Friday, October 25, 2013

SPAD IKTIRAF KALANGAN YANG BUKAN "NILA YANG SETITIK"

Setiap hari kita dihidangkan dengan seribu satu aduan dari rakyat terhadap pengangkutan awam darat di negara kita. Topik yang terhangat adalah sikap pemandu teksi yang cuai dan engkar peraturan, pemandu lori yang bermaharajalela di jalanraya, pemandu bas yang kaki pecut.
 
Kebanyakannya  menyentuh mengenai pemandu, bagaimana pula dengan syarikat-syarikat pengendalinya?

Kadang-kadang kita terfikir, apakah mereka-mereka yang terlibat dengan pengangkutan awam ini semuanya terdiri dari golongan yang terletak dalam kategori cuai, tidak beretika dan  tiada displin dan dengan kata mudah, mereka adalah golongan yang memang suka melanggar peraturan dan undang-undang?

Apakah tiada seorang pun yang boleh dikatakan di antara mereka yang berhemah atau amanah ketika berada di jalanraya?

Itu aduan mengenai pemandu, bagaimana pula dengan keadaan kenderaan yang dipandu? Adakah ia bersih, selesa
dan terutama sekali adakah ia selamat?

Apakah begitu negatif sekali keadaan pengangkutan awam di Malaysia ini?

TIDAK... Pepatah Melayu ada berkata; kerana nila setitik rosak periuk sebelanga. Ramai lagi di luar sana yang terdiri daripada pengendali-pengendali pengangkutan awam darat ini yang masih mementingkan dan mengamalkan peraturan dan keselamatan serta keselesaan penumpangnya.

Menyedari dan prihatin terhadap situasi ini, maka SPAD bukan saja melaksanakan operasi penguatkuasaan tetapi demi mementingkan tanggungjawab sosial terhadap rakyat, maka pihak SPAD mengambil langkah untuk memberi penganugerahan kepada pengendali pengangkutan awam darat kategori rel, bas, kenderaan barangan dan teksi bagi mengiktiraf sumbangan dan pencapaian pihak industri.

Anugerah Pengangkutan Awam Darat 2013 bersempena Malam Penganugerahan LPT Symposium 2013 adalah untuk menggalakkan penambahbaikan dan transformasi industri pengangkutan awam darat. Di antara kategori yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut;

(i)   Pengendali Bas.
(ii)  Pengendali Kenderaan Barangan.
(iii) Pengendali Teksi.
(iv) Pemandu Teksi.
(v)  Pengendali Rel.

"SUCCESS STORIES" MEREKA...

 
Blog ini pernah menulis mengenai penghargaan yang diberikan kepada pemandu-pemandu teksi yang akur kepada peraturan dan undang-undang ketika satu operasi dilakukan.

Ini adalah satu contoh di antara beribu yang tidak berkesempatan ditemui.

Diharap kisah-kisah "success" mereka dapat dibukukan dan disebarkan sebagai poster kempen kepada rakyat agar pemandu-pemandu teksi sedemikian dijadikan contoh terbaik di kalangan "nila setitik"...

No comments: