pengurusan Pemandu
  • Pengurusan Kenderaan
  • Pengurusan Risiko di tempat kerja dan dalam perjalanan 

Sebenarnya, SPAD telah memberi cukup panduan dan penerangan serta nasihat-nasihat kepada pengusaha-pengusaha bas tetapi oleh kerana sikap dan perangai individu yang tidak mengendahkan undang-undang negara, akibatnya nyawa manusia dikorbankan.

Benar kata Tan Sri Syed Hamid;
...setiap panduan yang dikeluarkan SPAD bukan untuk menghukum tetapi amalan keselamatan di jalanraya dijadikan budaya hidup kita.


Monday, November 18, 2013

DAP HALAL UNTUK HINA PAS?

DAP buatlah apa saja... katalah apa saja terhadap PAS namun kerana ada perjanjian syaitan di antara mereka... PAS TETAP SAYANG DAP!

Masih ingat kek yang dihidangkan kepada Tok Guru mreka? 

Google saja ... Karpal kek Nik Aziz.... MERIAH!


Adakah kerana kek tersebut, maka DAP halal untuk menghina PAS? Murah sungguh maruah pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS. Dengan harga kek, maka Karpal Singh minta PAS diharamkan...

Berikut adalah transkrip kenyataan Karpal Sing supaya dibatalkan pendaftaran PAS....

Ok, I think we can start.
(Ok, saya fikir kita boleh mula).

The Muslim Lawyers Association has threatened the Bar Council for its support given to The Herald in the Allah issue.
(Persatuan Peguam-Peguam Muslim telah mengugut Persatuan Peguam di atas sokongan yang diberikan olehnya kepada The Herald dalam isu Allah.)

The President of the Muslim Lawyers Association, Zainul Rijal Abu Bakar, says that the association will not hesitate to take further action.
(Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata bahawa persatuan itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut.)
This is an idle threat, unwarranted, and one which should not have been uttered by the President of the Muslim Lawyers Association.
(Ini adalah satu ugutan senyap, tidak berasas, dan suatu yang tidak sepatutnya dituturkan oleh Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim.)

The Muslim Lawyers Association is a very divisive board.
(Persatuan Peguam-Peguam Muslim adalah sebuah badan yang sangat memecah-belah.)
It is the Bar Council which represents lawyers in the country, and that includes all lawyers, Muslims, Hindus, Buddhists, Christians, everybody.
(Persatuan Peguam yang mewakili peguam-peguam dalam negara ini, dan ini merangkumi semua peguam, peguam-peguam Muslim, peguam-peguam Hindu, peguam-peguam Buddha, peguam-peguam Kristian, semua sekali.)

In fact, the registration of the Muslim Lawyers Association, if at all it has been registered, ought to be cancelled.
(Malah, pendaftaran Persatuan Peguam-Peguam Muslim, itupun sekiranya ia telah didaftarkan, mestilah dibatalkan.)

The government cannot allow associations which operate on racial lines, which operate on religious lines, in this case it is religious line, Muslims.
(Kerajaan tidak boleh membenarkan pertubuhan-pertubuhan yang bergerak di atas garis perkauman, yang bergerak di atas garis keagamaan, di dalam kes ini ia adalah garis keagamaan, orang-orang Islam.)

It is a very serious matter, because Muslim lawyers can be allowed to form a separate association, with the Bar Council think they represent them, and we do not want the position where others may want to have Hindus Lawyers Association, Buddhist Lawyers Association, which of course will not happen, it is just somehow rather that the Muslim lawyers have decided to form their own association.
(Ini adalah satu perkara yang sangat serius, sebab peguam-peguam Muslim boleh dibenarkan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang berasingan, dengan Persatuan Peguam fikir ia mewakili mereka, dan kita tidak mahu kedudukan di mana orang-orang lain mungkin hendak mewujudkan Persatuan Peguam-Peguam Hindu, Persatuan Peguam-Peguam Buddha, yang memang tidak akan berlaku, hanya entah bagaimana peguam-peguam Muslim telah memutuskan untuk menubuhkan persatuan mereka sendiri.)

In fact most Muslim lawyers do not support the Muslim Lawyers Association, it is just a handful, handful of troublemakers.
(Malah kebanyakan peguam Muslim tidak menyokong Persatuan Peguam-Peguam Muslim, hanya sebahagian kecil, sebahagian kecil pembuat kacau.)

And I hope that serious action will be taken against the threat by the President of the Muslim Lawyers Association to the Bar Council, what they did mean when they said they will not hesitate to take further action, I think it is criminal intimidation here.
(Dan saya berharap agar tindakan serius akan dikenakan ke atas ugutan yang dibuat oleh Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim kepada Persatuan Peguam, apa yang mereka maksudkan bila mereka berkata mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut, saya fikir ia adalah ugutan jenayah di sini.)
I call upon the Bar Council to lodge a police report so that necessary action can be taken against this so-called president of this so-called association.
(Saya menggesa Persatuan Peguam membuat satu laporan polis bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil ke atas presiden persatuan ini.)

Are there any question on this, because I think this is a deliberate attempt to divide lawyers in the country?
(Adakah terdapat apa-apa soalan mengenai perkara ini, kerana saya fikir ini adalah satu cubaan terancang untuk memecahbelahkan peguam-peguam dalam negara ini?)


Question: How many lawyers in the Bar Council?
(Soalan: Berapa ramai peguam dalam Persatuan Peguam)

Answer: In the Bar Council, I think they are reaching nearly 13,000.
(Jawapan: Dalam Persatuan Peguam, saya fikir mereka mencapai hampir 13,000.)
Question: When was this Muslim Lawyers Association formed?
(Soalan: Bila Persatuan Peguam-Peguam Muslim ini ditubuhkan?)

Answer: This was formed somewhere rather I think at the late 1980s, late 1980s.
(Jawapan: Ia ditubuhkan sekitar saya fikir penghujung 1980-an.)


Question: How many members are in their association?
(Soalan: Berapa ramai ahli dalam persatuan mereka)
Answer: I think you should ask them how many members they have.
(Jawapan: Saya fikir kamu perlu tanya mereka berapa ramai ahli mereka ada.)


Question: A handful only?
(Soalan: Sebahagian kecil sahaja?)

Answer: I think a handful of troublemakers. Very unbecoming of these lawyers to form such an association.
(Jawapan: Saya fikir sebahagian kecil pembuat kacau. Sangat tidak wajar bagi peguam-peguam ini untuk menubuhkan sebuah persatuan begini.)


Question: Is there a worry that this type of association can undermine the Bar Council, is there a worry there?
(Soalan: Adakah terdapat satu kebimbangan bahawa persatuan begini boleh menjejaskan Persatuan Peguam, adakah terdapat satu kebimbangan di sini?)

Answer: It could, of course, as I said earlier, you know. Operating along religious, racial lines, is a very dangerous thing in a multi-racial and a multi-religious society like ours. I think the time has come perhaps for all racial parties to be deregistered, that will include unfortunately even PAS. We have to be practical, we have to be practical, if we want a united country then we must have parties which are multi-racial.
(Jawapan: Ia boleh, memang, seperti saya katakan sebelum ini. Bergerak di atas garis-garis keagamaan, perkauman, adalah satu perkara yang sangat membahayakan di dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama seperti masyarakat kita. Saya fikir masanya mungkin sudah tiba bagi semua parti perkauman untuk dibatalkan pendaftarannya, ini malangnya merangkumi PAS juga. Kita perlu bersikap praktikal, kita perlu bersikap praktikal, jika kita mahu sebuah negara yang bersatu-padu maka kita mesti mempunyai parti-parti yang berbilang kaum.)
Question: Were you once with the Bar Council?
(Soalan: Adakah kamu pernah bersama Persatuan Peguam?)

