Showing posts with label Dato Azalina. Show all posts
Showing posts with label Dato Azalina. Show all posts

Monday, October 21, 2013

AZALINA DIPILIH BUKAN KERANA ISU MAK NENEK!!!



Pada 19 Oktober, 2 kemenangan dalam satu hari...

YB Dato Azalina Othman Said telah memenangi pertandingan Ketua Bahagian Pengerang untuk kali ke2 dan pada hari yang sama beliau telah berjaya menduduki Majlis Tertinggi UMNO.

Yang lebih menarik ialah, Dato Aza adalah satu-satunya wanita sebagai Ketua Bahagian setelah kejayaannya memenangi PRU13 Parlimen Pengerang.

Di Pengerang, rakyat telah mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Bahagian kerana yakin dan berterima kasih ke atas kepimpinannya. Dengan segala pembangunan semenjak 2 penggal beliau adalah Ahli Parlimen, mereka juga yakin hanya Dato Aza sahaja yang mampu membawa suara mereka di Parlimen.

Pada pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pula, Dato Aza yang membawa suara Puteri dan generasi muda telah diberi kepercayaan walaupun sayap Wanita tidak serious untuk mewakilinya. Oleh kerana tiada seorang pun dari sayap wanita yang telah  dipilih perwakilan, namun kedengaran dari suara-suara makcik-makcik UMNO, hanya kepada Dato Aza tempat mereka berharap agar suara mereka didengari di Majlis Tertinggi nanti selain Ketuanya, Dato Shahrizat.

Mesej yang ingin disampaikan kepada Presiden dan Timbalan Presiden ialah majoriti akar umbi lebih pentingkan ukuran kemampuan dan keupayaan seseorang pemimpin berbanding mereka-mereka yang mementingkan soal remeh temeh dan lebih tepat isu-isu "mak nenek" seperti... DI SINI

Ini telah diperakui oleh Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Zainal Kling - Kejayaan kedua-dua bekas Ketua Puteri Umno juga memperlihatkan bahawa kepimpinan mereka mempunyai kualiti dan diakui anggota akar umbi.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata kejayaan kedua wanita itu tersenarai di dalam carta MT membuktikan bahawa mereka pemimpin yang berkualiti dan dipercayai anggota Umno.

"Anggota UMNO melihat tepat pada masanya untuk orang muda diberi ruang dan peluang di peringkat pusat, Azalina mempunyai suara yang tegas yang akan memperkuatkan kepimpinan Umno."
Kepada Dato Azalina, teruskan perjuangan dan galaslah amanah dan kepercayaan yang telah diberi sebaik mungkin.

Tahniah rakyat Pengerang dan terima kasih kepada semua yang telah bekerja keras ke atas kejayaan beliau.

Kepada Allah kita memohon jua...


Saturday, October 19, 2013

SUASANA PERSIDANGAN DAN PEMILIHAN UMNO 2013 DI PENGERANG

Hari ini akan tercatit sejarah politik tanahair sekali lagi di mana berlangsungnya Persidangan dan Pemilihan UMNO 2013 berlangsung di seluruh bahagian UMNO di tanahair secara serentak. Pemilihan bagi ketua-ketua bahagian dan pemilihan agungnya pula ialah untuk jawatan Naib-Naib Presiden dan juga Ahli-Ahli Majlis Tertinggi... Maka bergemalah lagu rasmi UMNO.

Pengerang juga mendapat perhatian ahli-ahli UMNO khasnya dan rakyat Malaysia umumnya kerana Dato Azalina akan bertanding mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Pengerang  dan calon Ahli Majlis Tertinggi.

Walaubagaimanapun, blog ini akan kemaskini dari masa ke semasa perjalanan pemilihan ini nanti.

Kita mulakan dengan pesanan Dato Azalina;



8.00am


Suasana di Lotus Desaru Beach Resort:

Di luar dewan mesyuarat




Sebelum memulakan mesyuarat - Sarapan dulu...


Sayang sungguh perwakilan wanita kepada Dato Aza

 

Ke Dewan Mesyuarat


10.15
Pemilihan bermula...




11.34 am


Hanya 295 daripada 301 perwakilan yang hadir. Proses pengundian berjalan lancar...






Seramai 20 sukarelawan dari Politeknik Sultan Ibrahim turut membantu dan di antaranya;



Pencabar Dato Azalina...



12.17pm
Perwakilan telah mengosongkan dewan untuk mengundi dan lebih kurang 40 orang lagi menunggu giliran untuk mengundi.

.... sambung semula mesyuarat sementara menunggu keputusan diumumkan. Keputusan dijangkan akan diumumkan pada pukul 4.00 ptg nanti.

1.45pm
Perwakilan mula memenuhi dewan untuk meneruskan mesyuarat bahagian...







Dato Azalina memulakan  amanahnya...


Tahniah daripada Dato Azalina kerana perwakilan telah menjalankan tanggungjawab mereka. Dahulu hanya 2,500 perwakilan yang mengundi tetapi hari ini lebih kurang seramai 150,000 perwakilan yang mengundi.

Setakat ini, proses pengundian berjalan  dengan aman tenteram dan sangat lancar dan tidak ada pergaduhan pun. Dato Azalina meingatkan yg penting kalah atau pun menang, mereka adalah satu pasukan dan beliau mengajak semua perwakilan untuk beri tepokan kepada semua kerana mereka berjaya kekalkan displin dalam parti.
 
Yang penting ialah kepada sesiapa yg menang jangnlah  rasa kemenangan diri sendiri. Ianya adalah kemenangan untuk UMNO yang berjaya membawa pembaharuan.

Dato Azalina berkongsi pengalamannya ketika diminta untuk tidak melawan Dato Shahrizat untuk Ketua Wanita UMNO oleh Dato Seri Najib di mana beliau merasakan DS Najib tidak mahu mengaibkan sesiapa. Sebagai seorang yang sangat sabar, DS Najib mengajak beliau fokus kepada PRU14.

Dato Aza berharap agar sekiranya calon yang bertanding itu gagal atau ditolak perwakilan, janganlah anggap ia satu penghinaan. Walaupun UMNO tidak kalah pada PRU 13, tetapi UMNO juga tidak menang. Walaupun bangsa Cina di Pengerang hanya 10% tetapi mereka telah menunjukkan keegoaan mereka dengan tidak memberi undi kepada BN. Apabila tidak menang dari parti komponen, maka ini tidak membantu UMNO. 

"Musuh kita di luar sana dan bukan kita di dalam dewan ini," tegas Dato Aza.

Kepujian diberi kepada perwakilan kerana mereka bukan kaki ampu. Jika yang betul dikatakan "ok" dan yang salah tetap dikatakan salah.

Harapan Dato Aza supaya saf yang baru dipilih nanti akan memastikan perpaduan UMNO Pengerang dimantapkan. Bekerjasama dan bersatu dengan beliau untuk PRU 14 adalah lebih baik daripada mengampunya. InsyaAllah, UMNO Pengerang akan dijadikan bahagian UMNO contoh.

Keputusan dijangka akan diumum selepas solat Asar...



3.45pm
Keputusan Tak Rasmi Calon KUB;
01 Nama: Mohamed Bin Long;
Rank: .3.; Undi: ..46..;

02 Nama: Datuk Harun Bin Abdullah;
Rank: ..2...; Undi: .55....;

03 Nama: Dato Sri Azalina Binti Dato' Othman Said;
Rank: .1....; Undi: .173....;


04 Nama: Abd Jalil Bin Abd Kahar;
Rank: ...4..; Undi: 14.

CALON MT NO. 36... KENAPA? SIRI 1















Friday, October 18, 2013

PERASAN HERO TAPI SEBENARNYA ...

JIKA MASIH INGAT ADA SESEORANG ITU YANG BERANGAN-ANGAN UNTUK MENJADI MENTERI BESAR JOHOR...

JUMPA DATO AZALINA DULU...

INILAH YANG DIKATAKAN PERASAN HERO TETAPI SEBENARNYA...


ORANG LUAR MAKAN DAGING, ORANG TEMPATAN DIBERI TULANG

Apakah kita masih ingat projek  Rapid di Pengerang yang pernah menjadi rebutan pembangkang? Apa perkembangannya sekarang? 



Kalau 15 tahun dulu, apabila disebut nama Pengerang,di daerah Kota Tinggi, kerap orang luar menafsirkannya sebagai kawasan “jin bertendang” kerana kedudukan geografinya yang terpencil dan laporan seterusnya di SINI....

Kalau saya tidak perjuangkan hak orang Pengerang, bermakna saya menderhaka kepada pengundi dan generasi muda. Dalam isu ini, saya akan tetap menegur Petronas.

Mengapa Dato Azalina begitu kecewa dengan Petronas?



Saya mahu penduduk tempatan mendapat manfaat daripada projek tersebut. Insya-ALLAH, mengenai perancangan pembinaan bandar baharu Felda di Pengerang, Lembaga Felda bermesyuarat. Untuk fasa pertama projek berkenaan, kami akan membantu generasi kedua dan ketiga Felda dengan memajukan 40 hektar (100 ekar) tanah.

Kita tidak mahu perumahan projek ini diberikan kepada orang luar. Projek perumahan untuk anak Pengerang, rumah kedai mampu dibeli oleh Melayu dan berniaga.

Saya bimbang projek Rapid ini kerana ia melibatkan syarikat besar. Saya mahu tegur Petronas agar tidak meminggirkan kepakaran anak Pengerang kerana mereka berhak diberikan tempat dalam aktiviti pembangunan berkenaan kerana ia dilakukan di kawasan mereka.
Saya berkecil hati apabila setiap kali bercerita mengenai projek Rapid, orang Petronas kata orang Pengerang ini setakat boleh bawa lori atau menjadi pengawal keselamatan. Bila berjumpa dengan saya mereka kata kita ada jawatan untuk pemandu lori.

Anak-anak Felda berjaya dalam pelbagai bidang. Ramai anak- anak Pengerang yang berjaya dan ada Ketua-ketua Jabatan atau Pengarah berasal dari Sungai Kapal dan Kampung Jawa.
 
Saya memuji Datuk Seri Najib kerana bila menyebut mengenai penduduk setempat, dia akan responsif. Saya akan tetap perjuangkan anak tempatan bukan sahaja perniagaan tetapi hak milik harta. Apabila projek Rapid ini naik, tidak ada penghijrahan dan mat rempit lagi. Ini yang kita mahukan. Jika tidak utamakan anak tempatan, esok lusa akan penuh dengan bangsa luar.

Apakah peranan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terhadap Rapid?
 

Dalam hal ini, perlu sebuah jawatankuasa khas yang dianggotai agensi kerajaan negeri dan pusat, masyarakat setempat dan persatuan belia untuk membincangkan perancangan pembangunan penduduk dari 10 kampung yang terbabit dalam pemindahan projek Rapid.

Kita perlukan kerjasama semua pihak kerana keutamaan kita adalah orang tempatan. Sepatutnya apabila bercakap mengenai projek Rapid, berilah kepada orang Pengerang dahulu.

Sekiranya tidak boleh, baru dibuka kepada orang luar. Syarikat yang akan masuk ke projek ini perlu peka kepada orang tempatan.  
Jangan makan daging, 
bagi orang Pengerang tulang.


INI RUPANYA YANG BERLAKU.... OOOOOOHH!!!

Tertanya-tanya, kenapa beliau sangat-sangat disayangi rakyat di Parlimennya. Setelah mengikuti walk about beliau, rupa-rupanya ini yang berlaku...





Selama 3 penggal Dato Azalina telah memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Pengerang dan di PRU 13 bulan Mei lalu, beliau telah dicabar calon bebas dan juga calon PKR, namun keputusannya ialah majoriti yang diperolehi Dato Aza ialah lebih daripada 80%. 

Sehingga hari ini, Dato Aza adalah satu-satunya pemimpin wanita yang memegang Ketua Bahagian UMNO dan kepimpinannya telah diberi kepercayaan selama 3 penggal juga. Bukankah ini satu kebanggaan kepada kita terutama kaum wanita?

Di Pengerang terdapat 33 cawangan dan 310 perwakilan yang bakal menjalankan tanggungjawab mereka pada 19hb ini untuk memilih sekali lagi Ketua Bahagian dan seterusnya mengundi Naib-Naib Presiden serta Ahli-Ahli Majlis Tertinggi.

Semasa pertemuan dengan ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap di bahagian Pengerang, Dato Aza mengingatkan perwakilan agar dapat memilih wakil yang mempunyai suara di Dewan Rakyat dan Dewan Negeri. Mereka inilah calon yang efektif yang mampu membawa suara rakyat Pengerang didengari. Maka, soal calon orang luar janganlah hendaknya menjadi penghalang kepada kesejahteraan dan kejayaan Pengerang yang ada hari ini.

Di cawangan Felda Adela
 
Di Bandar Penawar

Bermuafakat akan membawa berkat....

Tugas perwakilan esok adalah untuk memastikan barisan yang dipilih nanti adalah barisan yang akan bekerja di bahagian untuk menghadapi PRU14. Dan jika tersalah pilih pada 19hb ini, bakal memberi kesan kepada bangsa kita juga.

Dan yang paling utama, Dato Aza mengajak semua perwakilan agar berpolitiklah dengan penuh kasih sayang dan jangan tersimpan perasaan benci sesama sendiri dan anggaplah pemilihan ini sebagai pemilihan adik beradik. 

Kepada perwakilan semua samada di Pengerang dan seluruh Tanahair, janganlah terlepas pandang nama Dato Azalina; calon No. 3 untuk Ketua Bahagian Pengerang dan No. 36 untuk calon Majlis Tertinggi UMNO kerana .... BIJAK, BERANI DAN BENAR!


Tuesday, October 15, 2013

MASUKLAH GELANGGANG KALAU BERANI...

Dalam senario politik hari ini di mana BN telah kali kedua gagal mendapatkan 2/3 majoriti dalam Dewan Rakyat menunjukkan kelantangan suara pembangkang hari ini tidak boleh diperlekehkan. Jika kita melihat perdebatan di Dewan Rakyat, ahli-ahli Parlimen Pakatan Pembangkang sentiasa mengasak dan kelihatan menguasai setiap perdebatan.

Namun, kehebatan Ahli-Ahli Parlimen UMNO berhujah juga tidak boleh dinafikan. Di antara Ahi-Ahli Parlimen UMNO yang hebat berhujah yang pasti digeruni Pakatan Pembangkang seperti YB Khairy, YB Rahman Dahlan, YB Noh Omar, YB Bung Mokhtar, YB Azeez Rahim dan tidak juga ketinggalan YB Dato Sri Azalina Othman.

Kehebatan Dato Aza bukan sekadar berhujah tetapi beliau juga bijak menjawab setiap celahan dari pihak Pakatan Pembangkang. Ikuti sesi perbahasan Dato Aza ketika membahaskan titah Diraja; 




...MP PAS Sepang sedang menduga;




 

... dan yang paling kita tidak akan lupakan bagaimana anak papa hebat dilibas Dato Aza;



... saman kerana prinsip bukan kerana wang, jangan sebarang tuduh;


 
Inilah falsafah BIJAK, BERANI DAN BENAR calon Ahli Majlis Tertinggi no. 36, Dato Azalina Othman yang perlu dipilih agar keBIJAKsanaannya, keBERANIannya dan keBENARannya akan dapat memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa UMNO tidak pernah ketandusan pemimpin yang sangat hebat terutama di kalangan wanita muda.


Kepada Pakatan Pembangkang, AWAS.... UMNO tidak gentar berdepan dengan kamu kerana kami ada Dato Azalina Othman!!!


Tuesday, October 08, 2013

Kagumi keBENARannya... Calon MT No. 36


Dato Azalina bakal cabar Ketua Wanita UMNO.... 

Dato Azalina berhasrat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO...

Ini merupakan satu berita yang memang menggemparkan politik tanahair terutamanya UMNO. Berita ini bukan sekadar menjadi bualan ahli-ahli UMNO tetapi turut mendapat perhatian di pihak pembangkang.

Ramai yang membuat andaian bahawa kerjaya politik Dato Aza bakal menjadi sejarah politik di bawah pentadbiran Dato Najib, namun apabila beliau mengumumkan hasrat untuk mencabar Dato Shahrizat, aura kepimpinannya telah kembali .

Ini bukan sekadar menjadi topik bualan malahan telah menjadi satu harapan baru kepada ahli-ahli Puteri UMNO yang telah matang usianya dan ada kedengaran di akar umbi terutama di kalangan generasi muda dan profesional, berita sedemikian bagaikan menyubur serta mewarnai pentas politik UMNO ketika ahli akar umbi sedang dahagakan perubahan dan barisan kepimpinan yang BIJAK... BERANI... BENAR...

Di pihak pembangkang pula, tawaran Dato Aza dilihat sebagai satu tamparan kerana melihatkan kepimpinan beliau ketika meneraju Puteri UMNO, seorang Ahli Parlimen yang berani dan petah berbahas dan seorang ahli politik yang ... NO COMPROMISE FOR NONSENSE.

Mengapa Dato Azalina menawarkan dirinya untuk merebut jawatan Ketua Wanita UMNO?

Pertama yang terfikir oleh Dato Aza ialah menyahut seruan Presiden Parti agar UMNO perlukan transformasi. Beliau ingin membawa dimensi baru dan anjakan paradigma kepada Wanita UMNO dan bukan hasrat beliau  untuk mewujudkan revolusi tetapi evolusi dalam menawarkan diri sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia. 

Beliau mahu membawa Wanita UMNO ke tahap parti politik yang dapat memimpin hala tuju wanita di Malaysia dan bukan sekadar menjadi penyokong paling setia.

KeBENARan hasrat Dato Aza telah disalaherti oleh beberapa pihak apabila wataknya yang agak agresif sukar untuk menyesuaikan diri dalam Wanita UMNO yang berlatar belakangkan kaum ibu dipersoalkan. Persoalan yang perlu ditanya bukan perwatakannya dalam Wanita UMNO tetapi perwatakan Wanita UMNO dalam masyarakat dan apakah perjuangan Wanita UMNO masih relevan untuk rakyat.

Walaubagaimanapun, demi mengutamakan  perpaduan, keutuhan dan keunggulan parti untuk persediaan PRU14, Dato Aza telah berlapang dada untuk menerima nasihat dari pelbagai pihak untuk tidak meneruskan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO.

"Jika menjelang hari pendaftaran calon ada arahan supaya saya menarik diri, maka saya akan akur kerana selama menjadi ahli UMNO saya tidak pernah meletakkan diri lebih tinggi daripada parti," kata Azalina sambil menegaskan tidak sanggup melihat UMNO berpecah (kesan daripada pertandingan)

Dato Aza memang terkenal sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan serta sayang kepada UMNO. Ini dapat dibuktikan walaupun pernah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pelancongan tetapi tidak diberi tempat di dalam kabinet Dato Seri Najib, segala isu rakyat di Parlimen Pengerang ditangani dengan baik sekali walaupun kelihatan berseorangan.

Dengan kredibiliti dan track recod Dato Azalina sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal dan Menteri Kabinet serta Ketua Pergerakan Puteri UMNO,  kini beliau menawarkan dirinya sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula agar aspirasi beliau untuk membawa suara wanita dan anak muda dapat diteruskan serta kepentingan dan hak orang Melayu dipertahankan.

UMNO ialah sebuah parti yang berasaskan prinsip demokrasi dan yang penting ialah meletakkan agenda perjuangan parti melebihi kepentingan peribadi adalah falsafah keBENARan Dato Azalina yang perlu dicontohi.

Monday, October 07, 2013

Jangan disia2kan keBERANIannya...


Politik di Malaysia amnya dan UMNO khususnya, samada kita sedar atau tidak adalah merupakan dunia yang dimonopoli kaum lelaki. Samada di pihak pemerintah atau pembangkang, kaum adam sentiasa diperlihat sebagai hero dalam menangani sesuatu isu itu.

Namun, mengambil pendekatan menjadikan “Bijak Berani Benar” sebagai falsafah kepimpinan, Dato Azalina telah berjaya meletakkan kepimpinan seorang wanita yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di kalangan ahli-ahli politik.

Gender bukan isu untuk seseorang pemimpin menangani isu-isu rakyat dengan bijak, berani dan benar....

Hijau menguning padi di sawah
Tunduk berisi bagai nak rebah
Pendirian kukuh tidak goyah
Menghadap PEMBANGKANG tidak gelabah

Kita masih terpaku dengan keberanian Dato Azalina berhujah di Dewan Parlimen pada persidangan yang lalu apabila pihak pembangkang cuba mencelah dengan kata-kata yang ingin memutarbelitkan fakta. Keberanian Dato Azalina berhadapan dengan pihak pembangkang walaupun berseorangan telah membuktikan wanita juga mampu berhujah dengan baik.

Keberanian Dato Azalina bukan sekadar berhujah di dewan parlimen yang memberi imuniti kepada ahli-ahlinya, tetapi keberaniannya juga dibawa ke luar apabila pihak pembangkang dicabar untuk berdebat tetapi pihak pembangkang tidak berani menyahut cabarannya.

Trend politik hari ini adalah politik berhujah dan berdebat. Mencerna fakta dan menghuraikannya adalah keutamaan bagi seseorang pemimpin untuk menepis segala tohmahan dan fitnah pihak lawan. Penerangan demi penerangan kepada rakyat pula diteruskan.

Baru-baru ini, apabila ditanya oleh pihak wartawan kepada Lim Guan Eng, setiausaha Agong DAP terhadap pilihannya antara Dato Shahrizat dan Dato Azalina, dengan pantas beliau tidak akan memilih Dato Azalina sekiranya pertandingan perebutan Ketua Wanita UMNO berlaku.

Kita semua maklum apa mesej sebenar Guan Eng yang tersirat. Bagi pihak yang sangat-sangat memusuhi dan membenci UMNO, pemimpin yang berani sememangnya tidak dikehendaki dan digemari mereka. Pemimpin yang berani berhujah dengan mereka adalah satu mimpi ngeri yang mampu melemahkan kredibiliti parti mereka.

UMNO adalah parti politik orang Melayu, kita perlu pemimpin yang secara terbuka dan berani memperkata dan memperjuangkan hak kepentingan orang Melayu, kita tidak boleh ada pemimpin yang apologetik. 

Jika inginkan seorang pemimpin berani menyuara dan mempertahan hak rakyatnya, maka inilah yang ada pada Dato Azalina. 
Tiba masanya, UMNO memiliki pemimpin-pemimpin yang digeruni pembangkang dan disenangi rakyat...


Friday, October 04, 2013

WANITA UMNO AKHIRNYA YAKIN DENGAN CALON #36



Jika kita sama-sama meneliti clip di atas, nyata sayap Wanita UMNO telah bersepakat untuk menyokong Dato Azalina  calon no. 36 sebagaiAhli Majlis Tertinggi ...
 
Begitulah yang ditegaskan Dato Shahrizat Jalil sebanyak dua kali.

Falsafah kepimpinan yang dibawa Dato Azalina iaitu BIJAK, BERANI DAN BENAR sangat-sangat menepati transformasi yang dikehendaki Presiden UMNO, Dato Seri Najib.

Seramai 64 calon telah menawarkan diri untuk Majlis Tertinggi yang akan hanya menerima 25 kekosongan. Di antara 64 calon yang layak bertanding, hanya 9 iaitu 14% saja calon wanita yang telah menawarkan diri mereka dan layak bertanding Majlis Tertinggi.

Di antara 9 calon ini, hanya di antara Dato Seri Azalina dan Dato Rosnah saja yang mewakili Puteri dan selebihnya adalah veteran di dalam Wanita UMNO. Di antara veteran yang bertanding ialah Datuk Halimah Mohamed Sadique, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah, Datuk Rosni Zahari, Datuk Dr Norraesah Mohamad (Penyandang), Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman, Datuk Maznah Abdul Hamid dan Datuk Hamidah Osman.

UMNO sangat-sangat memerlukan suara wanita di dalam Majlis Tertinggi tetapi UMNO bukan saja memerlukan mereka sekadar pelengkap.

Suara wanita bukan saja mewakili ibu-ibu dan makcik-makcik dalam Wanita UMNO tetapi suara gadis-gadis serta puteri-puteri yang pada PRU 14 adalah pengundi teramai nanti.

Melihat kepada pengalaman Dato Azalina yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan serta pengalaman beliau mengasas dan menerajui sayap Puteri UMNO, maka adalah satu kerugian yang tidak mampu dimaafkan sekiranya Dato Azalina tidak diberi peluang untuk menduduki Majlis Tertinggi UMNO nanti.

Kredibiliti beliau ketika memimpin Puteri UMNO telah diberi anugerah antarabangsa pada tahun 2003 iaitu "GLOBAL LEADER FOR TOMORROW" oleh "the World Economic Forum, Davos, Switzerland. Beliau juga telah menyertai forum the World Economic Forum Annual Meeting in Switzerland and Asia-Europe Dialogue.

Ketika beliau memegang jwatan Menteri Belia dan Sukan, Dato Azalina ketika itu hanya berumur 40 tahun dan beliau adalah juga merupakan menteri wanita pertama dilantik yang telah pun berjaya menarik minat wanita dan remaja menyertai aktiviti-aktiviti kementerian.

Hari ini di usia yang matang dan bertenaga, Dato Azalina adalah satu-satunya calon wanita untuk Majlis Tertinggi yang mampu membawa serta mewakili suara Gen-Y profesional dan berkerjaya.

Adalah satu keputusan yang bijak dan tepat apabila sayap Wanita dan Puteri UMNO bersetuju untuk menyokong Dato Aza menduduki Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Politik sepakat  inilah yang telah menyerlahkan kematangan UMNO dan pasti digeruni pihak pembangkang.


