Showing posts with label Ahli Majlis Tertinggi. Show all posts
Showing posts with label Ahli Majlis Tertinggi. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

MASUKLAH GELANGGANG KALAU BERANI...

Dalam senario politik hari ini di mana BN telah kali kedua gagal mendapatkan 2/3 majoriti dalam Dewan Rakyat menunjukkan kelantangan suara pembangkang hari ini tidak boleh diperlekehkan. Jika kita melihat perdebatan di Dewan Rakyat, ahli-ahli Parlimen Pakatan Pembangkang sentiasa mengasak dan kelihatan menguasai setiap perdebatan.

Namun, kehebatan Ahli-Ahli Parlimen UMNO berhujah juga tidak boleh dinafikan. Di antara Ahi-Ahli Parlimen UMNO yang hebat berhujah yang pasti digeruni Pakatan Pembangkang seperti YB Khairy, YB Rahman Dahlan, YB Noh Omar, YB Bung Mokhtar, YB Azeez Rahim dan tidak juga ketinggalan YB Dato Sri Azalina Othman.

Kehebatan Dato Aza bukan sekadar berhujah tetapi beliau juga bijak menjawab setiap celahan dari pihak Pakatan Pembangkang. Ikuti sesi perbahasan Dato Aza ketika membahaskan titah Diraja; 




...MP PAS Sepang sedang menduga;




 

... dan yang paling kita tidak akan lupakan bagaimana anak papa hebat dilibas Dato Aza;



... saman kerana prinsip bukan kerana wang, jangan sebarang tuduh;


 
Inilah falsafah BIJAK, BERANI DAN BENAR calon Ahli Majlis Tertinggi no. 36, Dato Azalina Othman yang perlu dipilih agar keBIJAKsanaannya, keBERANIannya dan keBENARannya akan dapat memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa UMNO tidak pernah ketandusan pemimpin yang sangat hebat terutama di kalangan wanita muda.


Kepada Pakatan Pembangkang, AWAS.... UMNO tidak gentar berdepan dengan kamu kerana kami ada Dato Azalina Othman!!!


Tuesday, October 08, 2013

Kagumi keBENARannya... Calon MT No. 36


Dato Azalina bakal cabar Ketua Wanita UMNO.... 

Dato Azalina berhasrat untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO...

Ini merupakan satu berita yang memang menggemparkan politik tanahair terutamanya UMNO. Berita ini bukan sekadar menjadi bualan ahli-ahli UMNO tetapi turut mendapat perhatian di pihak pembangkang.

Ramai yang membuat andaian bahawa kerjaya politik Dato Aza bakal menjadi sejarah politik di bawah pentadbiran Dato Najib, namun apabila beliau mengumumkan hasrat untuk mencabar Dato Shahrizat, aura kepimpinannya telah kembali .

Ini bukan sekadar menjadi topik bualan malahan telah menjadi satu harapan baru kepada ahli-ahli Puteri UMNO yang telah matang usianya dan ada kedengaran di akar umbi terutama di kalangan generasi muda dan profesional, berita sedemikian bagaikan menyubur serta mewarnai pentas politik UMNO ketika ahli akar umbi sedang dahagakan perubahan dan barisan kepimpinan yang BIJAK... BERANI... BENAR...

Di pihak pembangkang pula, tawaran Dato Aza dilihat sebagai satu tamparan kerana melihatkan kepimpinan beliau ketika meneraju Puteri UMNO, seorang Ahli Parlimen yang berani dan petah berbahas dan seorang ahli politik yang ... NO COMPROMISE FOR NONSENSE.

Mengapa Dato Azalina menawarkan dirinya untuk merebut jawatan Ketua Wanita UMNO?

Pertama yang terfikir oleh Dato Aza ialah menyahut seruan Presiden Parti agar UMNO perlukan transformasi. Beliau ingin membawa dimensi baru dan anjakan paradigma kepada Wanita UMNO dan bukan hasrat beliau  untuk mewujudkan revolusi tetapi evolusi dalam menawarkan diri sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia. 

Beliau mahu membawa Wanita UMNO ke tahap parti politik yang dapat memimpin hala tuju wanita di Malaysia dan bukan sekadar menjadi penyokong paling setia.

KeBENARan hasrat Dato Aza telah disalaherti oleh beberapa pihak apabila wataknya yang agak agresif sukar untuk menyesuaikan diri dalam Wanita UMNO yang berlatar belakangkan kaum ibu dipersoalkan. Persoalan yang perlu ditanya bukan perwatakannya dalam Wanita UMNO tetapi perwatakan Wanita UMNO dalam masyarakat dan apakah perjuangan Wanita UMNO masih relevan untuk rakyat.

Walaubagaimanapun, demi mengutamakan  perpaduan, keutuhan dan keunggulan parti untuk persediaan PRU14, Dato Aza telah berlapang dada untuk menerima nasihat dari pelbagai pihak untuk tidak meneruskan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO.

"Jika menjelang hari pendaftaran calon ada arahan supaya saya menarik diri, maka saya akan akur kerana selama menjadi ahli UMNO saya tidak pernah meletakkan diri lebih tinggi daripada parti," kata Azalina sambil menegaskan tidak sanggup melihat UMNO berpecah (kesan daripada pertandingan)

Dato Aza memang terkenal sebagai seorang yang setia kepada kepimpinan serta sayang kepada UMNO. Ini dapat dibuktikan walaupun pernah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pelancongan tetapi tidak diberi tempat di dalam kabinet Dato Seri Najib, segala isu rakyat di Parlimen Pengerang ditangani dengan baik sekali walaupun kelihatan berseorangan.

Dengan kredibiliti dan track recod Dato Azalina sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal dan Menteri Kabinet serta Ketua Pergerakan Puteri UMNO,  kini beliau menawarkan dirinya sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula agar aspirasi beliau untuk membawa suara wanita dan anak muda dapat diteruskan serta kepentingan dan hak orang Melayu dipertahankan.

UMNO ialah sebuah parti yang berasaskan prinsip demokrasi dan yang penting ialah meletakkan agenda perjuangan parti melebihi kepentingan peribadi adalah falsafah keBENARan Dato Azalina yang perlu dicontohi.

Monday, October 07, 2013

Jangan disia2kan keBERANIannya...


Politik di Malaysia amnya dan UMNO khususnya, samada kita sedar atau tidak adalah merupakan dunia yang dimonopoli kaum lelaki. Samada di pihak pemerintah atau pembangkang, kaum adam sentiasa diperlihat sebagai hero dalam menangani sesuatu isu itu.

Namun, mengambil pendekatan menjadikan “Bijak Berani Benar” sebagai falsafah kepimpinan, Dato Azalina telah berjaya meletakkan kepimpinan seorang wanita yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di kalangan ahli-ahli politik.

Gender bukan isu untuk seseorang pemimpin menangani isu-isu rakyat dengan bijak, berani dan benar....

Hijau menguning padi di sawah
Tunduk berisi bagai nak rebah
Pendirian kukuh tidak goyah
Menghadap PEMBANGKANG tidak gelabah

Kita masih terpaku dengan keberanian Dato Azalina berhujah di Dewan Parlimen pada persidangan yang lalu apabila pihak pembangkang cuba mencelah dengan kata-kata yang ingin memutarbelitkan fakta. Keberanian Dato Azalina berhadapan dengan pihak pembangkang walaupun berseorangan telah membuktikan wanita juga mampu berhujah dengan baik.

Keberanian Dato Azalina bukan sekadar berhujah di dewan parlimen yang memberi imuniti kepada ahli-ahlinya, tetapi keberaniannya juga dibawa ke luar apabila pihak pembangkang dicabar untuk berdebat tetapi pihak pembangkang tidak berani menyahut cabarannya.

Trend politik hari ini adalah politik berhujah dan berdebat. Mencerna fakta dan menghuraikannya adalah keutamaan bagi seseorang pemimpin untuk menepis segala tohmahan dan fitnah pihak lawan. Penerangan demi penerangan kepada rakyat pula diteruskan.

Baru-baru ini, apabila ditanya oleh pihak wartawan kepada Lim Guan Eng, setiausaha Agong DAP terhadap pilihannya antara Dato Shahrizat dan Dato Azalina, dengan pantas beliau tidak akan memilih Dato Azalina sekiranya pertandingan perebutan Ketua Wanita UMNO berlaku.

Kita semua maklum apa mesej sebenar Guan Eng yang tersirat. Bagi pihak yang sangat-sangat memusuhi dan membenci UMNO, pemimpin yang berani sememangnya tidak dikehendaki dan digemari mereka. Pemimpin yang berani berhujah dengan mereka adalah satu mimpi ngeri yang mampu melemahkan kredibiliti parti mereka.

UMNO adalah parti politik orang Melayu, kita perlu pemimpin yang secara terbuka dan berani memperkata dan memperjuangkan hak kepentingan orang Melayu, kita tidak boleh ada pemimpin yang apologetik. 

Jika inginkan seorang pemimpin berani menyuara dan mempertahan hak rakyatnya, maka inilah yang ada pada Dato Azalina. 
Tiba masanya, UMNO memiliki pemimpin-pemimpin yang digeruni pembangkang dan disenangi rakyat...


Monday, September 30, 2013

CALON #36 : BIJAK... BERANI... BENAR...


"Kalau Takut Pada Cabaran, Jangan Gelar Diri Pejuang"

Dato' Azalina Othman Said telah dilahirkan di Johor Bahru pada 31 Disember 1963.

Beliau mendapat pendidikan di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1988.

Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 1990.

Dato' Seri Azalina memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994).

Setelah menimba pengalaman, beliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002).

Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di sebuah syarikat guaman.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11 yang lalu, Dato' Azlina telah menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang.

Selain menjadi wakil rakyat, beliau juga memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Pengerang dan Menteri Belia Dan Sukan.

Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Biro Belia dan Sukan UMNO, Ketua Biro Tindakan Sivil UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagi Ketua Penaja Puteri UMNO Malaysia pada April 2001 dan kemudiannya menjadi Ketua Puteri UMNO Malaysia yang pertama dilantik mulai 1 November 2002 hungga tahun 2004.

Dato’ Seri Azalina turut aktif dalam pelbagai kegiatan sosial dan kemasyarakatan. Beliau kini terlibat secara langsung sebagai Penasihat kepada organisasi-organisasi seperti Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPPMM), Gabungan Kontraktor & Pembinaan Wanita, Yayasan Pembangunan Malaysia, Women's Crisis Centre (WCC).

Beliau turut melibatkan diri dalam Women Sport and Fitness Foundation (WSFFM) sebagai Presiden, iaitu satu-satunya badan bukan kerajaan yang mempunyai rangkaian dengan National Council of Women's Organizations (NCWO).

Dato Seri Azalina pernah dianugerahkan Global Leader for Tommorow (GLT) pada tahun 2003 oleh Forum Ekonomi Dunia, Davos Switzerland. (Komposit- SDS).