Wednesday, December 02, 2015

KERAJAAN BN PRIHATIN, ANAK-ANAK KOTA TINGGI YANG UNTUNG


Jika ingin melihat kerajaan prihatin, pasti ia datang dari kepimpinan kerajaan Barisan Nasional dan jika ingin melihat wakil parlimen yang mementingkan kebajikan dan keperluan rakyatnya, Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin adalah orangnya.

Setiap kali di hujung tahun, pelbagai bantuan keperluan sekolah pasti dihulurkan kepada ibu bapa di Parlimen Kota Tinggi dan pada tahun ini, lebih dari 1,000 kanak-kanak daripada 25 sekolah kebangsaan yang bakal memulakan darjah satu sesi persekolahan 2016 telah menerima bantuan peralatan sekolah di program "Back 2 School". Selain bantuan beg dan peralatan sekolah, mereka juga menerima sumbangan kewangan.

Program "Back 2 School" juga telah mendapat sokongan dari NGO Yayasan Mesra yang telah menyumbang sebanyak RM70 ribu untuk kali keduanya. Di antara lain, Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah turut serta meyumbang kepada 200  asnaf yang bakal memulakan persekolahan tahun depan.


Di kesempatan program ini, Datuk Ehsan telah berpesan bahawa kejayaan murid-murid bergantung kepada faktor tiga serangkai yang membabitkan kerjasama di antara ibubapa, guru-guru dan murid-murid. Beliau juga menyarankan kepada ibubapa agar tidak kedekut berbelanja untuk pendidikan anak-anak yang menjadi tanggungjawab dan satu pelaburan masa depan. Setiap anak yang berjaya, pasti akan membantu ibubapanya dan inilah yang dimaksudkan sebagai pelaburan ibubapa.

Di dalam pembentangan Bajet 2016 yang lalu, peruntukan di bidang pendidikan dan pelajaran adalah sebanyak RM41 bilion dan saban tahun ia diberi peruntukan yang paling besar. Dengan jelas menunjukkan prihatin kerajaan Barisan Nasional yang mengutamakan pendidikan rakyatnya dan sekali gus beban ibubapa yang mempunyai anak-anak bersekolah dapat diringankan.

Kerajaan Barisan Nasional tetap beri perhatian kepada anak-anak yang kurang cemerlang dalam pelajaran mereka. Ini terbukti apabila kerajaan menyediakan peluang kemahiran atau vokasional. Menjelang tahun 2020, kerajaan mensasarkan 1.5 juta pekerjaan berkemahiran TVET di mana lebih dari 400 ribu pelajar yang tidak berjaya ke pengajian tinggi akan mengikuti latihan di mana-mana institusi TVET yang kini berjumlah sebanyak 545 institusi.

Datuk Ehsan juga menerangkan jika dibandingkan dengan negara-negara lain, peruntukan bajet mereka lebih tertumpu kepada pertahanan negara untuk mengelak dari ancaman musuh dan keganasan. Oleh kerana negara kita masih dalam kedudukan aman dan terkawal, ramai pelabur telah meyakini kestabilan negara, justeru ramai yang datang untuk melabur dan ini bermakna mereka telah memberi pendapatan kepada negara.

Hasil daripada pendapatan-pendapatan seperti ini maka kerajaan Barisan Nasional dapat membantu ibubapa dan sekiranya rakyat tidak memberi kepercayaan kepada kerajaan sediada, maka berkemungkinan ibubapa terpaksa menanggung sendiri pendidikan anak-anak mereka.

No comments: