Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Thursday, October 12, 2017

MCA : DULU UNDI PAS ADALAH UNTUK DAP, HARI INI UNDI PAS UNTUK UMNO?


Ketika bersekongkol dengan PAS dalam Pakatan Rakyat, Lim Kit Siang pernah mengakui yang jika bangsa Cina mengundi PAS, ia sama juga memberi undi untuk DAP bagi menghalalkan penerimaan perlaksanaan hukum hudud di kalangan penyokong dan pengundi Cina. Nampaknya, DAP bukan saja terjerat dengan permainan kata-kata mereka sendiri, DAP juga kehilangan modal untuk menerangkan kepada pengundi Cina senario politik yang berlaku hari ini yang jelas berpunca dari mereka sendiri.

Di dalam keadaan yang cukup terdesak untuk mencari idea ke atas penipuan mereka terdahulu, Guan Eng baru-baru ini telah nampaknya terpaksa memusing pendirian DAP yang jika sesiapa mengundi PAS bermakna mereka memberi undi kepada UMNO. Undi untuk UMNO?

Bagi MCA, mana mungkin dakwaan Guan Eng ini ada asasnya memandangkan PAS bukanlah parti komponen Barisan Nasional. Sekiranya PAS bertanding, apakah UMNO/BN tidak akan meletakkan calonnya? PAS dan UMNO/BN akan bersaing di PRU14 nanti, ini jelas menunjukkan mereka tetap bersaing.

Kerjasama UMNO dan PAS bukanlah kerjasama politik sepertimana yang pernah berlaku di dalam Pakatan Rakyat di antara DAP dan PAS. Mereka hanya akan bersefahaman di dalam aspek kepentingan Islam dan Melayu. Ini terserlah apabila berlangsungnya PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar apabila calon PAS dan UMNO bertanding di kawasan yang sama.

MCA melihat yang DAP sangat tertekan apabila mengetahui pengundi Cina telah menyedari yang mereka sebenarnya bukanlah parti yang mempunyai prinsip sejati atau lebih tepat, prinsip DAP akan mudah berubah-ubah dan flip-flop.

DAP telah membuktikan sedemikian apabila lebih dari 30 tahun, Dr Mahathir adalah musuh utama mereka tetapi pada hari ini, bekas Presiden UMNO itu adalah pemimpin utama mereka di dalam Pakatan Harapan. Dr Mahathir yang sering dianggap sebagai diktator yang korup, orang yang bertanggungjawab menghancurkan sistem kehakiman dan zalim menyekat kebebasan suara rakyat dan media.

Sepertimana yang telah dinyatakan Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai, Kit Siang tidak henti-henti menyerang Dr Mahathir ddi dalam skandal kehilangan rezab BNM dalam forex, tetapi pada hari ini beliau telah berubah untuk menyokong kesalahan mantan Perdana Menteri itu.

Malahan, DAP juga telah menaja kewujudan dan bekerjasama dengan parti serpihan dari PAS, PAN dan rata-rata hampir kesemua ahli dan pemimpin PAN datangnya dari PAS. Hakikatnya, samada PAN ataupun PAS, DAP adalah sebahagian daripada sebab-sebab wujudnya fahaman Taliban di Malaysia apabila bekerjasama dengan PAS dan membantu mereka bertapak.

Oleh itu, demi kepentingan politik mereka semata-mata, adalah lebih tepat jika Kit Siang, Guan Eng dan DAP sekarang ini memberitahu penyokong-penyokongnya yang mereka telah membuat pusingan 180 darjah di mana jika mereka mengundi DAP, itu adalah untuk menyokong ekstrimisma ugama dan Mahathirisma.

Friday, February 24, 2017

MCA : BAGAIMANA DAP MENIPU PENGUNDI CINA


Setiausaha Agong MCA dan merangkap Pengerusi Biro Publisitinya Dato’ Chai Kim Sen menjelaskan bagaimana selama ini DAP telah membohongi malahan mengkhianati pengundi Cina ke atas kerjasama mereka dengan PAS selama ini.

Pertama, apakah di antara yang tertera di dalam Polisi Pakatan Rakyat? Kepada yang bukan beragama Islam, DAP telah mendakwa untuk berjuang demi demokrasi, keadilan, hak sama rata demi rakyat pelbagai kaum, kepelbagaian bahasa dan budaya serta kepelbagain ugama di Malaysia.

Namun, ketika itu juga PAS tegas menyatakan yang mereka tidak sekali-kali akan lari dari misi mereka menubuhkan negara Islam mahupun melaksanakan hukum jenayah hudud.

Apakah PAS pernah selari dengan kenyataan DAP dalam perjuangan mereka? Sejak PRU13, samada Kit Siang mahupun DAP, mereka tidak pernah mampu  menjawab isu ini.

Keduanya, sejak DAP menandatangani Polisi Kerjasama Pakatan Rakyat dengan PAS sebelum PRU13, DAP dan PAS sebenarnya telah bersetuju mengekalkan hak masing-masing untuk meneruskan matlamat masing-masing di mana PAS akan menubuhkan negera Islam. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng bersama-sama Presiden PAS Dato’ Seri Hadi Awang.

Contohnya Teresa Kok, beliau telah berkali-kali cuba mencari alasan menutup kesilapan DAP ini demi untuk mengelirukan pengundi Cina untuk menyokong PAS. Sebaliknya DAP bermain dengan alasan yang PAS hanya akan wujudkan negara berkebajikan tetapi sebenarnya membenarkan sebuah kerajaan yang teokratik di mana pembesar ugama akan dijadikan pemimpin tertinggi.

Apakah Teresa Kok mampu menafikan perjanjian yang ditandatangani pada 29 April 2013 di antara Guan Eng dan Hadi Awang? Bukankah ini juga menyokong hukum hudud yang PAS ingin laksanakan?

Bagi Kit Siang pula ketika berkempen di Gelang Patah pada tahun 2013, dengan tertedahnya perjanjian yang ditandatangani anaknya Guan Eng, kini MCA mengingatkan semula kata-kata beliau yang memberi alasan pendirian DAP menyokong apa yang telah ditandatangani Guan Eng itu adalah wajar dan tidak salah.

Kini dengan keputusan 4 ahli senior DAP Melaka untuk keluar parti kerana memohon maaf kepada pengundi Cina kerana telah mengkhianati mereka dengan membenarkan PAS melaksanakan hudud, Teresa Kok mahupun Kit Siang tidak akan mampu menafikannya. Sebaliknya, apa yang DAP telah lakukan adalah memperlekehkan pendirian tegas keempat-empat mereka ini.

Inilah cara paling jijik yang dilakukan DAP untuk mendapatkan undi bangsa Cina. Apakah MCA tidak berkata benar?

Sunday, May 08, 2016

MAKLUMAT #PRNSarawak YANG MENGERIKAN PAKATAN HARAPAN

Yang pertama sekali target BN tercapai...


Kedua, pecahan pembangkang...


Ketiga, 62 calon pembangkang juga telah hilang deposit...

DAP      - 7
PAS       - 6
PKR      - 10
PAN      - 9
PBDS    - 5
STAR    - 7
BEBAS  - 18

Paling mengerikan pembangkang adalah...


Tahniah Dato Seri Najib dan #TeamAdenan



Monday, January 04, 2016

DIGGING 2013, DAP-ISRAEL MUTUAL AGENDAS



Chong Zhemin resolutes to condemn the government’s action uplifted to many and once again brought to daylight by PAS’s Dr Zuhdi. He claimed that Guan Eng’s former special officer, Mohamed Razali Abd Rahman had revealed that such cooperation between DAP and Israel eixted since 4 years ago and was meant to capture Putrajaya in the last general election.

Dr Zuhdi’s disclosure has brought most writers and bloggers to dig the 2013 confession by Razali even Chief Perak DAP and Chong Zhemin has stated their apologies due to Malaysians sensitivities after heavy crticism from netizens.

That wasn’t the actual excuses from DAP instead they were trying to hamper us to recall Razali’s 2013 confession.

What are the 3 indictments summoned by Razali ... Find out at PRU14.tv

Wednesday, December 09, 2015

MCA HIDU HIPOKRASI 2 PAKATAN


Politik pakatan pembangkang tidak lebih dari politik hipokrasi tidak kira samada gabungan dalam Pakatan Rakyat mahupun Pakatan Harapan. Kekalutan mereka telah terlebih dahulu dihidu MCA Selangor apabila kerajaan negeri Selangor kepimpinan PKR tidak mampu untuk menerima Pakatan Harapan dan membubarkan Pakatan Rakyat.

Ini jelas apabila PAS merupakan rakan paling banyak kerusi di dalam DUN Selangor berbanding PKR dan DAP juga mempunyai kekuatan yang sama dengan PAS. Setelah didesak MCA Selangor agar kepimpinan Azmin membubarkan DUN untuk menunjukkan kesetiaan PKR kepada DAP, baru mereka sedar bahawa Pakatan Rakyat masih diperlukan walaupun DAP mencemuh.

Di dalam keadaan perpecahan pakatan pembangkang, PKR di Selangor yang paling terdesak dan terhimpit di antara mengikut kehendak DAP atau PAS. Akhirnya, demi kekal berkuasa PKR Selangor terpaksa mencari pelbagai helah dan sekali lagi helah dan hipokrasi mereka dihidu MCA.

Baru-baru ini, satu cadangan yang tidak masuk akal Tian Chua untuk pertimbangkan bertanding sebagai dua pakatan berasingan di PRU 14 nanti. Cadangan Tian Chua agar tidak kehilangan sokongan pengundi jika mereka masih dalam gabungan yang sama. Mengambil contoh sejarah PRU 1990, PAS dan DAP tidak bergabung dan bertanding di atas gabungan APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dan GR (Gagasan Rakyat).

Bagi pihak MCA, sejarah pakatan pembangkang tidak pernah membohong dan malahan amalan ini juga telah dibuat pada tahun 2004. Walaupun pada tahun 1999 mereka seolah-olah pada zahirnya tidak bekerjasama, namun di belakang tabir, mereka sepakat dalam pembahagian kerusi dan kempen pilihanraya.

Ini terbukti setelah mereka mendapat kejayaan dalam pilihanraya umum 2004, DAP telah mula memuji PAS dan begitu juga yang sama bila PAS menerima DAP dengan hati senang, dengan segera mereka membentuk Pakatan Rakyat.

Ini terbukti apabila Timbalan Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui masih menaruh harapan untuk berbaik-baik dengan DAP. Hubungan mereka dengan PKR masih baik tetapi ia hanya berlaku di Selangor dan PAS masih bekerjasama erat dengan DAP di negeri itu.

Walaubagaimanapun, parti Amanah tidak menyetujui cadangan Tian Chua sehingga Khalid Samada, ahli parlimen Shah Alam menganggap ia ibarat seperti setelah seseorang tamat pengajian di universiti dan sekarang ingin bersekolah semula. Khalid yang telah menang bertanding di Parlimen Shah Alam sebanyak 2 kali di atas tiket PAS, pasti tidak akan senang dengan cadangan Tian Chua kerana pasti beliau ingin mengekalkan kerusi tersebut dan tidak dirampas PAS kelak.

Punca bagi semua kekalutan ini adalah apabila kekuatan PAS bertambah dan DAP gagal menyekat kemaraan PAS untuk meluluskan enakmen hudud di Kelantan. MCA salahkan DAP di dalam isu ini kerana merekalah dalang segala hal.

MCA yakin tanpa persetujuan dan sokongan DAP dan PAN (Parti Amanah), Tian Chua tidak akan berani keluarkan kenyatan hipokrit sedemikian. Hakikatnya, tidak ada perbezaan di antara DAP, PAN, PKR dan PAS. Mereka tetap memakai topi yang sama dan menganggap rakyat akan mudah ditipu dan dikelirukan. Kesemua pakatan pembangkang hanya berminat untuk mendapatkan undi rakyat sahaja.

Bagi MCA, amat mengecewakan untuk mempunyai PAN yang pasti tidak boleh dipercayai, PKR yang tidak pernah berlaku adil dan DAP yang seperti lidah biawak, sentiasa cakap lain dan buat lain.

Saturday, September 26, 2015

DATUK WEE MOHON RAKYAT UNTUK MENILAI POLITIK SONGSANG PEMBANGKANG


Matikan Pakatan Rakyat dan tubuh Pakatan Harapan pula, itulah permainan politik pembangkang. Di Selangor Pakatan Rakyat masih hidup tapi di Malaysia, sudah pupus dan timbul pula Pakatan Harapan tanpa PAS tetapi diwakili pakatan serpihan PAS.

Tidak akan siapa boleh terima permainan demi permainan yang dilakukan Pakatan Pembangkang ini. Maka Datuk Wee Ka Siong mengajak semua rakyat menilai prinsip pemimpin-pemimpin pembangkang ini.

Aneh lagi ganjil, itulah yang dikatakan Datuk Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA yang melihat permainan politik pembangkang ibarat perkahwinan yang hampir berkecai dan sebelum melafazkan talaq tetapi telah mengajak orang lain untuk duduk serumah.

Congak pembangkang ini mudah, apabila rasa tergugat dan terancam, demi gilakan kuasa, jika mereka rasakan perlu bersatu... mereka akan bersatu.

Datuk Wee ingin rakyat buka mata dan menilai seperti yang terjadi di Selangor khususnya. Ketua Pembangkang, Wan Azizah telah mengumumkan terkuburnya Pakatan Rakyat dan beliau juga mengumumkan lahirnya Pakatan Harapan. Dengan kata lain, Pakatan Harapan adalah pakatan di antara DAP, PKR dan parti serpihan PAS, Amanah.

Tetapi, jika Pakatan Harapan tidak mengiktiraf PAS di dalam kelompok mereka, apa perlunya PAS bersama-sama mentadbir kerajaan negeri Selangor? Mengapa Ketua Pembangkang tidak umumkan pembubaran Pakatan Rakyat di Selangor? Apakah Pakatan Harapan tidak akan wujud di Selangor? Apakah ada beza antara Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan di Selangor?

Lebih pelik, ada wakil rakyat PAS di Selangor yang telah keluar dari PAS dan menyertai parti Amanah walaupun masih belum disahkan pendaftarannya.

Sebenarnya, itulah pembangkang. Bila suka... bila rasa diperlukan... mereka akan bekerjasama tetapi bila rasa tidak boleh duduk semeja, prinsip dan pendirian setiakawan digadaikan. Semuanya adalah kerana ingin terus berkuasa walaupun terpaksa memperbodohkan rakyat.

Bagi MCA Selangor pula, 3 perkara yang DAP perlu lakukan jika benar-benar telah memutuskan hubungan dengan PAS;

Pertama, lepaskan kerusi DUN Selangor atau desak Menteri Besar supaya gugurkan kesemua Exco PAS dari pentadbiran negeri. Jika ini tidak mampu dilakukan, Exco DAP bolehlah letak jawatan untuk menunjukkan DAP sememangnya tidak ada apa-apa hubungan dengan PAS. Jika DAP gagal dalam tindakan kedua-duanya, PAS dengan mudah mengusulkan enakmen hudud nanti.