Monday, September 30, 2013

#36 : POLITIK BIJAK... BERANI... BENAR...

Menjinakkan parti pembangkang pada senario politik hari ini bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh malahan ia hampir mustahil. Sebagai rakyat yang pada hari ini mampu mendapat maklumat hanya di hujung jari, kadang kala berasa lemas dan gerun dengan serangan-serangan pembangkang terhadap UMNO terutamanya.
 
Namun berbekalkan iltizam dan corak kepimpinan berpolitik secara bijak, berani dan benar, Dato Azalina melihat semua ini adalah intipati sebagai seorang ahli politik dan ia hanya mampu dilakukan jika seseorang ahli politik itu mempunyai semangat seperti kata-kata tersebut - Politics is the art of the possible.

Gayanya yang sentiasa bertenaga, kejujurannya dalam berbicara dengan ide-ide yang bernas, seorang yang bijak, berani dan lantang berhadapan pembangkang adalah ciri-ciri yang ada pada Dato Azalina Syed Ohtman. Pada hari ini beliau telah diberi pengiktirafan ke satu tahap ke hadapan apabila beliau telah dilantik mengetuai Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen Malaysia bagi penggal ke-13.

 
"Matlamat saya adalah lebih kepada mewujudkan persefahaman di antara semua wakil rakyat tidak kira Barisan Nasional (BN) ataupun pembangkang, agar isu-isu yang menyentuh tentang wanita dapat dibahas serta ditangani sebaik mungkin.," katanya.

Kaukus itu diwujudkan pada 2008 dan dianggotai semua anggota parlimen wanita bagi memperjuangkan pelbagai isu berkaitan wanita selain memperkasakan lagi wanita di negara ini yang merupakan tunjang utama dalam pembangunan negara.

Pada penggal ke-13 kali ini, kaukus itu dianggotai 23 anggota parlimen wanita dari pihak BN mahupun Pakatan Pembangkang dan mereka adalah;

MP Barisan Nasional
1. Dato Azalina Syed Othman - Pengerusi
2. Datuk Halimah Mohamad Sadique
3. Dato Noraini Ahmad
4. Datuk Rohani Abdul Karim
5. Datuk Noriah Kasnon
6. Dato Rosnah Abdul Rashid Shirlin
7. Datuk Azizah Mohamad Dun
8. YB Datin Linda Tsen Thau Lin
9. Pn Rubiah Hj Wang
10. Nancy Shukri
11. Datuk Mary Yap Ken Jin
12. Puan Mas Ermieyati Samsudin
13. Normala binti Abdul Samad
14. Norah binti Abdul Rahman

MP Pakatan Pembangkang - 3 adalah daripada PKR (3), PAS (2) dan DAP (4).
1. Fuziah Salleh (PKR) - Timbalan Pengerusi
2. Nurul Izzah Anwar (PKR)
3. Zuraida Kamaruddin (PKR)
4. Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS)
5. Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
6. Teresa Kok (DAP)
7. Alice Lau (DAP)
8. Teo Nie Ching (DAP)
9. P Kasthuriraani (DAP)

Dato Azalin ketika memberi pendapatnya yang bertajuk " On being a woman politician and fighting for women's rights". Di antara kata-katanya;


" I BELIEVE NOT IN NUMBERS BUT I BELIEVE IN THE PERFORMANCE OF WOMEN AND THE RESPECT FOR WOMEN IN THE POSITION OF THE EMPOWERMENT AND POWER"

"ISSUES ON WOMEN'S PERSONALITY ITSELF... YOUNG GIRLS ABILITY TO PARTICIPATE IN SPORTS, A YOUNG GIRL ABILITY TO HAVE THE RIGHT TO PLAY, A YOUNG GIRL'S SAFETY..."

"OVERALL THE BIGGEST DIFFICULTY IS... TO RAISE ISSUES AND BEING CONVINCED ON WHAT YOU SAY..."

Penyertaan wanita di bidang politik masih rendah
Perwakilan wanita-wanita dalam politik adalah merupakan salah satu petunjuk yang membuktikan komitmen masyarakat di dalam memperkasakan wanita. Penglibatan wanita-wanita di dalam proses-proses membuat keputusan yang berdasarkan politik boleh membantu memastikan penghapusan ketidaksamaan yang dihadapi oleh wanita-wanita.

Semenjak merdeka, bilangan calon wanita yang telah dipilih untuk memasuki badan-badan pembuat keputusan politik di Malaysia semakin bertambah, tetapi hanya pada kadar yang sederhana dan masih berada di tahap yang rendah. Pada tahun 1990, hanya 5 peratus ahli-ahli parlimen terdiri daripada wanita. Bilangan ini telah berganda sebanyak 10 peratus pada tahun 1999 tetapi ia telah kekal di tahap tersebut walaupun selepas pilihanraya umum pada tahun 2004.

Dengan pendidikan di peringkat yang tinggi, yang seringkali melepasi lelaki, adalah diharapkan wanita-wanita dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya di setiap peringkat politik.

Pada masa lalu wanita telah diambil ringan dengan hanya mengikuti pandangan politik suami, abang-abang atau rakan lelaki mereka, tetapi wanita profesional kini mampu mempunyai fikiran mereka sendiri mula mempersoalkan dan menilai setiap apa yang berlaku terutama perjalanan politik hari ini.

Apakah Wanita UMNO telah berubah sesuai dengan tuntutan semasa ini?

Kata-kata Tun Mahathir;

"Saya masih ingat tentangan oleh Wanita apabila cadangan untuk menubuhkan Puteri dibincangkan dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Wanita berpendapat Puteri tidak perlu kerana mana-mana wanita boleh menyertai Wanita UMNO. Tetapi ramai yang berminat untuk menyertai UMNO tidak senang untuk menyertai Wanita UMNO, menyertai kumpulan yang jauh lebih tua daripada mereka dengan kepimpinan yang tidak berubah tahun demi tahun.

Mereka berpendapat mereka tidak akan berpeluang menyuarakan pendapat mereka, jauh sekali daripada menjadi pemimpin. Mereka perlu berada dalam Wanita bertahun-tahun sebelum dapat memain peranan yang bermakna.

MT membuat keputusan untuk menubuhkan Puteri dan ramailah yang berminat daripada generasi muda yang menyertai Puteri dan menyumbang kepada kecergasan UMNO."

Mengambil kira rekod dan tradisi dalam Wanita UMNO, sejak dahulu lagi hanya pemimpin wanita yang telah terbukti sumbangan dan perjuangannya dalam parti akan diangkat sebagai ketua.

Jika menyusur perjuangan dan pencapaian Azalina di dalam politik, apakah Azalina menepati kata-kata Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO dapat berbangga dengan seorang ahli politik seperti Dato Azalina yang telah berjaya menawan dan seterusnya menjinakkan ahli-ahli parlimen wanita dan inilah yang dikatakan politik bijak, berani dan benar...


CALON #36 : BIJAK... BERANI... BENAR...


"Kalau Takut Pada Cabaran, Jangan Gelar Diri Pejuang"

Dato' Azalina Othman Said telah dilahirkan di Johor Bahru pada 31 Disember 1963.

Beliau mendapat pendidikan di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1988.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 1990.

Dato' Seri Azalina memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994).

Setelah menimba pengalaman, beliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002).

Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di sebuah syarikat guaman.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11 yang lalu, Dato' Azlina telah menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang.

Selain menjadi wakil rakyat, beliau juga memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Pengerang dan Menteri Belia Dan Sukan.

Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Belia dan Sukan UMNO, Ketua Biro Tindakan Sivil UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagi Ketua Penaja Puteri UMNO Malaysia pada April 2001 dan kemudiannya menjadi Ketua Puteri UMNO Malaysia yang pertama dilantik mulai 1 November 2002 hungga tahun 2004.

Dato’ Seri Azalina turut aktif dalam pelbagai kegiatan sosial dan kemasyarakatan. Beliau kini terlibat secara langsung sebagai Penasihat kepada organisasi-organisasi seperti Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPPMM), Gabungan Kontraktor & Pembinaan Wanita, Yayasan Pembangunan Malaysia, Women's Crisis Centre (WCC).

Beliau turut melibatkan diri dalam Women Sport and Fitness Foundation (WSFFM) sebagai Presiden, iaitu satu-satunya badan bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian dengan National Council of Women's Organizations (NCWO).

Dato Seri Azalina pernah dianugerahkan Global Leader for Tommorow (GLT) pada tahun 2003 oleh Forum Ekonomi Dunia, Davos Switzerland. (Komposit- SDS).