Showing posts with label Penguatkuasa. Show all posts
Showing posts with label Penguatkuasa. Show all posts

Tuesday, January 23, 2018

JANGAN CUBA SOGOK PENGUATKUASA SPAD

Pemandu yang cuba sogok SPAD seperti dilapor Harian Metro
Mungkin masih ada sesetengah rakyat Malaysia menganggap undang-undang boleh dikompromi dengan sogok atau rasuah kepada penguatkuasa di negara ini. 

Namun, mereka tidak mengetahui yang pihak-pihak penguatkuasa hari ini sangat akur dengan apa yang pernah mereka ikrarkan bersama Suruhanjaya Pencegah Rasuah dan ini termasuklah penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ini terbukti dalam satu laporan Harian Metro pada 20 Januari, seorang pemandu teksi yang didapati tidak mempunyai kad pemandu dan juga beliau telah gagal menunjukkan salinan permit perkhidmatan ketika beliau diperiksa penguatkuasa SPAD. 

Ketika penguatkuasa SPAD menjalankan pemeriksaan di pintu lapan, aras lima Balai Pelepasan KLIA, pemandu tersebut didapati sedang menunggu penumpang.

Apabila teksinya akan disita, pemandu yang bersalah ini telah mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM300 dan cuba memberikan kepada pegawai penguatkuasa SPAD beberapa kali tetapi telah ditolak secara berhemah. 

Lantas, pemandu tersebut dinasihatkan supaya mengikut peraturan betul seperti yang telah ditetapkan pihak SPAD.

Pemandu teksi ini bersalah di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan dibawa ke pejabat SPAD KLIA untuk diambil keterangan dan tindakan selanjutnya. 

Manakala teksinya telah disita ke depoh sitaan SPAD di Bandar Enstek, Negeri Sembilan untuk siasatan. Satu laporan polis juga telah dibuat mengenai penyitaan tersebut.

Ini merupakan satu insiden klasik yang berlaku dan beberapa cubaan untuk memberi sogokan kepada penguatkuasa SPAD juga pernah dilaporkan. 

Diharap kita semua menyedari yang perkara ini tidak dilakukan dan lebih penting, penguatkuasa SPAD tidak mudah untuk disogok dan menerima apa bentuk rasuah.

Tindakan dan ketegasan penguatkuasa SPAD ini perlu mendapat pujian dan menjadi contoh yang kerajaan sangat komited dan serius dalam memerangi rasuah.

Tuesday, October 28, 2014

SPAD TERUSKAN OPERASI WALAUPUN DIANCAM



Siapa di antara kita yang tidak mengalami tambang teksi atau kereta sewa yang tidak mengikut meter dan ditetap mengikut suka hati mereka apabila berada di Langkawi?

Kita semua tahu, Langkawi adalah pulau pelancong dan menjadi kebanggaan kita. , kebanyakan pelancung yang datang ke Langkawi adalah kerana pantainya yang bersih dan cantik disamping ingin membeli belah. Kepada sesiapa yang pernah ke Langkawi, pengangkutan mengelilingi Langkawi bagi pelancung banyak bergantung kepada pengangkutan awam dan kebanyakan pelancung tiada pilihan lain selain menaiki kereta sewa atau teksi.

Baru-baru ini satu operasi oleh SPAD dipanggil 'Ops Parasit' diadakan berhampiran Jeti Kuah, Langkawi untuk menahan kenderaan yang disewakan tanpa permit dan satu kekecohan telah tercetus oleh sekumpulan 40 lelaki selama 10 minit di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi kerana ingin menghalang pegawai-pegawai SPAD daripada menjalankan tugas mereka.



Di dalam kejadian lain pula di Jalan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat Langkawi, pegawai-pegawai SPAD telah diugut, dimaki dan kenderaan SPAD dirosakkan.

Inilah dugaan yang diterima pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD setiap kali mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Namun, respon rakyat terhadap kejadian ini memuji tindakan SPAD... di antaranya;

Mzam Haron Tahniah :
#SPAD.. Kpd semua pemandu teksi ayuh kita bantu penguatkuasa spad jika mereka diancam oleh taiko2 uber & penguatkuasa dah jalankan amanah dan tanggungjawab mereka.. jgn pula kita rosakkan imej pemandu teksi dimata umum. Masa untuk semua pemandu teksi berhijrah kpd yg disukai masyarakat.. Wlupun ada ketika pemandu teksi ditipu penumpang maka gunakan saluran betul utk kebaikan semua pihak.. Berhati hati di jalan raya.

Brace Paul :
Jangan lupa sita teksi kat kl yea. Byk sgt parasit yg jd pemandu, bukan pemandu berdaftar. Meter teksi x hidup.

Samsul Hadi Mamat :
Syabas SPAD teruskan amanah yg dipertanggungjawabkan n kami para pemandu teksi serta org awam tetap bersama-sama anda. Kami merayu pihak SPAD dpt mengadakan operasi di bandar Chukai Kemaman terhadap prebet sapu, Uber n kereta pandu sendiri bermaharajalela beroperasi menganggu-gugat teksi disini. Hmaklum, tksh.

Wan Hamidi Wan Hamzah :
Kat kmn pun banyak yang tanpa permit. Kami yg ada permit susah nak cari makan.

Sebagai rakyat, terutama penduduk Langkawi seharusnya melihat operasi SPAD ini sebagai satu langkah pencegahan terhadap mereka-mereka yang memiliki kenderaan tanpa permit. Kita sebagai penumpang seharusnya mengetahui bahawa seandai kita membenarkan kenderaan ini beroperasi, kita pula akan berhadapan dengan risiko keselamatan di mana kenderaan yang tidak menjalani pemeriksaan pematuhan keselamatan berkala dan kita tidak dilindungi insurans di mana ia wajib bagi syarikat-syarikat kereta sewa berlesen.

Pada suatu ketika, perkhidmatan teksi di negara telah dinobatkan sebagai yang terburuk di dunia disebabkan pemandu-pemandu yang tidak sopan, keadaan teksi yang buruk dan paling diperkatakan apabila teksi-teksi Malaysia enggan mengguna meter dan mengenakan tambang yang cekek darah.

Oleh itu, ketegasan SPAD dalam menjalankan tugas perlu disanjung tinggi. Hanya dengan penguatkuasaan saja mampu mendidik pemandu-pemandu teksi di negara ini. Apabila mereka terdidik dan bertanggungjawab, maka pasti pelancong-pelancong dari luar negara secara tidak langsung akan promosi kebaikan negara kita.

Saturday, March 22, 2014

SPAD BERTEGAS... KINI HUKUMAN MENANTI



SPAD telah mempunyai pegawai-pegawai penguatkuasanya sendiri. Bidang kuasa mereka yang merangkumi kerja-kerja penguatkuasaan adalah dilandaskan daripada Akta Pengangkutan Darat 2010.

Bidang kuasa pegawai penguatkuasa SPAD ini antara lain termasuklah pemeriksaan pengangkutan-pengangkutan awam dan pengangkutan muatan bagi memastikan
kesemua layak berada di atas jalan raya, dan memiliki lesen yang sah serta dokumen-dokumen lain; pemeriksaan pemandu, konduktor dan pemandu gantian bagi memastikan bahawa mereka dalam keadaan yang memuaskan untuk bertugas; pemeriksaan tiket perjalanan; dan mengetatkan kawalan bagi membanteras penjualan tiket haram dan perayu tiket.

Pengawai penguatkuasa SPAD akan bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa dari agensi-agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan keselamatan perjalanan pengangkutan-pengangkutan awam.

Dengan penggubalan dan penguatkuasaan Akta Pangangkutan Awam Darat 2010, beberapa kesalahan-kesalahan baru berkaitan pengangkutan awam dan kuasa penguatkuasaan telah diperkenalkan, seperti hukuman ke atas kesalahan pemalsuan, kuasa pegawai penguatkuasa SPAD untuk menangkap pesalah dan melakukan sekatan jalan.
Undang-undang tersebut juga mengubah undang-undang sedia ada seperti pelanggaran syarat-syarat perlesenan di mana denda maksima telah dinaikkan kepada RM500,000 serta 2 tahun penjara dari denda maksima RM5,000 serta setahun penjara.

APA YANG PERLU KITA KETAHUI...
20 Mac 2014
SYARIKAT BAS TIDAK PATUHI SYARAT LESEN DIDENDA RM 1000

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 1000 kepada Muar Holiday Tours & Ekspress Transport Sdn Bhd atas kesalahan gagal kemukakan salinan pemegang lesen seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 41 (1)(b)(iv) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Tuan Nom Phot A/L Prackdit sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

19 Mac 2014
AKIBAT TIADA SENARAI NAMA PELANCONG, SYARIKAT BAS DIDENDA RM 500

Syarikat De Lang Resort Tour & Travel Sdn Bhd baru-baru ini dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 500 oleh Mahkamah Majistret Selayang atas kesalahan tiada senarai nama pelancong seperti yang telah diperuntukan dibawah Seksyen 41 (1)(b)(iii) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Pendakwaan dilakukan oleh Puan Puan Arunjothy A/P M. Selvaraju sementera tertuduh tidak diwakili peguam.

18 Mac 2014
BAS EKSPRESS PANDU LAJU DIDENDA RM 3000

Mahkamah Teluk Intan baru-baru ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 3000 kepada Star Mart Ekspress Sdn Bhd atas kesalahan tidak mematuhi had laju. Mengikut fakta kes, bas tersebut telah dipandu melebihi had laju yang dibenarkan iaitu 126km/j dimana ianya melebihi 90 km/j di Lebuhraya Utara-Selatan Tapah menghala ke Selatan.

Kesalahan dilakukan dibawah Seksyen 23 (1) (b) (i) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Pendakwaan dilakukan oleh Puan Sally Chay Mei Ling dan tertuduh diwakili oleh Peguam , En Zulkifli.

17 Mac 2014
PEMANDU TEKSI DIDENDA RM800
Seorang Pemandu Teksi, Suryadi Bin Ahmad baru-baru ini mengaku salah atas kesalahan di bawah Seksyen 75(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah meminta tambang sebanyak RM 20.00 dari penumpang sedangkan harga yang tertera di tambang meter hanyalah RM 4.40.

14 Mac 2014
LORI LEBIH MUATAN 132.3% DIDENDA
Mahkamah Majistret Selayang baru-baru ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 3000 kepada sebuah syarikat atas kesalahan membawa lebih muatan. Mengikut fakta kes, Megaria Brisdale Sdn Bhd telah membawa lebihan berat sebanyak 48,780 kg berdanding daripada jumlah yang dibenarkan iaitu sebanyak 21,000 kg sahaja, iaitu lebihan sebanyak 132.3%. Pendakwaan dilakukan oleh Puan Arunjothy A/P M. Selvaraju sementera tertuduh tidak diwakili peguam.


Tuesday, September 24, 2013

JANGAN CUBA CABAR PEGAWAI PENGUATKUASA SPAD

Di antara 15,000 permohonan yang diterima SPAD bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai Penguatkuasa SPAD, seramai 750 pemohon telah dipanggil untuk temuduga dan hanya 94 sahaja yang telah berjaya dipilih untuk menjalani latihan Siri 1/2013. 

Tempoh latihan hampir dua bulan yang telah bermula pada 12 Ogos 2013 telah berakhir dengan jayanya oleh seramai 94 orang pegawai penguatkuasa di dalam Majlis Perbarisan Tamat Latihan Siri 1/2013 di PULAPOT, Ulu Kelang. 


Tan Sri Syed Hamid Albar, Pengerusi SPAD telah menyaksikan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas dan Induksi Bahagian Penguatkuasa SPAD Siri 1/2013 di Pusat Latihan Kor Polis Tentera (PULAPOT, Genting Kelang.Turut hadir bersama ialah Encik Mohd Nur Ismail Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif, Major Jeneral (B) Dato Paduka Che Hasni, Pengurus Besar Bahagian Penguatkuas, Kolonel Haji Kamaruddin bin Hj Mustapha, Pengarah Kor Polis Tentera Diraja dan Leftenan Kolonel Noor Hishamuddin bin Rahim, Komandan Pulapot.

Fokus utama yang ditekankan dalam kursus asas ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai disiplin serta etika kerja yang berhemah kepada setiap anggota penguatkuasa. Ini adalah penting bagi SPAD bagi melahirkan setiap anggota penguatkuasa yang berintegriti, tegas dan berhemah kerana setiap anggota penguatkuasa memainkan peranan yang besar sebagai barisan hadapan SPAD.

Di Majlis ini, nilai-nilai dispilin, etika kerja dan ketegasan dapat dilihat dan dipersembahkan oleh pegawai-pegawai ini seperti berikut;



Sebelum ada yang terfikir untuk mencabar pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD, saksikan aksi mereka di SINI.... ADA BERANI?

Mereka juga adalah terdiri daripada graduan-graduan universiti dari pelbagai bidang termasuk forensik, kejuruteraan kimia, statistik dan sebagainya.

Ini membuktikan, SPAD telah bersedia menghadapi apa jua cabaran yang akan datang samada dari fizikal ataupun intelektualnya.


Sunday, September 22, 2013

GRADUAN UNIVERSITI BANGGA TERPILIH SEBAGAI PENGUATKUASA SPAD

Walaupun umur SPAD diibaratkan sebagai anak kecil seusia bayi 3 tahun, namun tanggungjawab SPAD adalah untuk memastikan  penguatkuasaan undang-undang pengangkutan awam darat di Malaysia dilaksana dengan efisien dan tegas.

SPAD mempunyai pegawai-pegawai penguatkuasanya sendiri di mana bidang kuasa mereka yang merangkumi kerja-kerja penguatkuasaan adalah dilandaskan daripada Akta Pengangkutan Darat 2010.


Pada hari ini, seramai 94 orang telah menamatkan latihan kursus asas dan induksi bahagian penguatkusaan SPAD. Daripada jumlah ini, seramai 46 adalah graduan universiti dari bidang pengkhususan sains seperti forensik, statistik dan kejuruteraan kimia.

Dalam menghadapi masa depan yang penuh cabaran, SPAD lebih mementingkan kualiti dari kuantiti pengambilan pegawai-pegawai penguatkuasaannya di mana ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari lepasan universiti.

PP Mohd Firdaus bin Ghosni telah memenangi Pelatih Keseluruhan Terbaik. Berasal dari Perlis dan seorang graduan berkelulusan Sumber Manusia dari Universiti Utara Malaysia. Displin  dan amanah dalam menjalankan tugas merupakan keutamaannya... Inilah pengakuan beliau;





Minat dan kesungguhan PP Nurul Amirah binti Zahari adalah kriteria utama baginya sehingga beliau dianugerah sebagai Pelatih Akademik Terbaik... selanjutnya;

 

Kejayaan Nurul Amirah juga dikongsi oleh ayahnya dan mengucapkan terima kasih kepada SPAD kerana memberi peluang kepada anaknya dan beliau turut berbangga dengan pencapaian Nurul Amirah ... 
 


Sehubungan itu, di dalam ucapan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar mengingatkan kepada  pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD agar sentiasa menjaga sahsiah dan displin diri. Ini adalah kerana mereka merupakan barisan hadapan yang mencerminkan imej SPAD di mata masyarakat.

Etika kerja serta nilai-nilai murni perlu diutamakan seperti yang telah dihuraikan di dalam nilai terap SPAD - SPIRIT (Service, Excellence, Passion, Integrity, Respect, Innovative & Teamwork).

Friday, July 12, 2013

KECIL-KECIL CILI PADI... PENGUATKUASA SPAD PASTI BERTINDAK

Walaupun kekuatan bilangan pegawai penguatkuasa SPAD masih dianggap kecil yang hanya mempunyai seramai 317 pegawai di seluruh negara, tetapi kehadiran mereka sudah mula dirasai dan dapat dilihat di mana-mana.


Bahagian Penguatkuasaan SPAD telah memulakan operasi pada 31 Jan 2011 dengan keanggotaannya terdiri dari pelbagai latarbelakang seperti bekas tentera dan juga mereka yang pernah bertugas di bahagian-bahagian penguatkuasa lain.

Bertepatan dengan misi bahagian penguatkuasaan SPAD - Untuk Menguatkuasakan Peraturan Dan Undang-Undang Yang Berkesan, Komited Dan Berhemah, mereka merupakan barisan hadapan dalam membantu mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat negara. Mereka akan sentiasa turun padang melakukan pemantauan serta memberi tindakan segera terutamanya yang membabitkan aduan daripada orang awam.

BIDANG KUASA BAHAGIAN PENGUATKUASA

Bidangkuasa Bahagian Penguatkuasa SPAD adalah menguatkuasakan Akta Pengangkutan Awam Darat (PAD) 2010 yang meliputi :

  • Kenderaan perkhidmatan awam : teksi dan bas
  • Kenderaan barangan : Lori
  • Kenderaan pelancongan dan rail

Mekanisma Bahagian Penguatkuasa SPAD:

  • Operasi Penguatkuasaan, Rondaan Dan Sekatan Jalanraya
  • Operasi Penyamaran
  • Risikan
  • Audit SHE (Safety, Helath and Environmental)
  • Siasatan Aduan Dan Maklumat Kemalangan
  • Menyediakan Kertas Siasatan
  • Mendaftar Kes Di Mahkamah Dan Permohonan Kelulusan Kes Kompaun
  • Mengeluarkan Tawaran Kompaun Dan Menyampaikan Notis Hadir Mahkamah

PENCAPAIAN PENGUATKUASAAN SPAD SELAMA 3 TAHUN
HUKUMAN BAGI SETIAP KESALAHAN

Bagi Kesalahan Ulat Tiket – Berdasarkan Seksyen 205 APAD 2010, Kesalahan Memujuk Dan Mendesak apabila disabitkan akan dikenakan denda tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Lima (5) Tahun.

Bagi Kesalahan Tambang Lebih – Mengikut Seksyen 75 (4) APAD 2010,Kesalahan Menuntut/Mengutip/Memegang/Menyimpan Apa-Apa Tambang Yang Melebihi Kadar Yang Ditetapkan dan apabila disabitkan akan dikenakan Denda tidak melebihi RM 50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Tiga (3) Tahun atau kedua-duanya.

Bagi Kesalahan Bas Sekolah Haram – Mengikut Seksyen 16 APAD 2010, Kesalahan Tiada Lesen Pengendali KPA (Kereta/Van Sapu). Apabila disabitkan terdapat dua Skala Hukuman bagi Seksyen ini:
  • Individu. Denda tidak kurang RM 1000.00 tidak lebih daripada RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Satu (1) Tahun atau kedua-duanya. 
  • Syarikat. Denda tidak lebih daripada RM 100,000.00.

Bagi Kesalahan Lori Lebih Muatan – Mengikut Seksyen 57 APAD 2010, Kesalahan Lori Membawa Lebihan Muatan. Apabila disabitkan kesalahan
denda tidak kurang RM 1000.00 tidak lebih daripada RM 500,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Dua (2) Tahun atau
kedua-duanya.

Bagi Kesalahan Prebet Sapu – Mengikut Seksyen 16 APAD 2010, Kesalahan Tiada Lesen Pengendali KPA (Kereta/Van Sapu). Apabila disabitkan
terdapat dua Skala Hukuman bagi Seksyen ini:
- Individu. Denda tidak kurang RM 1000.00 tidak lebih daripada RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi Satu (1)
Tahun atau kedua-duanya.
- Syarikat. Denda tidak lebih daripada RM 100,000.00.

Melalui operasi bersepadu, SPAD dengan kerjasama pihak berkuasa yang lain telah berupaya mendorong pengendali dan pemandu kenderaan
awam darat mematuhi undang-undang. SPAD juga proaktif bertindak ke atas aduan rakyat dan menggalakkan rakyat membuat aduan
serta memberi maklumbalas samada di website, melalui telefon, email dan juga laman-laman media sosial seperti Twitter via @SPADC .
SPAD juga beroperasi di beberapa pusat khidmat pelanggan SPAD seperti di Pudu Sentral serta Wilayah Utara, Timur dan Selatan.

We know that SPAD is definitely more proactive than the CVLB was when it comes to enforcement. We know that they are also making
more effort to reach out to the public and encourage complaints and feedback – whether on their websites, through phone, email and
social media, and even encouraging walk-in complaints with offices at bus terminals, as well as their central offices.