Kedua, DAP perlu menuntut pendirian PKR ke atas hubungannya dengan DAP, dan jika gagal, DAP seharusnya menolak kerjasama dengan PKR. Ini adalah kerana jika DAP terus menjadi rakan sekutu PKR di mana mereka sanggup bekerjasama dengan PAS, DAP juga sebenarnya secara tidak langsung masih mengekalkan kerjasama dengan PAS. Oleh itu, Pakatan Harapan sebenarnya adalah untuk sembunyikan kerjasama DAP dan PAS agar enakmen hudud dapat dilaksanakan.

Ketiga, di dalam kenyataan Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beliau secara terbuka mempelawa PAS untuk menyertai Pakatan Harapan. Seharusnya DAP beri kata dua kepada Dr Wan Azizah, apabila PAS enggan menyertai PH, tawaran itu dengan sendirinya telah ditutup, jika tidak DAP sendiri yang perlu undur dari PH untuk menunjukkan yang pendirian mereka untuk memutuskan hubungan dengan PAS adalah tidak menipu, daripada memberi harapan yang nama baru pakatan pembangkang hanyalah wayang untuk sembunyikan hubungan dengan PAS.

Inilah yang dimaksudkan Datuk Wee Ka Siong, wujudnya Pakatan Harapan yang aneh lagi ganjil. Namun, wayang yang sedang mereka lakonkan, tidak susah untuk kita ketahui plot sebenarnya. Maka, terpulanglah kepada rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia umumnya untuk melihat, menilai dan seterusnya kita harus menolak drama kotor lagi songsang politik pembangkang yang hanya mementingkan untuk berkuasa sahaja.

Benarlah yang dipersoalkan Datuk Wee, di mana harapannya apabila dengan terang rakyat telah dihilangkan.

Friday, September 25, 2015

MUSTAFA DAN 4 LAIN KEKAL DIJATUH HUKUM FITNAH FELDA


Sudah kalah... kalahlah dan bayar saja seperti arahan mahkamah. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan empat lagi cuba memohon kebenaran mahkamah untuk tidak membayar ganti rugi RM100,000 kepada FELDA kerana sah beliau memfitnah kononnya organsasi itu menjual minyak sawit mentah ke negara Israel.

Malangnya, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dengan kos sebanyak RM10,000 dibayar kepada FELDA. Secara moralnya, PAS dan lidah medianya kekal sebagai fitnah terhadap FELDA terhadap dua artikelnya kononnya menjual minyak sawit mentah ke Israel.

Panel tiga hakim yang diketuai Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak permohonan Mustafa dan empat defendan lain iaitu ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd.

Pada 30 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa FELDA berjaya membuktikan mereka tidak menjual minyak sawit mentah kepada Israel, manakala lima defendan lain gagal mengemukakan bukti pembelaan mereka.

Siapa lagi dari puak pembangkang yang dibuktikan memfitnah FELDA?

Pada bulan Mei lalu, Mahkamah Tinggi perintahkan  Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan sebuah syarikat membayar ganti rugi RM350,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana memfitnah lembaga dalam buku "FELDA... Dulu tolong  Sekarang Ah Long". RM150,000 untuk bayar kos guaman RM350,000 untuk ganti rugi am perlu dibayar Mazlan dan penerbit buku, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd.

Kemudian, pada 17 Oktober tahun lepas, Felda dan FGV telah menang saman ke atas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan dua lagi berhubung penerbitan dua artikel fitnah menerusi akhbar mingguan PKR, Suara Keadilan. Kerana penerbitan 2 artikel fitnah bertajuk 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu', mereka diarah bayar RM100 juta.

Yang menariknya, pengakuan bekas editor Dzulkarnain Taib memohon maaf kepada FELDA dan FGV dan mengaku di mahkamah bahawa kedua-dua artikel tersebut adalah palsu dan diterbitkan dengan niat untuk memperkecilkan serta merosakkan reputasi mereka.

PAS, PKR dan Mazlan Aliman, kesemuanya dari kelompok pembangkang. Apakah sehingga mereka dibuktikan di mahkamah menabur fitnah, kita masih menaruh kepercayaan kepada mereka? Inilah pemimpin perosak minda rakyat Malaysia yang gila untuk berkuasa sehingga sanggup memusnahkan masa depan peneroka FELDA.

Tuesday, May 05, 2015

#PRKRompin : HARI MENGUNDI (UPDATES)

Sekitar hari pengundian PRK P091 Rompin. Semua 38 pusat pengundian akan dibuka pada jam 8.00 pagi. Seramai 52,744 pengundi berdaftar akan membuang undi.

SPR akan mengumumkan keputusan penuh PRK Rompin di pusat penjumlahan undi, Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah dan dijangka pada pukul 11 malam. 

5.00 pm 

Jumlah : 73% keluar mengundi sehingga jam 5 petang 

Pukul 5.00 petang, dengan rasminya Pusat Pengundian telah ditutup



Peratusan Keluar Mengundi Tidak Rasmi Mengikut PDM ‪#‎PRKRompin‬
Bandar Bukit Ibam 874/1265 (69.09%)
Kampung Aur 548/784 (69.90%)
Kota Bahagia 702/882 (79.59%)
Bukit Serok 502/725 (69.24%)
Felda Keratong 2,1,845/2524 (73.10%)
Felda Keratong 3 , 1,186/1932 (61.39%)
Felda Keratong 5 , 1,026/2119 (48.42%)
Felda Keratong 7 , 1,218/1693 (71.94%)
Felda Keratong 4 , 1,709/2350 (72.72%)
Felda Keratong 1 , 2,466/3263 (75.57%)
Felda Selanchar I , 1,254/1709 (73.38%)
Muadzam Shah 2,162/3269 (66.14%)
Bukit Ridan 204/312 (65.38%)
Felda Keratong 10 , 1,020/1358 (75.11%)
Felda Keratong 9 , 1,334/1874 (71.18%)
Felda Keratong 8 , 1,104/1504 (73.40%)
Kedaik 662/1117 (59.27%)
Gading 838/1055 (79.43%)
Leban Chondong 1,007/1250 (80.56%)
Felda Keratong 6 , 1,315/1593 (82.55%)
Chenderawasih 251/381 (65.88%)
Felda Selanchar 1,857/2194 (84.64%)
Felda Selanchar 3 1,087/1449 (75.02%)
Sungai Puteri 1,512/2048 (73.83%)
Kuala Rompin 687/969 (70.90%)
Bandar Baru Rompin 1,648/2294 (71.84%)
Pontian 1,483/1952 (75.97%)
Kampung Janglau 583/757 (77.01%)
Kampung Jawa 746/1038 (71.87%)
Endau 1,009/1557 (64.80%)
Pianggu 1,245/1522 (81.80%)
Felda Selendang 1,469/1906 (77.07%)
Tekek 392/651 (60.22%)
Juara 135/171 (78.95%)
Kampung Genting 105/142 (73.94%)
Mukut 85/136 (62.50%)
Sarang Tiong 545/834 (63.35%)
Denai 151/170 (88.82%

Pusat Mengundi Sek Keb Sg Puteri. Berlaku kekecohan di antara peyokong PAS dan BN sehingga hampir berlaku pergaduhan.Pihak FRU telah keluar mengawal keadaan



 

4.00 pm 

Jumlah : 38,843 (72.88 peratus) keluar mengundi sehingga pukul 4.00 petang.


3.00 pm 

Jumlah : 37,502 (70.37%) keluar mengundi sehingga pukul 3.00 tengahari.


2.00 pm 

Jumlah :  35,459 (66.53%) keluar mengundi sehingga pukul 2.00 tengahari.

4 PDM, 3 di Pulau Tioman dan 1 di Kuala Rompin telah tutup pada 2.00 pm

PDM Felda Keratong 1 mencatatkan angka keluar mengundi paling ramai  dengan 2,053 orang pengundi (62.92%)
 

1.00 pm

Jumlah :  33,402 (62.67%%) keluar mengundi sehingga pukul 1.00 tengahari

4 PDM, 3 di Pulau Tioman dan 1 di Kuala Rompin telah tutup pada 2.00 pm

Jentera BN di PDM Selendang. Luar dlm sdg sibuk jalankan tanggungjawab 



PDM Sg Puteri Pengundi ramai




12.00 pm 
 
Jumlah :  29,935 (56.2%) keluar mengundi sehingga pukul 12.00 tengahari.


Suasana jam 12.41pm #Keratong1




Dato' Shahaniza Shamsuddin merayu undi di Felda Selancar 2.. alhamdulillah keadaan tenang dan proses pengundian berjalan lancar
 

Menurut SPR, purata peratusan yang keluar mengundi bagi #PRKRompin juga adalah sangat tinggi iaitu sebanyak 15% sejam.

Steady la Mak Cik Dan pak Cik ni.
Ukhwah mesti dijaga walaupun berlainan ideologi





Tan Sri memaklumkan melalui pemerhatiannya dipagi tadi pengundi-pengundi bagi Saluran 1 & 2 tadi keadaan nya baik. Manakala, bagi saluran 3 & 4, ( saluran muda) peratusan keluar mengundi masih rendah. 

YBhg. Tan Sri menasihatkan pengundi keluar Awal dan jangan tunggu sehingga saat akhir terutama di 6 pusat mengundi yg tutup awal.

Harapan SPR 80% pengundi keluar mengundi.


 

YB DS @shahidan_kassim di PDM Sarang Tiong



Hidup BN! Undi BN #MCA #prkrompin #setikawan #BN




Rakyat yang bertanggungjawab...







11.00 am

Jumlah :  24,438 (45.9%) keluar mengundi sehingga pukul 11.00 pagi

Dato’ Sri Shafie Afdal telah tiba di PDM Sg. Puteri untuk sama bertemu …  



Di PDM Pianggu bersama YB @ahmadmaslan 




 
Suasana di luar Pusat Mengundi SK Janglau. Tenang dan lancar  




Di pondok panas BN,Tg Gemuk




Ikuti laporan langsung #PRKRompin dalam "Grandstand PRK Rompin", pukul 4.30 petang & 6.20 petang ini @tv1_rtm  

Suasana di luar SK Sg. Puteri





10.00 am

Jumlah :  17,050 (31.9%) keluar mengundi sehingga pukul 10.00 pagi


Calon BN tiba di SK Sg. Puteri bg meninjau suasana dan juga beramah mesra dgn pengundi. 




Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz tiba di Pusat Pengundian di SK Leban Chondong kira - kira jam 10 pagi tadi.

"Jangan ganggu pengundi... tempoh kempen dah habis," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz Yusof



Sehingga jam 10pg seramai 581 org keluar mengundi di keratong 6. (Angka tidak rasmi)

PDM Selancar 1



Penyokong PAS dan BN berdiri sebelah menyebelah untuk merayu undi tanpa sebarang provokasi melampau...

 

Suasana di sekitar PT Undi Keratong 6



9.00 am 
Jumlah :  7659(14.4%) keluar mengundi sehingga pukul 9.00 pagi

Mesra BN :




Apa dah jadi?



Penyokong2 dari jentera BN dan PAS di pusat pembuangan undi SK Leban Chondong



Pengundi saluran 1 (60 tahun ke atas) di pusat mengundi SK Keratong 4 




Antara pengundi terawal :






Penyokong BN sedang meraih undi di hadapan Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong 5 yang menyebabkan berlaku sedikit kekecohan apabila tindakan itu tidak disenangi penyokong Pas - Sinar Harian


Di Sekolah Agama Rakyat LKTP Keratong 5, Felda Keratong 5.  


 

8.00 am 


Calon Barisan Nasional, Datuk Hasan Arifin dan isteri Datin Rizidah Karim membuang undi SK Leban Leban Chondong dan di antara yang terawal tiba. 

 






Calon PAS Nazri Ahmad, dan isteri Yusmariza Yusof selepas membuang undi