Saturday, September 27, 2014

PERJALANAN WARGAKOTA DIBANTU DENGAN APLIKASI 'MY JOURNEY' BULAN DEPAN



Setiap hari, rakyat Malaysia terutama wargakota Kuala Lumpur akan berhadapan dengan kesesakan jalanraya walaupun kerajaan telah berusaha pelbagai infrastruktur jalanraya sehingga pergerakan lalulintas Kuala Lumpur kelihatan seperti kura-kura merangkak di angkasa. Dan setiap hari juga, wargakota memaksa diri untuk berkompromi dengan kesesakan jalanraya yang tiada kesudahan.

Kesesakan jalanraya nampkanya telah menjadi salah satu fenomena kehidupan dan tidak saja dialami oleh wargakota tetapi telah menjalar sehingga ke lebuhraya terutama pada musim cuti perayaan.

Namun, kerajaan tidak akan berhenti berusaha mengurangkan keresahan rakyatnya yang berhadapan dengan kesesakan jalanraya dan salah satu caranya adalah dengan memberi maklumat keadaan kesesakan jalanraya terutama di ibu kota di samping dapat merancang perjalanan mereka.
Satu aplikasi diusahakan di antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) iaitu 'MyJourney', akan dilancarkan pada bulan Oktober akan datang.

Di dalam usaha kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengguna pengangkutan awam terutama di ibu kota, aplikasi 'MyJourney' membolehkan orang ramai mengguna pengangkutan awam dengan mudah dan merancang perjalanan mereka yang mengikut kesesuaian.

Bagi fasa pertama, aplikasi ini menyediakan maklumat tentang pilihan laluan yang ada dan jenis pengangkutan seperti LRT dan bas RapidKL dan teksi untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain. Pengguna RapidKL khususnya bukan saja diberi maklumat perjalanan mereka malahan mereka juga dimaklumkan dengan tambang yang perlu disediakan nanti.

Malah jika pengguna tidak tahu di mana mereka berada, mereka masih boleh menggunakan aplikasi ini menerusi telefon bimbit mereka untuk mendapatkan destinasi mereka.

Seterusnya di fasa kedua pula, aplikasi myJourney akan memberi maklumat-maklumat seperti data masa ketibaan dan pelepasan bas. Di samping itu, aplikasi myJourney juga
merancang menyediakan satu sistem maklum balas yang membolehkan pengguna untuk memfailkan aduan.

Aplikasi myJourney adalah percuma di kedua-dua telefon pintar bagi Android dan IOS.

Di dalam Laporan Tahunan ETP 2013 - KANDUNGAN & INFRASTRUKTUR KOMUNIKASI; SKMM juga telah menyarankan aplikasi myJourney bagi menggalakkan gaya hidup digital di kalangan wargakota. Maka, pada bulan Disember lalu pemilihan pemenang oleh SPAD bagi pertandingan myJourney adalah seperti berikut;



No comments: