Tuesday, December 15, 2015

PENJELASAN PERJANJIAN ERL DARI LEGASI MAHATHIR


Kenaikan tambang ERL menjadi topik hangat bukan sahaja di Parlimen dan di kalangan rakyat, malahan telah mendapat perhatian di dalam perbahasan persidangan UMNO baru-baru ini. Akhirnya, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak membawa isu-isu yang membebankan rakyat ini ke dalam ucapan penggulungannya di PAU 2015 lalu.

Ramai dikatakan marah pentadbiran hari ini kerana baru saja selepas kenaikan kadar teksi, kemudian tol dan kini tambang ERL dan bas ekspres pula bakal naik. Yang paling mendadak adalah kenaikan tambang ERL dari RM35 kepada RM55. Tetapi sesuatu yang mengejutkan telah didedahkan oleh Presiden UMNO dalam menjelaskan kenaikan yang tidak dapat dielakkan ini lagi.

Mungkin ramai yang tidak tahu perjanjian ERL telah ditandatangani di antara kerajaan dengan syarikat monopoli YTL pada 1997 ketika Tun Mahathir adalah Perdana Menterinya. Ia adalah perjanjian jangka panjang di mana pentadbiran Dr Mahathir telah bersetuju dengan kenaikan tambang setiap 5 tahun dan hanya berpandukan kepada jumlah unjuran aliran penumpang dan bukan bukan jumlah penumpang semasa.

Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara, DS Najib telah tidak membenarkan kenaikan tambangnya, namun akibatnya kerajaan terpaksa membayar pampasan selama 14 tahun sebanyak RM2.9 bilion dan dilanjutkan kontrak sehingga 30 tahun. Ini adalah kerana pada awalnya, YTL telah meletakkan pada tambahan sebanyak RM29 tetapi diluluskan pada kadar RM20 sahaja.

Inilah legasi peninggalan Dr Mahathir yang dibebankan bukan sahaja kepada rakyat malahan dipikul oleh DS Najib pada hari ini.

Seiringan dengan penerangan PM Najib Razak, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar juga menekankan bahawa ERL ada perjanjian konsensi sejak 1997 dengan ketetapan kenaikan kadar tambang pada setiap beberapa tahun dan jika gagal, kerajaan yang akan menanggungnya. Ini juga termasuk perjanjian tol lebuhraya. Tan Sri mencadangkan agar sejarah perjanjian ini dimaklumkan kepada rakyat dan kerajaan akan tetap bertindak di dalam mana-mana bidangkuasa mereka.

Di antara bidangkuasa kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat, beberapa langkah telah diambil. Di antaranya, pelajar yang menggunakan kad siswa 1malaysia akan dapat diskaun sebanyak 30% dan ini termasuk warga OKU dan warga Emas. ERL juga telah bersetuju mengurangkan kenaikan harga pas bulanan pengguna awam di Putrajaya. 

KTMB juga bersetuju dengan arahan kerajaan untuk memberi diskaun sebanyak 50% kadar tiket komuter kepada pelajar yang berumur di antara 7 hingga 18 tahun dan ini termasuk juga pelajar universiti. Diskaun-diskaun lain akan disusuli dengan pengumuman dari KTMB nanti di dalam masa terdekat.

Di dalam membuat segala keputusan kenaikan tambang pengangkutan awam, Tan Sri Syed Hamid menjelaskan yang kerajaan telah melantik SPAD sebagai pemudah cara yang terlibat dengan kajian dan cadangan. Setiap cadangan dari SPAD akan dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan selanjutnya dibincang di dalam mesyuarat kabinet menteri. Pada masa yang sama, semua agensi yang berkenaan diberi peluang untuk memberi pendapat mereka juga.

Bagi kenaikan tambang ERL pula, SPAD tidak terlibat kerana pihak syarikat YTL ada perjanjian di antara kerajaan dengan syarikat tersebut di mana setiap perundingan dan keputusan dibuat terus dengan Jabatan Perdana Menteri.

Tan Sri juga telah menerangkan bahawa setiap penambahbaikan pengangkutan awam yang sedang dinikmati rakyat hari ini ada faktor kosnya. Di antaranya seperti ia lebih selesa, mudah dan cepat malahan kemudahan seperti digital dan wifi juga disediakan.

Di atas segala penerangan dari PM Najib Razak dan Pengerusi SPAD, adalah tidak adil sekiranya menuding jari ke arah SPAD sahaja. Tan Sri menjelaskan, setiap tindakan pihak SPAD adalah berdasarkan kepada arahan pihak kerajaan. Namun, yang pasti sehingga kini masih belum mendapat sebarang arahan untuk dikajisemula kenaikan tambang pengangkutan awam secara rasmi walaupun telah digembar-gemburkan di media.

2 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

kerajaan yg bijak dalam menguruskan ekonomi dapat mnyelesaikan masalah tidak kira lah apa yg dihadapi..klu xbleh selesaikam pampasan sebab bodoh nak menguruskan ekonomi negara berhenti!! contoh di sarawak hari ni tol jambatan diberhentikan mulai 31/12/15..sudah pasti kerjaan negeri yg bijak mwnguruakan ekonomi membayar pampasan kepada konsesi!! lain kali sebelum angkat sumpah nak jadi PM pikir dulu!!

mantra-indeeptots said...

Mungkin "jgn jadi bodoh" terlupa yang kerajaan masih berunding dengan syarikat-syarikat konsesi. Dalam pada itu, kerajaan telah membuat mereka setuju dengan diskaun2 yang diminta.
Untuk mendapatkan perkhidmatan yang bagus... semua itu ada faktor kosnya. Maka tidak perlu emosi dalam membuat penilaian.