Pasukan penguatkuasa SPAD mungkin baru tetapi risiko yang mereka hadapi ketika menjalankan tugas agak merbahaya juga di mana mereka akan berhadapan dengan pelbagai aktiviti keganasan ketika menegakkan undang-undang.
Benarlah kata CEO SPAD, masih terdapat mereka yang tidak biasa dengan undang-undang yang dikuatkuasakan. Mendidik pemandu-pemandu teksi, lori dan bas bukan satu perkara mudah dan boleh diperolehi kejayaannya dengan sekelip mata tetapi ia adalah proses berterusan sehingga ia dijadikan satu budaya dan tatacara bekerja.
Lanjutan daripada insiden di Langkawi, apabila ada kejadian mengugut pegawai penguatkuasa SPAD dengan senjata api, maka dilihat adalah perlu bagi mereka mempersiapkan keselamatan diri mereka.

Walaupun KDN telah memberikan kebenaran untuk pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD membawa senjata api ketika bertugas semenjak bulan Julai lalu, pihak SPAD lebih memilih agar sikap di kalangan rakyat memahami dan akur untuk mematuhi undang-undang.
Untuk pegawai penguatkuasa SPAD dilengkapkan dengan senjata api adalah jalan terakhir kerana di setiap operasi dilakukan, SPAD masih bergantung kepada kerjasama yang kukuh dengan agensi-agensi penguatkuasaan seperti pasukan polis.
SPAD bukan mengambil tugas polis kerana menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaannya, Datuk Che Hasni Che Ahmad senjata api akan hanya dibawa untuk beberapa jenis operasi tertentu dan hanya beberapa petugas saja yang akan dibenarkan.
Kita masih ingat bagaimana pegawai penguatkuas SPAD pernah diugut tonto-tonto lori, dikasari ulat-ulat tiket dan diancam pemandu-pemandu teksi sapu, yang semua ini mampu mengancam keselamatan mereka. Namun apa yang lebih penting adalah... RAKYAT MEMBUDAYAKAN PATUH KEPADA UNDANG-UNDANG.
No comments:
Post a Comment