Answer: Yes, I was in the Bar Council in the 1970s until I protested against the ESCAR, the Essential Security Cases Regulations.
(Jawapan: Ya, saya berada di dalam Persatuan Peguam pada 1970-an sehingga saya membuat protes kepada ESCAR, the Essential Security Cases Regulations.)

Question: Penang?
(Soalan: Pulau Pinang?)

Answer: No, I was a member from Kedah. Oh no, sorry, I was elected at that time from the floor. I was a member from Kedah earlier.
(Jawapan: Bukan, saya adalah seorang ahli dari Kedah. Oh tidak, maaf, saya telah dipilih pada waktu itu oleh ahli, saya adalah seorang ahli dari Kedah sebelum itu.)


Question: Now?
(Soalan: Sekarang?)

Answer: And what had happened then was that Legal Profession Act was amended to exclude me from the Bar Council, deliberately done for the purpose, an amendment was brought to the Legal Profession Act to disallow the members of, rather elected representatives, which is Members of Parliament and State Assemblymen, I was State Assemblyman at that time, from holding office in the Bar Council, so I was legislated out of the Bar Council.
(Jawapan: Dan apa yang berlaku selepas itu ialah Akta Profesion Guaman telah dipinda bagi mengeluarkan saya dari Persatuan Peguam, dibuat khusus untuk tujuan itu, satu pindaan telah dibuat ke atas Akta Profesion Guaman bagi menghalang ahli-ahli, sebenarnya wakil-wakil rakyat yang dipilih, iaitu Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, saya adalah Ahli Dewan Undangan Negeri pada waktu itu, dari memegang jawatan dalam Persatuan Peguam, jadi saya telah ditendang keluar dari Persatuan Peguam secara perundangan.)

Question: Until now?
(Soalan: Hingga sekarang?)

Answer: Yes, the amendment is still there.
(Jawapan: Ya, pindaan itu masih di situ.)


Question: You said earlier that any association formed with the religious line is dangerous for the country, how about PAS?
(Soalan: Kamu menyatakan sebelum ini bahawa mana-mana pertubuhan yang bergerak di atas garis keagamaan adalah membahayakan kepada negara, bagaimana dengan PAS?)
Answer: That was what I said, unfortunately includes PAS.
(Jawapan: Itulah yang saya katakan pun, malangnya merangkumi PAS.)


Question: So are you suggesting that…
(Soalan: Adakah kamu bermaksud bahawa…)

Answer: I didn’t say that, I called it like this, yes.
(Jawapan: Saya tidak berkata begitu, saya panggil ia seperti ini, ya.)


Question: So you were saying even PAS…
(Soalan: Jadi kamu berkata walaupun PAS…)

Answer: Even PAS I think should open its door to all races.
(Jawapan: Walaupun PAS saya fikir perlu membuka pintunya kepada semua kaum.)




Question: But PAS will not be happy with your statement, they are part of your Pakatan Rakyat, right?
(Soalan: Tetapi PAS tidak akan gembira dengan kenyataan kamu, mereka adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat kamu, bukan?)

Answer: They may be part of the Pakatan Rakyat but it does not mean we cannot say things which are in the interest of the country.
(Jawapan: Mereka mungkin sebahagian daripada Pakatan Rakyat tetapi ini tidak bererti kita tidak boleh memperkatakan perkara-perkara yang berada di dalam kepentingan negara.)


Question: Is there any complaint to the…
(Soalan: Adakah terdapat apa-apa komplen terhadap…)

Answer: I think PAS already have some sort of non-Muslim, there are some arrangement, isn’t it? If I am not mistaken, the supporters group or something, I think they do have, although a handful, but they are not members of PAS, not direct members. Ban all racial political parties, what’s the problem?
(Jawapan: Saya fikir PAS telah mempunyai satu kumpulan bukan Islam, ada persetujuan, bukan begitu? Jika saya tidak silap, kumpulan penyokong-penyokong atau sesuatu, saya fikir mereka ada, walaupun sebahagian kecil, tetapi mereka bukan ahli-ahli PAS, bukan ahli-ahli terus. Haramkan semua parti politik perkauman, apa masalah?)

Question: But any conflict with this freedom of expression in the Constitution?
(Soalan: Tetapi apa-apa konflik dengan kebebasan bersuara dalam Perlembagaan?)

Answer: I don’t think so, in fact, on the other hand, I think it enhances the concept of, you know, unity, on the people.
(Jawapan: Saya tidak fikir begitu, malah, sebaliknya, saya fikir ia meningkatkan lagi konsep, kamu tahu, kesatuan, pada rakyat.)

Question: Ban all racial political parties?
(Soalan: Haramkan semua parti politik perkauman?)
Answer: Yes, ban all racial political parties.
(Jawapan: Ya, haramkan semua parti politik perkauman.)

Question: Umno?
(Soalan: Umno?)

Answer: Ya, ya, I say Umno, MCA, of course Gerakan is spared, that does not make any difference.
(Jawapan: Ya, ya, saya kata UMNO, MCA, Gerakan memang terkecuali, ia tidak membawa apa-apa perbezaan.)


Question: You were saying ban all racial political parties or ban all racial associations and groups?
(Soalan: Kamu menyatakan haramkan semua parti politik perkauman atau haramkan semua persatuan dan kumpulan perkauman?)

Answer: I am talking about political parties and of course associations like the Muslim Lawyers Association and so forth.
(Jawapan: Saya bercakap mengenai parti-parti politik dan juga persatuan-persatuan seperti Persatuan Peguam-Peguam Muslim dan sebagainya.)


Question: Professional groups?
(Soalan: Kumpulan-kumpulan profesional?)

Answer: Professionals are all, you know, ought to be multi-racial. There is no problem there, the medical, I think include all, otherwise we will have Muslim Doctors Association, and we might need to have, to allow precedents like this, it is a very serious matter the government has to look at, otherwise I think it is a serious setback, you know, to ultimate unity among the people in the country.
(Jawapan: Profesional-profesional semuanya, kamu tahu, mestilah berbilang kaum. Tiada masalah di sana, kumpulan perubatan, saya fikir termasuk semua, jika tidak kita akan ada Persatuan Doktor-Doktor Muslim, dan kita mungkin perlu ada, untuk benarkan yang terdahulu seperti ini, ia adalah satu perkara yang sangat serius kerajaan mesti lihat, jika tidak saya fikir ia adalah satu ancaman serius kepada, awak tahu, perpaduan di kalangan rakyat dalam negara ini.)


Question: You have no front in making such a statement?
(Soalan: Kamu bukan sesiapa untuk membuat kenyataan ini?)
Answer: No front?
(Jawapan: Bukan sesiapa?)


Question: Is that an unwarranted call?
(Soalan: Adakah itu satu kenyataan yang tidak wajar?)

Answer: I think a warranted call.
(Jawapan: Saya fikir ia satu kenyataan yang wajar.)


Question: You don’t see any repercussion from your statement?
(Soalan: Kamu tidak lihat satu kesan negatif dari kenyataan kamu?)

Answer: What repercussion can there be?
(Jawapan: Apa kesan negatif yang boleh timbul?)


Question: What is the danger when you say that party or professional they are on the racial line or religious line…
(Soalan: Apa bahaya bila kamu berkata bahawa parti atau profesional mereka bergerak atas garis perkauman atau garis keagamaan…)

Answer: Even Mahathir is on record as stating that ultimately there should be no racial political parties in the country, ultimately, he had said that.
(Jawapan: Mahathir sendiri pernah direkodkan sebagai berkata bahawa pada akhirnya hendaklah tidak ada parti-parti politik perkauman dalam negara ini, pada akhirnya, dia berkata begitu.)

Question: When, about when he said that?
(Soalan: Bila, lebih kurang bila dia berkata begitu?)
Answer : Long ago, when he was a Prime Minister, it was quoted in the Asiaweek.
(Jawapan: Lama dahulu, bila dia seorang Perdana Menteri, ia telah dipetik dalam Asiaweek.)


Question: Where was the danger, I mean, having so long, all the while, where was the danger behind?
(Soalan: Di mana bahaya, maksud saya, setelah begitu lama, selama ini, di mana bahaya sebelum ini?)

Answer: But having been too long doesn’t mean we can’t do it. Something must be done. It should have been done long ago. It is not too late. Especially a call like this, that they will take further action, what is all these?
(Jawapan: Walaupun setelah begitu lama tidak bermakna kita tidak boleh lakukan. Sesuatu mesti dilakukan. Sepatutnya ia telah dibuat lama dahulu. Masih belum terlambat. Khasnya satu kenyataan seperti ini, bahawa mereka akan mengambil tindakan lanjut, apa semua ini?)


Question: You are ascribing this for political parties and professional associations like the Muslim Lawyers Association?
(Soalan: Kamu menyatakan ini untuk parti-parti politik dan persatuan-persatuan profesional?)

Answer: Yes, yes. I think it is all wrong.
(Jawapan: Ya, ya. Saya fikir semua itu salah.)

Maklumat : Sebastianphiu

P/S : DAP pasti kata itu kenyataan peribadi Karpal. Yang penting, kenyataan ini bukan dibuat oleh Gurindam Singh atau Kepala Singh tetapi ia adalah kenyataan Pengerusi DAP yang telah menang dalam pemilihan CEC dan ia adalah kenyataan rasmi DAP! 


SPAD : NAIK TARAF KOC DAN LANDASAN KERETAPI UNTUK RAKYAT KELANTAN

Pada 18 Ogos lalu, SPAD telah mengumumkan untuk melaksanakan projek laluan landasan rel yang akan dimanfaat tiga negeri di pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Perancangan projek ini sememangnya terdapat di dalam pelan utama SPAD.


Kini satu lawatan telah dilakukan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar untuk meninjau perkembangan stesen baru keretapi di Gua Musang pula.
 




Stesen Kereta Api Gua Musang (Gua Musang Railway Station) yang baharu telah memulakan operasinya pada 30 Mac 2012. Lokasi stesen yang baharu terletak di Bandar Baharu Gua Musang, manakala stesen lama terletak di Bandar Lama Gua Musang.

Stesen keretapi baru Gua Musang

 
Pihak SPAD nampaknya sangat berpuas hati di mana stesen keretapi Gua Musang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengguna perkhidmatan tersebut.

Stesen keretapi Gua Musang yang lama telah dibina 82 tahun lalu merupakan nadi kepada kegiatan ekonomi bukan saja penduduk tempatan tetapi juga dari kampung-kampung kecil lain di Kelantan. Mereka menggunakan kereta api untuk membawa barang jualan mereka di Gua Musang dan kegiatan ini berterusan hinggalah hari ini. Suasana pagi di stesen keretapi Gua Musang ini dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai 'pasar basah'.


Namun, demi memberi perkhidmatan yang lebih baik, selesa dan moden dan selaras dengan hasrat plan transformasi pengangkutan awam darat kerajaan, Tan Sri telah mencadangkan agar koc yang telah berusia lebih 30 tahun dan landasan rel di pantai timur juga diberi penambahbaikan dan perlu dinaik taraf.

Walaupun kos menaiktaraf ini akan menelan belanja yang agak tinggi, namun demi keselesaan penumpang, kerajaan perlu memberi perhatian.

Jika dilihat di mana rakyat Kelantan masih mengharapkan pengangkutan kereta api untuk ke mana-mana sahaja termasuk juga penduduk tempatan yang memasarkan hasil pertanian, sewajarnya penambahbaikan ini mendapat perhatian kerajaan.

Oleh itu, kepada rakyat Kelantan amnya dan penduduk Gua Musang khasnya... inilah janji kerajaan di mana rakyat sentiasa didahulukan.