Saturday, November 09, 2013

@SPADChannel : BERTAMBAH LAGI PERMATA DI KALANGAN MEREKA ... TAHNIAH!

Berita gempar beberapa hari lalu di mana seorang kanak-kanak telah diculik kini telah pun ditemui semula .... Alhamdulillah dan berita seterusnya DI SINI

Yang lebih dibanggakan ialah kanak-kanak tersebut telah dijumpai oleh seorang pemandu lori dan seorang pemandu teksi yang kebetulan telah melalui laluan di Taman Tasik Ttitwangsa.






Pemandu lori, Hamid Md Isa, 57, yang juga pesara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pemandu teksi Haris Mohd Nor, 48, adalah contoh kebanggaan rakyat Malaysia.

Walaupun kita sering mendengar dan menyaksikan pelbagai rungutan rakyat mengenai pemandu-pemandu teksi dan pemandu-pemandu lori yang tidak menghiraukan peraturan dan undang-undang, kini terbukti masih ada permata di kalangan mereka.

Tanpa menoleh kiri dan kanan, En Hamid dan En Haris perlulah diberi penghargaan di atas sikap tanggungjawab kemanusiaan mereka.

Kebetulan, SPAD sedang mencari-cari calon-calon permata ini untuk diketengahkan di Anugerah Pengangkutan Awam Darat 2013. Maka, nampaknya bertambah lagi 'success stories' untuk dikongsi kepada rakyat.

Kepada En Hamid dan En Haris, kamu telah memberi satu harapan serta kebanggaan di kalangan pemandu-pemandu teksi dan lori dan kamu telah meletakkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap mereka.

Maka, jelaslah nila yang setitik di kalangan pemandu-pemandu teksi dan lori ini sebenarnya memang hanya setitik dan janganlah kerana mereka permata yang bernilai turut ditenggelami mereka.

SYABAS DAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI!

 

No comments: