Showing posts with label Perkasa. Show all posts
Showing posts with label Perkasa. Show all posts

Friday, August 12, 2016

MCA BIDAS DAP YANG MENYOKONG PARTI RASIS PRIBUMI


Kerjasama DAP dengan parti baru Dr Mahathir yang terang-terang mengkhususkan keahliannya hanya untuk bangsa Melayu telah dengan jelas menunjukkan sikap DAP yang tidak konsisten dan bermuka-muka.

MCA mempersoalkan apabila ada di antara pemimpin DAP yang gah berkata mereka tidak akan sekali-kali bertolak ansur dengan mana-mana parti yang terdiri dari satu kaum sahaja atau apa bentuk perkauman, ternyata mereka berbohong dan menipu.

Pembohongan DAP yang berterusan ini bukan perkara baru di mana pada masa lalu, mereka bekerjasama dengan PAS yang ternyata ahli-ahlinya hanyalah dari bangsa Melayu. Namun kerjasama politik mereka tidak mampu bertahan lama dan akhirnya berpecah untuk kali kedua apabila pertama kali mereka mengalami kekalahan teruk dan berpecah di dalam Barisan Alternatif. Tidak sukar membaca politik opportunis DAP.

Parti Pribumi yang diketuai Dr Mahathir juga mendapat kerjasama dengan Presiden Perkasa Ibrahim Ali yang telah terang-terang dilabel DAP di atas pelbagai gelaran menghina di atas nama perkauman dan Muhyiddin pula dengan pendiriannya suatu ketika dahulu, terkenal dengan 'Melayu utama, Malaysia kedua', kini DAP adalah penyokong tegar pemimpin-pemimpin rasis.

Apa yang DAP tidak pernah kata mengenai Ibrahim Ali sebelum mereka dilihat menerima beliau dengan lapang dada? Ultra-Melayu? Bigot? Katak? Samseng? Kini, sekelip mata Ibrahim Ali adalah suci di mata DAP pula?

Kerjasama politik yang sukar ini hanyalah sekadar politik putar-belit DAP untuk menyesatkan penyokong mereka yang berangan-angan mengambilalih Putrajaya yang tidak pernah terjadi. Malahan, bersedia untuk penipuan dan putar-belit DAP seterusnya dengan prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju', semata-mata untuk kerakusan politik mereka dan untuk menyesatkan penyokong-penyokong mereka.

Dahulu, di dalam siri-siri kempen pilihanraya DAP, kita sering terdengar mereka melaungkan jika undi Barisan Nasional (BN), samada calonnya dari MCA, Gerakan ataupun MIC, mereka tidak akan teragak-agak untuk menjeritkan yang pengundi Cina juga beri sokongan kepada Perkasa yang rasis. Tetapi setelah bergabung dengan Pribumi, apa agaknya laungan DAP terhadap Perkasa kali ini? Perkasa suci? Ibrahim sekarang sudah bertaubat? DAP dan Perkasa telah harmoni?

Nampaknya seperti kata-kata dalam bahasa Inggeris - 'being consistently inconsistent' yang bermakna sentiasa berubah-ubah, ini adalah DAP dulu, kini dan selamanya. Dulu benci sehingga menghina, kerana terdesak dan terpaksa mereka akan sanggup berpura-pura untuk bersatu.

Seandainya Dr Mahathir, Kit Siang dan Wan Azizah berangan-angan untuk meniru kesatuan yang ada di dalam Barisan Nasional, mereka akan sentiasa gagal kerana di antara ideologi dan halatuju politik masing-masing adalah berbeza-beza. Walaupun MCA adalah parti politik untuk bangsa cina, namun mereka bernaung di bawah satu payung dan sejarah telah membuktikan kerjasama parti-parti komponen telah berjaya membawa kemakmuran dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini.

Sekali lagi, apa agaknya ucapan kempen politik DAP untuk Pribumi/Perkasa nanti?

Tuesday, March 15, 2016

#DAP DOUBLE-CROSSED THE #CHINESE IN JUST A GOLDEN HANDSHAKE


The “I never hate Mahathir” from Kit Siang is now welcomed for Perkasa’s Ibrahim Ali seems to be “I never hate that Katak” no more and ever. Both bosses from DAP and Perkasa handshake and exchanged smiles were photographed and appeared in the Sin Chew Daily has caught attentions of the nations and especially the majority Chinese supporters for DAP.

The question now is, have both of them been courting behind the scene secretly? What happened to those abusive words thrown over each other and is this another gambit from Kit Siang just to affect the Chinese voters?

What a load of hypocrites. Apart from Kit Siang enthusiasm to hold hands with Dr Mahathir, it is now that the Malay leftist group Perkasa seems marching together and DAP is willing to compromise with them.

The Chinese community were not once but too many times deceived by DAP when they failed terribly to boost the Chinese moral in the eyes of the nation. In most times, DAP has managed to woo the Chinese votes with only their harsh doctrine strategies that they are capable not only to capture Putrajaya and lead the move but has always ended up to no avail.

Failing to subdue PAS, DAP agreed to form Parti Amanah for reject leaders from their own party election and now courting the Malay leftist group Perkasa. What the Chinese community did not know is that this group has never represent majority Malays or even so associated to UMNO. Perkasa is as frailed as Amanah and they are weak in morals and characters too.

With Kit Siang-Mahathir declaration and Perkasa combination, how sure that they will succeed to change the government when for all we knew Dr Mahathir has even lost support terribly with the Malays from UMNO and PAS and will the Chinese still fall back on Kit Siang’s lip? Is this not a double-cross to the Chinese?

Read further in PRU14

Sunday, September 07, 2014

AKTA HASUTAN 1948 BUKAN LAGI WARISAN BRITISH


Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan

Apakah benar Akta Hasutan 1948 seperti yang dirujuk oleh peguam-peguam pro-Pembangkang masih kekal diwarisi dari penjajah British?

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin berkata "Akta Hasutan ini adalah akta warisan penjajah, kalau dilihat dari sejarahnya ia diwujudkan oleh British adalah menjustifikasikan untuk mereka mengambil tindakan terhadap orang-orang yang menentang Bristish iaitu golongan yang menentang penjajahan seperti golongan kiri dan golongan agama. - AntaraPos

Ini pula yang ditulis di Merdeka Review;

"Bagi sesetengah kelompok, berita ini diterima dengan perasaan gembira kerana Akta Hasutan - yang merupakan warisan penjajah British yang bertujuan untuk menindas pembangkang ketika itu - dikatakan pernah disalahgunakan hingga menyebabkan ada pihak yang merasai bahawa undang-undang ini bertujuan untuk "menutup" mulut pembangkang dan pengkritik pemerintah.  "Mangsa" akta ini melibatkan tokoh-tokoh politik seperti Lim Guan Eng (sekarang Ketua Menteri Pulau Pinang) dan Karpal Singh (orang kuat DAP)."

Namun ini pula penjelasan bekas Ketua Hakim Negara - 

“Patutkah Akta Hasutan dimansuhkan? Jawapan saya tidak.

“Patutkah Akta Hasutan dipinda? Jawapan saya ya.

“Apakah pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya masukkan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia (agama Islam agama Persekutuan) ke dalam Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan bersama-sama Perkara 152, 153, 181 dan Bahagian III,” katanya.

Jelasnya, Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan adalah bukti jelas bahawa akta itu bukan warisan dari penjajah British.

Menurut beliau, seksyen itu digubal oleh bekas perdana menteri Tun Abdul Razak selepas Peristiwa 13 Mei 1969 bagi mengelakkan tragedi itu berulang.

“Bagi saya, pewujudan Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Hussein,” katanya.

Seksyen 3(1)(f) memperincikan empat perbuatan sensitif di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia membawa kepada kecenderungan menghasut dan individu yang melakukannya boleh dihukum di bawah seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Empat isu sensitif tersebut ialah kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera, bahasa kebangsaan, kewarganegaraan dan kuasa Raja-Raja Melayu.

Sebarang cadangan untuk menggubal akta baru menggantikan Akta Hasutan juga perlu diselia oleh Peguam Negara, dan bukannya oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta Majlis Peguam, katanya.
Perkasa senada dengan pandangan Tun Abd Hamid dengan alasan berikut;

“Ini bukan soal politik. Akta Hasutan harus dilihat dalam perspektif yang lebih luas iaitu soal keselamatan nasional yang perlu dipelihara dengan sebuah undang-undang kerana kerajaan sudah pun menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga menyebabkan timbul pelbagai isu yang meresahkan rakyat sekarang.

