Tuesday, March 11, 2014

MASYARAKAT CINA #KAJANG BERUBAH ARAH

Malam tadi telah diadakan Majlis Makan Malam bersama-sama NGO Cina Kajang dan juga pemimpin-pemimpin tokong di sekitar Kajang dan Hulu Langat. Saksikan kehadiran mereka...


Di anggarkan lebih dari 100 badan NGO Cina dan Persatuan Tokong di sekitar Kajang telah mendengar taklimat pemimpin MCA dan Gerakan di Dewan Utama, Hotel Imperial Uptown, Kajang.

Di antara mesej-mesej yang disampaikan adalah;

Presiden MCA, YBhg Dato Seri Liow Tiong Lai


Beliau berharap agar masyarakat cina memberi peluang bukan saja kepada calon MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, tetapi kepada barisan kepimpinan MCA setelah MCA melalui transformasi parti dengan barisan pemimpin-pemimpin baru. 

Manakala Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong telah memberi satu tawaran kepada para hadirin untuk menyemak PDM dan saluran mengundi mereka bagi memudahkan di hari mengundi mereka.

Bagi calon yang akan bertanding di Pilihanraya Kecil N25 Kajang nanti, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, beliau telah menyeru supaya diberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada beliau. Sekiranya beliau menang, ini bermakna beliau satu-satunya mewakili suara masyarakat Cina mewakili MCA/BN di DUN Selangor nanti.


Turut hadir ialah pemimpin Gerakan Kajang yang telah menegaskan bahawa adalah sia-sia jika diberi undi kepada PKR kerana kemenangan PKR tidak akan merubah apa-apa melainkan rakyat hanya diperalat mereka sahaja.

Perletakan jawatan ADUN PKR yang lalu langsung tidak boleh diterima oleh sesiapa pun kecuali mantan ADUN diganti kerana kematian atau muflis. 

Dengan ini, parti Gerakan menaruh sepenuh kepercayaan terhadap calon MCA dan telah memberi jaminan sokongan penuh. 

Nampaknya, dengan kehadiran yang di luar jangkaan dari pemimpin-pemimpin NGO dan tokong ini telah memberi mesej bahawa masyarakat Cina di Kajang berubah arah dari PRU 13 dan keyakinan serta sokong kepada pembangkang telah berkurangan.

Masyarakat Cina adalah kaum yang berpegang kepada janji bukan sekadar bersembang di pentas dan perjuangan masyarakat Cina bukanlah untuk peribadi dan anak beranak malahan mereka lebih mengutamakan keamanan dan perpaduan pelbagai kaum di Malaysia agar anak dan cucu mereka akan dapat meneruskan warisan mereka.

Berniaga adalah bidang yang dipelopori dan diwarisi kebanyakan masyarakat Cina. Untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan mereka, perlu berada di dalam suasana aman dan politik sihat.

Mereka telah sedar, segala janji-janji yang ditaburkan ketika PRU13 lalu hanyalah sekadar untuk memancing undi dan calon yang telah mereka pilih dahulu, bukan berkhidmat untuk rakyat tempatan.

Rakyat Kajang telah sedar... biar siapa pun yang bakal mewakili PKR, mereka hanyalah sekadar menabur janji dan tidak akan bertanggungjawab untuk menunaikannya.

Syabas rakyat Kajang.... berilah mesej kepada Pakatan Rakyat bahawa rakyat Kajang akan mengajar mereka di peti undi nanti!


No comments: