Showing posts with label Majlis Tertinggi UMNO. Show all posts
Showing posts with label Majlis Tertinggi UMNO. Show all posts

Monday, October 21, 2013

AZALINA DIPILIH BUKAN KERANA ISU MAK NENEK!!!



Pada 19 Oktober, 2 kemenangan dalam satu hari...

YB Dato Azalina Othman Said telah memenangi pertandingan Ketua Bahagian Pengerang untuk kali ke2 dan pada hari yang sama beliau telah berjaya menduduki Majlis Tertinggi UMNO.

Yang lebih menarik ialah, Dato Aza adalah satu-satunya wanita sebagai Ketua Bahagian setelah kejayaannya memenangi PRU13 Parlimen Pengerang.

Di Pengerang, rakyat telah mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Bahagian kerana yakin dan berterima kasih ke atas kepimpinannya. Dengan segala pembangunan semenjak 2 penggal beliau adalah Ahli Parlimen, mereka juga yakin hanya Dato Aza sahaja yang mampu membawa suara mereka di Parlimen.

Pada pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pula, Dato Aza yang membawa suara Puteri dan generasi muda telah diberi kepercayaan walaupun sayap Wanita tidak serious untuk mewakilinya. Oleh kerana tiada seorang pun dari sayap wanita yang telah  dipilih perwakilan, namun kedengaran dari suara-suara makcik-makcik UMNO, hanya kepada Dato Aza tempat mereka berharap agar suara mereka didengari di Majlis Tertinggi nanti selain Ketuanya, Dato Shahrizat.

Mesej yang ingin disampaikan kepada Presiden dan Timbalan Presiden ialah majoriti akar umbi lebih pentingkan ukuran kemampuan dan keupayaan seseorang pemimpin berbanding mereka-mereka yang mementingkan soal remeh temeh dan lebih tepat isu-isu "mak nenek" seperti... DI SINI

Ini telah diperakui oleh Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Zainal Kling - Kejayaan kedua-dua bekas Ketua Puteri Umno juga memperlihatkan bahawa kepimpinan mereka mempunyai kualiti dan diakui anggota akar umbi.

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata kejayaan kedua wanita itu tersenarai di dalam carta MT membuktikan bahawa mereka pemimpin yang berkualiti dan dipercayai anggota Umno.

"Anggota UMNO melihat tepat pada masanya untuk orang muda diberi ruang dan peluang di peringkat pusat, Azalina mempunyai suara yang tegas yang akan memperkuatkan kepimpinan Umno."
Kepada Dato Azalina, teruskan perjuangan dan galaslah amanah dan kepercayaan yang telah diberi sebaik mungkin.

Tahniah rakyat Pengerang dan terima kasih kepada semua yang telah bekerja keras ke atas kejayaan beliau.

Kepada Allah kita memohon jua...


Saturday, October 19, 2013

SUASANA PERSIDANGAN DAN PEMILIHAN UMNO 2013 DI PENGERANG

Hari ini akan tercatit sejarah politik tanahair sekali lagi di mana berlangsungnya Persidangan dan Pemilihan UMNO 2013 berlangsung di seluruh bahagian UMNO di tanahair secara serentak. Pemilihan bagi ketua-ketua bahagian dan pemilihan agungnya pula ialah untuk jawatan Naib-Naib Presiden dan juga Ahli-Ahli Majlis Tertinggi... Maka bergemalah lagu rasmi UMNO.

Pengerang juga mendapat perhatian ahli-ahli UMNO khasnya dan rakyat Malaysia umumnya kerana Dato Azalina akan bertanding mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Pengerang  dan calon Ahli Majlis Tertinggi.

Walaubagaimanapun, blog ini akan kemaskini dari masa ke semasa perjalanan pemilihan ini nanti.

Kita mulakan dengan pesanan Dato Azalina;



8.00am


Suasana di Lotus Desaru Beach Resort:

Di luar dewan mesyuarat




Sebelum memulakan mesyuarat - Sarapan dulu...


Sayang sungguh perwakilan wanita kepada Dato Aza

 

Ke Dewan Mesyuarat


10.15
Pemilihan bermula...




11.34 am


Hanya 295 daripada 301 perwakilan yang hadir. Proses pengundian berjalan lancar...






Seramai 20 sukarelawan dari Politeknik Sultan Ibrahim turut membantu dan di antaranya;



Pencabar Dato Azalina...



12.17pm
Perwakilan telah mengosongkan dewan untuk mengundi dan lebih kurang 40 orang lagi menunggu giliran untuk mengundi.

.... sambung semula mesyuarat sementara menunggu keputusan diumumkan. Keputusan dijangkan akan diumumkan pada pukul 4.00 ptg nanti.

1.45pm
Perwakilan mula memenuhi dewan untuk meneruskan mesyuarat bahagian...







Dato Azalina memulakan  amanahnya...


Tahniah daripada Dato Azalina kerana perwakilan telah menjalankan tanggungjawab mereka. Dahulu hanya 2,500 perwakilan yang mengundi tetapi hari ini lebih kurang seramai 150,000 perwakilan yang mengundi.

Setakat ini, proses pengundian berjalan  dengan aman tenteram dan sangat lancar dan tidak ada pergaduhan pun. Dato Azalina meingatkan yg penting kalah atau pun menang, mereka adalah satu pasukan dan beliau mengajak semua perwakilan untuk beri tepokan kepada semua kerana mereka berjaya kekalkan displin dalam parti.
 
Yang penting ialah kepada sesiapa yg menang jangnlah  rasa kemenangan diri sendiri. Ianya adalah kemenangan untuk UMNO yang berjaya membawa pembaharuan.

Dato Azalina berkongsi pengalamannya ketika diminta untuk tidak melawan Dato Shahrizat untuk Ketua Wanita UMNO oleh Dato Seri Najib di mana beliau merasakan DS Najib tidak mahu mengaibkan sesiapa. Sebagai seorang yang sangat sabar, DS Najib mengajak beliau fokus kepada PRU14.

Dato Aza berharap agar sekiranya calon yang bertanding itu gagal atau ditolak perwakilan, janganlah anggap ia satu penghinaan. Walaupun UMNO tidak kalah pada PRU 13, tetapi UMNO juga tidak menang. Walaupun bangsa Cina di Pengerang hanya 10% tetapi mereka telah menunjukkan keegoaan mereka dengan tidak memberi undi kepada BN. Apabila tidak menang dari parti komponen, maka ini tidak membantu UMNO. 

"Musuh kita di luar sana dan bukan kita di dalam dewan ini," tegas Dato Aza.

Kepujian diberi kepada perwakilan kerana mereka bukan kaki ampu. Jika yang betul dikatakan "ok" dan yang salah tetap dikatakan salah.

Harapan Dato Aza supaya saf yang baru dipilih nanti akan memastikan perpaduan UMNO Pengerang dimantapkan. Bekerjasama dan bersatu dengan beliau untuk PRU 14 adalah lebih baik daripada mengampunya. InsyaAllah, UMNO Pengerang akan dijadikan bahagian UMNO contoh.

Keputusan dijangka akan diumum selepas solat Asar...



3.45pm
Keputusan Tak Rasmi Calon KUB;
01 Nama: Mohamed Bin Long;
Rank: .3.; Undi: ..46..;

02 Nama: Datuk Harun Bin Abdullah;
Rank: ..2...; Undi: .55....;

03 Nama: Dato Sri Azalina Binti Dato' Othman Said;
Rank: .1....; Undi: .173....;


04 Nama: Abd Jalil Bin Abd Kahar;
Rank: ...4..; Undi: 14.

Friday, October 18, 2013

SIAPA TAK KENAL DIA NI?

Orangnya mudah senyum, peramah dan beliau bukanlah seorang asing dalam dunia politik tanahair. Kerjayanya bermula sebagai seorang peguam dan personaliti television dan terus meletop dalam arena politik ketika usianya 30an bila beliau menduduki Majlis Tertinggi ketika zaman Tun Dr Mahathir.

Gelaran yang diberikan kepada beliau oleh media sebagai "the legal eagle" kini kembali terserlah semula setelah beliau telah memenangi kerusi Parlimen Pengerang dalam PRU13 lalu dengan majoriti megah lebih 80% setelah projek RAPID yang dimainkan oleh pihak pembangkang berjaya ditanganinya seorang diri.

Kini dalam pemilihan UMNO beliau telah menawarkan dirinya untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi... no. 36 




UMNO telah perkenalkan sistem baru dalam pemilihan kali ini dan satu program memperkenalkan calon-calon yang bertanding telah diadakan di seluruh negara.

Ketika sesi memperkenalkan calon-calon yang bertanding, Dato Azalina telah menghadirkan hampir di setiap negeri. Selain berdiri bersama-sama barisan calon, inilah peluang terbaik untuk beliau bertemu dan beramah mesra dengan para perwakilan dan paling utama bertemu semula adik-adik Puteri UMNO serta rakan dan kenalan.







Apa yang menarik ialah sokongan dan tepukan gemuruh diberikan setiap kali nama beliau disebut. Sebagai seorang yang dikira agak lama sepi di persada politik tanahair, rupa-rupanya beliau masih diberi sambutan  serta tepukan gemuruh di kalangan perwakilan. Hormat serta popularnya Dato Aza di kalangan ex-Puteri UMNO dan adik-adik Puteri, mereka masih memanggil beliau "Boss".



Dato Azalina juga dikenali di kalangan calon-calon lain yang bertanding dan setiap kali Dato Aza menduduki pentas, beliau sentiasa di kelilingi calon-calon dari kalangan kebanyakannya adalah calon-calon lelaki. Ini adalah kerana Dato Aza bukanlah muka baru dan di antara mereka merupakan rakan seperjuangan.








Yang pasti... di antara perjumpaan dan aksi yang terbaik adalah berikut;



Inilah barisan calon-calon wanita yang bertanding MT dan Sayap Wanita. Sokongan dari sayap wanita kepada Dato Azalina untuk bertanding Majlis Tertinggi telah pun diluahkan oleh Dato Shahrizat Jalil;



 
Oleh yang demikian, setelah para-para ibu dan adik-adik puteri sekelian tidak berbelah bahagi untuk menyokong Dato Azalina, maka diharap para-para Pemuda dan Ketua-Ketua Bahagian juga tidak ketinggalan dalam memberi sokongan mereka kepada ... DATO AZALINA OTHMAN SYED, Calon Majlis Tertinggi UMNO NO. 36


Friday, October 04, 2013

WANITA UMNO AKHIRNYA YAKIN DENGAN CALON #36



Jika kita sama-sama meneliti clip di atas, nyata sayap Wanita UMNO telah bersepakat untuk menyokong Dato Azalina  calon no. 36 sebagaiAhli Majlis Tertinggi ...
 
Begitulah yang ditegaskan Dato Shahrizat Jalil sebanyak dua kali.

Falsafah kepimpinan yang dibawa Dato Azalina iaitu BIJAK, BERANI DAN BENAR sangat-sangat menepati transformasi yang dikehendaki Presiden UMNO, Dato Seri Najib.

Seramai 64 calon telah menawarkan diri untuk Majlis Tertinggi yang akan hanya menerima 25 kekosongan. Di antara 64 calon yang layak bertanding, hanya 9 iaitu 14% saja calon wanita yang telah menawarkan diri mereka dan layak bertanding Majlis Tertinggi.

Di antara 9 calon ini, hanya di antara Dato Seri Azalina dan Dato Rosnah saja yang mewakili Puteri dan selebihnya adalah veteran di dalam Wanita UMNO. Di antara veteran yang bertanding ialah Datuk Halimah Mohamed Sadique, Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah, Datuk Rosni Zahari, Datuk Dr Norraesah Mohamad (Penyandang), Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman, Datuk Maznah Abdul Hamid dan Datuk Hamidah Osman.

UMNO sangat-sangat memerlukan suara wanita di dalam Majlis Tertinggi tetapi UMNO bukan saja memerlukan mereka sekadar pelengkap.

Suara wanita bukan saja mewakili ibu-ibu dan makcik-makcik dalam Wanita UMNO tetapi suara gadis-gadis serta puteri-puteri yang pada PRU 14 adalah pengundi teramai nanti.

Melihat kepada pengalaman Dato Azalina yang pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan serta pengalaman beliau mengasas dan menerajui sayap Puteri UMNO, maka adalah satu kerugian yang tidak mampu dimaafkan sekiranya Dato Azalina tidak diberi peluang untuk menduduki Majlis Tertinggi UMNO nanti.

Kredibiliti beliau ketika memimpin Puteri UMNO telah diberi anugerah antarabangsa pada tahun 2003 iaitu "GLOBAL LEADER FOR TOMORROW" oleh "the World Economic Forum, Davos, Switzerland. Beliau juga telah menyertai forum the World Economic Forum Annual Meeting in Switzerland and Asia-Europe Dialogue.

Ketika beliau memegang jwatan Menteri Belia dan Sukan, Dato Azalina ketika itu hanya berumur 40 tahun dan beliau adalah juga merupakan menteri wanita pertama dilantik yang telah pun berjaya menarik minat wanita dan remaja menyertai aktiviti-aktiviti kementerian.

Hari ini di usia yang matang dan bertenaga, Dato Azalina adalah satu-satunya calon wanita untuk Majlis Tertinggi yang mampu membawa serta mewakili suara Gen-Y profesional dan berkerjaya.

Adalah satu keputusan yang bijak dan tepat apabila sayap Wanita dan Puteri UMNO bersetuju untuk menyokong Dato Aza menduduki Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Politik sepakat  inilah yang telah menyerlahkan kematangan UMNO dan pasti digeruni pihak pembangkang.