Sunday, October 13, 2013

SYARAT TAMBAHAN UNTUK MOHON LESEN BAS

Apakah kita masih ingin menyaksikan kemalangan jalanraya seperti tragedi Genting Highlands baru-baru ini?

Apakah langkah-langkah keselamatan yang kerajaan telah ambil untuk mengelak tragedi sedemikian berlaku lagi?

SPAD (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat) telah menjalankan mandat yang diberi kerajaan untuk mengawalselia dan memantau prestasi perkhidmatan terhadap semua pemegang lesen dan pengendali berlesen (operator) perkhidmatan pengangkutan awam.

 
PANDUAN SPAD-ICOP... DI SINI

Pekeliling ini amat penting sebagai makluman dan rujukan semua pengendali bas di kawasan tanah tinggi berhubung dengan pelaksanaan Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD - Keselamatan.
 


Pekeliling ini berkuatkuasa pada;


SYARAT TAMBAHAN :
 
Antara keperluan yang terkandung di dalam pekeliling yang telah diwajibkan bagi kenderaan adalah seperti ;
  • Pemasangan Global Positioning Satelite System (GPS)
  • Anti-lock Braking System (ABS)
  • CCTV kamera di ruang ‘dashboard’ atau ruang yang bersesuaian
  • Sistem keselamatan brek seperti Engine Retarder/exhaust brake
  • Peraturan keselamatan antarabangsa mengenai keselamatan super structure kenderaan (U.N.E.C.E Rule 66/A.D.R.)
  • Tali pinggang keledar untuk semua kerusi  penumpang (U.N.E.C.E Rule 80)
Dibawah SPAD ICOP-SHE yang telah berkuatkuasa pada 9 September 2013, pegawai keselamatan dan penyelia syarikat telah diwajibkan memantau pemandu dan kenderaan sebelum perjalanan dimulakan. 
 
Langkah kawalan tambahan yang dikuatkuasakan oleh SPAD adalah bertujuan untuk menangani kelemahan-kelemahan dari aspek keselamatan operasi di kalangan pengendali bagi mengurangkan risiko kemalangan di kawasan tanah tinggi. 

Apa yang penting di sini ialah kerajaan telah mengadakan undang-undang serta penguatkuasaan dan sekarang terpulang kepada syarikat-syarikat pengendali bas untuk melaksanakannya.

Walaubagaimanapun, kita sebagai rakyat juga bertanggungjawab untuk mengetahui maklumat-maklumat ini agar dapat bersama-sama mengurangkan risiko tragedi kemalangan seperti di Genting berulang semula.

No comments: