Pada 27 Mac 2013, rakyat Malaysia tidak akan melupakan peristiwa ....
Tetapi pada hari ini, Pemilihan Agong UMNO sekali lagi akan dicemari dengan rasuah tetapi kali ini dikatakan sayap Wanita pula yang giat melakukannya... Benarkah?
Baru-baru ini saya telah menerima mesej di Inbox saya, seperti berikut...
"salam .... nak ckp lebih22 nanti ada orang cantas lak.... sebab bertanding AJK Wanita BHG ... KW lak sokong kak Jat 101%"
"heee... apa yang nak ct katakan .. baru-baru nie dapat sms .. lepas tu burukkan Dtk MM dan Raihan ... than buat ikrar minta sokong KW.. KW bhg lak nak bagi small paper kita ikut apa yg dia bagi sebab kita tak kenal calum Exco Wanita .. dia ingat kita nie mcm kayu ke... for yr info saya dah buat surat ke Lembaga Displin pasal sms dan hal22 ini..."
"... bukan saya nak kata kita nie baik tapi dah melampau... agak22lah wanita bukan mcm dulu boleh buat kuda-kuda...
"betul tu... saya amat berharap begitulah .... dia nak apa lagi.. cukuplah dia memalukan wanita..
"betul tu ... lagi satu apa yang saya tahu mereka2 tu dah buat roadtour guna platform wanita ... sebelum pusat buat... maka credit to her... than tnjuk muka sedih dia...
if she win lagi saya tak tahu apa lak nak di buat ..
just to share dgn you abt JUWITA yang ditubuhkan masa pilihnraya.. keluar kad diskaun sekarang kad tu tak boleh pakai ... seperti yg ct katakan dah tak tahan dengan cara dia lagi... cukup22"
Saya telah terima beberapa panggilan telefon dari rakan-rakan dalam sayap Wanita UMNO sebelum Inbox ini diterima di mana cerita yang sama juga diterima.
Malahan apa yang telah diceritakan lebih dahsyat lagi. Ada di antaranya yang sudah mula mengugut sekiranya habuan tidak diberi kepada mereka, maka calon yang ingin dibawa akan ditinggalkan. Ugutan ini adalah dari sayap Wanita juga!
for yr info
saya dah buat surat ke Lembaga Displin pasal sms dan hal22 ini..." - inilah sepatutnya dibuat oleh perwakilan-perwakilan yang benar-benar ingin melihat seruan transformasi Presiden dan persediaan untuk PRU14.
Perlu diingat, rasuah bukan saja dalam bentuk fizikal iaitu memberi suapan wang dan hadiah tetapi rasuah juga meliputi salah guna kuasa.
Ada juga kedengaran apabila ada di antara calun yang salahguna kementerian dan sayap-sayap yang diketuai mengadakan kempen untuk diri sendiri. Tetapi bagaimana yang dikatakan SALAH?
Apabila calun menggunakan platform yang dikuasai dan para hadirin terdiri daripada ahli-ahli sayap, di mana rasional program kementerian atau sayap ini? Bukankah ia salahguna kuasa dan melanggar etika berkempen?
Kita juga meragui apabila ada di antara calon-calon yang pertahankan jawatan mereka tidak turut hadir atau jarang-jarang hadir untuk program mengenalkan calon di setiap negeri. Apakah mereka tidak ada keyakinan apabila mereka tidak mendapat sorakan gemuruh dari akar umbi yang hadir? Atau adakah mereka telah terlalu yakin bahawa mereka telah dikenali dan akan mendapat sokongan akar umbi?
Sekiranya beginilah cara UMNO, buatlah apa-apa perubahan yang pada natijahnya untuk mengekang politik wang dan rasuah, namun selagi mereka-mereka yang pernah dikaitkan dengan rasuah dipilih juga.... NAZAKLAH UMNO DENGAN RASUAHNYA!
No comments:
Post a Comment