“Malah sekarang ini wujud pula hasutan oleh pihak tertentu yang mahu Sabah keluar daripada Malaysia. Apa akan jadi jika Akta Hasutan dihapuskan?

Dengan penjelasan di atas, telah terbukti Akta Hasutan telah digubal dan bukan lagi dari warisan British.

Monday, June 23, 2014

BERITA TERINDAH UNTUK UMAT ISLAM PAGI INI


DAH MUKTAMAD - Mahkamah Persekutuan tolak permohonan gereja Katolik merayu keputusan Mahkamah Rayuan tolak guna perkataan Allah dalam The Herald

Dari Agenda Daily :
Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak rayuan Gereja Katolik terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam mingguan The Herald. 

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim mencapai keputusan majoriti itu, iaitu dari tujuh hakim yang bersidang empat menolak dan tiga menyokong. Keputusan muktamad 4-3.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tadi bermakna keputusan KDN melarang The Herald guna kalimah Allah KEKAL. Gereja katolik tidak boleh merayu lagi.

Seterusnya baca ... DI SINI

Inilah sebahagian rakyat yang setia memberi sokongan dan di antara NGO yang tetap hadir adalah Pertubuhan Islam Gabungan Amal (per3), Pertubuhan Pribumi PERKASA dan PEKIDA.  




Saturday, March 08, 2014

ELIZABETH WONG TERLUPA KISAH MORAL 2009

Apakah kita masih ingat muka ini (di bawah) dan peristiwa moral pada 2009?


Namanya ialah Elizabeth Wong, seorang ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kepada rakyat Malaysia terutama yang terlibat secara langsung di perang maya politik pasti tidak akan lupa apa yang pernah berlaku kepadanya di sekitar 2009.

Peristiwa yang dikatakan 'HITAM' tersebut telah melibatkan moral dan integritinya sebagai seorang ahli politik dan wakil rakyat yang telah dipilih pada 2008.  

Seandainya kita 'Google Search' nama Elizabeth Wong, gambar dan kisah beliau masih lagi terpapar walaupun telah berlalu selama 5 tahun.

Ingin ditegaskan bahawa gambar dan kisah tersebut adalah berkenaan moral dan integriti Elizabeth Wong yang terlibat dengan skandal hubungan seorang suami Melayu. Jika terlupa boleh klik... DI SINI

Hari ini, Elizabeth Wong mengejek calon PRK Kajang, Chew Mei Fun seperti berikut;

Meanwhile Elizabeth Wong, a Selangor state exco, said photographs taken with Perkasa expose MCA candidate Chew Mei Fun as a “hypocritical, double-faced and zero integrity” leader.

Said Wong: “She [Chew] colluded with Perkasa without hesitation to fish for Malay votes. This is double-faced. Her integrity is bankrupt and she has no morality to contest in the Kajang by-election.” See Malaysiakini article today, ‘Photos show Wee also shared stage with Perkasa‘ — screenshot HERE.

Keras sungguh kata-kata Eli Wong seolah-olah, rakyat Kajang pasti terlupa kisah pendedahan skandal 'sex bebas' beliau pada tahun 2009.

ZERO INTEGRITY CHEW MEI FUN?

Chew Mei Fun telah meletak jawatan sejurus Chua Soi Lek menang dalam pilihan presiden parti demi mengotakan kata-katanya di mana beliau ketika itu adalah Ketua Wanita MCA telah membantah sekeras-kerasnya kemenangan Soi Lek kerana 'tape' sex yang telah menunjukkan nilai-nilai maruah yang negatif.

Selang beberapa minggu, Mei Fun telah meletak kesemua jawatannya termasuk sebagai Senator dan Timbalan Menteri  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk maksud yang sama. Bagi Mei Fun, jawatan yang telah diberi kepadanya adalah berdasar kedudukannya sebagai Ketua Wanita MCA.

Elizabeth Wong pula disaran meletakkan jawatannya sebagai ADUN Bukit Lanjan, bukan sahaja gambar separuh bogelnya tersebar tetapi kerana jijiknya moral beliau kerana menjalin hubungan sulit dengan seorang suami Melayu yang terang-terang mengamal 'sex' bebas. Tetapi apa yang dihebohkan ialah urusan peribadinya telah didedah dan dimanipulasi.

Di antara dua wanita bujang ini, siapa yang lebih bermoral dan berintegriti?

Malahan, isu yang dibawa Elizabeth Wong adalah apabila Mei Fun dilihat berada di kempen PRK Kajang berkongsi pentas bersama Ruslan Kassim seperti yang ditulis ... DI SINI

Kepada Elizabeth Wong, berikut adalah mesej dari Presiden PERKASA;

Salam.Saya malam ini dijemput oleh KE MAJLUS MAKAN MALAM  PERSATUAN PENGANUT TIAN SHENG GONG KAPAS, SELANGOR, SEBAGAI TETAMU KEHURMAT. Percaya atau tidak. Pelik tapi benar.

 
Majlis ini diadakan di tanah lapang, Bt 9, Jln Kapar, Selangor. Turut bersama saya Dato Rabi Abu Samah, ADT dan ABY, YDP SGOR dan Zul, PSUA. Kami di sambut meriah dan di sebut nama Dato Ibrshim Ali, Presiden Perkasa.

Dato Rabi pakai baju Perkasa. Siapa yang jemput saya jadi tetamu kehurmat. Beliau ialah Dato Seri Junior Khoo, kawan kenalan lama saya, yang juga Penasihat Persatuan ini. Presiden Persatuan Penganut Tian Sheng ini ialah Dato LK Tan.

 

Mereka amat kenal saya dan mereka persetan segala tuduhsn terhadap diri saya atau pun Perkasa. Ini perkembangan yg baik dan yg hadzir begitu ramai, semuanya bersalam dgn saya, dato rabi dan Aby.

HEBAT masyarakat bangsa cina.

Tempat dinner di padang lapang dan selekeh, kehsadiran sekitar 600 orang tapi mereka berjaya kutip derma lebih 700 ribu tunai. Tak ada janji2. Terus bagi tunai. Ini lah budaya dan kekuatan perpaduan kaum cina. Yg pakai seluar pendek dan baju pagoda pun derma 20k-30k. Apa pun, harap ini permulaan kpd Perkasa untuk masyarakat kaum cina mengenali Perjuangan Perkasa dan menghurmatinya.

Di mana gelangang kita berada,namun tidak seinci atau sehalus rambut,kita tidsk akan berganjak dgn prinsip2 perjuangan Perkasa mendaulat, mempertshankan dan memperjuangan kepentingan agama kita Islam, Bangsa dan Negsra.. insya allah,inilah sumpah kita,membujur lalu melintang patah..

HIDUP PERKASA..Tok Him.Presiden.

Kepada mereka yang melabel dan menganggap PERKASA  adalah rasis, perlu menelannya semula. 

Soal moral di kalangan pemimpin-pemimpin PKR seperti tidak perlu diutamakan walaupun telah didedahkan perangai-perangai mereka dengan bukti. Tetapi sebaliknya berlaku, seperti Elizabeth Wong yang mempersoal moral dan integriti Mei Fun serta Perkasa.

Sekali lagi ingin bertanya kepada Elizabeth Wong... PERISTIWA 2009 TELAH LUPAKAH?


Friday, March 07, 2014

MILOSUAM GENTAR PERKASA MINAT #COMEYFUN CALON #PRKKAJANG


Apakah gambar ini yang menyebabkan tuduhan pembangkang MCA bersekongkol dengan PERKASA?  

RUSLAN KASSIM MINTA AUTOGRAF MEI FUN?
 
Hanya kerana Ruslan Kassim kelihatan hadir dalam program UMNO dalam siri ceramah calon MCA, maka berita portal mulut pembangkang terus sensasikan isu ini. Blogger Omakkau, pemuja Anwar Ibrahim telah mengguna gambar-gambar dari 'fan page' Facebook calon Mei Fun dan terus disensasikan gambar itu (seperti di atas).

Kejadian ini berlaku di ceramah penerangan BN di Cawangan UMNO Taman Mesra, Kajang pada 5 Mac lalu.

Itu adalah program UMNO. Ruslan Kassim tidak pun memakai kemeja Perkasa malahan terpapar logo 1Malaysia di kemejanya.

Ruslan hadir di atas kapasiti peribadinya dan sebagai salah seorang yang telah menubuhkan PKR untuk memberi penerangan kepada pengundi tempatan, apa itu Anwar Ibrahim dan PKR. MCA juga telah mengesahkan perkara tersebut dan bertegas bahawa Ruslan Kassim hadir kerana beliau pernah dilantik untuk memberi penerangan PKR.

Di dalam kempen pilihanraya, seorang calon kadangkala perlu menghadiri sehingga 10 sesi ceramah dan bertemu pengundi dalam satu hari. Maka kebetulan, Ruslan Kassim hadir sama dalam program UMNO ini dan setelah ketibaan beliau, Mei Fun dijemput memberi ceramahnya yang hanya berakhir selama 15 minit saja.




Merekalah saksi utama ke atas tuduhan blogger Milo Suam. Di harap blogger tersebut dapat menemui mereka seandainya Datin Paduka Chew Mei Fun sedang menghadiri program Perkasa atau program UMNO?

Nampaknya blogger PKR dan Pakatan telah tercabar dan gentar apabila pengasas PKR sudi beri penerangan kepada pengundi untuk menerangkan perihal Ketua Umum mereka... Lain kali, MiloSuam juga boleh hadir dalam sesi penerangan Ruslan Kassim dan Datin Paduka Chew Mei Fun...

Sunday, July 14, 2013

SIRI MENGHINA UMAT ISLAM DI BULAN RAMADHAN... KALI INI GILIRAN KETUA BISKOP

“Kalau dia tak tarik dalam masa tujuh hari, kita akan adakan satu perwakilan untuk bertemu kerajaan bagi meminta perdana menteri melalui Wisma Putra untuk menutup pejabat Vatican City itu dan meminta duta yang baru dilantik sebulan setengah itu dibawa pulang ke Vatican City,” kata Presiden JATI Datuk Dr Hassan Ali. 
 
 
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pula ketika dihubungi Malaysiakini berkata, NGO pimpinannya menyokong dan berkongsi pendirian dengan Hassan dan JATI. Marino semalam dilaporkan menyifatkan pendirian kumpulan Kristian di negara ini sebagai “logik dan boleh diterima” walaupun menyedari ia adalah urusan dalaman Malaysia.

DUGAAN UMAT ISLAM DI BULAN RAMADHAN 

Di dalam satu sidang akhbar bersama, 2 kumpulan NGO Melayu iaitu Perkasa dan Jalur Tiga (JATI) telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya kenyataan Holy See Ambassador ke Malaysia di dalam satu temuramah oleh The Malaysia Insider, yang menyokong cadangan pihak Kristian untuk penggunaan nama 'Allah' bagi menggantikan 'God'.
Samada sedar atau tidak, Ketua Biskop Joseph Marino telah menghina titah Sultan Selangor  pada bulan Januari di dalam isu ini. Kenyataan beliau adalah bertentangan dengan titah baginda di mana dengan terang telah menyebut, "Selain daripada penganut ugama Islam tidak dibenarkan mengguna nama "Allah" bagi mengganti God dan "Allah" adalah suci dan hanya eksklusif untuk umat Islam.


HE Archbishop Joseph Marino ternyata telah menyalahguna kedudukannya sebagai diplomat kerana campurtangannya di dalam hal ehwal dalam Malaysia terutama dengan membuat kenyataan yang sangat kontroversi dan sensitif di mana isu ini masih lagi di dalam proses Mahkamah Rayuan.

HE Archbishop Joseph Marino diberi 7 hari untuk menarik balik kenyataannya dan memohon maaf atau menafikan kenyataan beliau. Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, NGO-NGO ini memohon kerajaan Malaysia menghantarnya pulang dan menutup pejabat wakil Vatican di Kuala Lumpur.

HE Archbishop Joseph Marino (kanan)
KENYATAAN POLITIK?

Persoalannya di sini adakah kenyataan  HE Archbishop Joseph Marino ini mempunyai niat tertentu dan kehadiran serta peranan beliau di negara kita adalah benar-benar sebagai seorang diplomat?
 
Jika benar kenyataan beliau bukan mempunyai niat tertentu, maka adalah lebih baik beliau memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia secara terbuka. Ini adalah bertepatan dengan titah DYMM Sultan Selangor yang dilaporkan juga oleh MalaysiaKini. Seandainya Joseph Marino mempunyai niat tertentu maka ia dengan terang-terangan adalah betujuan politik.

Kenyataan Marino sebegitu rupa tidak memeranjatkan kita kerana beliau dilahirkan di Amerika. Sebagai seorang yang berasal dari Alabama, dari kelompok Selatan yang terkenal dengan gelaran 'RedNeck' boleh digambarkan sebagai golongan yang terkenal kerana prejudis, berfikiran sempit, fanatik dan tiada toleransi. Beliau bukan seorang yang baru di dalam politik antarabangsa dan permainan diplomasi malahan beliau adalah seorang diplomat berpengalaman dan pemain dalam permainan politik antarabangsa.

Beliau juga merupakan wakil ahli Vatican yang dihantar Pope John Paul II ke Belgrade pada 1 April, 1999 ketika kemuncak konflik Kosovo. Beliau juga adalah sebahagian wakil yang dihantar ke White House sebelum perang di Iraq pada 2003. Marino juga berkhidmat sebagai Apostolic Nuncio ke Bangladesh selama 4 tahun, di mana politik di dalam negara seperti konflik Chittagong Hill Tracts adalah merupakan tujuan dan agenda beliau.

Yang pasti alasan biasa beliau ialah peranan sebagai tokoh ugama dalam misi keamanan. Berkemungkinan juga beliau adalah sebahagian daripada arena operasi politik antarabangsa yang bergerak bagi pihak Neo Con Jews dengan agenda jahat untuk memeritah dan mengawal dunia, secara langsung dan tidak langsung melalui proksi.

HE Archbishop Marino mungkin adalah sebahagian daripada kumpulan sokongan antarabangsa politik dalam agenda strategik mereka untuk melemahkan dan akhirnya menghapus kuasa Islam yang akan memihak kepada bangsa minoriti. Bangsa Melayu-Islam adalah kumpulan yang paling maju dan paling berpengaruh di seluruh dunia umat Islam. Ia adalah penting bagi bangsa Melayu-Islam tunduk kepada agenda antarabangsa Anglo-New Con Jewish dengan apa cara sekalipun.

Jika ia adalah benar, maka amat bertepatan sekali apabila Joseph Marino menyokong kehendak CFM, yang kita maklum mendapat sokongan kuat dari China Chauvinist DAPsters dan ahli-ahli politik anti-Melayu seperti Lim Guan Eng, Teresa Kok dan Nga Kor Ming.

Telah terbukti di mana DAP telah mengguna gereja serta paderi-paderi tersebut untuk agenda politik kotor mereka. Di antara sebahagian agenda ini adalah anti Melayu.

Kita semua maklum juga bahawa tujuan utama untuk menggunakan kalimah 'Allah' bagi mengganti perkataan God adalah untuk Bible Melayu dan tidak dinafikan, ia adalah untuk  memurtadkan orang Melayu untuk menukar ke ugama Kristian.
 
Tidak dinafikan juga, terdapat satu kelompok antarabangsa dari kumpulan-kumpulan dan perhimpunan NGO-NGO yang
yang mencurigakan termasuk pertubuhan-pertubuhan gereja antarabangsa yang hadir dan aktif menyokong strategi 'Politik Kebencian'  oleh beberapa minoriti sesat di negara ini.  
 
Jika ini adalah benar, HE Archbishop Marino telah membuktikan bahawa beliau sememangnya mempunyai agenda politik. Tidak ada bezanya peranan beliau dengan apa yang pernah dilakukan oleh mantan duta Amerika John R Malott. Sekurang-kurangnya Malott tidak menghina titah Raja-Raja Melayu atau menyentuh kedudukan Islam sebagai agama persekutuan Malaysia.
 
Terlajak perahu boleh diundur ... oleh Dato Rocky