Friday, November 15, 2013

@SPADChannel : BAS SEKOLAH LEBIH 30 TAHUN ... PERSATUAN JANGAN SEKAT REZEKI AHLI!!!

Perlu tak ditukar?


Sekali lagi Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof telah mendakwa SPAD tidak mengamalkan dasar untuk membantu pengusaha bas sekolah haram di negara ini, sebaliknya hanya terus membebankan mereka.

Alasannya, syarat untuk mendapat permit pengusaha perlu mempunyai modal sekurang-kurangnya 30 peratus daripada nilai kenderaan dan hanya kenderaan baru dibenarkan membawa pelajar sekolah.

Apa pula maklumbalas SPAD?
Kuala Lumpur: Tiada undang-undang mahupun syarat ditetapkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menyusahkan pihak industri, bahkan semuanya bertujuan untuk memastikan hanya perkhidmatan berkualiti ditawar kepada pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata, mana-mana pengendali pengangkutan awam seharusnya sedar bahawa peraturan yang dikuat kuasa semata-mata untuk mengubahnya ke arah lebih baik.

“Syarat pelesenan misalnya dibentuk untuk menentukan perkhidmatan yang memuaskan dapat diberi kepada pengguna, malah peningkatannya dilaksana secara berperingkat selaras ciri transformasi pengangkutan awam darat.

 “Kita tak buat untuk susahkan, tapi kalau pengusaha sendiri fikirkan ada syarat yang mengarut atau menyusahkan, datang berjumpa SPAD dan kami sentiasa bersedia untuk mendengar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar semalam mengenai reaksi Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) yang menyifatkan syarat memastikan pengusaha perlu mempunyai modal sekurang-kurangnya 30 peratus daripada nilai kenderaan sebelum layak diberi permit sebagai tidak masuk akal. Presidennya Mohd Rofik Mohd Yusof dilapor berkata, SPAD juga menetapkan pengusaha supaya menggunakan bas baru berbanding kebanyakan mereka yang mempunyai bas berusia, yang sekali gus menggalakkan mereka beroperasi secara haram.

Mengulas itu Mohd Nur Ismal berkata, pihaknya tidak mensyaratkan semua pengusaha bas sekolah supaya menggunakan bas yang baru, sebaliknya mereka masih lagi diberi peluang memaksimumkan penggunaan bas yang berusia di bawah 20 tahun.

“SPAD tak paksa guna kenderaan baru, cuma apabila hendak melesenkan bas sekolah, hanya yang berusia di bawah 20 tahun saja dibenarkan dan bas ini apabila sudah dilesenkan boleh diguna pakai sehingga usianya 30 tahun.

“Tak ada yang susah pun. Tak nampak mana yang membebankan pengusaha dari segi ini. Dalam tempoh ini juga hampir 100 peratus permohonan permit pengusaha bas sekolah diluluskan,” katanya. - MyMetro

Kepada Mohd Rofik Mohd Yusof, kenyataan Tan Sri Hamid mengenai lebih 50,000 bas sekolah tidak berdaftar dengan SPAD adalah merupakan kenyataan untuk memaklumkan kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah agar jangan lepaskan peluang yang diberikan kepada mereka oleh kerajaan.

Jika ingin mengetahui skim yang dimaksud menyusahkan oleh Mohd Rofik... sila rujuk DI SINI.

Sebagai Pengerusi Persatuan, Mohd Rofik sepatutnya mengalu-alukan cadangan kerajaan ini kerana jika diteliti penerangan CEO SPAD, jelas menunjukkan yang kerajaan sedang membuka peluang kepada pengusaha-pengusaha bas sekolah untuk menjalankan perniagaan mereka dengan lebih baik dan seterusnya memberi keyakinan kepada ibubapa bahawa keselamatan dan keselesaan anak-anak mereka terjamin dan mendapat perhatian kerajaan.

Cuba kita bayangkan bas yang telah berusia lebih 30 tahun... mungkin cantik di luar tetapi apakah kita selalu memerhatikan enjin bas tersebut?

Bas-bas sekolah ini juga tidak hanya digunakan untuk membawa kanak-kanak sekolah di waktu hari persekolahan malahan bas-bas ini juga digunakan sebagai pengangkutan tambahan di waktu-wakut musim cuti perayaan atau sebagai bas carter dan pelancungan. Sekali lagi, bayangkan jika bas-bas sekolah ini telah berusia lebih 30 tahun, adakah kita akan berasa selamat dan selesa?

Paling ngeri apabila kita ketahui, bas yang berusia lebih 30 tahun akan membawa kita mendaki Genting Highland.... bayangkan!

Sepatutnya Mohd Rofik memberi penerangan menyeluruh dan berpandangan jauh sebagai Presiden Persatuan di mana, tujuan SPAD meletakkan syarat bukan untuk membebankan tetapi untuk pengusaha-pengusaha lebih bersedia dan melengkapkan kenderaan mereka. Ini juga satu peluang pertambahan pendapatan perniagaan mereka di mana bas-bas sekolah ini diguna hingga ke maksimum dan  tidak hanya bergantung kepda musim-musim sekolah sahaja.

SPAD telah membuka peluang untuk berdialong, maka apakah Mr Presiden akan menolak peluang ini dan terus-terusan membuat kenyataan yang bakal mengelirukan ahli-ahlinya dan mungkin bakal menyekat peluang yang lebih baik untuk ahli-ahlinya?

No comments: