Showing posts with label Akta Hasutan 1948. Show all posts
Showing posts with label Akta Hasutan 1948. Show all posts

Friday, September 12, 2014

PENERANGAN PMO TERHADAP AKTA HASUTAN 1948


Penerangan penuh dari pejabat Perdana Menteri mengenai kegusaran dan keresahan rakyat Malaysia di dalam isu samada untuk mengekalkan atau dihapuskan Akta Hasutan 1948 dan Akta Keharmonia Nasional. 

Keresahan ini juga timbul apabila tindakan Saifuddin Abdullah membuat kenyataan bahawa deraf rang undang-undang Harmoni Nasional akan menggantikan akta hasutan.... DI SINI

Berikut adalah ringkasan penerangan dari Pejabat Perdana Menteri;

  • Keputusan mengekalkan Akata Hasutan 1948 atau perkenalkan Akta Keharmonia Nasional mesti diakukan dalam keadaan terkawal.

  • Kerajaan tidak akan tergesa-gesa tanpa meneliti semua aspek termasuk kepentingan elemen pencegahan, yang boleh menyebabkan negara tidak tenteram dan undang-undang sedia bagi memastikan keamanan, keharmonia dan kestabilan negara dipelihara.

  • Rundingan dengan semua pihak berkepentingan terutama yang mewakili orang Melayu dan selepas rundingan barulah Kerajaan akan tentukan hala tuju.

  • Sebarang keputusan yang bakal dibuat kerajaan, masyarakat berbilang bangsa tidak perlu rasa bimbang, kurang yakin atau tergugat. Akta yang baru perlu lebih baik dari sedia ada.

  • Akta yang baru mesti mampu mengawal fahaman serta pergerakan radikal, ekstrem atau fanatik selain mengekang pelampau kaum dan agama. 
  • Kedudukan agama Islam dan Raja-Raja, hak keistimewaan orang Melayu dan peruntukan prinsip-prinsip penting dalam Perlembagaan Persekutuan akan dikekalkan.
  • 4 pandangan berlainan maklum balas diterima;
  • Dikekalkan Akta Hasutan dengan sedikit pindaan
  • Dihapuskan sama sekali
  • Ganti Akta Hasutan dengan Akta Keharmonian Nasional
  • Akta Keharmonian Nasional dijadikan akta baru dan Akta Hasutan dikekalkan.
  • Draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional belum disediakan lagi dan masih di peringkat perbincangan.
  • Proses penggubalan setelah konsensus umum dicapai termasuk Sabah dan Sarawak.
  • Selepas perkara-perkara prinsip dan dasar diputuskan, barulah penggubalan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.

  • Hanya draf dari Jabatan Peguam Negara saja yang akan diterima dan sahih.

Berikut adalah Kenyataan Akhbar dari Pejabat Perdana Menteri;




Dengan ini, pihak kerajaan dengan terang menjelaskan sebarang spekulasi yang dibuat pihak-pihak tertentu. Yang penting adalah prinsip-prinsip dalam Perlembagaan menjaga kepentingan agama Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu terpelihara tanpa diskriminasi bangsa lain.

Ikuti juga 10 Perkara yang ditegaskan DS Najib... DI SINI di mana dengan tegasnya beliau memberi amaran kepada mereka yang ingin menganggu gugat keamanan negara dan undang-undang seidada tetap akan digunakan.


Tuesday, September 09, 2014

10 PERKARA DITEGASKAN DS NAJIB

Rakyat sedang berhadapan dengan isu-isu yang menimbulkan keresahan terutama membabitkan soal perlembagaan negara sehingga ada di antara sesetengah pihak telah berani mencabar kedaulatan undang-undang negara. Kita juga berhadapan dengan perbincangan-perbincangan terbuka di media sosial seolah-olah tiada kawalan sehingga kata-kata menghina Raja-Raja Melayu dan pemimpin negara berleluasa tanpa adab dan batasan.

Akta Hasutan 1948 dan ISA merupakan topik perbincangan hangat bukan saja di kalangan netizen tetapi di kedai-kedai kopi juga turut diperkatakan. Ada di antaranya yang mendesak agar kedua-dua Akta ini dikekalkan.

Oleh itu, ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini pada 5 September lalu, DS Najib menegaskan 10 perkara pendirian beliau sebagai seorang pemimpin.
1. Kerajaan tidak akan menarik kebebasan bersuara di media sosial tetapi mahu kebebasan itu dilakukan dengan prinsip kebertanggungjawaban.
 
2. Kerajaan mengamalkan sikap keterbukaan tetapi menjadi tanggungjawab rakyat terutama generasi muda atau Gen Y supaya mengetahui bahawa setiap kebebasan itu ada batasnya.
3.
 
4. Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian tetapi perkara berkaitan agama dan bangsa tidak akan diabaikan.

