Penerangan penuh dari pejabat Perdana Menteri mengenai kegusaran dan keresahan
rakyat Malaysia di dalam isu samada untuk mengekalkan atau dihapuskan
Akta Hasutan 1948 dan Akta Keharmonia Nasional.
Keresahan ini juga timbul apabila tindakan Saifuddin Abdullah membuat kenyataan bahawa deraf rang undang-undang Harmoni Nasional akan menggantikan akta hasutan.... DI SINI
Berikut adalah
ringkasan penerangan dari Pejabat Perdana Menteri;
- Keputusan mengekalkan Akata Hasutan 1948 atau perkenalkan Akta Keharmonia Nasional mesti diakukan dalam keadaan terkawal.
- Kerajaan tidak akan tergesa-gesa tanpa meneliti semua aspek termasuk kepentingan elemen pencegahan, yang boleh menyebabkan negara tidak tenteram dan undang-undang sedia bagi memastikan keamanan, keharmonia dan kestabilan negara dipelihara.
- Rundingan dengan semua pihak berkepentingan terutama yang mewakili orang Melayu dan selepas rundingan barulah Kerajaan akan tentukan hala tuju.
- Sebarang keputusan yang bakal dibuat kerajaan, masyarakat berbilang bangsa tidak perlu rasa bimbang, kurang yakin atau tergugat. Akta yang baru perlu lebih baik dari sedia ada.
- Akta yang baru mesti mampu mengawal fahaman serta pergerakan radikal, ekstrem atau fanatik selain mengekang pelampau kaum dan agama.
- Kedudukan agama Islam dan Raja-Raja, hak keistimewaan orang Melayu dan peruntukan prinsip-prinsip penting dalam Perlembagaan Persekutuan akan dikekalkan.
- 4 pandangan berlainan maklum balas diterima;
- Dikekalkan Akta Hasutan dengan sedikit pindaan
- Dihapuskan sama sekali
- Ganti Akta Hasutan dengan Akta Keharmonian Nasional
- Akta Keharmonian Nasional dijadikan akta baru dan Akta Hasutan dikekalkan.
- Draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional belum disediakan lagi dan masih di peringkat perbincangan.
- Proses penggubalan setelah konsensus umum dicapai termasuk Sabah dan Sarawak.
- Selepas perkara-perkara prinsip dan dasar diputuskan, barulah penggubalan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.
- Hanya draf dari Jabatan Peguam Negara saja yang akan diterima dan sahih.
Berikut adalah Kenyataan Akhbar dari Pejabat Perdana Menteri;
Dengan ini, pihak kerajaan dengan terang menjelaskan sebarang spekulasi yang dibuat pihak-pihak tertentu. Yang penting adalah prinsip-prinsip dalam Perlembagaan menjaga kepentingan agama Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu terpelihara tanpa diskriminasi bangsa lain.
Ikuti juga 10 Perkara yang ditegaskan DS Najib... DI SINI di mana dengan tegasnya beliau memberi amaran kepada mereka yang ingin menganggu gugat keamanan negara dan undang-undang seidada tetap akan digunakan.
No comments:
Post a Comment