Monday, November 18, 2013

SPAD : NAIK TARAF KOC DAN LANDASAN KERETAPI UNTUK RAKYAT KELANTAN

Pada 18 Ogos lalu, SPAD telah mengumumkan untuk melaksanakan projek laluan landasan rel yang akan dimanfaat tiga negeri di pantai timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Perancangan projek ini sememangnya terdapat di dalam pelan utama SPAD.


Kini satu lawatan telah dilakukan oleh Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar untuk meninjau perkembangan stesen baru keretapi di Gua Musang pula.
 




Stesen Kereta Api Gua Musang (Gua Musang Railway Station) yang baharu telah memulakan operasinya pada 30 Mac 2012. Lokasi stesen yang baharu terletak di Bandar Baharu Gua Musang, manakala stesen lama terletak di Bandar Lama Gua Musang.

Stesen keretapi baru Gua Musang

 
Pihak SPAD nampaknya sangat berpuas hati di mana stesen keretapi Gua Musang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengguna perkhidmatan tersebut.

Stesen keretapi Gua Musang yang lama telah dibina 82 tahun lalu merupakan nadi kepada kegiatan ekonomi bukan saja penduduk tempatan tetapi juga dari kampung-kampung kecil lain di Kelantan. Mereka menggunakan kereta api untuk membawa barang jualan mereka di Gua Musang dan kegiatan ini berterusan hinggalah hari ini. Suasana pagi di stesen keretapi Gua Musang ini dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai 'pasar basah'.


Namun, demi memberi perkhidmatan yang lebih baik, selesa dan moden dan selaras dengan hasrat plan transformasi pengangkutan awam darat kerajaan, Tan Sri telah mencadangkan agar koc yang telah berusia lebih 30 tahun dan landasan rel di pantai timur juga diberi penambahbaikan dan perlu dinaik taraf.

Walaupun kos menaiktaraf ini akan menelan belanja yang agak tinggi, namun demi keselesaan penumpang, kerajaan perlu memberi perhatian.

Jika dilihat di mana rakyat Kelantan masih mengharapkan pengangkutan kereta api untuk ke mana-mana sahaja termasuk juga penduduk tempatan yang memasarkan hasil pertanian, sewajarnya penambahbaikan ini mendapat perhatian kerajaan.

Oleh itu, kepada rakyat Kelantan amnya dan penduduk Gua Musang khasnya... inilah janji kerajaan di mana rakyat sentiasa didahulukan.



No comments: