Tuesday, October 28, 2014

SPAD TERUSKAN OPERASI WALAUPUN DIANCAM



Siapa di antara kita yang tidak mengalami tambang teksi atau kereta sewa yang tidak mengikut meter dan ditetap mengikut suka hati mereka apabila berada di Langkawi?

Kita semua tahu, Langkawi adalah pulau pelancong dan menjadi kebanggaan kita. , kebanyakan pelancung yang datang ke Langkawi adalah kerana pantainya yang bersih dan cantik disamping ingin membeli belah. Kepada sesiapa yang pernah ke Langkawi, pengangkutan mengelilingi Langkawi bagi pelancung banyak bergantung kepada pengangkutan awam dan kebanyakan pelancung tiada pilihan lain selain menaiki kereta sewa atau teksi.

Baru-baru ini satu operasi oleh SPAD dipanggil 'Ops Parasit' diadakan berhampiran Jeti Kuah, Langkawi untuk menahan kenderaan yang disewakan tanpa permit dan satu kekecohan telah tercetus oleh sekumpulan 40 lelaki selama 10 minit di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi kerana ingin menghalang pegawai-pegawai SPAD daripada menjalankan tugas mereka.



Di dalam kejadian lain pula di Jalan Lapangan Terbang Padang Mat Sirat Langkawi, pegawai-pegawai SPAD telah diugut, dimaki dan kenderaan SPAD dirosakkan.

Inilah dugaan yang diterima pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD setiap kali mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Namun, respon rakyat terhadap kejadian ini memuji tindakan SPAD... di antaranya;

Mzam Haron Tahniah :
#SPAD.. Kpd semua pemandu teksi ayuh kita bantu penguatkuasa spad jika mereka diancam oleh taiko2 uber & penguatkuasa dah jalankan amanah dan tanggungjawab mereka.. jgn pula kita rosakkan imej pemandu teksi dimata umum. Masa untuk semua pemandu teksi berhijrah kpd yg disukai masyarakat.. Wlupun ada ketika pemandu teksi ditipu penumpang maka gunakan saluran betul utk kebaikan semua pihak.. Berhati hati di jalan raya.

Brace Paul :
Jangan lupa sita teksi kat kl yea. Byk sgt parasit yg jd pemandu, bukan pemandu berdaftar. Meter teksi x hidup.

Samsul Hadi Mamat :
Syabas SPAD teruskan amanah yg dipertanggungjawabkan n kami para pemandu teksi serta org awam tetap bersama-sama anda. Kami merayu pihak SPAD dpt mengadakan operasi di bandar Chukai Kemaman terhadap prebet sapu, Uber n kereta pandu sendiri bermaharajalela beroperasi menganggu-gugat teksi disini. Hmaklum, tksh.

Wan Hamidi Wan Hamzah :
Kat kmn pun banyak yang tanpa permit. Kami yg ada permit susah nak cari makan.

Sebagai rakyat, terutama penduduk Langkawi seharusnya melihat operasi SPAD ini sebagai satu langkah pencegahan terhadap mereka-mereka yang memiliki kenderaan tanpa permit. Kita sebagai penumpang seharusnya mengetahui bahawa seandai kita membenarkan kenderaan ini beroperasi, kita pula akan berhadapan dengan risiko keselamatan di mana kenderaan yang tidak menjalani pemeriksaan pematuhan keselamatan berkala dan kita tidak dilindungi insurans di mana ia wajib bagi syarikat-syarikat kereta sewa berlesen.

Pada suatu ketika, perkhidmatan teksi di negara telah dinobatkan sebagai yang terburuk di dunia disebabkan pemandu-pemandu yang tidak sopan, keadaan teksi yang buruk dan paling diperkatakan apabila teksi-teksi Malaysia enggan mengguna meter dan mengenakan tambang yang cekek darah.

Oleh itu, ketegasan SPAD dalam menjalankan tugas perlu disanjung tinggi. Hanya dengan penguatkuasaan saja mampu mendidik pemandu-pemandu teksi di negara ini. Apabila mereka terdidik dan bertanggungjawab, maka pasti pelancong-pelancong dari luar negara secara tidak langsung akan promosi kebaikan negara kita.

No comments: