Thursday, September 11, 2014

KES TEOH BENG HOCK... DI MANA PULA PEMBELAAN TERHADAP SPRM?


Setelah Mahkamah Rayuan mengarahkan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara memulakan siasatan terperinci kes kematian Teoh Beng Hock lima tahun lalu, sekali lagi kes ini dijadikan bahan politik oleh pihak tertentu.

Krisis yang timbul di sini ialah apabila siasatan polis mendapati ada pegawai SPRM terlibat ketika menjalankan soalsiasat manakala Mahkamah Koroner telah membuat keputusan terbuka bahawa kematian TBH bukan akibat bukan akibat bunuh diri atau dibunuh dan juga mendapati tiada penglibatan pihak ketiga dalam kematian. Beng Hock telah ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah pada pagi 16 Julai 2009 di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, tempat terletaknya Ibu Pejabat SPRM Selangor sebelum ini.

Pada 5 September lalu, Mahkamah Rayuan telah mengarahkan pihak Peguam Negara dan Ketua Polis Negara membuka semula kes kematian Teoh Beng Hock dan menolak keputusan Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun jika kita lihat laporan dan kenyataan dari pihak tertentu, mereka telah meyimpulkan individu yang dimaksudkan terlibat didalam kematian TBH adalah menjurus kepada pegawai-pegawai SPRM sahaja. Keluarga TBH juga dikatakan terpengaruh dengan khabar-khabar angin bahawa siasatan semula ini adalah kerana TBH dibunuh.

Sebenarnya,  keputusan Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan terdahulu dalam kes Teoh Beng Hock perlu diterima baik oleh rakyat Malaysia kerana ini dapat memulihkan keyakinan rakyat yang sekian lama telah meragui dan mencabar integriti badan kehakiman negara. Keputusan yang telah diambil Mahkamah Rayuan jelas menunjukkan bahawa mahkamah di negara ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa dan tidak tunduk kepada kehendak kerajaan.  Badan kehakiman di negara kita bebas dari sebarang pengaruh atau ancaman demi untuk menegakkan keadilan.

Di dalam menegakkan keadilan, kes ini bukan saja tertumpu kepada pembelaan terhadap TBH dan keluarganya tetapi juga bagi SPRM dan pegawai-pegawainya yang sering diperlekehkan akibat daripada keraguan kematian ini.

Maka, persoalannya sekarang ialah siapa yang akan membela keadilan untuk pegawai-pegawai tersebut serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap SPRM?

Di dalam satu kenyataan oleh Tunku Aziz, beliau telah menyeru kepada DAP untuk tidak menangguk di air keroh dengan membuat andaian sendiri serta mempolitikkannya. Akibatnya rakyat akan terpengaruh sebelum keputusan seterusnya dibuat serta menimbulkan apa yang dikatakan prasangka dan seterusnya menjadi bahan khabar angin yang boleh menjejas keadilan yang dicari.

Ini adalah siasatan jenayah maka apa perlu pihak politik pembangkang membuat kenyataan dan campur tangan?

Hanya apabila siasatan dilakukan secara profesional dan telilti, maka dapat membuktikan keadilan untuk pihak-pihak yang terlibat terutama SPRM, PDRM dan juga Jabatan Kehakiman.

Tunku Aziz telah menegaskan bahawa hanya dengan bukti-bukti yang diperolehi boleh dibuat keputusan dan bukan dengan pengaruh kenyataan-kenyataan yang tidak berasas. Beliau berharap agar pihak bertanggungjawab memberi tumpuan penuh terhadap kes kontroversi ini di mana mereka perlu meneliti setiap maklumat dan didalam
erti kata lain, mereka janganlah terlepas pandang setiap bukti dan maklumat yang diperolehi.

Tunku Aziz adalah Presiden, Yayasan Pencegahan Rasuah Malaysia dan bekas Timbalan Presiden parti DAP. Ketika masih bersama-sama DAP, Lim Kit Siang dan anaknya Guan Eng pernah mencadangkan agar beliau dilantik mempengerusikan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) di dalam kes Teoh Beng Hock berdasarkan kepada sejarahnya yang merupakan pengasas Transparency International Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai penasihat khas kepada Setiausah Agung PBB pada tahun 2006.

Kit Siang pula yang inginkan pihak RCI bersifat bebas dengan mencadangkan Tunku Aziz kerana pada pendapatnya beliau adalah seorang model integriti yang sangat dihormati di persada antarabangsa.

Persoalannya, apakah dengan kenyataan Kit Siang dan Guan Eng yang mewakili DAP yang dibuat di dalam blognya dan Guan Eng di Chinese Assembly Hall pada 23 Julai 2009, mengenai Tunku Aziz mampu dihormati dan ditepati sehingga hari ini? Apakah dengan kenyataan mereka, mampu memberi keadilan kepada SPRM dan PDRM tanpa campurtangan mana-mana pihak dari DAP?

Jika Tunku Aziz berkeyakinan penuh bahawa pihak Peguam Negara akan mengemukakan bukti yang sahih dan melaksanakan tanggungjawabnya, maka apakah DAP tidak kali ini?

Kes ini mempunyai implikasi dan pengaruh yang sangat penting di dalam sistem pengadilan jenayah di mana kedua-dua SPRM dan keluarga Teoh berhak mendapat yang terbaik agar kes ini boleh diakhiri dengan bermaruah dan mendapat keadilan yang sepatutnya.

No comments: