Showing posts with label #PRKRompin. Show all posts
Showing posts with label #PRKRompin. Show all posts

Tuesday, May 05, 2015

#PRKRompin : 3 MUKA TUNGGAK KEJAYAAN BN DI ROMPIN


Tahniah kepada semua yang berusaha ... terutama yang setia dengan UMNO/BN!

Sebenarnya pilihanraya kecil Rompin kali ini bukan dalam suasana BN yang selesa dan landskap politik yang tenang. Rentetan dari PRU 12, BN sentiasa berhadapan dengan perang persepsi politik.

Namun dalam menghadapi setiap pilihanraya terutama di Rompin, kekuatan kepimpinan adalah tunggak kepada setiap kemenangan di mana tanpa mereka, jentera parti pasti tidak akan terurus dan yang penting semangat jentera tidak akan mampu dibangkitkan.

Inilah kekuatan yang ada pada ketiga-tiga mereka ini; Datuk Sri Hishamuddin, Datuk Seri Adnan (Menteri Besar Pahang) dan calonnya sendiri Datuk Hasan Arifin.

Gabungan pengalaman Datuk Hisham membentuk jentera gerakan parti dari semua parti komponen BN termasuk UMNO, MCA dan MIC didokong oleh Menteri Besar Pahang pula, dan ditambah dengan calon BN yang telah diterima lama masyarakat Rompin, maka itulah tunggak kemenangan BN di Rompin dalam pilihanraya kecil ini.

Melihat saja di media sosial, arahan dan pantaun rapi oleh Datuk Hisham yang sentiasa mengingatikan sayap Pemuda dan Puteri agar memastikan pengundi mendapat kemudahan dan keselesaan untuk keluar mengundi sehingga pilihanraya di Rompin tidak terdapat kejadian-kejadian kemalangan atau pergaduhan pun. 

Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua jentera pilihanraya BN dan tahniah kepada Datuk Hasan Arifin yang dengan rasminya telah dilantik sebagai Ahli Parlimen Rompin.

#PRKRompin : KEPUTUSAN (UPDATES)



Keputusan rasmi PRK P091 Rompin dijangka akan diketahui seawal 11.00 malam...

Walaubagaimanapun, dari semasa ke semasa blog ini akan kemaskini keputusan tidak rasmi.

Di PRU 13, BN mendapat 30,040 dan PAS pula 14,926 dengan majoriti 15,114.






Hari pengundian PRK P091 Rompin. Semua 38 pusat pengundian akan dibuka pada jam 8.00 pagi. Seramai 52,744 pengundi berdaftar akan membuang undi.

SPR akan mengumumkan keputusan penuh PRK Rompin di pusat penjumlahan undi, Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah dan dijangka pada pukul 11 malam.

Jumlah : 73% keluar mengundi sehingga jam 5 petang.


BN mendahului di 34 pusat mengundi, PAS di empat, daripada 38 pusat pada 9.50 malam ini. 

Keputusan tidak rasmi setakat 7.00 pm :

Datuk Hasan Ariffin (Barisan Nasional) telah mendapat undian sebanyak 21,668 sementara Nazri Ahmad (PAS) telah mendapat sebanyak 10,106 undi.


Ini bermakna secara tidak rasmi, Barisan Nasional telah memenangi Pilihanraya Kecil P.091 Rompin dengan majoriti 11,562 undi.
 

#PRKRompin : HARI MENGUNDI (UPDATES)

Sekitar hari pengundian PRK P091 Rompin. Semua 38 pusat pengundian akan dibuka pada jam 8.00 pagi. Seramai 52,744 pengundi berdaftar akan membuang undi.

SPR akan mengumumkan keputusan penuh PRK Rompin di pusat penjumlahan undi, Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah dan dijangka pada pukul 11 malam. 

5.00 pm 

Jumlah : 73% keluar mengundi sehingga jam 5 petang 

Pukul 5.00 petang, dengan rasminya Pusat Pengundian telah ditutup



Peratusan Keluar Mengundi Tidak Rasmi Mengikut PDM ‪#‎PRKRompin‬
Bandar Bukit Ibam 874/1265 (69.09%)
Kampung Aur 548/784 (69.90%)
Kota Bahagia 702/882 (79.59%)
Bukit Serok 502/725 (69.24%)
Felda Keratong 2,1,845/2524 (73.10%)
Felda Keratong 3 , 1,186/1932 (61.39%)
Felda Keratong 5 , 1,026/2119 (48.42%)
Felda Keratong 7 , 1,218/1693 (71.94%)
Felda Keratong 4 , 1,709/2350 (72.72%)
Felda Keratong 1 , 2,466/3263 (75.57%)
Felda Selanchar I , 1,254/1709 (73.38%)
Muadzam Shah 2,162/3269 (66.14%)
Bukit Ridan 204/312 (65.38%)
Felda Keratong 10 , 1,020/1358 (75.11%)
Felda Keratong 9 , 1,334/1874 (71.18%)
Felda Keratong 8 , 1,104/1504 (73.40%)
Kedaik 662/1117 (59.27%)
Gading 838/1055 (79.43%)
Leban Chondong 1,007/1250 (80.56%)
Felda Keratong 6 , 1,315/1593 (82.55%)
Chenderawasih 251/381 (65.88%)
Felda Selanchar 1,857/2194 (84.64%)
Felda Selanchar 3 1,087/1449 (75.02%)
Sungai Puteri 1,512/2048 (73.83%)
Kuala Rompin 687/969 (70.90%)
Bandar Baru Rompin 1,648/2294 (71.84%)
Pontian 1,483/1952 (75.97%)
Kampung Janglau 583/757 (77.01%)
Kampung Jawa 746/1038 (71.87%)
Endau 1,009/1557 (64.80%)
Pianggu 1,245/1522 (81.80%)
Felda Selendang 1,469/1906 (77.07%)
Tekek 392/651 (60.22%)
Juara 135/171 (78.95%)
Kampung Genting 105/142 (73.94%)
Mukut 85/136 (62.50%)
Sarang Tiong 545/834 (63.35%)
Denai 151/170 (88.82%

Pusat Mengundi Sek Keb Sg Puteri. Berlaku kekecohan di antara peyokong PAS dan BN sehingga hampir berlaku pergaduhan.Pihak FRU telah keluar mengawal keadaan



 

4.00 pm 

Jumlah : 38,843 (72.88 peratus) keluar mengundi sehingga pukul 4.00 petang.


3.00 pm 

Jumlah : 37,502 (70.37%) keluar mengundi sehingga pukul 3.00 tengahari.


2.00 pm 

Jumlah :  35,459 (66.53%) keluar mengundi sehingga pukul 2.00 tengahari.

4 PDM, 3 di Pulau Tioman dan 1 di Kuala Rompin telah tutup pada 2.00 pm

PDM Felda Keratong 1 mencatatkan angka keluar mengundi paling ramai  dengan 2,053 orang pengundi (62.92%)
 

1.00 pm

Jumlah :  33,402 (62.67%%) keluar mengundi sehingga pukul 1.00 tengahari

4 PDM, 3 di Pulau Tioman dan 1 di Kuala Rompin telah tutup pada 2.00 pm

Jentera BN di PDM Selendang. Luar dlm sdg sibuk jalankan tanggungjawab 



PDM Sg Puteri Pengundi ramai




12.00 pm 
 
Jumlah :  29,935 (56.2%) keluar mengundi sehingga pukul 12.00 tengahari.


Suasana jam 12.41pm #Keratong1




Dato' Shahaniza Shamsuddin merayu undi di Felda Selancar 2.. alhamdulillah keadaan tenang dan proses pengundian berjalan lancar
 

Menurut SPR, purata peratusan yang keluar mengundi bagi #PRKRompin juga adalah sangat tinggi iaitu sebanyak 15% sejam.

Steady la Mak Cik Dan pak Cik ni.
Ukhwah mesti dijaga walaupun berlainan ideologi





Tan Sri memaklumkan melalui pemerhatiannya dipagi tadi pengundi-pengundi bagi Saluran 1 & 2 tadi keadaan nya baik. Manakala, bagi saluran 3 & 4, ( saluran muda) peratusan keluar mengundi masih rendah. 

YBhg. Tan Sri menasihatkan pengundi keluar Awal dan jangan tunggu sehingga saat akhir terutama di 6 pusat mengundi yg tutup awal.

Harapan SPR 80% pengundi keluar mengundi.


 

YB DS @shahidan_kassim di PDM Sarang Tiong



Hidup BN! Undi BN #MCA #prkrompin #setikawan #BN




Rakyat yang bertanggungjawab...







11.00 am

Jumlah :  24,438 (45.9%) keluar mengundi sehingga pukul 11.00 pagi

Dato’ Sri Shafie Afdal telah tiba di PDM Sg. Puteri untuk sama bertemu …  



Di PDM Pianggu bersama YB @ahmadmaslan 




 
Suasana di luar Pusat Mengundi SK Janglau. Tenang dan lancar  




Di pondok panas BN,Tg Gemuk




Ikuti laporan langsung #PRKRompin dalam "Grandstand PRK Rompin", pukul 4.30 petang & 6.20 petang ini @tv1_rtm  

Suasana di luar SK Sg. Puteri





10.00 am

Jumlah :  17,050 (31.9%) keluar mengundi sehingga pukul 10.00 pagi


Calon BN tiba di SK Sg. Puteri bg meninjau suasana dan juga beramah mesra dgn pengundi. 




Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz tiba di Pusat Pengundian di SK Leban Chondong kira - kira jam 10 pagi tadi.

"Jangan ganggu pengundi... tempoh kempen dah habis," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz Yusof



Sehingga jam 10pg seramai 581 org keluar mengundi di keratong 6. (Angka tidak rasmi)

PDM Selancar 1



Penyokong PAS dan BN berdiri sebelah menyebelah untuk merayu undi tanpa sebarang provokasi melampau...

 

Suasana di sekitar PT Undi Keratong 6



9.00 am 
Jumlah :  7659(14.4%) keluar mengundi sehingga pukul 9.00 pagi

Mesra BN :




Apa dah jadi?



Penyokong2 dari jentera BN dan PAS di pusat pembuangan undi SK Leban Chondong



Pengundi saluran 1 (60 tahun ke atas) di pusat mengundi SK Keratong 4 




Antara pengundi terawal :






Penyokong BN sedang meraih undi di hadapan Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong 5 yang menyebabkan berlaku sedikit kekecohan apabila tindakan itu tidak disenangi penyokong Pas - Sinar Harian


Di Sekolah Agama Rakyat LKTP Keratong 5, Felda Keratong 5.  


 

8.00 am 


Calon Barisan Nasional, Datuk Hasan Arifin dan isteri Datin Rizidah Karim membuang undi SK Leban Leban Chondong dan di antara yang terawal tiba. 

 






Calon PAS Nazri Ahmad, dan isteri Yusmariza Yusof selepas membuang undi


Monday, May 04, 2015

#PRKRompin : PAS MASIH SEBATANG KARA BERKEMPEN



Telah masuk hari-hari terakhir kempen PRK Rompin, namun jika dilihat gerakan dan aktiviti pihak PAS nampaknya mereka keseorangan tanpa sekutu mereka di dalam Pakatan Rakyat terutamanya DAP.

Bermula di hari pengumuman calon PAS, hanya wakil 'ikan bilis' dari PKR yang kelihatan. Di hari penamaan calon pula barulah kelihatan beberapa pemimpin dari PKR. Namun wakil dari DAP masih tiada.

Ketika PRU 13, kerusi parlimen yang dimenangi pakatan pembangkang ini adalah PAS - 1,  DAP - 1 dan PKR - 2 manakala kerusi DUN pula PAS - 3, DAP - 7 danPKR - 2.

Baru-baru ini, Guan Eng telah umumkan untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS kerana tidak bersetuju enakmen hukum hudud dibawa ke parlimen dengan alasan tindakan PAS tidak pernah dipersetujui pakatan mereka. Kedengaran pula, calon PRK Rompin kali ini adalah pilihan Presiden dan ulama PAS.

Manakala bagi PKR pula, walaupun kelihatan mereka berkempen untuk PAS di Rompin, namun mereka sekadar meraih undi dari rumah ke rumah dan cuba mengambil hati warga Felda dengan menghulurkan kain batik dan kain pelikat sahaja. Tiada anjuran ceramah atau penyertaan flash-mob dari pihak mereka.

Apabila ketiadaan wakil dan sokongan dari DAP, apakah benar terdapat arahan dari kepimpinan tertinggi DAP untuk memboikot PRK Rompin. Kedengaran juga maklumat ini telah diperolehi dari jentera mereka di Permatang Pauh.

Cuba lihat gambar di bawah ini;



Betapa angkuhnya PKR yang bertanding di Permatang Pauh sehingga sanggup memberi amaran kepada PAS. 

PAS yang sedang berjuang untuk membawa hukum hudud ala mereka juga diarahkan tidak membawa isu itu ketika berkempen di Rompin kerana bimbang kehilangan undi Cina dan Orang Asli.

Isu yang dibawa PAS ke Rompin nampaknya sangat terpilih dan ia hanya untuk kesesuaian pilihanraya setempat bagi mendapat undi sahaja. Namun perjuangan mutlak mereka untuk melaksanakan hukum hudud tidak berani dibawa bersama di dalam siri kempen mereka.

Samada PAS bermain wayang atau kesemua pakatan itu turut bermain wayang, dalam berkempen di Rompin... PAS TETAP KESEORANGAN!

#PRKRompin : HISHAM BERPUAS HATI


Walaupun Parlimen Rompin merupakan kubu kuat Barisan Nasional namun di dalam mengekalkan kerusi parlimen ini dalam pilihanraya kecil akan datang, dengan majoriti yang lebih tinggi adalah menjadi satu harapan kepada semua penyokong BN terutama sekali Ketua Penyelarasnya, Datuk Sri Hishamuddin Hussin.

Tugas dan tanggungjawab Datuk Hisham bukan sesuatu yang mudah. Tetapi dengan adanya perancangan yang tersusun dan bersasar serta kekuatan semangat jentera BN di semua peringkat, Datuk Hisham merasa puas hati. Beliau juga yakin jentera BN mampu menjalankan tugas mereka dengan baik memandangkan gerak kerja parti di Rompin adalah yang terbaik di negara ini.

Memasuki fasa terakhir berkempen untuk pilihanraya kecil P091 Rompin, tumpuan khusus jentera di 38 PDM adalah untuk memastikan semua pengundi keluar pada 5 Mei dengan memperoleh majoriti lebih tinggi.

Di antara perancangan yang telah disusun adalah menyediakan kemudahan pengangkutan dan Pemuda BN telah diberi tanggungjawab. Selain dari meraih undi dari rumah ke rumah, Wanita UMNO juga ditugaskan untuk memastikan pengundi luar yang seramai 6,000 dapat pulang ke Rompin untuk membuang undi mereka.

Sebagai penyelaras pilihanraya kecil Rompin, Datuk Hisham sendiri akan turun ke semua PDM dan sentiasa menyampaikan mesej agar jangan mengambil mudah dan memastikan peningkatan majoriti nanti.

BN Rompin dibantu dari jentera bahagian, jentera negeri seperti Melaka, Kelantan dan juga jentera angkat dari Johor.

Semua pengundi di Rompin perlu mengambil kesempatan melaksanakan tanggungjawab dan hak mereka untuk keluar mengundi apabila kerajaan Pahang telah mengumumkan cuti pada 5 Mei nanti.

Kemenangan BN dengan majoriti lebih tinggi adalah harapan Datuk Hisham agar kubu kuat BN ini mampu mengekal dan meneruskan agenda pembangunan rakyat serta legasi Tan Sri Jamaludin Jarjis.

Sungguhpun Datuk Hisham berpuas hati dengan persiapan hari mengundi dari jentera BN, namun beliau berharap agar mereka akan terus bersemangat dan fokus membawa pengundi keluar seramai mungkin agar target yang disasarkan untuk meningkatkan majoriti undi tercapai.

SELAMAT MENGUNDI WARGA ROMPIN