5. Dalam melaksanakan perkara yang baharu termasuk undang-undang serta tindakan yang bersifat terbuka, kerajaan mengambil kira banyak pandangan sebelum melaksanakannya termasuk daripada ahli MT (Majlis Tertinggi Umno), parti komponen, orang awam pelbagai bangsa.

6. Kita tak pakai (pendapat) Bar council sahaja.

7. Setelah mendapat konsensus nasional barulah keputusan dibuat.

8. Biar lama asalkan selamat. Inilah cara kita mentadbir negara...langkah ke hadapan.

9. Beliau sedia ditegur asalkan teguran dibuat tidak jejaskan kepentingan parti dan negara.

10. Kerajaan tidak ada monopoli atas kebijaksanaan...era itu dah habis, kita kongsi pendapat.

Semoga 10 perkara yang ditegaskan DS Najib ini dapat memberi penjelasan ke atas pendirian beliau. Sebagai rakyat, seharusnya kita bersama-sama DS Najib berhadapan dengan segala dugaan yang dihadapi.

Di dalam menuju sebuah negara yang maju, sebenarnya DS Najib mengajak kita berfikir sebagai seorang yang matang di mana kita mesti belajar menimbang sesuatu perkara dengan mendengar dari semua pihak samada mereka adalah pihak yang menyokong kerajaan mahu pun pihak pembangkang.

Jika kerajaan sudi mendengar pandangan rakyat, mengapa kita sebagai rakyat tidak pula sudi mendengar penjelasan kerajaan?

Sunday, September 07, 2014

AKTA HASUTAN 1948 BUKAN LAGI WARISAN BRITISH


Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan

Apakah benar Akta Hasutan 1948 seperti yang dirujuk oleh peguam-peguam pro-Pembangkang masih kekal diwarisi dari penjajah British?

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin berkata "Akta Hasutan ini adalah akta warisan penjajah, kalau dilihat dari sejarahnya ia diwujudkan oleh British adalah menjustifikasikan untuk mereka mengambil tindakan terhadap orang-orang yang menentang Bristish iaitu golongan yang menentang penjajahan seperti golongan kiri dan golongan agama. - AntaraPos

Ini pula yang ditulis di Merdeka Review;

"Bagi sesetengah kelompok, berita ini diterima dengan perasaan gembira kerana Akta Hasutan - yang merupakan warisan penjajah British yang bertujuan untuk menindas pembangkang ketika itu - dikatakan pernah disalahgunakan hingga menyebabkan ada pihak yang merasai bahawa undang-undang ini bertujuan untuk "menutup" mulut pembangkang dan pengkritik pemerintah.  "Mangsa" akta ini melibatkan tokoh-tokoh politik seperti Lim Guan Eng (sekarang Ketua Menteri Pulau Pinang) dan Karpal Singh (orang kuat DAP)."

Namun ini pula penjelasan bekas Ketua Hakim Negara - 

“Patutkah Akta Hasutan dimansuhkan? Jawapan saya tidak.

“Patutkah Akta Hasutan dipinda? Jawapan saya ya.

“Apakah pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya masukkan Perkara 3 Perlembagaan Malaysia (agama Islam agama Persekutuan) ke dalam Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan bersama-sama Perkara 152, 153, 181 dan Bahagian III,” katanya.

Jelasnya, Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan adalah bukti jelas bahawa akta itu bukan warisan dari penjajah British.

Menurut beliau, seksyen itu digubal oleh bekas perdana menteri Tun Abdul Razak selepas Peristiwa 13 Mei 1969 bagi mengelakkan tragedi itu berulang.

“Bagi saya, pewujudan Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Hussein,” katanya.

Seksyen 3(1)(f) memperincikan empat perbuatan sensitif di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia membawa kepada kecenderungan menghasut dan individu yang melakukannya boleh dihukum di bawah seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Empat isu sensitif tersebut ialah kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera, bahasa kebangsaan, kewarganegaraan dan kuasa Raja-Raja Melayu.

Sebarang cadangan untuk menggubal akta baru menggantikan Akta Hasutan juga perlu diselia oleh Peguam Negara, dan bukannya oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta Majlis Peguam, katanya.
Perkasa senada dengan pandangan Tun Abd Hamid dengan alasan berikut;

“Ini bukan soal politik. Akta Hasutan harus dilihat dalam perspektif yang lebih luas iaitu soal keselamatan nasional yang perlu dipelihara dengan sebuah undang-undang kerana kerajaan sudah pun menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga menyebabkan timbul pelbagai isu yang meresahkan rakyat sekarang.

“Malah sekarang ini wujud pula hasutan oleh pihak tertentu yang mahu Sabah keluar daripada Malaysia. Apa akan jadi jika Akta Hasutan dihapuskan?

Dengan penjelasan di atas, telah terbukti Akta Hasutan telah digubal dan bukan lagi dari warisan British.