Wednesday, March 05, 2014

PESANAN TPM KEPADA JENTERA BN DI #PRKKajang ... TERUSKAN USAHA MEI FUN

Oleh kerana nafsu besar, hajat besar dan niat besar Anwar Ibrahim untuk bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor, maka pilihanraya kecil di Kajang diadakan. Ini lanjutan daripada perletakan jawatan wakil rakyat dari PKR mengosongkan kerusi untuk diberikan kepada Anwar atas tujuan dan muslihat tertentu Ketua Pembangkang.

BN bakal menghadapi satu perjuangan yang boleh dianggap sebagai satu pertempuran politik yang besar dan kepada jentera BN yang bakal berjuang di Pilihanraya Kajang nanti, ikuti pesanan Tan Sri Muhyiddin Yassin;


Walaupun keputusan PRK ini tidak akan mengubah keadaan di mana Selangor masih di bawah Pakatan Pembangkang tetapi BN ingin membuktikan keupayaan dan bersedia memberikan perkhidmatan yang baik.

Di PRK inilah kesempatan yang baik kerana ia ada hikmahnya di mana BN boleh mengambilnya sebagai satu kesempatan.

Platform ini akan digunakan untuk mematahkan serangan-serangan bertalu-talu dihamburkan oleh pihak pembangkang kepada BN seolah-olah ia sebuah kerajaan yang zalim, tidak bertanggungjawab dan tidak berkemampuan. Ini semua adalah tipu helah untuk menjatuhkan imej dan maruah BN.

Ada yang menganggap BN menghantar calon di PRK ini sebagai underdog seolah-olah kita tak akan menang tetapi sebagai parti yang bermaruah, BN telah menyatakan apabila keputusan telah diambil untuk bertanding... BN mahukan kemenangan.

Calon yang telah dipilih bukan calang-calang kerana beliau dipilih ke atas moralnya, prestasi kerjanya, keberaniannya, pengalaman luasnya, hubungan baiknya dengan kerajaan. Selama Datin Paduka Chew Mei Fun bertemu rakyat Kajang, ada yang telah memberi gelaran 'ComeyFun' dan ini adalah petanda awal yang sangat baik. Penerimaan rakyat tempatan nampaknya memberi sokongan.

Dalam tempoh tiga minggu ini, BN akan pastikan setiap 16 Pusat Daerah Mengundi (PDM) tidak ada satu pun kawasan yang akan terbiar.

Terdapat seramai 39 ribu pengundi pelbagai kaum dan setiap pengundi adalah raja. Oleh itu BN hormat dan layan mereka. Jentera BN perlu teruskan kesinambungan kemesraan yang telah dibina Mei Fun serta pelihara dan berikan perhatian kepada apa sahaja yang mereka kehendaki.

Temui mereka dan bertanya khabar. Turun ke rumah mereka, ketuk pintu setiap rumah bertanya khabar dan duduk bersama dengan mereka.

Jentera Wanita adalah penentu kemenangan

Seandainya ini dilakukan oleh semua jentera BN, BN boleh mencapai kemenangan. Yakinlah!

Walaupun ada orang kata apa guna BN bertanding kerana sudah pasti akan kalah. Mereka kata "no point" dan macam-macam untuk memperkecilkan keupayaan dan kekuatan BN.

Sebagai parti yang telah banyak berjasa, BN mampu buktikan yang mereka salah. Dengan bekerja keras dan turun bawah, gunakan sepenuhnya untuk menceritakan perkara yang benar. Bukan menjadi kesalahan jika menceritakan apa yang kerajaan BN telah lakukan. Di peringkat Pakatan Pembangkang pun mereka ada masalah.


No comments: