Thursday, November 17, 2016

MRT LALUAN 1 IKUT JADUAL PEMBINAAN, MULA OPERASI 16 DISEMBER


Di bawah seliaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) projek MRT Lembah Klang (KVMRT) laluan 1 yang bermula dari Sungai Buloh ke Kajang telah berjaya dilengkapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan kerajaan dan akan mula beroperasi pada 16 Disember nanti.

Pencapaian yang membanggakan ini membuktikan yang SPAD telah berjaya melakukan tugas mereka dengan sangat baik memenuhi amanah yang telah diberikan kepada pengurusan agensi ini.

Memandangkan projek KVMRT ini adalah satu projek infrastruktur pengangkutan awam darat yang terbesar dilaksanakan di Malaysia, ia adalah di antara senarai projek di bawah Program Transformasi Ekonomi Greater Kuala Lumpur (GKL)/ Lembah Klang oleh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang mampu mendorong kecekapan pengangkutan awam di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

KVMRT Laluan 1 bermula di Sungai Buloh dan melalui Kuala Lumpur sehingga ke Kajang. Laluan sepanjang 51km ini juga melalui 31 stesen, di antaranya stesen bertingkat dan bawah tanah. Penumpang juga akan dapat menikmati kekerapan tren setiap 3.5 minit dan pengumuman tambang yang sangat berpatutan akan diumumkan setelah mendapat kelulusan kabinet tidak lama lagi.

Pihak pengurusan KVMRT jug akan menyediakan sebanyak 120 buah bas perantara (feeder bus) yang akan melalui 26 laluan di sekitar 12 stesen dari stesen Sungai Buloh hingga Stesen Semantan.

Dianggarkan kira-kira 400,000 penumpang akan mengguna laluan MRT Sungai Buloh - Kajang sebaik sahaja laluan Fasa Laluan 1 ini mula beroperasi sepenuhnya pada Julai 2017. Di samping itu, apabila laluan MRT Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya (SSP) mula beroperasi pada tahun 2022, dianggarkan 529,000 pengguna akan menggunakan laluan tersebut setiap hari.

Rakyat akan terus menikmati manfaat dari kemudahan pengangkutan awam darat yang dirancangkan kerajaan. Malahan ia juga akan mampu meningkatkan taraf ekonomi rakyat apabila nilai hartanah yang begitu ketara terutamanya di kawasan yang terdapat stesen-stesen MRT nanti.

Untuk maklumat lanjut berkenaan projek MRT, klik di sini

No comments: