Apakah kita masih ingat projek Rapid di Pengerang yang pernah menjadi rebutan pembangkang? Apa perkembangannya sekarang?
Kalau 15 tahun dulu, apabila disebut nama Pengerang,di daerah Kota
Tinggi, kerap orang luar menafsirkannya sebagai kawasan “jin bertendang”
kerana kedudukan geografinya yang terpencil dan laporan seterusnya di SINI....
Kalau saya tidak perjuangkan hak orang Pengerang, bermakna saya
menderhaka kepada pengundi dan generasi muda. Dalam isu ini, saya akan
tetap menegur Petronas.
Mengapa Dato Azalina begitu kecewa dengan Petronas?
Saya mahu penduduk tempatan mendapat manfaat daripada projek tersebut.
Insya-ALLAH, mengenai perancangan pembinaan bandar baharu Felda di
Pengerang, Lembaga Felda bermesyuarat. Untuk fasa pertama projek
berkenaan, kami akan membantu generasi kedua dan ketiga Felda dengan
memajukan 40 hektar (100 ekar) tanah.
Kita tidak mahu perumahan projek ini diberikan kepada orang luar.
Projek perumahan untuk anak Pengerang, rumah kedai mampu dibeli oleh
Melayu dan berniaga.
Saya bimbang projek Rapid ini kerana ia melibatkan syarikat besar. Saya
mahu tegur Petronas agar tidak meminggirkan kepakaran anak Pengerang
kerana mereka berhak diberikan tempat dalam aktiviti pembangunan
berkenaan kerana ia dilakukan di kawasan mereka.
Saya berkecil hati apabila setiap kali bercerita mengenai projek Rapid, orang Petronas kata orang Pengerang ini setakat boleh bawa lori atau menjadi pengawal keselamatan. Bila berjumpa dengan saya mereka kata kita ada jawatan untuk pemandu lori.

Anak-anak Felda berjaya dalam pelbagai bidang. Ramai anak- anak Pengerang yang berjaya dan ada Ketua-ketua Jabatan atau Pengarah berasal dari Sungai Kapal dan Kampung Jawa.
Saya memuji Datuk Seri Najib kerana bila menyebut mengenai penduduk setempat, dia akan responsif. Saya akan tetap perjuangkan anak tempatan bukan sahaja perniagaan tetapi hak milik harta. Apabila projek Rapid ini naik, tidak ada penghijrahan dan mat rempit lagi. Ini yang kita mahukan. Jika tidak utamakan anak tempatan, esok lusa akan penuh dengan bangsa luar.
Apakah peranan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terhadap Rapid?
Dalam hal ini, perlu sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai agensi kerajaan negeri dan pusat, masyarakat setempat dan persatuan belia untuk membincangkan perancangan pembangunan penduduk dari 10 kampung yang terbabit dalam pemindahan projek Rapid.

Kita perlukan kerjasama semua pihak kerana keutamaan kita adalah orang tempatan. Sepatutnya apabila bercakap mengenai projek Rapid, berilah kepada orang Pengerang dahulu.
Sekiranya tidak boleh, baru dibuka kepada orang luar. Syarikat yang akan masuk ke projek ini perlu peka kepada orang tempatan.
Jangan makan
daging,
bagi orang Pengerang tulang.
bagi orang Pengerang tulang.
No comments:
Post a Comment