Showing posts with label En Mohd Nur Ismal. Show all posts
Showing posts with label En Mohd Nur Ismal. Show all posts

Thursday, May 19, 2016

PERJANJIAN KERETAPI LAJU KL-SINGAPURA AKAN TETAP BERLAKU


Sekian lama, rakyat Malaysia menunggu dengan penuh debaran apakah perkembangan seterusnya projek keretapi laju KL-Singapura, kini Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Razak telah memaklumkan tandatangan memorandum persefahaman (MoU) dengan rakan sejawatnya dari Singapura PM Lee Hsien Loong dijangka berlaku pada bulan Julai nanti.

Perkara ini juga telah disahkan CEO MyHSR Corporation En Mohd Nur Ismal di mana rundingan yang masih dijalankan kini berada di peringkat akhir dengan beberapa lagi isu-isu kecil. MoU yang bakal berlangsung pada bulan Julai nanti akan lebih menyeluruh termasuk teknologi, keselamatan, peraturan, dan perolehan, menentukan bagaimana kontrak akan dilaksanakan.

Di antara lain dikatakan MoU ini akan merangkumi juga perkara-perkara pokok seperti syarat-syarat pembiayaan, pembinaan dan pengendaliannya. Struktur pembiayaan untuk projek itu sedang dimuktamadkan dan pengumuman mengenai peruntukan yang dipersetujui kos dijangka selepas majlis menandatangani MoU itu.

MoU ini akan menyediakan asas untuk perjanjian dua hala mengenai projek itu, yang mungkin akan ditandatangani pada akhir tahun ini.

Pada masa yang sama, pihak MyHSR telah menyiapkan tender penasihat teknikal untuk menyokong projek dan kontrak yang akan ditandatangani dengan pembida yang menang dalam tempoh beberapa minggu akan datang. 



Seperti yang pernah dijangkakan Pengerusi S.P.A.D. Tan Sri Syed Hamid Albar, pihak Suruhanjaya yang dilantik sebagai fasilitator bagi pihak kerajaan Malaysia telah membuat persediaan kerjasama perkongsian dengan beberapa negara yang berminat seperti Jepun dalam aspek latihan untuk rakyat Malaysia.

Bukan saja rakyat Malaysia teruja dengan projek HSR ini malahan keseronokannya juga dirasai di seluruh dunia. Dilaporkan bahawa kerja-kerja pembinaan di HSR dijadual bermula pada 2017 dan siap pada 2022.

Kita tonton apa pula pandangan YBerbahagia Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa; 


Saturday, May 16, 2015

SPAD BANGGA BILA PRASARANA BERJAYA TEMBUSI MEKAH



Prasarana baru-baru ini dianugerahkan kontrak tiga tahun bernilai 807 juta riyal oleh Kementerian Perbandaran dan Hal Ehwal Luar Bandar Arab Saudi untuk mengendali dan menyelenggarakan laluan Metro Al Mashaaer Al Mugaddasah-Makkah sedia ada yang beroperasi secara khusus semasa musim haji.

Inilah hasrat Perdana Menteri kita yang ingin melihat syarikat tempatan setaraf dengan pengangkutan bertaraf dunia dan diiktiraf dunia.

Menembusi pasaran di Makkah bukan sesuatu yang mudah apabila yang pasti membida kontrak ini terdiri daripada syarikat-syarikat bas yang bertaraf dunia dengan menawarkan perkhidmatan yang sangat kompetitif dan berkesan.

Sekaligus, pengiktirafan dunia diberi kepada negara kita dan lebih membanggakan ia adalah sebuah syarikat tempatan.

Ditubuhkan pada 1998 dan beroperasi sejak 2002, Prasarana adalah pemilik aset dan pengendali dua rangkaian pengangkutan negara iaitu LRT dan KL Monorail selain perkhidmatan bas RapidKL, RapidPenang serta RapidKuantan.

Ketika bercakap dengan wartawan di majlis prapelancaran bas dua tingkat RapidKL Prasarana,Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal menyeru agar lebih banyak syarikat tempatan mengambil pendekatan Prasarana untuk meyakinkan pasaran antarabangsa bahawa Malaysia mampu setanding perkhidmatan dunia lain.

Syarikat tempatan juga perlu terus mencontohi langkah Prasarana untuk membangun dan memperbaiki pengendalian sistem pengangkuta mereka, tetapi juga aspek penyenggaraan dan baik pulih serta reka bentuk kenderaan pengangkutan awam.

Pengiktirafan demi pengkitirafan dari kerajaan terhadap pengendali-pengendali industri pengangkutan tempatan adalah langkah pertama yang diusahakan SPAD dalam membantu mereka menembusi pasaran dunia.

Kita bukan saja ingin menjadi jaguh di negara sendiri, malahan perlu meletakkan kemampuan perkhidmatan pengangkutan di peta dunia juga. Diharap lebih banyak syarikat-syarikat pengendali tempatan berani ke hadapan di pentas dunia.

Pada akhir tahun lalu, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) juga telah memenangi bida Makkah Metro mengalahkan saingan operator rel bertaraf dunia daripada Turki dan Korea.

Wednesday, July 30, 2014

PEJABAT SPAD DI SERATA NEGARA

Lawatan kerja ke pejabat SPAD di UTC Ipoh pada 3 Nov 2013

Pada 26 Jun 2014, portal berita online telah menulis satu gesaan telah dibuat oleh salah seorang ahli jawatankuasa pengangkutan awam negeri Perak untuk menubuh pejabat di negeri-negeri di Malaysia.

Kini ini adalah jawapan dari CEO SPAD, En Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal;

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin merujuk kepada "Set up state branches, SPAD urged" - oleh P.Chandra Sagaran.


Setelah beroperasi sepenuhnya sejak Jan 31, 2011, SPAD mula menubuhkan pejabat-pejabat negeri di seluruh Semenanjung Malaysia pada tahun 2012.


Setakat ini, SPAD telah menubuhkan 13 pejabat di seluruh negara di Kelana Jaya (Petaling Jaya), Pulau Pinang, Alor Star, Melaka, Muar, Langkawi, Kuantan, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Seremban dan Machang.
Terkini di Kelana Jaya

Pada akhir tahun 2015, SPAD akan membuka tiga lagi pejabat-pejabat negeri di Johor Baru, Kota Baru dan Seremban.
Cawangan Ipoh di UTC Perak di Jalan Dato 'Onn Jaafar dan telah ditubuhkan pada bulan Februari 2013.


Terdapat lapan pegawai yang mengendalikan pejabat dan fokus utama adalah kepada menyediakan perkhidmatan kaunter kepada pemegang lesen untuk melakukan transaksi pelesenan dan projek yang berkaitan, sebagai contoh, permohonan baru, perubahan, pembaharuan lesen, kad pemandu, permohonan baucer Tr1Ma, Bas Sekolah Skim insurans dan lain-lain. Talian untuk cawangan ini adalah 05-2413 585.
Di samping itu, SPAD komited untuk memperbaiki sistem infrastruktur pengangkutan awam di seluruh Malaysia dan walaupun ketika ini pejabat Suruhanjaya tidak lagi berada di semua negeri, namun terdapat mekanisme dengan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengangkutan Awam di setiap negeri, yang dipengerusikan oleh Pengarah Negeri UPEN.
Setiap jawatankuasa mempunyai perwakilan daripada semua pihak berkuasa negeri dan tempatan seperti Jabatan Perancangan Bandar Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, PDRM dan Majlis Perbandaran Tempatan bersama-sama dengan SPAD berkhidmat sebagai urusetia jawatankuasa tersebut.
Jawatankuasa Teknikal Pengangkutan Awam menyediakan mekanisme untuk penyelarasan pengangkutan awam darat.
Kini terdapat komunikasi dua hala antara wakil-wakil tempatan di peringkat kerajaan negeri dan pembuat dasar di SPAD, membolehkan perancangan sistematik dan pelaksanaan penambahbaikan pengangkutan awam di setiap negeri.
Sebagai sekretariat jawatankuasa, SPAD memastikan Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat setiap negeri dirancang dan dilaksanakan, dan pelan penambahbaikan pengangkutan awam, dengan bajet dan tempoh masa, juga dibangunkan dan dipantau.

Saturday, January 25, 2014

KEMPEN HAD LAJU 90KM/JAM ... SPAD SERIUS TANGANI KESELAMATAN JALAN RAYA

Kita semua maklum didalam kebanyakan kemalangan jalanraya yang berlaku, puncanya adalah apabila pemandu sesebuah kenderaan memandu dengan had laju yang berlebihan. Oleh itu, SPAD sebagai badan yang melaksana penguatkuasaan undang-undang telah memandang serius keselamatan penumpang ketika berada di dalam pengangkutan awam terutamanya bas dan dengan itu, SHE iCOP ini sangat penting.

Baru-baru ini, SPAD telah melancarkan Kempen Kesedaran dan Pematuhan SPAD ICOP - Keselamatan untuk pengendali bas dan kenderaan barangan dan ia adalah merupakan sebahagian daripada garis panduan yang terkandung dalam SPAD iCOP.

Pemilik Sani Ekpres (kiri) bersama-sama Tan Sri Hamid dan En Nur Ismal

Pemilik Century Trucks Sdn Bhd (kanan) bersama-sama Tan Sri Syed Hamid

Tujuan kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pematuhan terhadap had laju kenderaan 90 km/j sebagai syarat lesen pengendali yang telah ditetapkan kepada bas dan kenderaan barangan. 

SPAD iCOP telah dilancarkan pada Disember 2012 dan hanya 10% pengusaha di mana seramai 3,000 pemandu yang telah dilatih. Latihan ini bukan sahaja meliputi pemandu-pemandu bas tetapi telah menarik kesedaran Persatuan Pemandu Truck di mana mereka akan menubuhkan Truckers Club untuk melatih pemandu-pemandu kontena.

Selaras dengan tujuan latihan SPAD iCOP ini, SPAD melihat pemandu yang tidak dilatih untuk berdisplin dan memikirkan keselamatan sebagai unsur atau elemen terpenting, tidak akan membantu menambahbaik sistem pengangkutan awam di Malaysia.

Di bawah program SPAD-ICOP, tindakan tegas yang akan diambil ke atas pengendali yang tidak mematahui had laju di mana kesalahan pertama akan diberi surat amaran, kesalahan kedua akan dikenakan satu bulan penggantungan permit kenderaan dan kesalahan ketiga pula akan dikenakan tiga bulan penggantungan permit kenderaan dan kesalahan keempat, SPAD akan membatalkan terus permit kenderaan.

Menurut En Mohd Nur Ismal - CEO SPAD, kempen ini adalah satu permulaan untuk memberi kesedaran agar pengusaha-pengusaha maklum akan peraturan yang telah ditetapkan. Mengambil contoh penggunaan GPS, sekiranya ada GPS tetapi tiada pemantauan maka ia tidak akan memberi sebarang kesan. Oleh itu, setiap syarikat perlu ada pegawai keselamatan, mesyuarat keselamatan pada setiap bulan dan ini merupakan sebahagian dari keperluan untuk memenuhi SPAD iCOP.

Adalah menjadi harapan agar melalui kempen had laju 90km/jam ini dijadikan agenda keselamatan sebagai keutamaan nombor satu setiap pengendali pengangkutan awam darat.

Di samping itu ia juga diharap dapat menerapkan nilai-nilai moral untuk membantu mengatasi masalah dan kelemahan amalan keselamatan bagi pengendali pengangkutan awam darat dan menjadikan amalan keselamatan sebagai budaya dan norma industri pengangkutan awam dan seterusnya dapat mengurangkan kecederaan dan kematian yang melibatkan pengguna dan pekerja pengangkutan awam.

Wednesday, December 25, 2013

SPAD: PROJEK PERINTIS PERKHIDMATAN BAS KONTRAK... PENYELESAIAN KEKAL

PROJEK PERINTIS

Dalam usaha mempertingkatkan keselesaan dan kesejahteraan rakyat melalui penambahbaikan sistem pengangkutan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan melaksanakan projek perintis perkhidmatan bas kontrak pertama di negara ini bagi 19 kawasan dan laluan terpilih di semua negeri Semenanjung Malaysia. Semua negeri memiliki sekurang-kurangnya satu kawasan perintis kerana itu ia memerlukan pembabitan kerajaan negeri di kawasan setempat.

Ini adalah satu projek perintis yang menjadi tanda komitmen kerajaan dalam menangani isu-isu pengangkutan awam yang telah banyak dibangkitkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.


Menerusi projek perintis ini, pengendali perkhidmatan bas swasta perlu membida tender bagi kontrak laluan yang ditawarkan dan jika berjaya, pengendali akan menerima bayaran secara tetap bagi setiap kilometer perkhidmatannya mengikut tahap perkhidmatan dipersetujui bersama. 


Mohd Nur Ismal

Menurut Ketua Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, sistem perintis itu adalah penyelesaian kekal kepada masalah kerugian dalam kalangan operator bas swasta kerana kurang penumpang, tidak berkualiti dan laluan tidak menyeluruh dan pihak SPAD membentangkan model itu kepada kerajaan tidak lama lagi dan jika diluluskan, pihaknya bersedia melaksanakan projek perintis itu bermula bulan depan.

Walaupun secara kasar memang sistem ini dilihat membebankan kerajaan dengan kerugian yang ditanggung operator bas, tetapi manfaatnya adalah lebih besar mengatasi bebanan itu di mana ia mampu membantu kerajaan meraih penguasaan 40 peratus perkhidmatan awam di Kuala Lumpur, mengurangkan kenderaan, pencemaran, menggalakkan aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan baru dan membantu pengguna daripada keperluan memiliki kereta. Justeru, ini akan menjana potensi ekonomi yang lebih baik.

INSYAALLAH, dengan komitmen yang jitu dari pihak kerajaan, mudah-mudahan cita-cita dalam usaha membangun dan menaiktaraf perkhidmatan bas dapat direalisasikan bersama.

Kepada pengendali-pengendali pengangkutan awam yang terpilih, diharap mereka memberi komitmen tinggi dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan meletakkan standard yang tinggi dari segi pengurusan operasi selaras dengan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran yang telah telah diperkenalkan.

Tuesday, November 26, 2013

KERUSI PANAS CEO SPAD .... BAHAGIAN 1

"Sekarang kamu di kerusi panas dalam kerajaan... ," 
begitulah kata-kata yang pernah diterima En Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang telah menerima jawatan ini semenjak 3 June, 2010.

Orangnya mudah tersenyum, tetapi disebalik senyuman itu terdapat ketegasan dan seorang yang berfakta. Bila berbual dengannya, setiap kata-kata beliau adalah berpandukan data dan penyelidikan yang diperolehi.

Mengibas kembali permulaan kariernya, setelah menamatkan pengajiannya di Amerika, sebagai anak muda yang berwawasan, beliau juga tidak ketinggalan mencapai keinginan seperti graduan-graduan lain dari luar negara iaitu ingin menceburkan diri di dalam industri pelaburan. Beliau memilih Chicago dan bukan Wall Street kerana persaingannya terlalu hebat.

Beliau memulakan kariernya di CNA Financial Corporation, di dalam perbankan pelaburan dan telah menimba pengalaman selama 10 tahun .

Walaupun beliau telah berada di Chicago terlalu lama, namun keinginannya untuk kembali ke tanah air tidak pernah dilupakan. Imbuhan dan komitmen terlalu tinggi menyebabkan kepulangan beliau ke tanah air agak tergendala pada ketika itu.

Beliau telah mengambil keputusan untuk menyambung semula pengajian dan mendapat MBAnya di Kellog. Setelah tamat pengajian, beliau menyedari trend perubahan karier yang sedang berlaku ketika itu ialah dari perbankan pelaburan ke perunding pengurusan. Ini bermakna beliau telah beralih dari bekerja di kerusi empok ke berhubung rapat dengan pelanggan. Bagi En Mohd Nur ini adalah satu pengalaman yang sangat mencabar tetapi sangat memuaskan di mana; pelanggan "menemui anda, mencurahkan hasrat mereka dan mengharapkan masalah mereka diselesaikan." Bagi beliau ia sangat memuaskan.

En Mohd Nur rasakan beliau perlu kembali ke tanahair dan pabila mengetahui AT Kearney, pengurusan tertinggi syarikat
perunding di mana beliau bekerja akan mengembangkan perniagaan ke Asia, beliau pun menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang. Beliau telah berkhidmat selama 3 tahun di Singapura untuk pelbagai pelanggan, dari sektor Perkhidmatan Kewangan sehingga mikroeletronik. Kebanyakan masanya berada di Singapura dan Bangkok sehingga apartment milik beliau di Bangsar diduduki hanya selama 12 hari dalam setahun.

Setelah beberapa ketika, En Mohd Nur meletak jawatan dan berehat selama 1 tahun. Beliau menghabiskan masa di Las Vegas, berfikir samada untuk kembali ke tanahair semula. Di Las Vegas tidak membawa kejayaan dan akhirnya beliau kembali ke tanahair. Sekembalinya ke tanahair, beliau tidak pasti untuk memilih pekerjaan, dan seterusnya memilih untuk bekerja di Accenture, hanya kerana syarikat ini sahaja yang mempunyai kontrak terbanyak di Malaysia ketika itu. Malaysia berada di dalam keadaan yang sukar ketika itu, dan sehingga beliau terpaksa menjelajah sehingga ke Selatan Korea.

Ketika inilah beberapa bos dari DRB Hicom mempelawa beliau untuk menyertai organisasi tersebut. Inilah kali pertama beliau memainkan peranan "defense" bila menyertai di dalam GLC di mana sepanjang karier beliau selalunya beliau berperanan "offence". Sekarang beliau diberi peranan mempertahan dasar-dasar kerajaan.

Menyedari yang selama ini beliau telah mendapat pendapatan yang sangat tinggi, hidup mewah dan mampu membeli apa saja yang dikehendaki tetapi rupa-rupanya beliau mengkhendaki sesuatu yang lebih daripada kariernya.

Datuk Seri Mustapa Mohamed, ketika itu Menteri Pengajian Tinggi telah mempelawa beliau menyertai kementerian tersebut. Namun bagi beliau walaupun tidak ada pengetahuan yang mencukupi di dalam bidang pengajian tinggi, ia tetap satu cabaran baru. Ketika itu kementerian sedang memperkenalkan satu plan strategik untuk pengajian tinggi. En Mohd Nur telah menekankan bahawa kandungan pelan induk tersebut tidak mencukupi untuk rakyat Malaysia yang layak mendapatkannya. Beliau telah meyakinkan kementerian supaya membuat semula keseluruhan plan tersebut dan ini menyebabkan beliau menjadi kurang popular ketika itu. Plan yang telah diperbaharui juga tidak berkesan.
 
Kementerian telah mengarahkan beliau merubah sekali lagi. Di sinilah beliau dan ahli jawatankuasa kementerian telah memperkenalkan Plan Tindakan Kebangsaan untuk universiti yang telah mengaplikasi 'egalitariansima' iaitu prinsip kesamaan politik, ekonomi, sosial dan hak asasi untuk semua rakyat di antara universiti-universiti dan membenarkan institusi-institusi menentukan hala tuju masing-masing.

En Mohd Nur kemudian menyertai Kementerian Pengangkutan dan Datuk Seri Ong Tee Kiat adalah menterinya. Beliau bertanya kepada dirinya, "Apa yang beliau tahu mengenai pengangkutan?".

Ketika itu juga, Datuk Seri Idris Jala telah menyertai PEMANDU dan beliau sekali lagi dikehendaki menyertai kumpulan ini untuk 5 bulan sahaja, dengan tugasan fokus kepada NKRA pengangkutan bandar. Dato Seri Idris Jala telah menawarkan beliau satu jawatan di dalam PEMANDU tetapi beliau difahamkan bahawa Perdana Menteri tidak bersetuju. Beliau secara bergurau meyatakan yang sebenarnya PM tidak berapa mengkhendakinya tetapi sebaliknya telah berlaku di mana Perdana Menteri memerlukan beliau untuk satu jawatan yang lain. Jawatan ini sebenarnya bukanlah satu jawatan yang digemari ramai. Dari mula lagi beliau melihat ini adalah satu misi yang mustahil dan bersedia menghadapi di mana semua pihak tidak akan berpuas hati.

Beliau telah nekad, apa saja yang bakal dihadapi ketika di dalam kontrak sebagai Ketua SPAD, beliau akan hadapinya dan sekurang-kurangnya beliau dapat membuat perubahan walaupun kecil.

Berbekalkan pengalaman beliau selama ini sebagai penganalisa dan perunding ekonomi di Amerika, perkara utama yang diberikannya di SPAD ialah membuat setiap tindakan berdasarkan data yang diperolehi setelah setiap maklumbalas diperolehi dan dikaji. Mereka hanya akan memaklumkan kepada rakyat data yang diperolehi supaya mereka lebih mudah memahami.

Kesungguhan, ketegasan, berpengatahuan dan seorang yang sangat teliti di dalam menerajui SPAD, dalam jangka waktu yang singkat, beliau  telah berjaya membawa SPAD mendapat pengiktirafan dunia apabila pada bulan Mei lalu, Malaysia memenangi the Asia Pacific Political Commitment Award oleh the International Association for Public Transport (UITP), Geneva. Kemenangan ini telah membuktikan kepada dunia bahawa kerja keras dan komitmen SPAD untuk melaksana dan merealisasikan satu mercu tanda projek pengangkutan untuk Malaysia di bawah GTP dan ETP seperti, perkhidmatan bas GoKL didalam kawasan pusat perniagaan, 2 peringkat sistem teksi KLIA, Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) serta Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF).

Pada masa yang sama, En Mohd Nur juga telah dilantik sebagai Naib Pengerusi,  Jawatankuasa Eksekutif Asia Pasifik(APExC) bagi  International Association of Public Transport (UiTP).

Perdana Menteri sangat berterima kasih dan berbangga dengan pencapaian SPAD terutamanya En Mohd Nur, dan satu keputusan yang sangat tepat apabila kontrak En Mohd Nur disambung semula selama 3 tahun agar perkembangan dan perancangan strategik sistem pengangkutan awam dapat diteruskan dengan lancar bagi merealisasi agenda transformasi kerajaan.