Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Thursday, January 25, 2018

POLITIK LOMPAT, PEMBANGKANG BOLEH MENANG ANUGERAH


‘Politik Lompat Perdaya Rakyat’, satu tajuk yang sememangnya perlu dibincangkan dan Penerangan UMNO telah membuat pilihan terbaik dalam forum "Anda Tanya Kita Jawab" baru-baru ini.

Selama ini kita dipersembahkan dengan pemimpin-pemimpin politik yang melompat dari satu parti ke satu parti lain tetapi ramai yang tidak sedar budaya politik lompat ini amat gemar diamalkan pembangkang. Setiap kali pilihanraya umum diadakan pula, tanpa segan silu, mereka akan bertanding dari satu kawasan ke kawasan lain. Apakah ia satu budaya demokrasi yang sihat dan apakah mereka bertanding untuk berkhidmat kepada rakyat?

Paling ketara setelah menang di kawasan yang ditandingi, bukan khidmat bakti yang dicurahkan kepada pengundi yang telah memilih mereka sebaliknya lebih terarah sebagai politikus yang tidak matang dan hanya gemar mencari populariti selain sekadar gemar merampas kawasan tertentu.

Tugas wakil rakyat yang utama adalah membawa suara rakyat ke parlimen dan perbandingan politik matang antara BN dengan pembangkang jauh berbeza yang mana pembangkang sekadar lebih kepada kosmetik. Pembangkang akan berpindah ke kawasan lain apabila mendapati rekodnya tercalar kerana gagal berkhidmat kepada penduduk setempat yang telah mengundi mereka.

Penyakit suka melompat dari satu parlimen ke satu parlimen ini hanya ada pada pemimpin-pemimpin yang suka mungkir janji. Mereka akan tabur pelbagai janji kepada pengundi di kawasan itu dan setelah menang, segala janji-janji itu dilupakan begitu sahaja dan di pilihanraya lain, mereka berpindah ke kawasan yang lain pula.

Selain dari itu, pemimpin pembangkang ini tidak berkeinginan langsung untuk berkhidmat kepada pengundinya dan di penghujung tempoh penggal mereka, akhirnya rakyat sedar yang calon mereka pilih tidak pernah kelihatan di kawasan mereka. Maka, mengetahui popularitinya semakin merosot dan jika mereka kekal bertanding di kawasan yang sama, peluangnya adalah tipis untuk menang, mereka akan mencari kawasan lain untuk bertanding.

Contoh paling klasik di blok pembangkang adalah Lim Kit Siang di mana beliau telah berpindah kawasan sebanyak enam kali. Bermula di Kota Melaka kemudian terus ke Petaling Jaya, balik semula Kota Melaka, Tanjung, seterusnya ke Ipoh Timur dan di PRU13, beliau ke Gelang Patah pula. Di antara lain, Dr Hatta Ramli yang dahulu bertanding atas tiket PAS, tiba-tiba muncul di Kuala Krai dan Salahuddin Ayub pula teringin kembali ke Johor dan bertanding di Pulai yang merupakan tempat kelahirannya, namun beliau dikalahkan.

Pemimpin pembangkang yang berpindah kawasan ini merupakan pemimpin yang tidak mempunyai akar umbi dan mereka hanya sekadar memainkan emosi rakyat demi kepentingan politik dan akhirnya tidak tahu untuk mentadbir secara baik sekaligus menyebabkan rakyat dan penduduk setempat yang menjadi mangsa.

Namun dengan adanya media sosial hari ini, di hujung jari saja rakyat akan tahu samada janji lepas yang ditaburkan kepada masyarakat akan dapat dilihat kembali samada telah ditunaikan atau sekadar janji kosong. Justeru kalau diulang lagi tentunya rakyat tidak akan percaya. Mereka yang gemarmelompat dari satu parlimen ke satu parlimen lain adalah mereka yang pasti akan mungkir janji dan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil
rakyat.

Janganlah kita sesekali percaya dan undi mereka yang hanya mampu beri harapan palsu dan lihatlah kepada track record perkhidmatan mereka. Yang pasti, orang seperti Lim Kit Siang hanya ingin menang atas kepentingan peribadi dan kuasa sahaja. Namun untuk membela nasib rakyat di kawasannya, tidak sekali-kali malahan parti yang tidak menang iaitu Barisan Nasional tetap meneruskan membela rakyat sepertimana yang kini berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan juga Kelantan.

Oleh yang demikian, tanyalah diri sendiri, berapa kali kita ingin ditipu pembangkang terutamanya yang datang dari kelompok Pakatan Harapan?
 

Wednesday, January 03, 2018

PERJUANGAN UMNO KERANA LILLAHI TA'ALA, MAHATHIR HANYA MAMPU MENYINDIR?


Maka apabila Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa mengajak orang ramai melaungkan “lillahi taala” selepas beliau melaungkan “UMNO”, yang hanya mampu Top Dog Pakatan Harapan lakukan hanyalah sekadar mampu menyindir di dalam blognya.Walaubagaimanapun, oleh kerana kini telah berada dalam pakatan pembangkang yang diketuai DAP, beliau sengaja melupakan yang perjuangan UMNO adalah untuk agama iaitu Islam, bangsanya Melayu dan negaranya Malaysia.

Klip video ringkas itu menunjukkan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berucap kepada sekumpulan ahli Umno di Ketereh, di mana beliau merupakan ketua bahagian UMNO dan juga ahli Parlimen, sambil berkata Umno adalah parti untuk “lillahi taala”. Di dalam blognya, Dr Mahathir sengaja mengenepikan perjuangan UMNO yang sejak ditubuhkan telah berjuang menegakkan ugama Islam. Bukankah ini kerana Allah?

Jika Dr Mahathir ingin mensabitkan pemimpin yang melakukan kesalahan justeru melabelkan UMNO terlibat dalam kecurian di samping melakukan penipuan dan rasuah untuk memenangi pilihan raya, adakah itu ajaran UMNO atau pemimpin itu sendiri yang korup? Di mana dalam perlembagaan UMNO yang menyeru agar ahli dan pemimpinnya melakukan kesalahan?

Begitu juga dalam ajaran Islam yang berpandukan Al Quran, apakah apabila seseorang itu enggan membenarkan isterinya menutup aurat, adakah Al Quran dan Islam itu persalahkan?

Apakah apabila pemimpin UMNO seperti Tan Sri Annuar memberi penerangan yang perjuangan politik ahli-ahli UMNO mestilah dalam kerangka ibadah, maka apakah itu juga salah di mata Dr Mahathir? Sedangkan dalam solat pun seseorang itu melafazkan iktikad solat, hidup dan mati demi Allah, apakah ini juga sukar untuk di fahami Dr Mahathir?

Jika ditanya kepada mana-mana ahli UMNO di zaman Dr Mahathir, parti Melayu ini hanyalah satu parti politik nasionalis sehinggakan pada pandangan bukan Melayu, parti ini sangat rasis memandangkan ia hanya berahlikan Melayu dan Bumiputra. Tiada siapa di zaman Dr Mahathir yang berani ke hadapan seperti Tan Sri Annuar Musa memberi penerangan bahawa perjuangan UMNO bukan sekadar untuk mengekalkan kuasa malahan paling utama mempertahankan agama Islam sebagai agama persekutuan di samping mengembangkan lagi syiar Islam dan pemahamannya bahawa agama suci ini mengajar untuk berlaku adil kepada semua. Apakah ini menjadi satu ejekan kepada Dr Mahathir?

Janganlah kerana telah bersama-sama parti yang jelas anti-Islam maka segala yang diperjuangkan UMNO hari ini diperlekehkan. Di manakah suara Dr Mahathir ketika DAP mempertikai, mempersenda dan mempermainkan agama Islam?

Jika pada zaman Dr Mahathir, UMNO bertuankan projek dan wang ringgit untuk berebut jawatan, jangan pula ingin disamakan perjuangan UMNO di zaman Presiden Najib Razak. Jika Dr Mahathir tidak lagi mampu berhujah dan sekadar mampu menyindir pemimpin-pemimpin UMNO, adalah lebih baik beliau tidak terus merendahkan dirinya dan cerminkan dirinya terlebih dahulu. Terus bermuhasabah diri sebelum ajal menjemput diri.
 

Wednesday, December 27, 2017

MUKHRIZ HARUS BERANI UMUM JUMLAH AHLI PPBM DAHULU SEBELUM INGIN KRITIK KETUA PENERANGAN UMNO


Tiada siapa dapat menafikan Dr Mahathir telah mengekalkan majoriti 2/3 Barisan Nasional selama lima pilihanraya umum dan begitu juga tiada siapa boleh menafikan yang kemenangan beliau bergantung sepenuhnya kepada UMNO dan Barisan Nasional. Apakah hari ini Dr Mahathir telah berjaya apabila beliau telah tinggalkan UMNO dan apakah beliau juga telah berjaya menghancurkan UMNO setelah tidak lagi bersama parti ini?

Memang benar masyarakat Melayu hari ini telah berpecah-belah kerana fahaman dan sokongan politik yang berbeza-beza. Dua parti terbesar di Malaysia, UMNO dan PAS adalah parti orang Melayu. Kelantan adalah negeri yang kekal diperintah PAS walaupun Dr Mahathir bangga dengan 2/3 majoritinya selama lima tahun. Hanya orang Melayu dalam UMNO saja masih kekal menyokong Dr Mahathir ketika itu.

Tetapi apakah orang Melayu dalam UMNO hari ini terus menyokong Dr Mahathir yang telah keluar dari UMNO? Maka apa yang diperkatakan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam forum UMNO bertajuk 'Umno – Parti Untuk Masa Depan', mengapa pula Mukhriz dan PPBM hendak melenting? Apakah tidak benar orang Melayu dalam UMNO telah menolak bapanya secara mutlaknya?

Hakikat yang pahit bagi Mukhriz dan PPBM ini sememangnya indah pada awalnya apabila mendakwa parti baru mereka adalah alternatif kepada UMNO sehinggakan perlembagaan parti mereka pun terpaksa meniru perlembagaan UMNO. Tujuan mereka nyata, kononnya ramai ahli-ahli UMNO akan berpindah ke PPBM kerana yakin pengaruh Dr Mahathir selama 5 penggal menerajui UMNO.

Ingatkan hujan hingga ke petang tetapi belum tengahari hujan telah berhenti malahan ribut terus bergelora. Itulah yang berlaku kepada PPBM ini, hampir setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai pergolakan dalaman dan yang berlaku keluar beramai-ramai dari parti adalah dari pihak PPBM. Lebih malang apabila parti yang belum berumur setahun ini, beberapa pengasasnya telah pun menarik diri.

Belum sempat untuk mengadakan majlis meraikan harijadi pertama PPBM, RoS pula telah mendedahkan yang PPBM bakal dibatalkan pendaftaran mereka kerana melanggar perlembagaan sendiri. Sudahlah menipu ahli dengan gerakan Armadanya, PPBM telah cuba menipu RoS dengan mengadakan EGM pertamanya dengan 12 orang saja.

Perkara utama yang sangat ditakuti PPBM adalah mengumumkan jumlah ahlinya. Mengapa? Jika benar orang Melayu terutamanya dari UMNO kekal  menyokong Dr Mahathir, Mukhriz dan PPBM tidak akan gentar memberitahu jumlah penyokongnya. Apakah hanya dengan menghadiri Bersih 4, maka Dr Mahathir dilihat masih berpengaruh? Apakah orang Melayu yang hadir di dalam Bersih 4 yang terdiri dari penyokong PKR dan PAN juga adalah penyokong Dr Mahathir?

Sudahlah orang Melayu UMNO dan PAS tidak menyokong ayahnya, kini orang Melayu PKR dan PAN, ramai yang masih menolaknya. Maka berapa kerat orang Melayu yang menyokong ayahnya sehingga takut untuk mengumumkan jumlah ahli mereka sehingga hari ini.

Tan Sri Annuar bercakap melalui pengalamannya ketika beliau dilantik sebagai Menteri ketika pentadbiran Dr Mahathir. Beliau yang juga pernah menang dan kalah dalam pilihanraya umum adalah di antara yang sangat berpengalaman dengan politik orang Melayu. Lebih penting, Tan Sri Annuar mendapat kepercayaan Dr Mahathir walaupun pernah kalah dalam PRU.

Semua kenyataannya tidak pernah sekali ditentang Dr Mahathir. Maka siapa Mukhriz dan Rais Hussin untuk menafikannya? Apakah sekadar mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang sudah cukup untuk menakutkan Tan Sri Annuar untuk terus berkata-kata atau ancaman tindakan undang-undang sekadar gimik murahan mereka?

PPBM adalah parti yang gagal dan Rais Hussin selaku Setiausaha Agongnya bertanggungjawab sepenuhnya jika PPBM dibatalkan. Kecekapan Rais Hussin juga perlu dipersoalkan sehingga gagal mengikut perlembagaan sendiri.

Seharusnya Mukhriz dan Rais berani mengumumkan jumlah ahlinya, barulah boleh mendabik dada yang terlalu ramai orang Melayu terutama dari UMNO, masih menyokong Pengerusi mereka. Hidup mengenang sejarah tidak salah tetapi jika masih dibuai mimpi 'legendary' Dr Mahathir dalam UMNO untuk bernafas dalam PPBM, itu adalah mimpi ngeri untuk mereka sebenarnya.

Friday, December 15, 2017

KOMUNIS TIMBUL KEMBALI DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO?


Setiap kali Malaysia mengadakan program hubungan rasmi samada dalam aspek politik, hubungan negara mahupun perdagangan dengan negara China, maka kita pasti akan dapat saksikan DAP dan kuncu-kuncunya akan membuat pelbagai cubaan mengaitkannya dengan fahaman komunis yang pernah mereka sanjung dan cuba serapkan kepada rakyat Malaysia.

DAP ada sejarahnya tersendiri dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan di Malaysia dan parti ini juga pernah cuba untuk membawa pulang Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng untuk kembali ke tanahair. Malangnya, DAP samada tidak dapat bezakan di antara PKM dan Communist Party of China (CPC), rakyat lebih bijak menilaikannya dan boleh menjangkakan beberapa agenda tersirat mereka.

Sejak UMNO diberi penghargaan oleh CPC untuk memberi ucapan di dalam kongres parti itu di negara China, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada kerajaan dan kini apabila satu perbincangan meja bulat di antara UMNO dan CPC, sekali lagi Pakatan Harapan cuba bangkitkan isu komunis tetapi gagal untuk beri penjelasan yang terperinci lagi berfakta.

Sekiranya CPC adalah parti memerintah Republik China dan UMNO pula adalah peneraju Barisan Nasional iaitu parti pemerintah Malaysia, maka adakah salah jika diadakan perbincangan meja bulat dan CPC menjadi tetamu UMNO ketika Perhimpunan Agong demi satu menjaga hubungan baik di antara dua negara? Dan apakah kini UMNO telah dipengaruhi fahaman komunis?

Jika mengikut logik blok pembangkang, negara Islam seperti Arab Saudi juga telah dipengaruhi fahaman komunis apabila ada hubungan diplomatik dengan Republik China? Amerika Syarikat juga telah terpengaruh dengan fahaman komunis Republik China?

Mana-mana parti politik yang menguasai sesebuah negara adalah juga rakan UMNO, maka ia bukan satu isu apabila CPC dijemput untuk mengadakan perbincangan meja bulat sedangkan delegasi dari Parti Komunis Vietnam, Parti Sosialis Tunisia dan sebuah parti demokratik Indonesia juga turut bersama.

Ia bukan sesuatu yang baru yang berlaku di zaman PM Najib saja, malahan CPC telah menjadi tetamu UMNO di Perhimpunan Agong sejak zaman Tun Razak lagi dan diteruskan juga di zaman Dr Mahathir.

Jika DAP cuba ambil kesempatan situasi ini, amat malang bagi mereka kerana walaupun DAP dan PKR adalah parti pemerintah negeri Pulau Pinang dan Selangor, mereka bukanlah parti pemerintah untuk negara Malaysia tetapi kekal sebagai parti Pembangkang di Parlimen. Yang pasti, CPC sebagai parti pemerintah pasti memilih untuk bersahabat dengan UMNO dan MCA yang menguasai pemerintahan negara.

Lagipun perkara yang dibincangkan menyentuh mengenai pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan, Transformasi Nasional 2050 (TN50), Satu Jalur Satu Laluan (OBOR) dan keunikan BN sebagai parti politik berbilang bangsa yang berjaya membangunkan Malaysia. Masing-masing menghormati perbezaan ideologi politik.

Oleh yang demikian, blok pembangkang dari Pakatan Harapan tidak perlu meletakkan kesempitan berfikir. Jika ada di antara cubaan dari PPBM atau PKR, yang sebenarnya adalah parti serpihan UMNO, kita juga rasa agak terperanjat apabila ada di antara pemimpin mereka tidak mengetahui mengenai hubungan diplomatik di antara parti-parti pemerintah.

Kita pula harus bertanya kepada mereka, mengapa CPC tidak mengiktiraf parti-parti gabungan Pakatan Harapan?
 

Wednesday, December 13, 2017

MCA JUGA BERPENDIRIAN SAMA DENGAN UMNO MENGENAI KEPUTUSAN TRUMP


Keputusan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibunegara Israel dan bertindak untuk memindahkan kedutaannya di sana, bukan saja mendapat tentangan dari negara Islam kerana melibatkan kepentingan umat Islam secara langsung, ia juga telah menimbulkan keresahan dunia kerana ketegangan serta konflik di antara penganut ugama lain juga bakal terjejas terutamanya di antara Islam dan Kristian-Judeo tidak akan mampu dibendung.

Justeru, sebagai sebuah parti komponen kedua terbesar di dalam Barisan Nasional, MCA juga turut berpendirian sama dengan UMNO, tidak bersetuju dan menentang keras dengan keputusan pentadbiran Presiden Trump.

Bagi MCA, pendirian Presiden AS itu tidak mengambil kira dasar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam penyelesaian dua negara, Palestine-Israel yang telah lama berkonflik di antara mereka.

Perjanjian Oslo yang telah ditandatangani oleh Palestinian Liberation Organisation (PLO), jelas bertujuan untuk proses pneyelesaian konflik di Tebing Gaza selaras dengan Resolusi 242 dan 338 Majlis Keselamatan PBB yang mengiktiraf hak rakyat Palestin.

MCA berpandangan yang konflik di antara Palestin dan Israel tidak seharusnya disemarakkan lagi dan langkah yang perlu diambil adalah melalui perundingan memandangkan Baitulmaqdis telah diduduki oleh umat Islam, Kristian dan juga Yahudi untuk sekian lamanya.

Seandainya Presiden Trump serius untuk memerangi kegaganasan global, MCA berpendirian yang beliau semestinya menerima hakikat hanya dengan saling menghormati perjanjian yang telah termeterai dan itu adalah asasnya kepada proses perdamaian Timur Tengah.

Apa yang ditakuti, dengan pengumuman Trump itu, pergaduhan dan pertempuran akan disemarakkan semula dan akhirnya keganasan di Tebing Barat akan mengakibatkan lebih banyak nyawa dan harta benda yang dipertaruhkan.

MCA juga berharap agar bantahan yang bakal dianjurkan di antara UMNO dan PAS di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur nanti tidak mengaitkannya sebagai Perang Salib agama Kristian memandangkan ia terang-terang berkaitan hak rakyat Palestin yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan ugama.

Untuk sekian lama MCA telah menyokong penuh hak rakyat Palestin dan kebebasan mereka tidak didiskriminasi serta penduduknya tidak dianiaya di bawah regim Zionis serta bertegas agar keputusan Presiden Trump ditentang dan campurtangan PBB amatlah diperlukan.

Friday, December 08, 2017

UMNO BERIKRAR TIDAK AKAN DIJADIKAN MANGSA FITNAH PERSEPSI LAGI


Kejayaan menguasai peperangan persepsi bakal menjadi penentu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang dan inilah di antara mesej penting yang disampaikan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak kepada perwakilan dan ahli-ahli dalam ucapan dasarnya di PWTC.

Sambil menunjukkan handphone, Presiden UMNO mengingatkan para perwakilan dan ahli-ahli UMNO betapa perlunya mereka menguasai media baharu ini untuk menangkis perang persepsi bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN dan juga UMNO.

Lantas, inilah juga merupakan salah satu faktor utama mengapa di dua pilihanraya umum lalu, BN telah banyak hilang kerusi kepada pembangkang.

Ia bukanlah kerana pembangkang terlalu kuat ataupun banyak menabur bakti kepada mereka tetapi mereka telah menguasai media sosial dan mengguna platform ini untuk menabur segala pembohongan dan kebencian terhadap BN/UMNO yang telah berjasa dan membawa segala pembangunan sejak sebelum merdeka lagi.

Sependapat dengan Presidennya, Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, untuk menghadapi pilihan raya akan datang, media baru perlu dikuasai untuk tangani persepsi. Kalau ini dapat dilakukan, kita akan muncul lebih kuat ketika bercakap dalam Program Bual Bicara Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) bertajuk: " PRU14: Betulkah UMNO di persimpangan?"

Yang utama bagi Tan Sri Annuar adalah pengundi atas pagar yang dilihat sebagai 'perseudo voters' perlu menerima maklumat yang tepat dan sahih.

Di antara permainan kotor politik pembangkang, mereka sering menggambarkan yang UMNO adalah parti politik yang rasis dan anti bangsa China hanya kerana semua ahlinya adalah dari bangsa Melayu dan Bumiputera. Sedangkan pembangkang sengaja menafikan bersatunya pelbagai kaum di bawah Barisan Nasional yang terdiri dari parti-parti komponen yang mewakili pelbagai kaum termasuk Sabah dan Sarawak.

Lebih jelek apabila di saat rakyat Malaysia akan keluar mengundi, pembangkang telah menyebarkan melalui media sosial dengan berita rekaan yang BN telah mengimport 40 ribu pengundi hantu dari Bangladesh. Ditambah lagi , dengan tuduhan kononnya dakwat kekal yang digunakan mudah luntur dan boleh pula dikikis.

Apabila terasa yang mereka masih tidak mampu menewaskan Barisan Nasional dan untuk menghalang rakyat dari keluar mengundi, di PRU13 lalu, seorang pemimpin pembangkang telah menyebarkan berita kononnya mereka telah pun menang pilihanraya di sekitar jam hampir 4 pagi sebelum proses mengundi diadakan pun. Di manakah logiknya tetapi masih ada yang mempercayainya.

Yang pasti, pembangkang kini ada senjata baru iaitu ideologi 'Mahathirisme' yang dibawa PPBM. Ia bukan saja merbahaya malahan telah nampak gerakan untuk menghasut rakyat dengan membuat pelbagai perbandingan zaman pemerintahan Mahathir dan mengecam kepimpinan PM Najib. Sedangkan segala kesilapan Dr Mahathir yang lalu, kini sedang diperbetulkan PM Najib.

Beberapa kesilapan besar di zaman Dr Mahathir termasuklah ISA, perjanjian konsesi berat sebelah, kontrak yang menguntungkan kroni dan keluarganya, subsidi petrol yang gagal menepati sasaran, Perjanjian Malaysia 1963 untuk Sabah dan Sarawak dan lebih parah lagi pelbagai skandal kewangan yang telah melibatkan ratusan bilion wang rakyat.

Penipuan dan berita palsu seperti ini adalah di antara modus operandi pembangkang menjelang pilihanraya umum nanti dan UMNO seharusnya bersiap-sedia menangkis dengan segera.

Secara keseluruhannya, ucapan Presiden sebenarnya mahu perwakilan dan semua ahli berperang habis-habisan untuk menang besar dalam PRU-14 dan persediaan berhadapan pembohongan pembangkang adalah merupkan di antara aspek utama yang dimahukan Presiden.

Dengan kata lain, tidak akan lagi berlaku untuk kali ketiga kesilapan-kesilapan dan kelalaian-kelalaian masa lalu apabila BN kalah dengan persepsi negatif yang dibawa pembangkang walaupun pada saat-saat akhir nanti. Justeru, UMNO telah berikrar untuk menguasai media baru demi mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Monday, December 04, 2017

KEJAYAAN BANGSAKU, KEJAAYAN NEGARAKU - MESEJ PRESIDEN UMNO UNTUK SEMUA


Dalam masa kurang daripada sehari, sekali lagi Presiden UMNO Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan mesejnya yang penuh dengan inspirasi dan bermakna, terus dari PWTC sempena Perhimpunan Agong UMNO ke 71. Yang jelas, ia bukan saja untuk ahli-ahli UMNO malahan setiap patah perkataannya juga untuk rakyat Malaysia secara amnya.

PM Najib telah mengambil kesempatan ini untuk menulis dalam blog peribadinya untuk berkongsi kepada semua ahli UMNO khasnya dan rakyat Malaysia amnya untuk lebih memahami bukan saja pentingnya kesinambungan kewujudan UMNO, tetapi menilai semula apa yang telah dilakukan oleh UMNO selama 71 tahun di dalam artikelnya bertajuk, "Kejayaan Bangsaku, Kejayaan Negaraku".

Dengan kata lain, ia membawa maksud kejayaan orang Melayu di dalam menyumbang kepada kejayaan dan kemegahan negara.

Ahli-ahli UMNO terdiri daripada bangsa Melayu dan juga mereka yang berstatus Bumiputera di seluruh tanahair dan mereka adalah rakyat majoriti di Malaysia. Tanpa meminggirkan kepentingan bangsa lain, sejak sebelum merdeka lagi, UMNO telah bersama-sama MCA dan MIC telah bersetuju bersama-sama membangungkan negara dengan semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

Kesemua kejayaan, kemajuan dan keharmonian yang kita capai hari ini telah pun diterajui oleh UMNO dan sejarah membuktikan bahawa walaupun Barisan Nasional terdiri daripada banyak parti-parti komponen lain yang mewakili pelbagai agama, kaum dan budaya, UMNO sebagai parti utama tidak pernah mengkhianati perjanjian yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

Oleh kerana itu, untuk mengekalkan kejayaan negara untuk di masa hadapan, DS Najib mengajak semua ahli UMNO dan majoriti rakyat untuk berada di dalam satu arah yang sama.

Umno adalah parti politik yang berasaskan kepentingan dan perjuangannya untuk rakyat dan semenjak DS Najib adalah Presiden parti dan telah mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada tahun 2009, Agenda Bumiputera terus diperkukuh dan bertambah baik sehingga berjaya diletakkan sebagai sebagai Agenda Nasional. Akhirnya, pendapatan kasar bulanan isi rumah Bumiputera telah meningkat daripada RM3,624 pada tahun 2009 kepada RM6,267 pada tahun lepas.

Manakala kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera telah menyusut dari 5.3 peratus pada tahun 2009 ke 0.5 peratus pada tahun lalu.

Lebih utama, UMNO sentiasa memastikan bangsa Melayu dan Bumiputera tetap berdaya saing dari segi pendidikan, pekerjaan, pemilikan aset dan banyak lagi. Kesemua ini terkandung dalam Plan Tindakan Transformasi Kesejahteraan Bumiputera yang dilancarkan awal tahun ini yang menyatakan semua pencapaian dan aspirasi bangsa Melayu dan bumiputera di Malaysia.

Kesemua pencapaian ini adalah bukti yang perjuangan dan lebih penting kesediaan UMNO untuk berkorban dengan segala keringat untuk semua dari dulu hingga sekarang. Inilah juga membuktikan yang UMNO adalah parti politik yang meletakkan negara melebihi dari segala-galanya dan UMNO bersedia untuk berjuang sehingga ke akhirnya demi Malaysia tercinta.

Selari dengan apa yang pernah disarankan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, kekuatan yang ada dalam UMNO dan Barisan Nasional adalah merupakan sebuah wadah politik yang mempunyai DNA yang tersendiri, yang mempunyai asas yang kukuh. Kekuatan UMNO dan Barisan Nasional cukup terserlah dan seharusnya dijadikan kefahaman untuk semua mengetahui falsafah perjuangan UMNO untuk dijadikan 'antibodi' yang terkuat dalam berhadapan dengan pembangkang.

Insya-Allah, selagi UMNO ada, parti ini akan terus berani mempertahankan tanggungjawab untuk memperjuangkan kaum Melayu dan Bumiputera sehingga ke peringkat yang lebih tinggi kerana perjuangan UMNO adalah sentiasa ikhlas dan penuh dengan nurani yang besar berdasarkan agama, bangsa dan negara.

Thursday, October 12, 2017

MCA : DULU UNDI PAS ADALAH UNTUK DAP, HARI INI UNDI PAS UNTUK UMNO?


Ketika bersekongkol dengan PAS dalam Pakatan Rakyat, Lim Kit Siang pernah mengakui yang jika bangsa Cina mengundi PAS, ia sama juga memberi undi untuk DAP bagi menghalalkan penerimaan perlaksanaan hukum hudud di kalangan penyokong dan pengundi Cina. Nampaknya, DAP bukan saja terjerat dengan permainan kata-kata mereka sendiri, DAP juga kehilangan modal untuk menerangkan kepada pengundi Cina senario politik yang berlaku hari ini yang jelas berpunca dari mereka sendiri.

Di dalam keadaan yang cukup terdesak untuk mencari idea ke atas penipuan mereka terdahulu, Guan Eng baru-baru ini telah nampaknya terpaksa memusing pendirian DAP yang jika sesiapa mengundi PAS bermakna mereka memberi undi kepada UMNO. Undi untuk UMNO?

Bagi MCA, mana mungkin dakwaan Guan Eng ini ada asasnya memandangkan PAS bukanlah parti komponen Barisan Nasional. Sekiranya PAS bertanding, apakah UMNO/BN tidak akan meletakkan calonnya? PAS dan UMNO/BN akan bersaing di PRU14 nanti, ini jelas menunjukkan mereka tetap bersaing.

Kerjasama UMNO dan PAS bukanlah kerjasama politik sepertimana yang pernah berlaku di dalam Pakatan Rakyat di antara DAP dan PAS. Mereka hanya akan bersefahaman di dalam aspek kepentingan Islam dan Melayu. Ini terserlah apabila berlangsungnya PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar apabila calon PAS dan UMNO bertanding di kawasan yang sama.

MCA melihat yang DAP sangat tertekan apabila mengetahui pengundi Cina telah menyedari yang mereka sebenarnya bukanlah parti yang mempunyai prinsip sejati atau lebih tepat, prinsip DAP akan mudah berubah-ubah dan flip-flop.

DAP telah membuktikan sedemikian apabila lebih dari 30 tahun, Dr Mahathir adalah musuh utama mereka tetapi pada hari ini, bekas Presiden UMNO itu adalah pemimpin utama mereka di dalam Pakatan Harapan. Dr Mahathir yang sering dianggap sebagai diktator yang korup, orang yang bertanggungjawab menghancurkan sistem kehakiman dan zalim menyekat kebebasan suara rakyat dan media.

Sepertimana yang telah dinyatakan Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai, Kit Siang tidak henti-henti menyerang Dr Mahathir ddi dalam skandal kehilangan rezab BNM dalam forex, tetapi pada hari ini beliau telah berubah untuk menyokong kesalahan mantan Perdana Menteri itu.

Malahan, DAP juga telah menaja kewujudan dan bekerjasama dengan parti serpihan dari PAS, PAN dan rata-rata hampir kesemua ahli dan pemimpin PAN datangnya dari PAS. Hakikatnya, samada PAN ataupun PAS, DAP adalah sebahagian daripada sebab-sebab wujudnya fahaman Taliban di Malaysia apabila bekerjasama dengan PAS dan membantu mereka bertapak.

Oleh itu, demi kepentingan politik mereka semata-mata, adalah lebih tepat jika Kit Siang, Guan Eng dan DAP sekarang ini memberitahu penyokong-penyokongnya yang mereka telah membuat pusingan 180 darjah di mana jika mereka mengundi DAP, itu adalah untuk menyokong ekstrimisma ugama dan Mahathirisma.

Saturday, September 23, 2017

RAHSIA KEKUATAN UMNO DAN PENYATUAN BN YANG TIDAK MUNGKIN DITIRU PEMBANGKANG


Sejak pilihanraya pertama, pelbagai cara dilakukan parti-parti pembangkang untuk kalahkan pesaing utamanya iaitu Perikatan dan kini adalah Barisan Nasional yang diterajui UMNO. Dan sejak itu juga, pembangkang menyedari untuk kalahkan parti pemerintah Barisan Nasional, UMNO adalah target utama mereka.

Maka kita dihidangkan pula di antara parti-parti pembangkang bertali-arus menyerang UMNO dan kononnya untuk memantapkan lagi serangan, mereka telah cuba untuk bersatu dengan meniru gabungan parti-parti seperti Barisan Nasional. Justeru, wujudlah Gagasan Rakyat yang diterajui Semangat 46 terdiri dariapada DAP, PRM, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Barisan Progresif India (IPF) manakala PAS yang enggan berganding bahu dengan DAP kekal di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama BERJASA, HAMIM dan KIMMA.

Kesemua gabungan itu samada Gagasan Rakyat mahupun APU diwujudkan kerana ingin meniru konsep Barisan Nasional tetapi akhirnya terkubur dan BN yang diterajui UMNO kekal sebagai parti pemerintah.

Kemudian, kehadiran Anwar Ibrahim di dalam blok pembangkang, wujud pula Barisan Alternatif yang menyaksikan gabungan PAS dan DAP bersama-sama parti Anwar Ibrahim - PKR. Gabungan ini kemudiannya diberi nama Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim mewakili PKR telah berjaya menawan Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak manakala PAS mengekalkan penguasaan di Kelantan.

Pada PRU13, Kedah ditawan BN dan Perak kekal di tangan BN semula dan DAP adalah parti terkuat di antara parti gabungan Pakatan Rakyat kerana berjaya menguasai hampir kesemua kerusi yang ditandinginya berbanding PAS dan PKR. Apabila PAS meneruskan untuk melaksana hukum hudud di Kelantan, bermula persengketaan di antara DAP dan PAS manakala PKR berpihak kepada DAP dan akhirnya Pakatan Rakyat dibubarkan.

Sekali lagi parti-parti pembangkang dengan Pakatan Rakyatnya yang cuba meniru konsep BN gagal dikekalkan dan UMNO tetap menjadi target utama serangan mereka kerana parti terkuat ini terus menerajui Barisan Nasional.

Di samping itu, DAP telah cuba memporak-perandakan PAS apabila team tajaan mereka yang diketuai Mat Sabu telah mengalami kekalahan teruk dalam pemilihan pemimpan PAS. Akhirnya Mat Sabu dan teamnya diberi nyawa oleh DAP untuk menubuh PAN dan bercerai dari PAS untuk bergabung dalam Pakatan Harapan.

Sekarang, setelah Dr Mahathir wujudkan parti baru berasaskan bangsa Melayu yang terdiri daripada bekas pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO, mereka berhajat untuk mengganti UMNO di dalam blok pembangkang. Maka parti-parti pembangkang bersatu di dalam Pakatan Harapan menggantikan Pakatan Rakyat tanpa PAS.

Ironinya, pakatan baru ini mempunyai 3 kepala iaitu Anwar, Dr Mahathir dan Wan Azizah. Walaupun DAP tidak dilihat menduduki kepimpinan tertinggi, namun apa yang disaksikan rakyat, DAP sering menentukan hala tuju gabungan baru ini. Lebih jelas apabila rakyat menyaksikan pertelingkahan sesama parti secara terbuka dan telah berlaku ketika PRN Sarawak di mana PKR dan DAP telah bertanding di kawasan yang sama.

UMNO tetap dijadikan target utama dan gabungan Barisan Nasional tetap ingin ditiru. Malangnya, walaupun ada usaha untuk mendaftarkan Pakatan Harapan dan terdahulu Pakatan Rakyat, namun oleh kerana mereka sentiasa tidak memenuhi syarat-syarat utama pendaftaran, maka Pakatan Harapan juga kekal hanya pada nama tanpa sebarang ikatan rasmi yang mampu menyatukan mereka secara mutlak.

Berikutan sejarah parti-parti pembangkang ini, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa menegaskan yang kekuatan UMNO dan konsep Barisan Nasional (BN) itu tidak boleh ditiru sama sekali kerana ianya adalah "originaliti". Rahsia yang dikongsikan TS Annuar adalah;
“Benda original ini dibentuk dalam masa yang panjang… nak tubuh UMNO bukan mudah, bila nak lahirkan satu wadah perjuangan, kita sampingkan soal kaum dan kelompok, kita ikat berasaskan sendi agama di mana asalkan Islam maka Melayulah semua. Dari situ Melayu menjadi besar. Asalnya Melayu terlalu kecil.

“Ini sangat-sangat salah… kalau tidak kerana Islam, UMNO tidak akan terwujud, kerana UMNO terwujud adalah kerana Islam dan dalam Islam cakap membentuk pemerintahan itu satu kewajipan,satu fardu kifayah… itu asasnya."

Pokoknya, UMNO diwujudkan dengan berpaksikan agama Islam dan berteraskan perpaduan untuk semua pihak tanpa mengenpikan bangsa-bangsa lain dan juga penganut agama lain. Apakah pembangkang mampu melaksanakan sepertimana UMNO dan Barisan Nasional lakukan dalam erti kata yang sebenar?

Selagi DAP yang terang-terangan adalah anti-Melayu dan anti-Islam dengan Malaysian Malaysia mereka, parti-parti pembangkang akan kekal berpecah.
 

Monday, September 18, 2017

AZMIN TIDAK BEGITU MARAH MAT TAIB KELUAR PKR, TETAPI SESUATU TELAH TERBONGKAR


Sebenarnya Azmin tidaklah begitu marah apabila Tan Sri Muhammad Muhamad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib keluar dari PKR tetapi setelah diteliti dan diamati alasan-alasan yang diberikan beliau untuk kembali kepada UMNO, satu perkara besar yang telah didedahkan kepada umum terutamanya rakyat Selangor yang menyebabkan Azmin dan PKR Selangor begitu marah dan terkesan, adalah bahawa kerajaan yang diketuai Azmin dan PKR tidak membincangkan agenda Melayu dan Islam di dalam PKR negeri mahupun Pakatan Rakyat Selangor. 

Dalam perkataannya sendiri, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib atau lebih dikenali sebagai TS Mat Taib di kalangan rakan-rakan politiknya telah berkata;

"Hal agenda Melayu, hal agama tidak disentuh ini tidak sihat. Satu masa nanti wujud pergeseran yang kuat (akhirnya) politik dikuasai oleh orang lain". Ini telah memberi gambaran jelas yang kepentingan Melayu dan Islam bukan agenda PKR Selangor dan PR Selangor.

Oleh yang demikian agenda siapa yang Azmin, PKR dan Pakatan Rakyat utamakan selama ini jika tidak semata-mata untuk kepuasan dan kepentingan DAP sahaja. Maka, terjawablah mengapa DAP di Selangor kini tidak langsung berbunyi menentang Azmin apabila beliau mengekalkan PAS di dalam barisan exconya dan kekal bersama mentadbir Selangor bersama-sama DAP. 

Inikah perjanjian syaitan dan rahsia besar yang ada dalam pandora box yang Azmin telah buat dengan DAP agar mereka tidak membantah? Jika selama ini kita tertanya-tanya mengapa DAP tidak lagi membantah keputusan Azmin mengekalkan kerjasama dengan PAS Selangor, segalanya telah pun terjawab.

Namun segala alasan yang diberikan Azmin di akaun Twitternya yang menggambarkan TS Mat Taib sebagai surat khabar lama, jelas menunjukkan taraf alasan seorang ahli politik yang berjawatan bawahan walaupun ternyata menunjukkan kekecawaannya. Tetapi apabila TS Mat Taib dedahkan yang pentadbirannya tidak meletakkan agenda Melayu dan Islam sebagai keutamaan, apakah nada text Twitternya akan berterusan seperti kebudak-budakan yang menyerang kredibiliti TS Mat Taib?

Amat malang bagi pengundi Melayu yang terdiri daripada penyokong kuat PKR Selangor apabila kepentingan mereka dan agama mereka tidak dibincangkan dan ini menunjukkan bukan saja undi mereka diperlukan untuk mereka berkuasa, malahan membenarkan agenda "Malaysian Malaysia" DAP yang tidak mahu bangsa Melayu dan agama Islam terus diberi perlindungan dan keistimewaan.

Negeri Selangor sangat bernasib baik kerana masih di bawah naungan seorang Raja yang didaulatkan negara. Jika tidak, Azmin akan terus-terusan membiarkan Selangor menerima nasib sepertimana DAP melayan masyarakat Melayu di Pulau Pinang. Tetapi apa gunanya seorang Melayu dilantik sebagai ketua pentadbir negeri jika apa yang pernah berlaku di Perak, kini berulang di Selangor?

Bukan saja perjuangan PKR "is a waste" seperti yang diakui TS Mat Taib, malahan ia sangat merbahaya kepada masyarakat Melayu dan umat Islam apabila Azmin hanyalah seorang ketua pentadbir puppet di bawah telunjuk DAP. Apakah rakyat Selangor lupa sehinggakan Sultan Selangor telah terpaksa berkeras ke atas Sivarasa yang telah melanggar titah tuanku kerana berceramah politik di An-Nur Mosque in Kampung Melayu Subang tetapi Azmin dan PKR tidak mengambil apa-apa tindakan displin ke atas Sivarasa. 

Kesucian masjid telah dicabul dan titah Sultan telah diingkari dengan tanpa rasa bersalah sedangkan Azmin gagal bertindak tegas. Apakah ini tidak cukup membuktikan yang Azmin hanyalah seorang pupet yang dilantik Pakatan Harapan untuk berada di bawah telunjuk DAP? Apakah kini duplicate bekas MB Nizar di Perak sedang ditempah Azmin di Selangor?

Monday, July 24, 2017

KETEREH MELAMBAI UNTUK KEMBALIKAN KELANTAN KEPADA UMNO/BN


Kehadiran rakyat Kelantan yang di luar jangkaan dan sangat menggalakkan di Majlis Ramah Mesra Bersama Orghe Parlimen Terre (OPT) di Ketereh adalah petanda yang mereka ingin kembalikan Kelantan kepada UMNO/BN. Walaubagaimanapun, untuk menjadikan ia satu realiti, pengundi Kelantan haruslah menterjemahkannya di peti undi pada PRU14 nanti.

Turut hadir sebagai tetamu utama adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid di samping Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan YB Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed, Timbalan Menteri KDN, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi dan yang pasti penganjurnya Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan UMNO.

Di dalam ucapan DS Zahid, beliau mengingatkan rakyat Kelantan yang kerajaan persekutuan yang diterajui UMNO sentiasa mengutamakan nasib rakyat Kelantan walaupun PAS yang memerintah. Ini terbukti apabila sebanyak RM12.7 bilion telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia ke 11 untuk pembangunan negeri Kelantan.

Di antara sektor yang diberi keutamaan adalah pendidikan, ugama, keselamatan dan juga sosio-ekonomi rakyat Kelantan.

Pada masa yang sama, DS Zahid juga turut mengajak rakyat Kelantan menolak habis-habisan calon-calon Pakatan Harapan yang kini diPengerusikan oleh seorang pemimpin yang gila talak dan lebih pening apabila gabungan pembangkang ini mempunyai tiga ketua yang sudah tentu kapal yang ingin mereka kemudi akan pasti tenggelam.

Kepada Pengerusi PH yang pernah diberi peluang selama 22 tahun untuk menjadi pemerintah, DS Zahid mengingatkan yang era beliau sudah berlalu dan seharusnya tamat dan menjadi negarawan yang dihormati rakyat. Tetapi sebaliknya beliau yang tidak mahu menerima pemimpin sekarang ini, sehingga sanggup menyerahkan diri kepada musuh lamanya.

Manakala, Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua UMNO bahagian Ketereh dan juga Ketua Penerangan UMNO, telah menyatakan 2 resolusi dari 2 resolusi dari UMNO Ketereh iaitu memperbaharui tekad dan keazaman untuk bekerjasama dan bersatu-padu serta taat setia kepada kepimpinan DS Najib Razak dan DS Zahid Hamidi.

Ikuti ucapan Tan Sri Annuar Musa yang menegaskan perjuangan ahli-ahli UMNO ini bertepatan dengan tuntutan fardhu kifayah sebagaimana yang disarankan ulama tersohor Imam Tabrani;



Thursday, July 06, 2017

WSJ DIRTS THAT WILL NOT WORK ANYMORE FOR MALAYSIA


It has been for decades that the Wall Street Journal (WSJ) eyeing for any angle possible to overthrow the UMNO-led government and today even the US politicians admitted that WSJ is selling fake news. For that, Malaysia has extensive experience in disengaging and filter out false news, politically motivated lies and spinning news that is published by the WSJ.


To no surprise, this Israeli-owned mouthpiece aims at UMNO-led government and their leaders for supporting the development of the Malays and other races in the country. WSJ intends to impose their own extreme liberal secular agendas in Malaysia and has shown blatant favoritism towards the opposition since at least 19 years ago.

Make no mistake that WSJ also is an avid supporter of the illegal Iraq war that has destroyed the Middle East, the nation and has resulted in hundreds of thousands of deaths and they are directly responsible for the rise of Daesh but as usual, WSJ refuses to take responsibility for their fake news.

Regrettably, many around the world are unaware of the WSJ dirt that works. Malaysia is not alone in discerning their dirty works and apparently many US politicians have come forward to disclose them.

Distortions and twist of facts are words that are often associated with the WSJ. The Democratic senator, Al Franken has clearly slammed WSJ and considered them as deliberately spinning and distorting issues. The Huffington Post has accused WSJ to intentionally misrepresent information to provoke war and economic sanctions on a particular nation. The American Center for Progress also accuses WSJ of knowingly misinforming.

To Salon Magazine, WSJ will initiate a ‘character assassination’ on anyone who refuses to submit to their will. As for Raymond Dalio, an American investor and a philanthropist, he depicts WSJ distortion reports as intentional that it is such an epidemic of sensationalism and commercialism.

Too many people believe in rumors and fake news, and this is what is required to WSJ. WSJ has become a propaganda channel and a vehicle for the oppositions to discredit the government. It has been for too long that WSJ peddling fake news provided by the individual who prefers to see their own country destroyed for their own political interests.
Malaysians must listen to the voices of Americans who perceived WSJ as the false news broadcaster who will deliberately ignore facts in pursuit of their own political party agenda.

As we have long been talking about and knew who are among those leaders in the opposition bloc collaborating with WSJ, do we need to continue trusting and be influenced by their fake news reportings? Do we wish to let the nation’s future to turned into Iraq, Egypt and Syria which are now destroyed by their dirty works?

Tuesday, June 20, 2017

AHLI UMNO PERLU BERSOLIDARITI BERSAMA PEMIMPIN UNTUK PERTAHAN NEGARA


Satu persoalan mudah namun cukup serius untuk difikirkan telah dilontarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa kepada ahli-ahli UMNO khususnya dan umat Islam amnya - Apa itu "Keadilan ala Amerika", "Demokrasi ala Amerika" dan "Diplomasi ala Amerika? Negara-negara Islam yang lain telah pun merasainya dan di antaranya adalah rakyat di Iraq, Afghanistan, Palesting, Liby, Syria, Mesir dan juga Yaman.

Perumpamaan Tan Sri Annuar di mana "kayu untuk menumbangkan kayu", adalah kepakaran yang dimiliki Amerika untuk pertukaran rejim sesebuah negara Islam di mana SOP mereka adalah mencari alasan untuk mencampuri urusan dalam negara lain. Kemudian digalakkan penentangan, pemberontakan dan yang pasti, blok pembangkang adalah senjata ampuh dan mujarab mereka.

Apakah yang dinyatakan Tan Sri Annuar tidak berlaku kepada negara kita sekarang? Bukan sesuatu yang baru namun apa yang berlaku hari ini, pembangkang yang gemar dan nyata bersekongkol dengan kuasa asing terutamanya dari Amerika terus-terusan menyerang kepimpinan yang diterajui UMNO.

Gerakan Bersih yang telah sampai ke tahap 5, dengan terang telah mengaku mereka menerima pembiayaan dana dari pihak George Soros. SOP Bersih hanyalah mengadakan demonstrasi jalanan berskala besar dan mengajak rakyat memberontak. Lebih dangkal apabila himpunan Bersih sentiasa diberi liputan meluas media asing terutamanya yang berpengkalan di Amerika.

Setiap kali diadakan pilihanraya umum, pasti sekutu-sekutu pembangkang dari luar negara menunjuk minat mereka tetapi segala yang dilaporkan hanyalah berita negatif terhadap kepimpinan UMNO. Masihkah kita ingat bagaimana pembangkang telah menyebarkan yang BN telah mengimport 40,000 rakyat Bangladesh untuk dijadikan pengundi? Malangnya ada juga yang terus terpedaya sedangkan ia langsung tidak masuk akal fikiran memandangkan 40,000 manusia memerlukan sekurang-kurangnya 20,000 kapalterbang sekaligus untuk membawa mereka ke negara ini. Di manakah letaknya kapal-kapalterbang ini disorokkan UMNO agaknya?

Negara Malaysia perlu diserlahkan pelbagai bentuk tidak kestabilannya termasuklah dari segi ekonomi, keselamatan, sosial di antara kaum dan juga ugama. Uniknya Malaysia, seorang pemimpin bangsa Melayu dan beragama Islam telah memimpin 30 juta rakyat dari pelbagai bangsa dan ugama. Namun keharmonian masih kekal terjamin.

Kini telah kedengaran secara lantang, pihak pembangkang mempersoal Artikel 3 Perlembagaan Negara yang jelas menyatakan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta termaktub ugama Islam adalah ugama Persekutuan. Bar Council juga telah digerakkan untuk mengkaji samada Artikel 3 ini perlu diubah dan mungkin dapat dihapuskan. Pembangkang tidak putus asa, malahan portal-portal berita mereka juga sengaja digunakan untuk memberi temuramah eksklusif dalam usaha menimbulkan rasa tidak puas hati dengan Artikel 3 ini.

Mengapa Malaysia disasarkan? Malaysia adalah sebuah negara Islam di rantau Asia yang mengalami perkembangan yang sangat progresif. Bagi Tan Sri Annuar, kebangkitan pengaruh negara China telah melengkapkan alasan Amerika terutama agensi-agensi pimpinan/pro Zionis menghalang segala bentuk perkembangan Islam.

Ahli-ahli UMNO perlu sedar sepertimana yang diingatkan Tan Sri Annuar yang kuasa luar tidak akan berhenti memulas tangan dan telinga sehingga negara itu tunduk dan hidung dicucuk menjadi sekutu mereka atau pertukaran rejim akan berlaku. Dengan seruan Tan Sri Annuar yang hanya solidariti rakyat terutamanya di kalangan ahli-ahli UMNO serta ketahanan nasional serta pimpinan terkuat lagi stabil mampu menghalang mereka.

Oleh yang demikian, Tan Sri Annuar mengingatkan umat Islam dan khususnya ahli-ahli UMNO dalam kenyataannya bahawa, "Dengan menjangkakan PRU14 akan diadakan pada bulan Ogos atau September atau Oktober nanti, mereka khususnya, DoJ, dengan koloborasi kayu-kayu yg mencari kuasa, melancarkan sekali lagi tindakan 'preemptive' mereka ke arah pertukaran rejim dengan satu perancangan halus tapi cukup rapi dan terselaras sekali."

Sememangnya benar apabila mereka tidak perlukan kebenaran, beban bukti dan tidak perlu mengikut 'rule of law' negara sasar dan ia cukup sekadar aduan, tuduhan, insinuasi dan persepsi dalam mewujudkan ketidakstabilan sesebuah negara. Senario ini telah pun berlaku di negara-negara Islam di Timur Tengah seperti di Iraq, Afghanistan, Palesting, Liby, Syria, Mesir dan juga Yaman.

UMNO yang selama ini menjadi tunjang dan benteng utama negara semenjak penentangan kita terhadap Malayan Union hingga kini, perlu berupaya dan seterusnya berupaya dan melipatgandakan iltizam dalam bersolidariti serta wala' bersama saf pimpinan. Tan Sri Annuar menyeru seluruh ahli UMNO terus mempamerkan ketahanan dan jati diri pada tahap tertinggi bersama semua pihak lain yang sedar serta bersedia memperkasakan perpaduan umah dan mengukuhkan tahallul siyasi bersama UMNO.

Semua jentera Penerangan UMNO di semua peringkat tidak mudah alpa dan sentiasa berganding bahu, malah sebaliknya mantap melipatgandakan usaha dalam memerangi setiap fitnah, ugutan, perang saraf yang datang dalam pelbagai bentuk dan jenis saluran media.

Thursday, May 18, 2017

PM NAJIB IS NEVER ALONE AS THE RED WAVES ARE INTACT WITH HIM


Never before in any of the political history of the world that is capable of maintaining its power and as a leading party for 71 years unless it is only UMNO. It will be arduous to collapse UMNO’s strength as we witnessed the attendance of more than 100,000 members gathered in and out of Bukit Jalil Stadium. The spirit of its members fielded with a sea of red tide is enough to prove them.

Thus, this 71st rally has clearly apprised to the world and in particular the opposing parties, UMNO remains the largest and strongest political party in Malaysia. More importantly, its members are of the Malays and Bumiputra. Without a doubt, political power in Malaysia is determined by the power of the Malays.

Indeed Prime Minister Najib Razak as the President seemed elated by the ambience of such crowded attendees, confirms that it is hence a living proof that UMNO remains strong and united. He boldly posed a question if UMNO is still considered weak with such abundance of turnouts plus some 3 million members are all over the nation.

Thereby, PM Najib is convinced and appreciative that he was never alone in the struggle to defend the party. With such remarkable spirit to face the coming 14th general election, Umno together with the component parties of the Barisan Nasional will contest once again to retain its power with no fear and distracted.

While UMNO is constantly challenged with numerous attempts to tear it down, but it was never succeeded. Therefore, what are the hidden secrets? It is only with the principle of loyalty and steadfast in their struggle for Islam, the Malays and the country that UMNO survived. Umno is not a racist party but has proven to fight for all Malaysians regardless of race, religion and ethnicity and even so, UMNO is willing to share power with other component parties.

The opposition parties have been trying ceaselessly to emulate the concept of unity held by Barisan Nasional but ended up to always failed. Not because of the one objective to topple the BN government but their differences in principle that is not congenial to realise them. DAP with their racist doctrine, PKR has always been bickering among themselves and only fight for the fate of Anwar Ibrahim while new parties PPBM and PAN, are composed of former members who are rejected by UMNO and PAS.

The main intent to this mammoth rally is not to puff up as claimed by the oppositions. In any battle, its success not only depends on the ingenious strategy, but it has to be executed by the strength of the army as the winning factor. Indictments especially from the opposition party led by Dr Mahathir, who always claimed that Umno akin to an already empty vessel, therefore they will now have to think a thousand times to challenge against UMNO.

As everyone knew that PKR has been relying on PAS strength for their campaign machinery will face vast shortages. In fact, during Pakatan Rakyat, DAP too had to depend on PAS supporters but now they are solely depending on the Chinese to carry their campaigns.

The influx of red spirit that covers every corner in Stadium Bukit Jalil also reflects the indomitable spirit party members and this is the strength to defend and fight for UMNO to its victory. UMNO is not only relevant in the past but this Malay dominant party is even far more united and stronger under the leadership of Prime Minister Najib Razak even they have now betrayed by their former president, Dr Mahathir.

As long as UMNO is intact, it will continuously push forward for the people as depicted in their theme song… UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia!


Saturday, April 29, 2017

KEPIMPINAN PM NAJIB RAZAK DI MATA BN DAN UMNO


Adakalanya ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO dan juga parti komponen BN ditanya, mengapa terlalu yakinkan kepimpinan PM Najib Razak sehingga mereka sukar untuk dipengaruhi pembangkang dan terkini, kempen anti-Najib yang digerakkan Tun Mahathir dan Lim Kit Siang. Apakah benar mereka telah dibayar atau memakan dedak seperti yang sering dituduh atau apa sebenarnya?

Memetik kenyataan Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO, yang berkongsi pandangan tentang Presiden UMNO ini, beliau telah memulakan dengan ayat pertamannya iaitu ... "kini segalanya telah membuahkan hasil dan rakyat sedang menikmatinya kerana pendekatan Perdana Menteri DS Najib yang sabar, fokus serta pengurusan hal ehwal negara secara berhemah dan bijaksana".

Akhirnya, segala percubaan pembangkang untuk mengguna strategi fitnah, kempen membenci dan menakut-nakutkan rakyat dengan cerita rekaan mereka, bukan saja gagal malahan rakyat semakin meraguinya dan terus menolak.

Jika masih ada yang meragui keadaan ekonomi negara semakin mantap, lihat sahaja pengkitirafan dunia kepada pentadbiran PM Najib yang diletakkan sebagai "THE BEST PERFORMING ASIAN CURRENCY" sejak awal tahun kerana berjaya mengukuhkan matawang negara melebihi 3%. Pelan Transformasi Ekonomi negara bukan saja telah menunjukkan kesan positif malahan kini membuahkan hasil yang lumayan.

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa bukan sekadar memuji bosnya tetapi ini satu realiti apabila PM Najib yang fokus dan istiqamah dengan pelakasanaan GST dalam usaha mentransformasi sistem percukaian negara serta memperluaskan asas pendapatan negara. Malaysia diletakkan sebagai negara pada kategori dan rating/penarafan yang sangat baik dan berterusan mengekalkan di tahap pusat dagang dan pelaburan yang sihat di dalam perdagangan antarabangsa.

Di samping itu, kenyataan Tan Sri Annuar telah disahkan oleh Jack Ma, boss e-commerce AliBaba, yang memuji negara sebagi paling mesra untuk di dunia telah bersetuju menjadikan Malaysia sebagai hab pengedaran serantau ekonomi digital dan sekali gus menerima perlawaan PM Najib untuk dilantik sebagai penasihat di dalam ekonomi digital kepada kerajaan.

Di dalam mengharungi segala pembohongan, tuduhan palsu dan pelbagai cerita rekaan tentang 1MDB yang dikaitkan dengan PM Najib, Tan Sri Annuar melihat sikap PM kita yang sangat sabar dan tenang dalam menghadapi dugaan ini. Walaupun dinyatakan PAC yang 1MDB sebagai 'business model' yang salah tetapi ia telah diperbaiki dengan penuh bertanggungjawab apabila PM Najib sendiri mengusulkan satu pelan rasionalisasi sehingga segala hutang diselesaikan tanpa membebankan pihak kerajaan.

Terbaru, penyelesaian IPIC-1MDB adalah kejayaan terbesar untuk memulihkan bukan saja imej syarikat kerajaan ini, ia juga termasuk maruah PM Najib. Lebih dari itu, kejayaan 1MDB ini telah bertukar menjadi mimpi ngeri pembangkang yang sangat berhasrat menjadikannya satu 'Polong Politik' untuk menakut-nakutkan rakyat. Sebaliknya, pada masa akan datang, 1MDB bakal muncul sebagai satu entititi pelaburan strategik yg berjaya.

PM Najib bukan saja seorang yang fokus dalam menyelesaikan krisis tetapi beliau juga dilihat Tan Sri Annuar sebagai seorang yang tenang dan berdiplomasi dalam perhubungan antarabangsa. Hubungan negara dengan Amerika, China, EEU, Arab Saudi dan India, terus kukuh di bawah "NAJIBLOMATIC" yang cukup  dihormati.

UMNO telah pun melepasi konflik yang dicetuskan team Dr Mahathir dan Tan Sri Annuar melihat ia diselesaikan dengan kebijaksanaan Presidennya yang menekankan sikap wasatiyyahnya. Ia bukan saja berkesan kepada UMNO malahan parti-parti komponen Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum dan fahaman ugama serta budaya, kepimpinan PM Najib Razak semakin diyakini.

Ringkasnya, bagi Tan Sri Annuar, kepimpinan PM Najib Razak yang istiqamah, berwasatiyyah serta keupayaannya mengerahkan segala pengalaman yang begitu lama di timba dibawah pimpinan terdahulu kini umpama SEGELAS PENAWAR DAN SEBIJI GELIGA bagi pelbagai masaalah negara. 

Oleh itu, rakyat berhak mendapat yang terbaik dan seorang pemimpin negara yang terbaik dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat juga.
 

Friday, March 24, 2017

PENJELASAN KHAS UNTUK MEREKA YANG SALAH FAHAM USUL MP KETEREH DALAM ISU UEC


Ucapan  Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa selama seminit ketika membahas titah Yang di Pertuan Agong yang menyentuh isu Unified Examination Certificate (UEC) telah mendapat pelbagai reaksi terutamanya di media sosial dan beberapa NGO. Respond yang diterima rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan TS Annuar yang dilihat tidak seharusnya menyokong UEC diiktirafkan kerana didesak oleh pihak yang pernah suatu ketika terlalu rasis terhadap perjuangan bangsa Melayu khasnya.

Malahan TS Annuar pula memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO, parti terbesar bangsa Melayu dan pengerusi salah sebuah institusi terbesar Melayu MARA yang telah melahirkan cendekiawan dari kalangan anak Melayu khususnya. Maka bagi mereka, apa relevannya TS Annuar mencadangkan agar sijil UEC diiktiraf yang jelas tidak menghormati Dasar Pendidikan Negara dan tidak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Beberapa isu pokok berhubung Unified Examination Certificate (UEC) diperjelaskan TS Annuar sendiri adalah seperti berikut;
1. Perkataan 'iktiraf' telah disalahertikan

Samada iktiraf atau tidak, itu adalah kuasa kerajaan dan TS Annuar menekankan yang beliau menyokong dan mempertahankan pendirian kerajaan yang di ketika ini belum lagi mengiktiraf sijil UEC di dalam bentuknya sekarang.

Ketika ini, kerajaan telah pun iktiraf UEC sebagai sijil kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Maktab Perguruan. Pengiktirafan itu ada dalam sekular bertulis kerajaan.

Apabila TS Annuar menyentuh mengenai mengiktiraf sijil UEC, ia merujuk sebagai sijil kelayakan ke IPTA dan sijil untuk memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam.

2. Kementerian terlibat harus reciprocate (respon)

Dong Zong hari ini telah bertukar kepimpinan yang lebih terbuka dan bersedia untuk berunding. Presidennya Datuk Temenggong Lau telah menunjukkan komitmen Dong Zong untuk berunding atas perkara asas yang menyentuh matapelajaran wajib Bahasa Melayu dan Sejarah. Walaubagaimanapun, TS Annuar tetap hormat kepada apa saja keputusan kerajaan setelah mereka berbincang.

3. Isu sijil UEC dipolimikkan dengan isu perkauman

Di dalam perbahasannya di Parlimen, TS Annuar dengan jelas telah menyentuh yang isu sijil UEC ialah soal pendidikan yang perlu menepati Dasar Pelajaran Kebangsaan dan perlu mematuhi Perlembagaan Negara tanpa kompromi. Ia tidak seharusnya dipandang dari sudut perkauman terutama cauvinisma.

