Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts
Showing posts with label Kalimah Allah. Show all posts

Monday, June 23, 2014

BERITA TERINDAH UNTUK UMAT ISLAM PAGI INI


DAH MUKTAMAD - Mahkamah Persekutuan tolak permohonan gereja Katolik merayu keputusan Mahkamah Rayuan tolak guna perkataan Allah dalam The Herald

Dari Agenda Daily :
Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak rayuan Gereja Katolik terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam mingguan The Herald. 

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim mencapai keputusan majoriti itu, iaitu dari tujuh hakim yang bersidang empat menolak dan tiga menyokong. Keputusan muktamad 4-3.

Keputusan Mahkamah Persekutuan tadi bermakna keputusan KDN melarang The Herald guna kalimah Allah KEKAL. Gereja katolik tidak boleh merayu lagi.

Seterusnya baca ... DI SINI

Inilah sebahagian rakyat yang setia memberi sokongan dan di antara NGO yang tetap hadir adalah Pertubuhan Islam Gabungan Amal (per3), Pertubuhan Pribumi PERKASA dan PEKIDA.  




Wednesday, March 05, 2014

SITI KASSIM DIHARAP JANGAN BERMAIN API

Di kala kaum ibu dan remaja wanita sedang bersujud dan berdoa kepada penciptanya seperti yang ditunjukkan DI SINI...  ada pula sedang melakukan aksi yang menjelekkan di kafe Istana Mahkamah...

Pada hari ini Mahkamah Persekutua akan membuat keputusan sama ada Gereja Katolik berhak merayu atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lalu, pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Rayuan itu didengar …








Perempuan yang sedang memegang bunga denga berbaju T dengan mesej "Allah Tuhan Seluruh Alam" dikatakan berkeliaran sambil memberi bunga kekwa putih kepada pejuang-pejuang Kalimah Allah.

Rakan-rakan blogger dan wartawan sempat mendapatkan maklumat wanita tersebut dan beliau dengan bangganya menggelarkan namanya Siti Kassim dan beliau adalah orang asli.

Dikatakan juga beliau terlibat dengan COMANGO dan seorang 'free thinker' dan ini pula kenyataan beliau kepada wartawan;

"Soal akidah no 2, kalimah Allah untuk semua"

Ada di antara rakan wartawan yang sedang menahan marah menyatakan demi menghormati undang-undang negara, beliau melihat saja telatah perempuan ini dseandainya negara ini tiada undang-undang pasti beliau akan bertindak kerana sebagai seorang manusia, perempuan ini seharusnya berasa sensitif dengan keadaan di mana umat Islam sedang menaruh sepenuh harapan agar Kalimah Allah tidak dipermainkan oleh pihak Gereja.

Inilah akibatnya apabila, ada segelintir kecil pemimpin politik yang beragama Islam gagal memahami akibat daripada menggadai dan menjual beli ugama demi politik mereka.


Monday, March 03, 2014

PAS - BIAR ISLAM DIHINA, JANGAN KRISTIAN DICERCA?


Blog Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr. Mujahid Rawa dengan gahnya memaparkan artikel bertajuk ‘PAS Menangi Pujian Padri’ dalam pos terbarunya semalam.   

Artikel itu adalah berdasarkan kenyataan Mujahid di dalam sebuah gereja di Sungai Petani sejurus selepas solat Jumaat pada 28 Februari lalu.   Kehadiran Mujahid di Gereja Christ the King di Sungai Petani itu merupakan kunjungan keduanya ke gereja untuk berdialog mengenai agama.

Dalam kenyataannya, Mujahid menegaskan bahawa PAS tidak boleh berdiam diri apabila orang Kristian di Malaysia terus dicerca.

Artikel di beberapa portal dan blog pembangkang turut membawa tajuk yang sama iaitu “PAS Will Not Keep Silent As Christians Bashed”.    Antara kandungan artikel-artikel tersebut adalah puji-pujian orang-orang Kristian terhadap Mujahid  atas mesejnya yang jelas membenarkan Kristian menggunakan nama ‘Allah’.

Nampaknya, pendirian PAS mengenai kalimah Allah masih belum jelas.   Beberapa tahun lepas, PAS begitu beria-ia menempelak UMNO kerana menghalang penyebaran Injil berbahasa Melayu di semenanjung.  Menurut PAS, UMNO gagal mengamalkan toleransi agama kerana menghalang orang-orang Kristian berdakwah.  Untuk itu, PAS berdiri teguh di belakang, dan kadangkala di hadapan DAP dan Padri-padri Kristian, mengutuk UMNO.

Apabila isu ini kembali hangat di mahkamah, pendirian PAS mengenainya mula berubah-rubah dan berbeza-beza antara satu pemimpin dengan pemimpin lain.  Isu Kalimah ‘Allah’ di dalam Injil kemudiannya semakin hangat ekoran pihak gereja mengambil sikap degil enggan akur dengan perintah mahkamah yang menghalang penggunaan nama Allah bagi menggantikan ‘Tuhan’ di dalam Injil berbahasa Melayu di semenanjung.  Serbuan JAIS ke gereja yang terlibat menjadikan api yang sebelumnya bersifat setempat, mula merebak.

Perlu diingatkan bahawa setahun yang lalu, iaitu pada 1 Mac 2013, Nik Aziz dilaporkan bersetuju Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam Injil.  Pendirian Nik Aziz pada waktu itu mendapat pujian dari Bishop Dr. Paul Tan Chee dalam menyatakan kekesalan beliau terhadap Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengambil pendirian bertentangan.   

Bagaimanapun, pada 25 Januari tahun ini, kenyataan Nik Aziz mengenai isu ini berbeza pula.  Kali ini, beliau tidak setuju Kristian menggunakan nama ‘Allah’ di dalam Injil berbahasa Melayu. 

Alhamdulillah, setakat ini, Nik Aziz belum lagi membuat sebarang pusingan U atau membelok ke mana-mana dalam memperkatakan isu ini.

Justeru, bolehlah dianggap bahawa Nik Aziz turut bersetuju dengan UMNO dan mahkamah bahawa Kristian tidak boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam Injil berbahasa Melayu.

Malang nampaknya kenyataan Nik Aziz sudah tidak laku lagi walaupun di kalangan pemimpin bawahan PAS sendiri.  Jika tidak, mana mungkin Mujahid berani ke hulu ke hilir membela Kristian menggunakan nama ‘Allah’ di dalam Injil.

Malah, untuk tujuan itu, Mujahid bukan saja ‘rajin’ ke gereja, malah beliau turut tampil menjadi barisan hadapan untuk membela dan mempertahankan Kristian bermati-matian.  Mujahid sungguh-sungguh tidak rela Kristian ‘dicerca’.

Pelik sekali kerana Mujahid tidak pula tampil membela Islam sedemikian rupa apabila Namewee mempermainkan azan, ataupun Alvivi menghina Ramadan.  Mujahid juga tidak peduli jika pemimpin-pemimpin DAP menyalahgunakan ayat-ayat Al-Quran bagi mengaut keuntungan politik di kalangan orang-orang PAS.  Mujahid juga tidak kisah jika tentera siber DAP menghina Rasulullah  SAW dan juga Allah SWT sesuka hati mereka.

Mungkin bagi Mujahid, biar Islam dicerca, tetapi Kristian jangan sekali. 
 
Memang enggan menulis panjang mengenai perkara ini.  Cukuplah dengan memaparkan segala fakta ini untuk para pembaca memikirkannya sendiri.