Sepertimana namanya 'Ops Tegas', pihak SPAD tidak akan sekali-kali bertolak ansur dengan pemandu-pemandu teksi yang didapati tidak mengguna meter dan bertujuan untuk menipu penumpangnya.
Ini bukan pertama kali atau kedua kali pihak penguatkuasa SPAD menjalankan operasi terhadap pemandu-pemandu teksi yang ingkar ketetapan undang-undang. Malahan ia seperti pemandu-pemandu teksi ini ingin mencabar seolah-olah pihak SPAD hanya akan melakukan operasi bermusim.
Kali ini, penguatkuasa SPAD telah menyita 15 teksi dan memburu segelintir pemandu teksi degil di sekitar ibu kota terutamanya di lokasi 'panas'. Jika kita ingin tahu di mana lokasi panas di ibukota, pasti di mana tumpuan ramai pelancong luar negara dan pusat membeli belah seperti Pasar Seni, KLCC, Bukit Bintang, Jalan Tun Sambanthan, Hentian Putra dan sekitar Pudu.
Menurut Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Mejar Jeneral (B) Datuk Che Hasni Che Ahmad, bersesuaian dengan Ops Tegas, pihak penguatkuasa SPAD akan bertindak terus menyita teksi-teksi yang melanggar undang-undang kerana sebelum ini pihak SPAD telah pun memberi amaran dan peringatan.
Setelah teksi-teksi ini disita, pengendali pasti akan tampil dan membantu siasatan. Pihak SPAD mendapati seolah-olah pengendali teksi ini sengaja membiarkan melakukan kesalahan dan pengendali-pengendali ini juga sepatutnya bertanggungjawab bersama.
Di antara kesalahan yang sengaja dilakukan pemandu-pemandu teksi ini seperti enggan mengambil penumpang, sengaja mengenakan tambang yang mencekik darah dan juga enggan mengguna meter.
Kita janganlah membuat tuduhan-tuduhan melulu apabila SPAD mengambil tindakan tegas. Hanya ini saja dapat mendidik pemandu-pemandu teksi degil untuk mematuhi undang-undang. Adalah tidak adil kepada pemandu-pemandu teksi yang bertanggungjawab mematuhi undang-undang kerana mereka yang degil ini mampu menghalang mereka yang akur mencari rezeki.
Kita sebagai pengguna perlu tahu hak kita dan di dalam apa jua keadaan, janganlah berkompromi dengan mereka kerana seandainya kita membenarkan diri ia akan menggalakkan pemandu-pemandu teksi ini terus-terusan mengambil kesempatan.
Operasi memburu pemandu-pemandu teksi degil ini pasti bukan yang pertama dan terakhir. Biarlah kehadiran SPAD dirasai demi memastikan kita sebagai penumpang terasa selamat dan pemandu-pemandu teksi degil ini tidak akan berani melanggar ketetapan undang-undang.
JANGAN LUPA, APABILA ANDA BERHADAPAN DENGAN PEMANDU-PEMANDU TEKSI DEGIL INI, HUBUNGILAH...
... dengan kadar segera!!!
1 comment:
Asya tidak faham opersi ini. Pertam Teksi Merah puteh guna meter dengan harge yang ter-rendah. Dua ada teksi merah puteh yang guna kupon dengan premium 50% atas teksi merah puteh bermeter. Tiga ada teksi biru yang guna meters tetapi harganya adalah tiga kali teksi merah puteh. Nampak semua teksi pakai kereta yang lebeh hurang sama. Apapasal ada tiga harga untuk satu perhidmatan. Patulal teksi merah puteh handak harga yang tinngi. SPADA mesti bangun dari tidur dan membetulkan keadaan ini.
Post a Comment