Monday, May 07, 2018

#PRU14 : HANYA PEMIMPIN YANG BERWAWASAN SAJA MAMPU MEMBANGUNKAN KETEREH



Jika ditanya kepada calon pembangkang terutama dari pakatan yang diterajui Dr Mahathir, visi mereka bertanding di sesuatu kawasan hanyalah untuk menang dan begitu malang sekali apabila tidak ada satu pun pelan pembangungan yang mereka mampu ketengahkan. Rata-rata hanya ingin menghasut rakyat membenci usaha kerajaan Barisan Nasional.

Berbeza sekali dengan calon-calon yang diketengahkan Barisan Nasional seperti Tan Sri Annuar Musa yang bertanding mempertahankan Parlimen Ketereh di Kelantan. Pelan pembangunan untuk Ketereh yang bersandarkan ‘Koridor Ilmu, Rakyat Bersatu Ketereh Maju’ dan memahami apa kehendak masyarakat setempat, Tan Sri Annuar berhasrat membawa Parlimen Ketereh lebih jauh dan lebih maju daripada yang ada sekarang.



 

Mendalami setiap pelusuk Parlimen Ketereh yang terdiri dari 3 DUN iaitu Kok Lanas, Melor dan Kadok, kawasan parlimen yang berada di tengah-tengah rangkaian ECRL mampu menjadi 'game changer' sepertimana yang dihasratkan Tan Sri Annuar. Satu bandar baru perlu diwujudkan, maka segala kemudahan sosial perlu ditambah dan dinaik-taraf.

Dari sebuah klinik Ketereh memerlukan hospital, dari mesin ATM bank perlu ada, dari kedai-kedai kecil Ketereh perlukan pasar raya. Oleh itu, Tan Sri Annuar berpandangan hanya dengan menjadikan Ketereh sebagai koridor ilmu dengan mewujudkan MRSM, Giat Mara, Ulul Albab dan pelbagai lagi institusi ilmu yang mampu meningkatkan kuasa membeli dan menjadikan parlimen ini lebih dinamik dan lebih maju.

Dalam pada itu, Tan Sri Annuar juga telah memperincikan ketiga-tiga DUN di bawah Parlimen Ketereh. DUN Kok Lanas akan fokus kepada elemen keusahawanan dan perniagaan, DUN Melor dijadikan kawasan kejiranan yang berasaskan pembangunan ilmu dan pendidikan manakala DUN Kadok, ia akan dibangunkan sebagai kawasan yang berasaskan kesenian dan sukan.

Menariknya, Tan Sri Annuar ingin menaik-taraf stadium yang sediada ini dengan menyediakan padang sintetik dan stadium bertaraf antarabangsa dalam saiz sederhana. Sebuah pusat budaya juga bakal dihadiahkan kepada warga Ketereh dan pasti mampu memberi tarikan pelancong dan secara langsung dapat menggalakkan penubuhan kelab-kelab pemuda seperti boksing, dikir, silat, dan sebagainya.

Di dalam merealisasikan moto kempen Parlimen Ketereh - Koridor Ilmu, Rakyat Bersatu Ketereh Maju, Tan Sri Annuar menggalakkan pengembangan kepada tiga cabang. Pertama kecemerlangan akademik dan semua peringkat persekolahan yang bermula dari pra-sekolah sehingga ke menengah atas akan menjadi sekolah cemerlang dengan persekitaran yang dapat membantu.

Kedua, ilmu dan aktiviti keagamaan dan di DUN Kadok akan diadakan Darul Quran berpusat di Kampung Chengal di mana satu rangkaian pembelajaran al-Quran di adakan di setiap mukim. Ia tidak akan terhenti di situ saja, masjid-masjid di Parlimen Ketereh akan ditingkatkan keselesaan masjid dan jawatankuasa masjid pula berpeluang meningkatkan ilmu mereka dengan menawarkan pembiayaan kepada imam yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat paling tertinggi sehingga Master ataupun Phd.

Ketiga, cabang ilmu keusahawanan yang pasti diadunkan dengan keperluan kemajuan ilmu dari segi agama.

Sebagaimana yang kita ketahui, Kelantan adalah kubu kuat PAS dan adakalanya BN kalah di Ketereh. Tetapi bagi Tan Sri Annuar, fahaman politik yang berbeza tidak bolah dijadikan halangan untuk membawa parlimen Ketereh terus mundur dari pelbagai kemajuan dan pembanguan. Maka, pendekatanTan Sri Annuar adalah, demi kebaikan bersama, warga Ketereh perlu bersatu dan disatukan dengan menerapkan elemen tidak pilih kasih.

Malahan, apa yang ingin dihadiahkan kepada warga Ketereh ini terkandung dalam teras manifesto BN di peringkat nasional dan disebut, sepanjang prasarana utama akan dibangunkan bandar-bandar baharu dan hijau di sepanjang Centre Spin Road.




Tan Sri Annuar bukan muka baru di persada politik dan juga pentadbiran. Beliau telah berkhidmat kepada 2 Perdana Menteri yang lalu. Oleh kerana Kelantan telah diperintah parti pembangkang dari PAS selama berdekad lamanya, kini di bawah kepimpinan PM Najib Razak yang berjanji tidak seorang rakyat Malaysia akan ditinggalkan ditambah pula dengan pengalaman luas Tan Sri Annuar, segala yang dijanji dan dirancang, mampu merealisasikan manifesto khas Ketereh ... Koridor Ilmu, Rakyat Bersatu Ketereh Maju. Berbanggalah warga Ketereh! 

No comments: