Wednesday, December 09, 2015

MCA HIDU HIPOKRASI 2 PAKATAN


Politik pakatan pembangkang tidak lebih dari politik hipokrasi tidak kira samada gabungan dalam Pakatan Rakyat mahupun Pakatan Harapan. Kekalutan mereka telah terlebih dahulu dihidu MCA Selangor apabila kerajaan negeri Selangor kepimpinan PKR tidak mampu untuk menerima Pakatan Harapan dan membubarkan Pakatan Rakyat.

Ini jelas apabila PAS merupakan rakan paling banyak kerusi di dalam DUN Selangor berbanding PKR dan DAP juga mempunyai kekuatan yang sama dengan PAS. Setelah didesak MCA Selangor agar kepimpinan Azmin membubarkan DUN untuk menunjukkan kesetiaan PKR kepada DAP, baru mereka sedar bahawa Pakatan Rakyat masih diperlukan walaupun DAP mencemuh.

Di dalam keadaan perpecahan pakatan pembangkang, PKR di Selangor yang paling terdesak dan terhimpit di antara mengikut kehendak DAP atau PAS. Akhirnya, demi kekal berkuasa PKR Selangor terpaksa mencari pelbagai helah dan sekali lagi helah dan hipokrasi mereka dihidu MCA.

Baru-baru ini, satu cadangan yang tidak masuk akal Tian Chua untuk pertimbangkan bertanding sebagai dua pakatan berasingan di PRU 14 nanti. Cadangan Tian Chua agar tidak kehilangan sokongan pengundi jika mereka masih dalam gabungan yang sama. Mengambil contoh sejarah PRU 1990, PAS dan DAP tidak bergabung dan bertanding di atas gabungan APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dan GR (Gagasan Rakyat).

Bagi pihak MCA, sejarah pakatan pembangkang tidak pernah membohong dan malahan amalan ini juga telah dibuat pada tahun 2004. Walaupun pada tahun 1999 mereka seolah-olah pada zahirnya tidak bekerjasama, namun di belakang tabir, mereka sepakat dalam pembahagian kerusi dan kempen pilihanraya.

Ini terbukti setelah mereka mendapat kejayaan dalam pilihanraya umum 2004, DAP telah mula memuji PAS dan begitu juga yang sama bila PAS menerima DAP dengan hati senang, dengan segera mereka membentuk Pakatan Rakyat.

Ini terbukti apabila Timbalan Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui masih menaruh harapan untuk berbaik-baik dengan DAP. Hubungan mereka dengan PKR masih baik tetapi ia hanya berlaku di Selangor dan PAS masih bekerjasama erat dengan DAP di negeri itu.

Walaubagaimanapun, parti Amanah tidak menyetujui cadangan Tian Chua sehingga Khalid Samada, ahli parlimen Shah Alam menganggap ia ibarat seperti setelah seseorang tamat pengajian di universiti dan sekarang ingin bersekolah semula. Khalid yang telah menang bertanding di Parlimen Shah Alam sebanyak 2 kali di atas tiket PAS, pasti tidak akan senang dengan cadangan Tian Chua kerana pasti beliau ingin mengekalkan kerusi tersebut dan tidak dirampas PAS kelak.

Punca bagi semua kekalutan ini adalah apabila kekuatan PAS bertambah dan DAP gagal menyekat kemaraan PAS untuk meluluskan enakmen hudud di Kelantan. MCA salahkan DAP di dalam isu ini kerana merekalah dalang segala hal.

MCA yakin tanpa persetujuan dan sokongan DAP dan PAN (Parti Amanah), Tian Chua tidak akan berani keluarkan kenyatan hipokrit sedemikian. Hakikatnya, tidak ada perbezaan di antara DAP, PAN, PKR dan PAS. Mereka tetap memakai topi yang sama dan menganggap rakyat akan mudah ditipu dan dikelirukan. Kesemua pakatan pembangkang hanya berminat untuk mendapatkan undi rakyat sahaja.

Bagi MCA, amat mengecewakan untuk mempunyai PAN yang pasti tidak boleh dipercayai, PKR yang tidak pernah berlaku adil dan DAP yang seperti lidah biawak, sentiasa cakap lain dan buat lain.

No comments: