Laporan tragedi kemalangan ngeri di KM3.5 Jalan Genting Highlands yang berlaku pada Ogos lalu telah hampir siap 90% seperti yang diumumkan oleh Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof .... di SINI
Kemalangan ngeri ini yang telah meragut 37 nyawa apabila terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Jalan Genting Highlands manakala seramai 16 penumpang berjaya diselamatkan.
Laporan ini telah pun sampai ke pihak SPAD di mana Suruhanjaya ini telah diberi amanah untuk mengetuai siasatan tragedi kemalangan ngeri ini. Tindakan susulan seterusnya ialah SPAD telah menubuhkan satu Jawatankuasa Inkuiri untuk menyiasat secara terperinci punca kemalangan
tersebut.
Jawatankuasa Inkuiri ini telah ditubuhkan pada 23 September lalu dan kendalikan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan pihak-pihak berkuasa yang bekerjasama adalah Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Kerja Raya (KKR).
Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En Mohd Nur Ismal Kamal akan mempengerusi Jawatankuasa Inkuiri ini dengan bertujuan menilai bukti-bukti dan laporan-laporan kemalangan serta membuat cadangan kepada kerajaan bagi mencegah kejadian sedemikian berulang. Dalam pada masa
yang sama, tumpuan Jawatankuasa Inkuiri ini adalah lebih khusus kepada audit keselamatan ke atas pengendali bas henti-henti dan ekspres. Audit akan dilakukan berdasarkan pekeliling SPAD, I-Cop Keselamatan yang berkuatkuasa pada 20 Ogos 2013.
Satu sekretariat juga telah ditubuh untuk meneliti pelbagai laporan berkenaan supaya setiap soal siasatan dapat dikendalikan dengan berkesan dan lebih fokus.
Walaubagaimanapun disamping hasil laporan dari pihak polis, laporan dari MIROS akan dijadikan keutamaan sebagai asas panduan siasatan oleh Jawatankuasa Inkuiri Keselamatan ini.

No comments:
Post a Comment