4. Apa yang menyebabkan kerajaan tidak iktiraf sijil UEC?

a. Korikulum yang tidak setara dengan Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Bahasa Melayu mereka tidak merupakan Bahasa Melayu standard SPM.

b. Kandungan matapelajaran Sejarah tidak memadai yang ditetapkan Kurikulum Kebangsaan. Pengisian matapelajaran Sejarah sekolah Kebangsaan Cina ialah 30% sejarah dunia, 30% sejarah negara China dan 30-40% sejarah Asia yang mana sejarah Malaysia hanya menjadi sebahagian dari sejarah Asia.

5. UEC bercanggah dengan perlembagaan dan akta pelajaran?

Kewujudan sekolah cina persendirian tidak bercanggah dengan perlembagaan. Malah ia wujud sebelum wujud perlembagaan iaitu sebelum tanah air capai kemerdekaan. Manakala Dong Zong telah wujud sejak 1954 dan sekolah-sekolah persendirian Cina juga telah wujud sebelum merdeka.

Apabila negara mencapai kemerdekaan, perlembagaan dibuat tetapi sekolah-sekolah cina persendirian ini dibenar untuk diteruskan. Bila ia dibenarkan, bererti ia ada lesen dan bukan sekolah haram. Ertinya ia lulus di bawah akta yang ada dan dibenarkan di bawah perlembagaan.

Namun Perlembagaan Negara menetapkan sekolah-sekolah persendirian cina ini tidak berhak terima bantuan kerajaan dan segalanya ditanggung sendiri seperti bangunan, guru dan buku kerana tidak mematuhi standard kurikulum pendidikan kebangsaan.

6. Benarkah TS Annuar bertemu Dong Zong atas kapasiti UMNO?

Pertemuan TS Annuar adalah di atas kapasiti peribadinya dengan keizinan Presiden parti tetapi tanpa membuat sebarang kenyataan kerana kerajaan belum membuat keputusan. Begitu juga ketika membahaskan titah Yang di Pertuan Agong dan tercatat di dalam hansard parlimen, TS Annuar menyatakan ia adalah di atas kapasiti peribadi.

Tujuannya jelas, apabila pelbagai andaian dibuat terhadap sijil UEC, maklumat tepat dan mendalam hanya boleh diperolehi dengan engagement bersemuka dan pendekatan positif dan bukan dinilai dengan sentimen dan andaian semata-mata.
 

Tuesday, March 21, 2017

APAKAH UMNO TELAH TUNDUK KEPADA TUNTUTAN DONG ZONG?


Seandainya masyarakat Melayu terutamanya dari kalangan ahli-ahli UMNO masih memandang sinis dan tidak mempercayai ketelusan Dong Zong, ini adalah kerana kenyataan-kenyataan pemimpin mereka di masa lalu yang terlalu rasis dan terlalu memusuhi UMNO dan BN sehinggakan mereka melihat MCA dan Gerakan sebagai tunduk kepada kehendak UMNO.

Namun, sebagai parti yang meneraju pemerintahan negara, UMNO telah berkali-kali diseru Presidennya DS Najib Razak agar lebih inklusif  di dalam pendekatan mereka jika ingin dilihat sebagai parti Melayu yang terbesar di Malaysia ini sebagai parti yang mampu memperjuangkan keadilan untuk semua semua kaum.

Apabila Dong Zong ingin polimikkan sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sehingga sanggup bersekongkol dengan DAP di masa lalu, lantas timbul pula isu perkauman melampau sehingga persoalan pokok iaitu pendidikan telah menjadi isu pinggiran. Sejarah pendidikan bersegmen Melayu, Cina, Inggeris dan Tamil tidak dapat dielakkan kerana inilah juga tuntutan kemerdekaan dari British.

Malahan wujudnya sekolah persendirian cina di awal penubuhan Tanah Melayu berkait rapat dengan penyebaran fahaman komunisma yang menular di kalangan bangsa Cina adalah sangat genting dan akhirnya demi perpaduan rakyat, kerajaan telah mewujudkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berpasakkan Perlembagaan negara.

Buat pertama kalinya di dalam sejarah negara, seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah menghadirkan diri di dalam majlis Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia anjuran Dong Zong baru-baru ini, Tan Sri Annuar Musa juga selaku Ketua Penerangan UMNO, pelbagai salah faham telah timbul. Kekeliruan ini telah berlanjutan apabila Tan Sri Annuar telah membawa usul pengiktiran UEC ke parlimen di dalam ucapan bahasnya.

Apakah benar Tan Sri Annuar sekarang sedang membawa bangsa Melayu dan kuasa Melayu (UMNO) tunduk dengan kehendak Dong Zong?

Selama ini Dong Zong telah mendakwa tidak mendapat respon positif dari pihak Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengiktiraf UEC bagi kemasukan ke IPTA dan juga kelayakan untuk penjawat awam. Manakala, di pihak kedua-dua kementerian telah menegaskan agar sistem pendidikan sekolah persendirian Cina mematuhi syarat kelayakan yang telah ditentukan di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Tetapi apabila diteliti apa yang dibawa Tan Sri Annuar di parlimen, isu mengiktiraf UEC seharusnya dilihat dari sudut pendidikan berpasakkan dengan Perlembagaan Negara di mana yang menjadi tuntutan Perlembagaan tidak boleh dikompromi dan pada masa yang sama hak-hak semua kaum juga tidak dinafikan.

Sebagai salah seorang kepimpinan tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar juga dapat merasakan yang kepimpinan Dong Zong hari ini telah menyedari yang selagi mereka dibelenggu dengan politik DAP, perjuangan mereka untuk mengiktiraf UEC tidak akan mendapat penyelesaian dan akhirnya, generasi bangsa Cina akan terus menjadi mangsa politik perkauman DAP.

Langkah berani Tan Sri Annuar ini juga telah mendapat perhatian dari Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meminta Kementerian Pendidikan untuk menjalankan kajian mendalam dan mengemukakan syor mereka mengenai UEC yang tidak diiktiraf pada peringkat nasional. Di dalam mengutamakan perpaduan bangsa, Sarawak telah tegas untuk mengiktiraf UEC oleh Allahyarham Ketua Menterinya yang terdahulu dan kini penggantinya berikrar akan meneruskan pengiktirafan ini.

Oleh itu, apakah langkah Tan Sri Annuar Musa membuat usul di parlimen selepas menghadirkan diri di dalam mesyuarat Dong Zong, maka beliau sedang membawa UMNO untuk tunduk kepada kehendak Dong Zong?

Tuesday, October 11, 2016

#MAHATHIR’S INCREDULOUSNESS


He had got his dream to oust PM Najib fixed so strong in his head that he could not seem to shake it loose anymore and get the facts back into its place again. Some may say he is desperate but in reality, he is living in a world full of fantasies.

In those days, there is a famous satirical P Ramlee movie named ‘Nujum Pak Belalang’ where a man who made a living by predicting fortunes. In the modern days, fortune-telling is still acceptable by some and today, it is favored by politicians. The latest that we know, Dr Mahathir seems adding to the numbers of political fortune-telling and he is fit to take over the infamous Chegu Bard’s title, a former member of PKR.

With just another splinter from UMNO states assemblyman, Dr Mahahtir has already confirmed that 3 other Barisan Nasional states will collapse soon but this time around he seems to be hesitant to tell us when.

In his speech during Muar roadtour, Dr Mahathir used the word ‘we’ and ‘our’ but failed to specify who are his alliances. Has Pakatan Harapan allies accepted his new party? Has PAS agreed to Muhyiddin’s courting? Will PAS kowtow to DAP once again? Are there any party from Sabah and Sarawak have pledged to join force with him? The answer is a BIG NO.

Dr Mahathir predicted more UMNO assemblymen would follow suit with YB Jorak to join his new political party that Perak, Terengganu and Johor will fall to the opposition pacts. If what Dr Mahathir says are true, did he realised that first, it is not his party that will be leading the states government but those with most seats.

The party with majority seats are more eligible to be its Chief Minister and of course they belong to the Pakatan Harapan alliances. The new line of excos will be at their discretions too and should PPBM is given a post, it will only be at their mercy. Therefore, how does Barisan Nasional’s fall could benefit Dr Mahathir’s party when they are the minority among the oppositions?

Read further ... HERE

Friday, September 02, 2016

BETWEEN 2 TAN SRIS, KHALED NORDIN MADE HIS CHOICE


After a few days of much talks in the media social on Muhyiddin’s political destiny and in particular in his own stronghold in Pagoh, it seems that he will be facing a rather severe route beyond his expectations. Hence this would also disappoint some political bookies.

On his own free will, he has choosen to go against the tide even before his dismissal from UMNO and that is the message conveyed by Johor UMNO Chief, who is also the Chief Minister of Johor Dato Khaled Nordin during his opening speech in UMNO Pagoh division annual meeting. But that is not about all when Khaled has also affirmed that he, as someone who has been entrusted to lead UMNO Johor, chooses loyalty and being grateful before personal interest.

Khaled first mentioned it in recent Pagoh division speech and repeated once again in his own Pasir Gudang UMNO division meeting.

Between Muhyiddin as a close friend and Shahrir as his mentor, Khaled chooses... ???

Read further ... HERE